Anda di halaman 1dari 4

Pendekatan Inkuiri

Sejak tahun 1960,pembelajaran berasaskan inkuiri adalah kaedah pembelajaran


yang telah diamalkan. Pembelajaran inkuiri adalah satu bentuk pembelajaran
aktif di mana kemajuan dinilai,bagaimana pelajar dapat mengembangkan
kemahiran eksperimen dan analitik daripada seberapa banyak pengetahuan
yang mereka perolehi. Pendekatan inkuiri adalah bertujuan mengajar muridmurid untuk menangani situasi atau masalah yang mereka hadapi apabila
berurusan dengan dunia fizikal dengan menggunakan teknik-teknik yang
digunakan oleh ahli penyelidikan sains.
Inkuiri bermakna bahawa guru mencipta situasi supaya murid-murid dapat
membuat prosedur yang digunakan oleh penyelidik sains untuk mengenal pasti
masalah,bertanya soalan,mengaplikasi prosedur penyiasatan,memberi
penerangan yang konsisten,ramalan dan keterangan-keterangan yang
bersesuaian dengan pengalaman yang dikongsi dengan dunia fizikal.
Pembelajaran berasaskan inkuiri atau sains berasaskan inkuiri pada asasnya
merangkumi keinginan bahawa pembelajaran seharusnya berdasarkan pada
soalan-soalan pelajar. Pembelajaran menginginkan pelajar bekerja bersamna
untuk menyelesaikan masalah daripada menerima pengajaran secara langsung
daripada guru. Guru di pandang sebagai fasilitator dalam pembelajaran daripada
memberi pengetahuan. Guru membantu pelajar semasa proses mencari
pengetahuan mereka sendiri.
Inkuiri sengaja digunakan dalam konteks penyiasatan dalam sains dan
pendekatan untuk pengajaran sains. Inkuiri akan digunakan untuk merujuk
kepada semua soalan lain,kaji selidik, atau peperiksaan yang bersifat umum
supaya istilah-istilah tidak akan dikelirukan.

Pendekatan Inkuiri Dalam Pembelajaran Sains


Pembelajaran berasaskan inkuiri telah berpengaruh besar dalam pendidikan
sains dan biasa disebut sains berasaskan inkuiri. Para saintis biasanya
menggunakan proses inkuiri dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang
berkaitan alam semesta. Mereka menggunakan prinsip-prinsip,konsep,dan teoriteori untuk memahami dan menjelaskan gejala-gejala yang berlaku di alam
semesta. Pelajar akan menjadi saintis kecil kerana mereka menggunakan ideaidea yang sama seperti saintis ketika menjalankan penyelidikan.
Ciri-ciri dari pendekatan inkuiri ini adalah guru tidak menyampaikan pengetahuan
tetapi membantu pelajar untuk belajar bagi mereka sendiri. Inkuiri juga adalah
usaha mencari kebenaran,maklumat atau pengetahuan dengan bertanya. Di
dalam pengajaran sains,suatu proses yang kompleks terlibat apabila setiap
pelajar berusaha untuk mengubah maklumat dan data ke dalam pengetahuan
yang berguna. Pendekatan inkuiri adalah cara penyajian pelajaran yang banyak
melibatkan pelajar dalam proses-proses mental dalam rangka penemuannya.
Menurut Sund (1975),inkuiri adalah proses mental dan dalam proses itu individu
mengasimilasi konsep dan prinsip-prinsip.
Prinsip Pelaksanaan Pembelajaran Dengan Pendekatan Inkuiri
Pendekatan pembelajaran inkuiri merupakan pendekatan yang menekankan
kepada pembangunan intelektual pelajar.Ada beberapa prinsip yang harus
diperhatikan dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran inkuiri:
a)Berorientasi pada pembangunan intelektual
Tujuan utama adalah kemampuan berfikir.Di sini para belajar mencari maklumat
melalui berfikir seterusnya berbincang sesama rakan untuk mendapat
penyelesaiannya.
b)Prinsip interaksi
Proses pembelajaran pada asasnya adalah berinteraksi,samaada sesama

rakan sebaya ataupun berinteraksi dengan guru. Guru adalah sebagai


pemudahcara.
c)Prinsip bertanya
Guru berfungsi sebagai seorang yang bertanggungjawab untuk bersoaljawab
dengan para pelajarnya.Kemampuan guru untuk bersoaljawab dengan para
pelajar mampu menjadikan murid menjadi pelajar yang bijak berfikir.
Ini dapat mengembangkan bakat semulajadi murid.
d)Prinsip belajar untuk berfikir
Belajar adalah proses berfikir.Melalui berfikir,penggunaan otak adalah secara
maksimum.Apabila murid berfikir secara logik dan rasional ,dapat mempengaruhi
emosi yang mana dapat membantu proses pembelajaran murid.
e)Prinsip keterbukaan
Kanak-kanak perlu diberi kebebasan untuk mencuba sesuatu yang rasional.
Guru perlu memberikan peluang kepada murid untuk mengembangkan hipotesis
dan membuktikan kebenaran hipotesis melalui sesuatu kajiannya.
Jenis-jenis Pembelajaran Dengan Pendekatan Inkuiri
(A)Inkuiri untuk Menyiasat Masalah
-Langkah pertama dalam pendekatan ini adalah mengenali masalah,kemudian
merekabentuk penyelesaian masalah tersebut dan cuba untuk
menyelesaikannya. Kita tidak boleh menyelesaikan masalah dalam tempoh
masa yang diberi,dan apa yang kita lakukan mungkin menimbulkan masalah
yang berkaitan yang lain. Penyelidikan yang baik perlu dilakukan perkara yang
sama.
(B) Kaedah Inkuiri Suchman.
Dalam bilik darjah, terdapat pelajar yang sering menghadapi fenomena yang luar
biasa. Dalam setiap peristiwa begini akan memberi peluang kepada guru untuk
menggalakkan pelajar untuk berhati-hati menganalisis sesuatu situasi

berkenaan,

membuat hipotesis dan menguji penjelasan. Situasi ini menjadikanpelajar


memerlukan penjelasan dan perasaan ingin tahu. Robert Suchman membina
strategi contoh permainan "20soalan" untuk mengajar pelajar satu proses untuk
menyiasat dan menerangkan kejadian yang tidak diduga dan mengejutkan.
Langkah langkah Pembelajaran dengan Pendekatan Inkuiri.
1.Orientasi
-Langkah ini adalah untuk membina suasana atau iklim pembelajaran yang
kondusif. Di sini guru perlu menarik perhatian pelajar.Dia merangsang dan
mengajak pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah. Langkah ini amat
penting.Kejayaan pendekatan inkuiri sangat bergantung pada kemahuan pelajar
untuk melakukan aktiviti menggunakan kemampuannya dalam menyelesaikan
masalah.
2.Merumuskan masalah
-Ini merupakan langkah membawa pelajar pada suatu persoalan yang
mengandungi teka-teki.Persoalan ini mencabar pelajar untuk berfikir
menyelesaikan tka-teki itu. Pelajar di galakkan untuk mencari jawapan yang
tepat. Proses mencari jawapan itu lah yang sangat penting dalam pendekatan
inkuiri. Melalui proses tersebut pelajar akan mendapat pengalaman yang sangat
berharga apabila melailui kemahiran berfikiran.
-

Anda mungkin juga menyukai