Anda di halaman 1dari 14

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Permulaan
Untuk memulakan sesi kaunseling, satu temujanji telah diadakan antara
saya dan murid. Pertemuan ini dijangka berterusan sehingga matlamat
kaunseling tercapai. Sebelum sesi bermula, saya telah mendapatkan
profil klien daripada guru kaunseling untuk memudahkan analisis dan
penerokaan.
1.0 Kajian Kes : Profil Klien
Nur Haniesa (bukan nama sebenar). Berumur 12 tahun dan masih menuntut ilmu di
tahun enam Sekolah Kebangsaan Tok Pawang, Bedong Kedah. Dia Merupakan
anak ke enam daripada enma beradik dan dilahirkan di dalam keluarga yang serba
kekurangan. Ayahnya bekerja sendiri dan ibunya pula suri rumah sepenuh masa.
Nur Haniesa dilahirkan hasil perkahwinan Encik Halim bin Ismail dan Puan Norazian
binti Morad. Dilahirkan pada tanggal 4 Julai 2002 di Hospital Sultan Abdul Halim
Sungai Petani Kedah. Nur Haniesa bercita-cita untuk menjadi sebagai seorang
doctor. Harapan bagi masa yang kini, Nur Haniesa mahu mencapai keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
2.0 Analisis Masalah
Nur Haniesa (bukan nama sebenar) mengalimi konflik dengan
persekitaran sekeliling. Perkara ini menyebabkan dia tidak dapat memberi
tumpuan dalam pembelajaran. Pada masa yang sama, dia bakal
menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Hal ini lebih menggusarkan
dia kerana segala urusan berkaitan pelajarannya terganggu. Menurutnya,
apabila di sekolah, dia berasa rendah diri apabila melihat rakan-rakan lain
lebih pandai daripadanya. Mata pelajaran yang dirisaukan antaranya
Bahasa inggeris, matamtik dan sains.
Di sini dapat saya melihatkan kepada faktor sekeliling dan diri sendiri amat
mempengaruhi tindak tanduk klien. Klien tidak dapat menentukan kehendak diri dan
keperluan persekitarannya. Dia tidak dapat mengimbangi Antara kehendak dan
keperluan, ditambah pula dengan emosi apabila dia berasa amat rendah diri

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


berbanding orang lain dalam kelas. Oleh sebab itu, dengan masalah yang dihadapi,
sedikit sebanyak telah menjatuhkan nilai moral dan keyakinan diri untuk berubah
dan menyusun semula kehidupannya untuk menjadi lebih baik.
Memandangkan keadaan keluarganya yang agak susah, apabila dia balik ke
rumah, gangguan persekitaran di rumah menyukarkan dia untuk mengulang kaji
pelajaran dan menumpukan dalam membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru.
Menurutnya, apabila dia balik ke rumah, dia terpaksa membantu menjaga anak
saudara di rumah. Hal ini menjadikannya tidak dapat melaksanakan kerja sekolah di
rumah tetapi apabila tiba di sekolah pada awal pagi, dia perlu meniru kerja sekolah
rakannya untuk mengelakkan daripada didenda oleh guru. Jika melihat kepada
masalah yang di hadapi, sedangkan kerja sekolah tidak dapat disiapkan, bagaimana
pula dengan mengulang kaji untuk UPSR. Keadaan atau persekitaran di rumah
begitu mendesak dirinya untuk memenuhi segala keperluan sekeliling berbanding
dirinya. Dia memperuntukkan semua masanya di rumah dengan kerja-kerja seperti
membantu emak, menjaga anak sedara dan pelbagai lagi. Hal ini menyebabkan
tiada masa untuk dia mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja yang
diperuntukkan untuk disiapkan dirumah.
Manusia sememangnya memerlukan orang lain dalam hidup mereka bagi
memenuhi kehendak mereka. Manusia sememangnya tidak pernah kurang daripada
berkehendakkan sesuatu. Apabila seseorang itu berkehendakkan sesuatu, dia
memerlukan orang lain bagi memenuhi kemahuannya. Perkara inilah yang
menggusarkan dirinya yang bakal menduduki peperiksaan besar pada akhir tahun
ini. Maka klien memerlukan pertolongan untuk membincangkan masalah demi
mencari jalan penyelesaian dan sebagainya. Harapannya dengan melalui proses
sesi kaunseling ini, guru dapat membimbing ke arah yang benar dan memimpin
kepada jalan penyelesaian. Dengan ini sahaja yang sebenarnya juga bagi
menggalakkan dirinya mengambil keputusan yang wajar. Dengan sebab itu, Nur
Haniesa bersetuju untuk menjalankan sesi kaunseling bersama saya sebagai guru
pembimbing bagi membantu mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang
dihadapi olehnya.
3.0 TEORI YANG DIGUNAKAN : TEORI PEMUSATAN PERORANGAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Bagi menjayakan sesi kaunseling ini, beberapa model teori dan pendekatan
boleh digunakan. Antara yang terkenal termasuklah teori behavioris, terapi rasionalemotif, pemusatan perorangan dan lain-lain lagi. Setiap pendekatan dan teori ini
mempunyai persamaan dan perbezaan tertentu daripada segi langkah, tatacara dan
sebagainya. Bagi kes Nur Haniesa (klien) saya telah memilih untuk menggunakan
Teori Pemusatan Perorangan yang dipelopori oleh Carl Rogers (1902-1987) dan
rakan-rakannya sekitar tahun 1940-an (Ibrahim Ahmad, 2002). Teori ini yang terhasil
berikutan Field Theory yakni perubahan signifikan yang berlaku hasil daripada
hubung-kaitan semasa (Khoo Bee Lee, 2013). Perkara ini membawa maksud
memang wujud dan berlakunya perubahan disebabkan stiuasi atau keadaan
semasa. Secara lebih jelasnya, sememangnya berlaku perubahan pada diri
seseorang individu. Teori ini menekankan bahawa perubahan boleh berlaku di dalam
diri untuk memajukan diri dan bergerak ke arah kesejahteraan serta mempunyai nilai
yang posiitf dan negatif terhadap pengalaman. Abraham Maslow dalam Ibrahim
Ahmad (2002) berpendapat teori ini bersifat humanistic.
Pendapat diri saya bahawa manusia sememangnya berkehendak untuk
berubah ke arah kebaikan bertepatan dengan aliran pemikiran ahli dalam
pendekatan pemusatan perorangan ini. Ahli teori ini mengatakan manusia adalah
mahkluk yang positif, rasional, realistik dan sentiasa bergerak maju (Arthur &
Aminah, 1994). Secara umumnya, teori ini menekankan aspek konsep kendiri,
identiti, perhubungan individu dengan dunia luar dan penyesuaian kendiri (Ibrahim
Ahmad 2002). Bersesuaian dengan permasalahan Nur Haniesa yang mengalami
konflik gangguan persekitaran dengan keperluan diri dalam pembelajaran. Menurut
mereka, manusia mempunyai ciri-ciri peribadi yang positif, konstruktif, sentiasa
bertindak maju ke hadapan, realistik dan boleh dipercayai. (Asmah Bee, 1999).
Carl Rogers menegaskan juga bahawa manusia mempunyai desakan
semulajadi untuk memajukan diri dan sentiasa bergerak ke arah kesejahteraan diri.
Selain itu, Carl Rogers membidas tanggapan yang mengatakan manusia secara
semula jadinya tidak rasional, tidak boleh bermasyarakat dan suka merosakkan diri
sendiri serta orang lain. Tetapi beliau melihat dari aspek positif di mana beliau
mengatakan bahawa manusia itu sebagai normal, rasional, bermasyarakat, bergerak

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


maju dan realistik. Pendapat ini seiring dengan kaedah membantu dalam Islam di
mana Islam berpegang dengan penciptaan manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan
dengan sebaik-baik kejadian. Manusia dibekalkan dengan kebolehan menaakul dan
bertindak. Dengan sebab itu, manusia berupaya untuk berubah seterusnya dapat
membezakan antara yang baik dan buruk. Pemilihan teori ini juga dikuatkan lagi
dengan Rogers menegaskan bahawa manusia boleh diberi kepercayaan, tahu
mencari alternatif, boleh memahami diri sendiri, boleh membuat perubahan yang
membina dan boleh menjalani kehidupan yang berkesan dan menghasilkan sesuatu.
Dek kerana itu, kesimpulannya bimbingan dan kauseling yang dilaksanakan
perlu berlandaskan kaedah dan teknik yang telah dibuktikan oleh ahli dalam bidang
kaunseling. Sememangnya manusia begitu memerlukan bantuan dan khidmat
seperti ini. Wolberg (1954) dalam Muhd Mansur Abdullan dan S.Nordinar
menegaskan bahawa kaunseling diperlukan oleh manusia selagi manusia
memerlukan pengertian dan kesedaran terhadap dirinya, penerimaan dirinya sendiri,
kehendak dirinya, kemampuan dirinya serta mengambil penyelesaian untuk
membuat keputusan yang paling wajar bagi diri sendiri mahupun orang lain di dunia
ini seluruhnya. Sejak daripada kanak-kanak lagi sebenarnya perlu dibantu kerana
mereka kurang jelas dalam menjejaki matlamat dan kehendak mereka sebenarnya.
Sehinggakan

mereka

terperangkap

dalam

kancah

persekitaran

sehingga

menyulitkan kehidupan mereka.


Kesimpulannya, manusia sememangnya memerlukan perhubungan dengan
orang lain. Manusia ingin berkongsi perasaannya dan fikirannya supaya dapat hidup
dengan lebih bermakna. Dengan sebab itulah, munculnya bimbingan dan kaunseling
yang memperkenalkan teori-teori daripada ahli kaunseling di barat. Kaunseling yang
berkesan melibatkan suatu proses yang memerlukan perancangan yang rapi dan
teori-teori oleh ahli dalam bidang kaunseling. Sejak berkembangnya bidang ilmu
kaunseling, banyak yang boleh diaplikasikan untuk memberi sesi bimbingan dan
kaunseling

pada

pengalamannya

individu

akan

yang

memilih

memerlukannya.

teori-teori

yang

Kaunselor

dapat

yang

disesuaikan

luas

dengan

permasalahan yang dihadapi oleh klien. Hal ini agar masalah yang dihadapi oleh
klien dapat diatasi dengan lebih dan berkesan. Objektif kaunseling ialah untuk
membebaskan

individu

daripada

kebimbangan

dan

keraguan

yang

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


menghalang individu daripada memperkembangkan potensinya. Disebabkan itu,
teori ini secara langsung membimbing klien mencari sumber kekuatan diri yang
maksimum sama ada secara dalaman atau luaran (Satir, 1991) Muhd. Mansur
Abdullah dan S.Nordinar.
4.0 ASPEK PENTING TEORI
Interaksi positif antara guru pembimbing dengan klien menjadi pemangkin kepada
perubahan dalaman klien. Konsep kendiri individu merupakan tulang belakang
kepada pembentukan personality individu.
Penerimaan tanpa syarat, kongruen dan empati adalah kunci utama proses
kaunseling menggunakan teori pemusatan perorangan.
4.1) Penerimaan tanpa syarat
Aspek ini akan menimbulkan kesedaran tentang pengalaman rasa hati yang
terpendam. Di sini guu atau kaunselor perlu menghormati klien tanpa mengira
perbezaan nilai antara kaunselor dan klien. Guru perlu positif dan menerima apa jua
keadaan klien. Dalam kata lain, guru menerima klien tanpa penghakiman
termasuklah dalam aspek emosi dan tingkah laku. Dengan itu, klien dapat
meluahkan segala konflik yang berlaku dalam kehidupannya. Seperti mana dalam
kajian kes ini memperlihatkan guru pembimbing sedia meneriman klien. Guru
pembimbing tidak memperlihatkan penolakan dalam apa jua tindakan klien. Klien
hadir dengan rela hati, dan guru bersedia mendengar dan berlapang dada dengan
kehadiran klien.
4.2) Kongruen
Kongruen bermaksud tulen dan keterbukaan. Hal ini membawa maksud, guru atau
kaunselor perlu bersifat dengan dirinya yang sebenar atau tidak berpura-pura.
Dengan itu akan memberi kesan kepada klien untuk berpotensi berubah dan
bekembang. Dalam konteks kaunseling, ianya merujuk kepada kesediaan guru
menerima klien sama ada secara ikhlas, rela dan sentiasa berperasaan ingin
membimbing atau membantu murid dalam segala keadaan.
4.3) Empati

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Guru perlu faham dan peka dengan keadaan dalaman dari aspek pemikiran dan
emosi yang sedang dirasai klien. Dengan itu, dapat membawa kepada perhubungan
yang rapat. Hal ini kerana, tingkah laku klien berpunca daripada desakan
dalamannya yang menggerakkan kea rah kesejateraan diri. (Ibrahim Ahmad, 2002).
Perkara ini mengakibatkan berlaku konflikaAntara kehendak kesempurnaan dengan
situasi sebenar. Seterusnya akan menghasilkan suasana kecelaruan dalam diri.
Seperti kes Nur Haniesa (bukan nama sebenar) guru dapat merasa apa yang klien
fikir dan faham berkenaan permasalahan diri klien.klien mengutarakan masalah
dalam tumpuan dalam pembelajaran. Oleh itu, sekiranya guru dapat mewujudkan
suasana teraputik, maka dengan sendirinya kesan terapi akan dapat dirasai oleh
klien. Klien akan dapat melalui proses peluahan perasaan, membina celik akan dan
pemahaman kendiri dan akhirnya membina matlamat baru serta tingkah laku baru
yang positif.
5.0 KEBERKESANAN TEORI PEMUSATAN PERORANGAN (HUMANISTIK)
Sekiranya melihat terus kepada hasilnya tidak adil rasanya tanpa melihat
terlebih dahulu konsep utama yakni yang menjadi tonggak utama kepada Teori
Pemusatan Perorangan yang di pelopori oleh Carl Rogers ini. Teori ini menurut
Ibrahim Ahmad dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, mengutamakan
individu sebagai kliennya yang dianggap mempunyai banyak pengalaman dan
berguna serta boleh dikongsi bersama dalam usaha menyelesaikan sesuatu
masalah yang dihadapi. Di sini klien saya Nur Haniesa (bukan nama sebenar), saya
membawa tanggapan bahawa dia hadir ke sesi kaunseling ini sebenarnya dengan
satu misi atau matlamat yang positif dan saya perlu berfikir berkenaan kehendak dan
kepuasan klien bukannya mengikut diri saya sendiri.. Matlamat dalam sesi ini
sebenarnya hadir daripada keperluan dan harapan diri klien sendiri. Perkara ini
dinyatakan oleh Arbuckle dalam Muhd Mansur Abdullah (1989), boleh jadi matlamat
dam objektif yang disampaikan oleh seseorang individu itu adalah gambaran orang
yang menyampaikannya dan bukan kehendak orang yang menyampaikannya
sebagaimana yang sepatutnya dirancangkan untuk orang itu. Ahli dalam bidang
psikologi sepakat bahawa manusia ini ada tujuan-tujuan dan matlamat-matlamat
mereka yang tidak dapat diterangkan dengan mudah, cuma dengan merujuk kepada

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


ilmu-ilmu psikologi. Salah satu cabangnya ialah yang dipelopori oleh Rogers iaitu
Teori Pemusatan Perorangan.
Peranan guru dalam teori pendekatan ini dikatakan bersifat holistik atau
menyeluruh. Kaunselor akan menentukan dan membentuk suasana di mana klien
merasai bebas untuk menerokai keseluruh aspek dirinya (Ibrahim Ahmad, 2002).
Apabila dalam sesi kaunseling, di mana guru mendengar dan memberi tumpuan
kepada klien dalam mengujarkan masalah, di situ merupakan satu peluang yang
diberikan oleh guru. Peluang dan ruang di mana klien diberikan kebebasan untuk
berkongsi masalah dan menerokai segala ruang lingkup kehidupan dirinya yang
mengganggu dan menyebabkan timbulnya konflik dalam kehidupannya. Setiap
manusia menurut Rogers mempunyai nilai-nilai positif.
Manusia mempunyai persepsi yang penting terhadap diri sendiri, orang lain
dan persekitarannya. Dan dengan persepsi itu mempengaruhi tingkah lakunya. Hal
ini merupakan antara garis panduan dalam teori yang ditegaskan oleh Rogers iaitu
seseorang itu mendapat kesedaran dirinya, dia membina keperluan pada
pandangan positif dan pandangan diri positif. Dalam eritu kata yang mudah, apabila
seorang itu dihargai atau tidak dihargai oleh orang lain, bermakna dia akan membina
perasaan positif atau perasaan negative terhadap dirinya sendiri hasil daripada
persepsi diri. Seperti mana dalam kajian kes ini, klien menceritakan berkenaan
situasi dirinya yang tersepit dalam kancah persekitarannya. Persekitan dan orang di
sekelilingnya memaksa dirinya menolak kepentingan diri iaitu pembelajaran demi
memelihara hubungan dan untuk membantu meringankan beban ahli keluarganya.
Pandangannya bahawa, keperluan orang lain lebih penting daripada kehendak
dirinya. Pengurusan masa yang tidak efektif menghanyutkannya dan sekiranya
dibiarkan berterusan, akan terus menenggelamkannya. Dengan teori ini, sedikit
sebanyak membantu klien dalam membentuk satu motivasi dalam diri yang dapat
mempengaruhi dirinya cenderung ke arah kesempurnaan kendiri.
Kaedah teori ini dilaksanakan dengan mewujudkan perhubungan satu dengan
satu seperti saya sebagai guru pembinmbing dan klien. Saya membuka peluang dan
ruang kepada klien untuk berkongsi dan saya selaku guru pembimbing menerima
perasaan klien dengan bersifat empati dan jujur. Saya memberi dorongan minima

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


sebagai pemangkin dan keyakinan kepada klien bahawa menunjukkan saya
mendengar rentetan peristiwa dan masalah yang dihadapai. Dalam teori ini
menekankan kepentingan diri klien sebagai satu subjek yang utama dan memberi
sepenuh kepercayaan kepada klien bagi memilih arah sendiri semasa proses
kaunseling dijalankan.
Melalui teori pemusatan perorangan atau klien ini juga, guru pembimbing
sentiasa berwaspada dan sedar dengan bahasa yang dituturkan, dan respon oleh
klien. Hal ini kerana, teori pemusatan perorangan ini memegang kepada pandangan
bahawa manusia mempunyai mempunyai harga dan penghormatan diri. Rogers
berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak untuk melontarkan pendapat
dan pemikiran. Oleh sebab itu, berdasarkan teori ini, saya sebagai guru pembimbing
akan berusaha menolong klien dalam meneroka dan mengetahui keupayaaan diri
dan mencari jalan penyelesaian yang sesuai tanpa mendeskriminasi pendapat dan
pemikiran klien. Dengan berpandukan kepada teori ini, klien dibenarkan menetapkan
matlamat sendiri, hal ini bertepatan dengan pegangan teori ini yang mengatakan
bahawa manusia yang dibenarkan berkembang dengan bebas, maka dia akan
berkembang dengan sempurna. Seterusnya akan menjadi individu yang positif dan
mencapai kejayaan yang diinginkan (Ibrahim Ahmad, 2002).
Teori ini didapati berkesan apabila teori ini menggalakkan guru pembimbing
berperanan membantu klien mengenali diri sendiri dan melibatkan diri memahami
permasalahan klien. Oleh yang demikian, guru menurut teori ini berperanan
mengikut matlamat dan harapan klien. Taylor menegaskan dalam Muhd. Mansur
Abdullah dan S.Nordinar Mohd Tamin (1993) bahawa, kaunselor adalah pembantu
yang bakal mempercepat proses seseorang yang dibantunya itu membuat pilihan
yang wajar bagi masa hadapan dan juga bagi seluruh kehidupannya. Oleh sebab itu,
klien dalam kes ini, dengan matlamatnya sendiri hadir dalam sesi kaunseling, agar
guru dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa meminggirkan
pendapat dan keputusan yang diutarakan oleh klien itu sendiri.
Selaku guru pembimbing dalam teori ini, guru perlu percaya bahawa
keputusan yang baik bagi guru tidak semestinya baik untuk klien dan juga
sebaliknya. Keputusan yang baik adalah keputusan yang dipersetujui bersama dan

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


mengambil kata sepakat menetapkan strategi yang harus mereka ambil bersama.
Bagi teori ini, sebaiknya pilihan strategi penyelesaian itu merupakan di atas
kehendak dan keperluan diri klien. Tugas guru pembimbing dalam kajian kes ini,
pandai dalam mengenal pasti batasan dalam bimbingan, dengan itu, dapat memberi
ruang kepada klien membentuk matlamat yang hendak diambilnya sebagai panduan
pembinaan strateginya pada masa hadapan.
Oleh yang demikian, pengaplikasian teori ini, membawa klien membuat
perubahan terhadap tingkah laku sekiranya perubahan juga telah dibuat dari aspek
tanggapannya dalam bentuk positif. Perkara ini digalas oleh guru pembimbing bagi
memandu klien agar melihat kepada sesuatu situasi itu mampu diselesaikan. Contoh
mudah, kenapa orang belajar? Orang belajar kerana terdapat keperluan untuk
belajar. Seperti juga dalam sesi kaunseling, semua tingkah laku manusia dapat
ditafsirkan mengikut pergerakan yang menggerakkan.
Dalam teori ini, klien diberi kebebasan untuk menentukan keputusan sendiri
setelah panduan dan bimbingan diberi. Klien dalam kajian kes ini mengakui
mengalami masalah dalam pembelajaran. Guru memulakan proses mencari jalan
penyelesaian dengan menyoal klien terlebih dahulu. Diharap klien diberi dan
membuka minda untuk melihat jalan yang terbaik dalam membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Selepas klien menetapkan keputusan iaitu membuat jadual
harian, daripada situ, bermula tugas guru dalam teori ini untuk memandu bagaimana
keputusan yang diambil itu membantu klien memadankan dengan situasi yang
dihadapi. Hal ini kerana segala tingkah laku individu sebenarnya dipengaruhi oleh
tanggapannya terhadap sesuatu situasi itu (Zulkifli, 1992:56) dalam Ibrahim Ahmad
(2002).
Tidak kita lupakan kepada aspek yang menggerakkan teori ini semasa
berlangsungnya sesi kaunseling. Aspek ini merupakan kemahiran atau prosedur
biasa yang digunakan dalam teori pemusatan perorangan ini. Maksud kemahiran
biasa digunakan kerana, Rogers sememangnya tidak mengutamakan kemahiran
tertentu dalam menjalankan sesi kaunseling, tetapi beliau biasa menggunakan
seperti kemahiran soalan terbuka dan tertutup, dorongan minimum, parafrasa,
rumusan, refleksi perasaaan, konrontasi dan memfokus. Gabungan kemahiran-

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


kemahiran ini menjadi satu sesi itu terlaksana dengan baik dan teratur. Ditambah
pula dengan prinsip dan asas pegangan teori ini lebih melengkapkan lagi seorang
guru dalam membantu kliennya menemukan penyelesaian dan penetapan matlamat
dalam masalah yang di hadapi.
Aspek lain yang menyumbang kepada keberkesanan teori dalam kajian kes
ini ialah penekanan kaunseling pemusatan perorangan. Seperti yang telah
dijelaskan, teori ini bukanlah bertumpu kepada teknik semata-mata. Teori ini
cederung kepada keupayaan seorang guru melahirkan hubungan erat bersama klien
pada awal sesi terlaksana. Oleh sebab itu, guru atau kaunselor perlulah sabar dan
menjadi pendengar yang cekap dan menerima dengan penuh minat dalam tiap kata
ucapan yang dikeluarkan oleh klien selain berpandangan positif, bersimpati dan
memahami klien. Dengan itu, akan menimbulkan rasa selesa dan suasana positif
seterusnya dapat membantu klien membina kesedaran dan penyelesaian. Seperti
ketika berlangsungnya sesi bersama klien, saya sebagai guru membina hubungan
yang posiitf dengan mengambil berat berkenaan keperluan hirarki keperluan
manusia seperti mana yang ditegaskan oleh Maslow. Menurut Maslow, setiap
manusia sentiasa akan bertindak dan bergerak maju ke hadapan untuk mencapai
kecenderungan seperti keperluan fisiologi, keselamatan, kasih saying, penghargaan
kendiri dan kesempurnaan kendiri. Perkara-perkara seperti ini, walaupun dilihat
kecil, namun besar nilainya di sisi klien.

Dengan teori ini, klien akan mudah

melaksanakan proses menukar dan mengubahsuai perasaannya, membina


kesedaran dan kefahaman diri seterusnya dapat membina matlamat yang baru dan
tingkah laku yang dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh klien.

6.0 PENUTUP

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Dapatlah disimpulkan bahawa kaunseling secara individu seperti kajian kes
ini perlu dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip atau teori yang betul. Di samping
kemahiran-kemahiran

asas

sebagai

pemangkin

kepada

penjanaan

proses

berlangsungnya sesi kaunseling. Demi menjamin keberkesanannya, langkahlangkah yang baik dan sistematik perlu dipertimbangkan secara berkesan pada
mana-mana kes yang dibawa atau dijalankan. Sekiranya guru pembimbing tidak
berupaya mengendalikan sesuatu kes yakni yang terlalu kritikal dan memerlukan
kepada kemahiran atau kepakaran yang lebih tinggi, guru perlulah menyatakan
secara jujur kepada klien. Hal ini kerana, perlulah diingat bahawa matlamat untuk
membantu klien lebih penting.
Secara ringkas, bimbingan adalah satu aspek dalam pendidikan yang penting
kerana ia merupakan cara membentuk tingkah laku terutama di sekolah ialah muridmurid. hal ini supaya mereka menjadi sempurna dan membawa kesejahteraan
kepada diri dan masyarakat.

Kauseling sebenarnya dibentuk dengan tujuan

demi kesejahteraan manusia. Dengan kaunseling, manusia dipercayai sebenarnya


mampu memperkembang potensi diri seperti mana yang ditegaskan oleh Goodyear
(1976) dalam Muhd. Mansur Abdullah yang mengatakan bahawa manusia itu
hidupnya sentiasa berkembang dengan baik, tetapi oleh kerana sesuatu sebab atau
masalah, maka perkembangan itu menjadi terencat. Dengan sebab itu, kemunculan
kaunseling dalam era pendidikan khususnya, cuba membantu dan menyedarkan
kembali individu supaya dapat berkembang semula dengan baik.
Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
merupakan amat penting dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Kaunseling
merupakan untuk kebaikan semua pihak, oleh sebab itu, semua pihak perlu
mengambil tanggungjawab bersama agar ia dapat berjalan dengan lancer dan
berkesan. Di samping itu juga, segala sesi yang dirancang mestila bersistematik dan
teliti agar matlamat-matlamat yang diinginkan tercapai. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab utama di sekolah para guru mamainkan peranan penting supaya
bimbingan menjadi lebih berkesan dalam pembentukan tingkah laku serta proses
pengajaran dan pembelajaran

REFLEKSI

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Pada kerja kursus ini, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan Kerja
Kursus Pendek yang melibatkan mata pelajaran Bimbingan dan Kaunseling KanakKanak (EDU 3107). Tugasan ini mengenai kajian kes yang dilaksanakan bersama
seorang klien. Seterusnya, menyediakan satu penulisan kritis tentang penggunaan
teori ini dalam proses sesi kaunseling yang dilaksanakan. Tugasan ini telah
dilaksanakan sepanjang menjalani praktikum fasa III di Sekolah Kebangsaan Sungai
Tok Pawang, Bedong Kedah.

Semasa proses melaksanakan tugasan ini, saya

banyak mempelajari bagaimana suatu proses kaunseling itu dijalankan. Pada


mulanya agak sukar kerana dengan ilmu yang cetek, sudah ditugaskan untuk
menyelesaikan satu masalah yang dihadapi klien. Namun apabila sudah menemui
klien yang sesuai, saya telah menyusun jadual pertemuan bersama klien. Namun
sebelum itu, saya telah mengambil profil klien daripada guru di sekolah.
Dalam aspek pencarian maklumat, bagi maklumat klien mudah diperoleh dan
kerjasama yang baik diberikan oleh guru dan juga klien. Dalam pada masa temu
bual, agak kekok pada mula, namun lama kelamaan, saya dan klien berjaya
membina hubungan yang positif, dan dalam masa yang singkat, klien dapat
meluahkan konflik yang dihadapi dan saya dengan teori yang dipilih, secara spontan
dapat memandu klien untuk menetapkan matlamat penyelesaian. Selepas selesai
temubual, dalam penulisan kritis, bahan agak mudah dicari namun kekangan masa
menyukarkan proses mencari maklumat dalam buku yang berada di perpustakaan
amat sukar. Balik sekolah agak lewat, menyukarkan saya untuk mendapatkan
maklumat melalui buku. Namun saya mengambil kesempatan semasa mendapat
undangan latihan gamelan untuk konvokesyen. Saya berpeluang untuk ke
perpustakaan di kampus semasa raptai penuh berlangsungnya konvo. Dengan
buku-buku yang dapat saya pinjam, sedikit sebanyak membantu saya dalam
memperoleh maklumat dan idea dalam penulisan kritis.
Banyak perkara baru yang dapat saya pelajari sepanjang melaksanakan
tugasan ini. Antaranya saya dapati ada perubahan pada diri saya. Terutamanya
dalam aspek pembentukan sikap iaitu saya dapat membina sikap positif dalam
kemenjadian untuk menjadi guru yang beretika, beradab, berilmu dan berupaya
untuk berkomunikasi dengan lebih baik. Saya juga dalam pada masa yang sama

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


dapat meningkatkan pengetahuan dalam kemahiran-kemahiran asas kaunseling.
Dengan kemahiran yang dipelajari, dapat saya praktik dalam menjalinkan hubungan
yang positif antara guru di sekolah, staff dan khususnya murid-murid. Selain
menambah baik kemahiran sedia ada agar dapat diseimbangkan dalam menjadi
seorang guru yang berupaya menguasai bukan sahaja dalam akademik dan
pedagogi tetapi dan bidang kaunseling.
Selepas melakukan tugasan ini, saya berasa sangat bangga kerana berjaya
menyiapkan tugasan ini mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu
saya

turut

berasa

gembira

kerana

berpeluang

mengambil

pengalaman

melaksanakan dan mengendalikan sesi kaunseling bersama murid dengan sendiri.


Pengalaman semasa melaksanakannya banyak membantu saya untuk menjadi guru
yang lebih baik terutama dalam aspek pemahaman dan penyelesaian dalam
permaslahan murid. rancangan saya pada masa hadapan, saya melihat bidang
kaunseling merupakan satu bidang yang unik berbanding bidang yang lain.
Walaupun masih dalam latihan, namun perasaan semasa melaksanakan tugasan ini
amat menarik. Saya melihat kepada aspek kepelbagaian teori yang dikemukakan
dan kesemua sebenarnya mampu dalam mengatasi masalah yang dihadapi.
Saya mungkin akan mempertimbangkan untuk meneruskan pembelajaran
dalam kaunseling. Hal ini kerana, kaunseling merupakan satu bidang imu yang amat
berkaitan dengan diri manusia. Bagaimana kita terutamanya sebagai guru, yang
bakal menghadapi generasi baru yang kian mencabar. Dengan kaunseling, bukan
sahaja ilmu berkenaan psikologi sahaja yang bakal diperoleh, malah lebih daripada
itu sebenar. Daripada satu kes kepada satu kes merupakan pengalaman berharga
dalam kaunseling, kerana setipa perkara yang berlaku dan masalah yang timbul,
memaksa

kita

untuk

kreatif

dan

merangka

strategi

berkesan

dalam

menyelesaikannya. Dengan sebab itu, akan memberi satu pengalaman berharga


sebagai seorang kaunselor, apabila melihat klienya berjaya dalam mengharungi
pelbagai masalah yang datang hasil bimbingan dan panduan yang diberikan oleh
seorang yang mempunyai kemahiran dalam kaunseling

RUJUKAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Arthur dan Aminah, (1994), Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Asmah Bee. (1999). Kertas Kerja Metodologi Kaunseling Dalam Menangani


Masalah

Akidah Umat Islam Masa Kini. Diakses daripada

http://larrijal.tripod.com/umum/counseling2.htm
Choong Lean Keow. (2010). Siri Pendidikan Perguruan: Bimbingan dan
Kaunseling Kanak-Kanak. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Ibrahim Ahmad, (2002), Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan: Perkhidmatan


Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd
Khoo Bee Lee, (2013). Siri Kaunseling: Bimbingan dan Kaunseling. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Mizan Adiliah & Halimatun Halaliah (2002), Kaunseling Individu : Apa dan
Bagaimana, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor
Muhd. Mansur Abdullah dan S.Nordinar, (1988). Proses Kaunseling. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd. Mansur Abdullah, (1987), Siri Kemasyarakatan Fajar Bakti: KaunselingTeori,
Proses dan Kaedah. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Mok Soon Sang. (2012). Bimbingan dan kaunseling. Selangor Penerbitan
Multimedia

Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai