Anda di halaman 1dari 72

Jurnal Penyelidikan Tindakan

Tahun 2012, Jilid 6


terbitan
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS BATU LINTANG,
KUCHING, SARAWAK.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL


Tahun 2012, Jilid 6
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
Jalan College,
93200 Kuching,
Sarawak.
ISSN: 1823-3244

Cetakan Pertama: 2012

Hak cipta terpelihara IPG KBL. Tidak dibenarkan mengeluar


ulang mana-mana bahagian artikel dan isi kandungan Jurnal
Penyelidikan Tindakan Tahun 2012, Jilid 6 ini dalam apa jua bentuk
dan dengan cara apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Ketua Penyunting Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun
2012, Jilid 6, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Jalan
College, 93200 Kuching, Sarawak. Pembaca diingatkan bahawa hasil
penulisan pada jurnal ini adalah semata-mata pandangan para
penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Ketua
Penyunting Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2012, Jilid 6.

JAWATANKUASA PENERBITAN
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN TAHUN 2012, JILID 6

Penaung
Tn. Hj. Awang Hambali bin Hj. Awang Hamdan
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Penasihat
En. Jamiran bin Salam
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Pengerusi
Pn. Chuah Kim Hwa
Ketua Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Ketua Penyunting
Pn. Chuah Kim Hwa

Sidang Pengarang
Christina Lau Yuan Yuan
Eric Ling Tiing Kong
Kamsul bin Rosli
Simbah anak Andrew
They Peo Then
Chuah Kim Hwa
Raymond Kho

KANDUNGAN

Kandungan iv
Dari Meja Ketua Penyunting .. v
Pengarang/ Tajuk

Christina Lau Yuan Yuan


Refleksi pembelajaran teknik menganalisis data tentang
penggunaan teknik CRA dalam membantu murid Tahun
Lima menguasai pembahagian fakta asas
Eric Ling Tiing Kong
Refleksi pembelajaran tentang teknik menyemak data
dalam pelaksanaan penyelidikan tindakan
Kamsul bin Rosli
Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam
pengajaran pemasangan kit model kereta murid Tahun
Lima

Muka
surat

16

Simbah anak Andrew


Kesan penggunaan STAD dalam membantu pelajar
Tingkatan Dua membuat lakaran bebas tiga dimensi

29

They Peo Then


Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan
kekemasan jahitan asas pelajar Tingkatan Satu

41

Chuah Kim Hwa & Raymond Kho


Reflection on the involvement of PISMP pre-service
teachers in using e-AR portal: A case study

58

iv

DARI MEJA KETUA PENYUNTING

Salam Perpaduan dan Salam 1Malaysia.


Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa dan Penyayang kerana
dengan berkat-Nya, Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2012, Jilid 6
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPG KBL) berjaya
diterbitkan. Jurnal tahun ini memuatkan enam (6) buah artikel yang
disumbangkan oleh tujuh (7) orang penyelidik.
Sebanyak dua (2) buah artikel memuatkan perbincangan tentang
refleksi pembelajaran dari segi metod yang digunakan dalam
penyelidikan tindakan (PT) penyelidik berkenaan. Empat (4) buah
artikel pula membincangkan tentang dapatan kajian ekoran daripada
penglibatan mereka dalam melaksanakan PT dalam bidang masingmasing. Salah satu daripada artikel tersebut melibatkan kajian yang
dilaksanakan secara kolaborasi.
Ucapan syabas dan tahniah dirakamkan atas sumbangan para
penyelidik terbitan ini yang membolehkan penerbitan Jurnal PT IPG
KBL Tahun 2012, Jilid 6. Semoga usaha murni mendokumentasikan
laporan PT dalam bentuk jurnal ini memanfaatkan para penyumbang
dari segi perkongsian dapatan kajian. Adalah diharapkan jurnal ini
berperanan sebagai pemangkin kepada para pendidik dan penyelidik
lain untuk melaksanakan PT ke arah memertabatkan profesion
keguruan.
Sekian, terima kasih.

Christina Lau Yuan Yuan/ Refleksi pembelajaran teknik menganalisis data tentang
penggunaan teknik CRA dalam membantu murid Tahun Lima menguasai
pembahagian fakta asas

REFLEKSI PEMBELAJARAN TEKNIK MENGANALISIS DATA TENTANG


PENGGUNAAN TEKNIK CRA DALAM MEMBANTU MURID TAHUN LIMA
MENGUASAI PEMBAHAGIAN FAKTA ASAS
Oleh

Christina Lau Yuan Yuan


yuan2lau@hotmail.com
ABSTRAK
Artikel ini secara umumnya menjelaskan teknik menganalisis data
yang digunakan dalam kajian saya yang bertajuk Penggunaan
teknik CRA dalam membantu murid Tahun Lima menguasai
pembahagian fakta asas. Saya telah menggunakan teknik
menganalisis data seperti analisis kandungan dan analisis pola.
Kajian ini dijalankan untuk meneroka penggunaan teknik CRA
dalam membantu dua orang murid Tahun 5H menguasai
pembahagian fakta asas serta menambah baik amalan pengajaran
saya. Peserta kajian saya terdiri daripada dua orang murid Tahun
Lima dari sebuah sekolah rendah di Kuching. Saya telah
mengumpul data melalui temu bual, pemerhatian pada papan
paparan dan soalan ujian. Analisis data secara kualitatif yang
digunakan memberi gambaran lebih mendalam tentang kajian ini.
Untuk kajian seterusnya, selain menggunakan analisis kandungan
dan pola, saya ingin meninjau penggunaan analisis dilema semasa
menganalisis data kajian.
Kata kunci: Analisis kandungan, analisis pola, teknik CRA,
pembahagian fakta asas
ABSTRACT
This article generally describes the data analysis techniques used in
my study entitled "The Use of Technique CRA in Helping two Year
Five Pupils Master Division of Basic Facts". I used content and
pattern analysisto analyze data in this study. This study was
conducted to explore the use of CRA techniques in helping two
Year 5H pupils master the division of basic facts as well as improve
my teaching practices. The participants of this study consisted of
two Year Five pupils from a primary school in Kuching. I collected
the data through interviews, observations on the board display and
test questions. Analysis of data qualitatively provided a more detail
picture of this study. For the next study, other than using content
and pattern analysis, I would like to explore the usage of dilemma
analysis in analyzing data.
Key words: Content analysis, pattern analysis, CRA techniques, the
division of basic facts
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 1-8.

Christina Lau Yuan Yuan/ Refleksi pembelajaran teknik menganalisis data tentang
penggunaan teknik CRA dalam membantu murid Tahun Lima menguasai
pembahagian fakta asas

PENGENALAN
Refleksi Pengalaman Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan
Saya adalah seorang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP). Pengajian major saya adalah Matematik Pendidikan Rendah.
Mengikut pengalaman semasa praktikum Fasa I, II dan III, saya mendapati
murid-murid sentiasa ingin menyelesaikan soalan matematik berasaskan
hanya dua matlamat, iaitu cepat dan tepat. Mereka cenderung melupakan
konsep yang terselindung di sebalik setiap pengenalan untuk sesuatu
rumus atau teorem.
Dalam praktikum Fasa III, saya mendapati dua orang murid Tahun Lima,
Billy dan Spencer (nama samaran) terutamanya lemah dalam pembahagian
fakta asas. Jadi, saya telah memilih teknik Concrete-RepresentationAbstract (CRA) untuk membantu mereka menguasainya. Selain itu, saya
ingin memperbaiki sedikit kegagalan diri untuk menolong murid-murid
menghayati keindahan konsep Matematik.
Selama ini, saya percaya bahawa pendekatan Behaviorisme lebih praktikal
kerana apabila kita mengulangi sesuatu, seorang murid dapat belajar
secara hafalan. Saya beranggapan pendekatan Konstruktivisme hanya
sesuai untuk pendidikan yang tidak menetapkan batasan tempoh dan
bilangan murid yang kecil. Kebaikannya ialah tidak ada sukatan yang perlu
dikejar. Dalam subjek Matematik, saya sememangnya ingin tahu sama ada
pendekatan Konstruktivisme berkesan untuk pembelajaran murid. Saya
berada di tengah-tengah untuk kedua-dua teori pembelajaran ini. Saya
berpuas hati dengan teori Behaviourisme tetapi saya juga menyokong teori
Konstruktivisme.
Fokus Artikel
Melalui pemerhatian dalam pengajaran harian, saya mendapati Billy dan
Spencer sangat lemah dalam Matematik. Rajah 1 merupakan catatan
reflektif pada rancangan pengajaran harian (RPH) yang menunjukkan
prestasi mereka yang lemah.

Rajah 1. Catatan reflektif pada RPH bertarikh 12 April 2011.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 1-8.

Christina Lau Yuan Yuan/ Refleksi pembelajaran teknik menganalisis data tentang
penggunaan teknik CRA dalam membantu murid Tahun Lima menguasai
pembahagian fakta asas

Saya juga memberikan ujian diagnostik yang mengandungi 20 soalan


mengenai pembahagian fakta asas untuk seluruh kelas 5H. Billy dan
Spencer langsung tidak mendapat markah seperti yang ditunjukkan pada
Rajah 2.
0%

Kertas ujian Billy

0%

Kertas ujian Spencer

Rajah 2. Kertas ujian Billy dan Spencer.


Rajah 2 menunjukkan semua jawapan yang diberikan oleh Billy dan
Spencer salah. Seterusnya, saya menemu bual mereka dengan bantuan
rakaman audio. Temu bual dengan Billy diadakan pada 11 Mac 2011.
Spencer pula ditemu bual pada 25 Mac 2011. Rajah 3 dan Rajah 4 masingmasing menunjukkan transkrip temu bual berkenaan.
Saya

: Bolehkah kamu cuba beritahu cikgu apa itu division?

Billy

: Tak ada idea.

Menandakan
Billy tidak ada
idea
mengenai
pembahagian.

Guru : Tak ada?


Rajah
3. Transkrip temu bual antara Billy dengan saya.
(Billy menggeleng kepala lagi.)
Saya

:Dalam pendapat anda, bahagi itu adalah apa?

Menandakan
tidak faham.

Spencer

Spencer: (tidak menjawab)

Rajah 4. Transkrip temu bual antara Spencer dengan saya.


Daripada temu bual berkenaan, dapat dirumaskan bahawa Billy dan
Spencer langsung tidak mempunyai idea apa itu pembahagian. Billy jujur
mengatakan dia tidak faham manakala Spencer memberikan jawapan yang
salah mengenai erti pembahagian.
Saya khuatir keadaan mereka tidak dapat menguasai operasi bahagi jika
dibiar begitu sahaja berkemungkinan besar akan menyebabkan mereka
menghadapi masalah apabila belajar di peringkat yang lebih tinggi.
Keadaan mereka menyakitkan hati kerana saya yakin bahawa mereka
boleh menguasai operasi bahagi sekiranya diberikan bimbingan. Andainya
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 1-8.

Christina Lau Yuan Yuan/ Refleksi pembelajaran teknik menganalisis data tentang
penggunaan teknik CRA dalam membantu murid Tahun Lima menguasai
pembahagian fakta asas

mereka tidak dapat dibantu walaupun bimbingan diberi, sekurangkurangnya saya telah cuba sedaya upaya. Tambahan pula, pemahaman
konsep asas untuk bahagi ini adalah penting sebagai asas untuk
pembelajaran topik seterusnya.
Teknik CRA ini mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme. Seperti yang
kita ketahui, bukan setiap pengetahuan dapat dipindahkan dengan mudah
daripada guru kepada murid-muridnya. Murid-murid sendirilah yang
menjadikan pembelajaran mereka bermakna. Melalui permainan dengan
bahan konkrit, Billy dan Spencer mengetahui pembahagian itu perkongsian
secara adil.
Selain itu, teknik CRA memperlihatkan kekuatan Teori Kecerdasan Pelbagai
dalam proses P&P. Setiap murid mempunyai tahap yang berbeza dalam
lapan kecerdasan Gardner (1983). Tiga kecerdasan yang terlibat dalam
teknik CRA adalah kinestetik, visual-ruang dan logik-matematik.
Di samping itu, teknik CRA menggalakkan pembelajaran masteri. Dalam
teknik ini, pengajaran pembahagian fakta asas dibahagikan kepada tiga
peringkat, iaitu konkrit, perwakilan, dan abstrak. Teknik CRA mementingkan
penguasaan dalam satu peringkat sebelum bergerak ke peringkat yang
seterusnya. Dalam kata lain, saya memastikan Billy dan Spencer dapat
menguasai peringkat konkrit, kemudian peringkat perwakilan dan akhirnya
peringkat abstrak.
Objektif Penulisan Artikel
Artikel ini ditulis untuk mengimbas kembali penggunaan teknik-teknik
menganalisis data iaitu analisis kandungan dan analisis pola dalam PT saya
yang meneroka penggunaan teknik CRA dalam membantu dua orang murid
Tahun 5H menguasai pembahagian fakta asas (Christina Lau, 2011).
Adalah diharapkan penulisan ini dapat membantu diri saya dan para
pembaca menambah baik teknik menganalisis data dalam pelaksanaan PT
kelak.
TEKNIK MENGANALISIS DATA
Secara ringkasnya, saya menggunakan kaedah analisis data dari segi
kandunagn dan pola.
Analisis Kandungan
Saya meneliti transkrip lalu mengkategorikan data kepada empat jenis
komponen, iaitu konsep bahagi, dividend, divisor dan quotient.
Contohnya, saya menemu bual Billy selepas sesi CRA pada 9 Ogos 2011.
Rajah 5 merupakan sebahagian daripada transkrip saya dengan Billy.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 1-8.

Christina Lau Yuan Yuan/ Refleksi pembelajaran teknik menganalisis data tentang
penggunaan teknik CRA dalam membantu murid Tahun Lima menguasai
pembahagian fakta asas

Saya: Selain daripada burung,


bolehkah awak kongsi benda
lain?
Billy : Boleh. Bintang.
Saya: Bila kamu nak kongsi bintang?
Billy : Bahagi.
Saya: Tengok ini. (tunjukkan kad
pernyataan 324=8 )
Apa itu 32?
Billy : Mula-mula ada berapa banyak.
Saya: Kemudian apa yang kamu buat
dengannya?
Billy : Kongsi
Saya: Berapa orang yang kongsi?
Billy :4.
Saya: Jadi seorang dapat berapa?
Billy : 8

Pemahaman terhadap
Billy boleh faham bahawa itu ertinya
kongsi. Tetapi dia beranggan hanya boleh
berkongsi bintang dan burung kertas sahaja.
Pemahaman terhadap Dividend
Billy boleh menjelaskan dengan perkataan
sendiri.
Pemahaman terhadap Divisor
Billy mungkin main teka salah satu nombor,
sama ada 4 atau 8. Ini kerana 32 telah
ditanyakan sebelum ini.
Pemahaman terhadap Quotient
Billy boleh main teka. Kerana hanya 8
yang tertinggal

Rajah 5. Transkrip temu bual dengan Billy pada 9 Ogos 2011.


Selain itu, saya telah menganalisis pemerhatian pada papan paparan.
Contohnya, saya memerhati dan merakamkan hasil kerja Billy di atas papan
paparan pada 24 Ogos 2011 seperti yang ditunjukkan pada Rajah 6.
Billy boleh menyusun
bintang dalam jumlah
yang betul dengan
cepat.

Lukisan Billy kurang


kemas, tetapi
jawapannya boleh
mewakili apa yang
dimanipulasikan
dalam peringkat
konkrit.
Billy boleh menulis
ayat Matematik
dengan cepat dan
tepat.

Rajah 6. Pemerhatian kerja Billy pada papan paparan.(24 Ogos 2011 ).

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 1-8.

Christina Lau Yuan Yuan/ Refleksi pembelajaran teknik menganalisis data tentang
penggunaan teknik CRA dalam membantu murid Tahun Lima menguasai
pembahagian fakta asas

Analisis Pola
Saya telah mencari pola persamaan atau perbezaan antara dua orang
peserta melalui pemerhatian pada papan paparan. Contohnya, pada 24
Ogos 2011, saya membuat pengesanan pola bagi papan paparan hasilan
Billy dan Spencer (Sila rujuk Rajah 7).
Kategori

Pemerhatian pada papan paparan


Billy
Spencer

Konkrit

Perwakilan

Abstrak

Pola persamaan/
perbezaan
Pola persamaan: (1)
Billly dan Spencer
boleh menyusun
bahan konkrit yang
mempunyai bilangan
yang betul ke dalam
kumpulan secara
sama rata. (2)
Mereka menunjukkan
minat yang tinggi
semasa memanipulasikan bahan
konkrit.
Pola persamaan: Billy
dan Spencer boleh
melukiskan apa yang
dilihat pada peringkat
konkrit.
Pola perbezaan: (1)
Lukisan Spencer
kemas manakala
lukisan Billy tidak
kemas. (2) Billy tidak
mempunyai minat
untuk melukis
manakala Spencer
suka melukis.
Pola persamaan: Billy
dan Spencer boleh
menghasilkan ayat
matematik yang betul
dan tepat.
Pola perbezaan:
Kelajuan menulis ayat
matematik - Billy
boleh menulis ayat
matematik dengan
cepat manakala
Spencer menulis
dengan lambat.

Rajah 7. Perbandingan kerja Billy dan Spencer (24 Ogos 2011 )

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 1-8.

Christina Lau Yuan Yuan/ Refleksi pembelajaran teknik menganalisis data tentang
penggunaan teknik CRA dalam membantu murid Tahun Lima menguasai
pembahagian fakta asas

REFLEKSI PEMBELAJARAN
Penilaian Teknik Menganalisis Data
Saya berasa berpuas hati dengan teknik analisis data dari segi kandungan
dan pola. Saya menyedari bahawa analisis kandungan ini mesti dilakukan
dengan teliti sekali. Data yang diperoleh daripada setiap peserta kajian
perlu dianalisis satu demi satu. Ini memakan masa tetapi pada masa yang
sama membuatkan data mempunyai kebolehpercayaan yang lebih tinggi.
Melalui teknik ini, saya perlu mencari maksud tersirat yang terkandung
dalam data yang diperolehi. Jadi, saya mengetahui bahawa apa yang
tersirat dalam fikiran peserta kajian atau sejauh mana mereka telah
mengalami perkembangan dalam pembelajaran pembahagian fakta asas.
Selain itu, teknik analisis pola juga banyak membantu saya mengetahui
sama ada teknik CRA telah membantu dua orang murid saya secara
keseluruhannya. Saya telah mengkategorikan data yang diperolehi,
contohnya transkrip pemerhatian pada papan paparan kedua-dua peserta
kajian kepada beberapa kumpulan dan kemudian membuat banding beza
untuk mengesan pola. Ini menolong saya menjadi lebih jelas sama ada
teknik ini boleh membantu kedua-dua atau salah seorang peserta kajian
sahaja. Pola perbandingan dikesan untuk memberi jawapan yang lebih
khusus kepada persoalan saya.
Pembelajaran Kendiri
Saya mempelajari bahawa menganalisis data ada teknik-tekniknya yang
tersendiri. Data juga perlu dianalisis dengan teliti dan langkah demi langkah.
Kita perlu mencatat atau merakam data sebelum kita boleh mengupas
kandungannya. Contohnya, bagi sesi temu bual, saya mencatatkan dialog
sepanjang perbualan dengan merujuk balik kepada rakaman audio visual
pada rakaman video. Kemudian, saya meneliti semula transkrip tersebut.
Seterusnya, saya mengkategorikan soalan-soalan yang saya tanyakan
kepada dua orang murid saya kepada empat jenis komponen, iaitu konsep
bahagi, dividend, divisor dan quotient. Kemudian, barulah saya analisis
sama ada jawapan mereka sesuai atau tidak. Saya cuba melihat maksud
tersurat atau tersirat dalam jawapan yang mereka berikan.
Selain itu, saya menyedari bahawa data untuk subjek Matematik juga boleh
dianalisis secara kualitatif dan bukannya hanya melalui kuantitatif sahaja.
Analisis data matematik atau nombor secara kuantitatif dan menolak
sepenuhnya kaedah secara kualitatif boleh menyebabkan analisis tidak
cukup khusus atau kurang teliti. Kita perlu menganalisis kandungan data
yang diperoleh daripada peserta kajian seorang demi seorang, malah baris
demi baris atau perkataan demi perkataan. Ini bertujuan untuk mengelak
daripada mengabaikan sebarang data luar dugaan yang jauh berbeza dari
data purata.
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 1-8.

Christina Lau Yuan Yuan/ Refleksi pembelajaran teknik menganalisis data tentang
penggunaan teknik CRA dalam membantu murid Tahun Lima menguasai
pembahagian fakta asas

Cadangan Teknik untuk Kitaran Seterusnya


Untuk kajian pada masa hadapan, saya akan terus menggunakan dua
teknik menganalisis data secara analisis kandungan dan pola. Malah, saya
akan mencuba teknik yang satu lagi, iaitu analisis dilema. Teknik ini
merupakan satu teknik yang baharu bagi saya yang mana data yang
diperoleh diteliti untuk mencari kes-kes yang mana data yang dikumpul
daripada peserta kajian adalah dalam kedudukan dilema. Kemudian, saya
akan melaporkan dilema tersebut dan mencari punca, kesan serta jalan
penyelesaian untuk kes tersebut.
Saya juga berharap yang saya dapat menggabungkan ketiga-tiga teknik
menganalisis data yang telah saya pelajari dalam kajian pada masa akan
datang.
RUJUKAN
Berg, B.L. (1989). Qualitative research methods for the social sciences (3rd
edition). Needham Heights: Allyn & Bacon.
Christina Lau. (2011). Penggunaan teknik CRA untuk membantu murid
Tahun Llima menguasai pembahagian fakta asas. Tesis Ijazah
Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang belum diterbitkan.
Kuching, Sarawak: IPG Kampus Batu Lintang.
Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences.
New York: Basic Books.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran
Matematik Tahun 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 1-8.

Eric Ling Tiing Kong/ Refleksi pembelajaran tentang teknik menyemak data dalam
pelaksanaan penyelidikan tindakan

REFLEKSI PEMBELAJARAN TENTANG TEKNIK MENYEMAK DATA


DALAM PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Oleh
Eric Ling Tiing Kong
night_eric@yahoo.com
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan apabila saya mendapati empat
orang murid Tahun Empat yang saya ajar membuat kesilapan
umum dalam penyelesaian operasi bahagi untuk nombor 4-digit
dengan 2-digit dalam bentuk lazim. Saya telah menggunakan
prinsip ansur maju semasa pengenalan teknik SPAD yang terdiri
daripada SPAD BOARD, jadual pelbagai guna sifir dan jadual
SPAD. Pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen
merupakan kaedah yang digunakan untuk mengumpul data. Data
dianalisis secara analisis kandungan dan analisis pola.
Penyemakan data turut dibuat menggunakan triangulasi antara
kaedah, triangulasi sumber dan member checking. Teknik
penyemakan data membantu dalam mengesahkan data yang
dikumpul dan dianalisis. Untuk kajian kitaran seterusnya, saya
bercadang untuk menggunakan triangulasi masa kerana tempoh
masa yang lebih lama untuk menjalankan kajian berbanding
dengan tempoh praktikum.
Kata kunci: Teknik SPAD, operasi bahagi, nombor 4-digit dengan
2-digit, triangulasi antara kaedah, triangulasi sumber
ABSTRACT
This action research was conducted when I discovered four of my
Year Four pupils made common errors while solving division of 4digit numbers by 2-digit numbers in the standard written method. I
have applied developmental principles when introducing "SPAD"
technique that consists of "SPAD BOARD", multi-purpose
multiplication table and "SPAD" table. Observation, interviews and
document analysis were used to collect data. The data were
analyzed using content and pattern analysis. The data were then
cross-checked using triangulation between method, persons
triangulation, and "member checking". The data checking
techniques used helped in establishing trustworthiness of the data.
For the next cycle, I plan to use time triangulation as the duration
to conduct the next research would be longer when compare to the
duration for practicum.
Keywords: Technique "SPAD", division, 4-digit numbers by 2-digit
numbers, method triangulation, persons triangulation

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 9-15.

Eric Ling Tiing Kong/ Refleksi pembelajaran tentang teknik menyemak data dalam
pelaksanaan penyelidikan tindakan

PENGENALAN
Refleksi Pengalaman Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan
Saya merupakan guru pelatih yang mengambil opsyen Pengajian Matematik
Pendidikan Rendah di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPG
KBL) yang mana tempoh kursusnya adalah selama lima setengah tahun.
Saya mula mengikuti kursus ini di IPG KBL pada pertengahan tahun 2006.
Tempoh praktikum Fasa III selama tiga bulan berlangsung daripada 31
Januari 2011 sehingga 29 April 2011. Sepanjang praktikum dijalankan, saya
telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar Matematik kelas Tahun 4
Merah yang mempunyai bilangan murid seramai 44 orang. Saya telah
didedahkan dengan maklumat tentang kelemahan murid-murid dalam
penghafalan sifir oleh guru pembimbing. Saya mulai bimbang akan
kebolehan murid mengikuti proses P&P saya mengenai subtajuk
pembahagian dalam topik nombor bulat atau Whole Number. Seperti yang
dijangkakan, murid-murid menghadapi masalah dalam melakukan algoritma
pembahagian.
Semasa sesi pengajaran, saya terjumpa beberapa kesilapan yang lazim
dilakukan oleh murid-murid semasa mereka menyelesaikan soalan bahagi
dalam bentuk long division. Masalah yang dihadapi oleh murid-murid
menarik perhatian saya dan mendorong saya untuk mengkaji tindakan yang
boleh mengelakkan kesilapan melakukan operasi bahagi daripada terus
berlaku dalam kalangan murid-murid saya. Saya telah merancang beberapa
tindakan untuk membantu murid-murid saya menangani masalah tersebut
dalam proses menambah baik amalan kendiri saya selaku guru pelatih.
Cikgu, saya tidak tahu apa itu bahagi? Itulah soalan yang dikemukakan
oleh salah seorang murid kepada saya yang menyebabkan saya
terperanjat. Soalan ini merupakan petanda salah satu faktor penting yang
menyebabkan murid-murid membuat kesilapan dalam penyelesaian
masalah bahagi. Pada awal praktikum Fasa III, saya dapat mengesan
kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid dalam penyelesaian masalah
bahagi daripada penyemakan lembaran kerja serta latihan yang dibuat oleh
murid-murid. Rajah 1 merupakan beberapa contoh kesilapan yang dapat
dikesan pada lembaran kerja murid-murid pada awal praktikum (22 Februari
hingga 11 March 2011) di SK Cerdik (pseudonim) semasa mereka
melakukan operasi bahagi.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 9-15.

10

Eric Ling Tiing Kong/ Refleksi pembelajaran tentang teknik menyemak data dalam
pelaksanaan penyelidikan tindakan

Tidak berhati-hati atau


cuai

Tidak menguasai nilai tempat


sa, puluh, ratus, ribu, dan
puluh ribu

Mengabaikan nombor
pembahagi yang berada di
nilai tempat puluh

Rajah 1. Kesilapan lazim dilakukan oleh murid-murid ketika membuat


operasi bahagi dalam bentuk lazim pada lembaran kerja (7 March 2011).
Catatan refleksi P&P saya juga menyatakan murid tersebut sudah biasa
dengan operasi bahagi yang melibatkan nombor 4-digit dengan 1-digit dan
melakukan kesilapan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.

Murid cenderung membahagi


nombor 4-digit dengan 1-digit

Rajah 2. Refleksi P&P saya ( 22 Februari 2011).


Rajah 2 menunjukkan murid-murid mengabaikan nombor yang berada di
tempat puluh bagi nombor pembahagi. Tinjauan awal yang dibuat juga
mengambil kira ujian PROTIM Tahun 4 pada 8 March 2011. Saya
mendapati bahawa John, Jack, Jess dan Jane (pseudonim) lemah dalam
penyelesaian operasi bahagi. Rajah 3 dan 4 menunjukkan hasil kerja
mereka semasa menduduki ujian PROTIM.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 9-15.

11

Eric Ling Tiing Kong/ Refleksi pembelajaran tentang teknik menyemak data dalam
pelaksanaan penyelidikan tindakan

Rajah 3. Hasil kerja John dan Jack (8 March 2011).

Rajah 4. Hasil kerja Jess dan Jane (8 March 2011).


Berdasarkan kepada fokus kajian, saya membuat keputusan untuk
membantu John, Jack, Jess dan Jane bagi menyelesaikan operasi bahagi
nombor 4-digit dengan 2-digit dalam bentuk lazim dengan
memperkenalkan teknik "SPAD". Namun, teknik nyanyian akan diterapkan
dalam sesi P&P sebagai asas pengukuhan hafalan sifir darab. Penghasilan
buku kecil sifir darab dan bahagi juga diajar kepada murid untuk melihat
hubungan antara operasi darab dengan operasi bahagi. Hasil daripada data
yang dikumpul semasa pelaksanaan tindakan berkenaan, saya telah
menganalisis data berkenaan. Selain itu, saya menyemak data yang
dikumpul dan dianalisis.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 9-15.

12

Eric Ling Tiing Kong/ Refleksi pembelajaran tentang teknik menyemak data dalam
pelaksanaan penyelidikan tindakan

Objektif Penulisan Artikel


Artikel ini ditulis untuk mengimbas kembali penggunaan teknik menyemak
data yang saya gunakan dalam penyelidikan tindakan yang saya
laksanakan.
TEKNIK MENYEMAK DATA
Dua teknik menyemak data telah saya gunakan dalam kajian saya iaitu
triangulasi kaedah, triangulasi sumber dan member checking. Untuk
triangulasi kaedah, saya memilih triangulasi antara kaedah.
Triangulasi Antara Kaedah
Saya telah mengutip dan mengumpul maklumat daripada dokumen dan
data-data yang diperoleh daripada teknik pemerhatian dan teknik temu bual
seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5. Sebagai contohnya, saya membuat
perbandingan kesan tindakan terhadap Jane selepas tindakan tersebut
diperkenalkan berdasarkan data dokumen, pemerhatian dan temu bual.

Dokumen
Tarikh : 15 April 2011 (Jumaat)
Masa : 0945-1010
Pemerhatian
Tempat: Bilik Guru
Perkara yang diperhatikan: Reaksi murid dalam membuat lembaran kerja
Catatan: Murid semakin yakin dalam membina jadual SPAD dan dapat menjawab soalan
yang diberikan dengan betul tanpa kesilapan yang dilakukan.
Tarikh: 19 April 2011 (Selasa)
Guru: Apakah perasaan kamu semasa melakukan lembaran kerja yang diberikan?
John, Jack, Jane, Janice: Lebih senang!
Guru: Apa sebab kamu kata lebih senang?
Janice: Sudah tahu langkah membina jadual SPAD dan membahagi.

Temu bual

John, Jack, Jane: Angguk kepala.

Rajah 5. Triangulasi antara kaedah ke atas hasil kerja Jane.


Triangulasi Sumber
Saya mendapatkan kerjasama daripada guru pembimbing dalam
menyemak ujian sebelum dan selepas tindakan yang kemudiannya
dibandingkan dengan penyemakan saya. Ini merupakan satu prosedur
dalam penyelidikan untuk mengesahkan apa yang saya semak itu adalah
sama atau hampir sama dengan apa yang disemak oleh orang kedua.
Rajah 6 adalah contoh triangulasi sumber yang dilakukan pada 20 April
2011.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 9-15.

13

Eric Ling Tiing Kong/ Refleksi pembelajaran tentang teknik menyemak data dalam
pelaksanaan penyelidikan tindakan

Semakan guru
pembimbing

Semakan guru
pembimbing

Semakan saya
Semakan saya

Rajah 6. Triangulasi sumber di antara guru pembimbing dan saya (20 April
2011).
Member Checking
Saya telah menunjukkan balik jawapan-jawapan yang diberikan oleh
peserta kajian semasa temu bual pada 19 April 2011 tentang pandangan
mereka terhadap tindakan yang telah dilaksanakan. Saya turut
menunjukkan hasil lembaran kerja ujian selepas tindakan untuk tujuan
menyemak sama ada apa yang ditulis oleh murid tersebut adalah jawapan
yang mereka hasilkan dan maksudkan.
REFLEKSI PEMBELAJARAN
Penilaian Teknik Menyemak Data
Teknik menyemak data yang digunakan penting kerana ia berkaitan dengan
kesahan data yang dikumpul dan dianalisis. Kebaikan triangulasi antara
kaedah adalah gabungan dokumen, pemerhatian, dan temu bual
meningkatkan kejituan data yang dapat membuktikan bahawa teknik
SPAD adalah berkesan. Triangulasi antara kaedah juga menggabungkan
data kualitatif dan data kuantitatif.
Triangulasi sumber pula membolehkan saya berinteraksi dengan guru
pembimbing di samping mewujudkan keyakinan terhadap data yang
dikumpul, dianalisis dan diinterpretasi. Namun, kelemahan triangulasi
sumber adalah guru pembimbing hanya mampu berbincang dengan saya
berdasarkan analisis dokumen murid seperti ujian murid sedangkan murid
mungkin mengalami masalah lain yang menyebabkan mereka gagal
menguasai teknik SPAD.
Pembelajaran Kendiri
Saya belajar beberapa teknik menyemak data menerusi penyelidikan
tindakan ini. Sebelum ini, saya hanya tahu cara menyemak data
berdasarkan ujian yang diduduki oleh peserta kajian. Selepas mempelajari
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 9-15.

14

Eric Ling Tiing Kong/ Refleksi pembelajaran tentang teknik menyemak data dalam
pelaksanaan penyelidikan tindakan

tentang penyelidikan tindakan, saya telah mencuba menggunakan


triangulasi sumber, triangulasi antara kaedah dan member checking untuk
meningkatkan kejituan serta kesahan data.
Cadangan Teknik untuk Kitaran Seterusnya
Untuk kajian seterusnya, saya akan cuba menggunakan triangulasi masa
sebagai teknik menyemak data memandangkan masa yang diperuntukkan
untuk penyelidikan tindakan akan datang lebih lama. Saya tidak dapat
menggunakan triangulasi masa untuk penyelidikan tindakan kali ini kerana
tempoh praktikum yang singkat. Namun, saya akan terus menggunakan
triangulasi kaedah dan sumber sebagai teknik menyemak data untuk
menjayakan penyelidikan tindakan saya kelak.
RUJUKAN
Eric Ling Tiing Kong. (2011). Penggunaan teknik SPAD dalam membantu
murid-murid Tahun empat menyelesaikan operasi bahagi nombor 4digit dengan 2-digit dalam bentuk lazim. Tesis Ijazah Sarjana Muda
Perguruan dengan Kepujian yang belum diterbitkan. Kuching,
Sarawak: IPG Kampus Batu Lintang.
Patton, M.Q. (1980). Kaedah penilaian kualitatif. Beverley Hills: Sage.
Strauss, A., & Corbin, J. (1990). Basic qualitative research: Grounded
theory procedures and techniques. Newbury Park, CA: Sage
Publications.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 9-15.

15

Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima

KESAN KAEDAH DEMONSTRASI DAN KAD MANUAL DALAM


PENGAJARAN PEMASANGAN KIT MODEL KERETA
MURID TAHUN LIMA
Oleh
Kamsul Bin Rosli
kamsulpgsrrbt@yahoo.com.my
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meninjau kesan kaedah
demonstrasi dan penggunaan kad manual untuk membantu murid
Tahun 5 Hukma memasang kit model kereta dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk
menambah baik amalan pengajaran saya. Peserta kajian terdiri
daripada tiga orang murid Tahun 5 Hukma. Teknik mengumpul
data yang digunakan ialah borang maklum balas, borang senarai
semak, pemerhatian, temu bual dan gambar. Data yang dikumpul
dianalisis kandungan dan pola. Penyemakan data dilakukan
dengan menggunakan triangulasi antara kaedah dan triangulasi
sumber. Hasil kajian mendapati kaedah demonstrasi dan
penggunaan kad manual dapat membantu tiga orang murid Tahun
Lima memasang kit model kereta dengan betul dan tepat dalam
masa yang telah ditetapkan di samping menambah baik amalan
pengajaran saya.
Kata kunci: Kaedah demonstrasi, kad manual, kit model kereta,
murid Tahun Lima
ABSTRACT
This This action research was carried out to explore the effect of
demonstration method and the of manual card in helping Year 5
Hukma pupils assemble model car kit in Living Skills subject.
Besides that, this research was also conducted to improve my
teaching practices. The research participants involved three pupils
from Year 5 Hukma. The data collecting methods used in this study
involved checklist and feedback forms, observation, interviews and
photographs. The data gathered were analysed for content and
pattern. Data checking was carried out using between methods and
sources triangulation. The result showed that demonstration
method and the use of manual card helped the Year Five pupils
assemble correctly and accurately the model car kit within the time
given and at the same time improved my teaching practices.
Keywords: Demonstration method, manual card, model car kit,
Year Five pupils

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28.

16

Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima

PENGENALAN
Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran
Saya merupakan seorang pelajar Program Pensiswazahan Guru Sekolah
Rendah (PGSR) ambilan November 2008 di Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang (IPG KBL). Saya mengikuti kursus PGSR dengan
Reka Bentuk dan Teknologi sebagai major. Untuk melengkapkan kursus
semester 8, kami dikehendaki membuat penyelidikan tindakan (PT). PT
adalah sesuatu yang baharu dan mencabar kepada saya.
Saya telah mengajar selama lebih kurang 17 tahun di beberapa buah
sekolah rendah. Pelbagai pengalaman yang saya peroleh sebagai seorang
guru dalam tempoh masa tersebut. Sekolah pertama tempat saya mula
berkhidmat sebagai seorang guru ialah di daerah Belaga. Selepas itu, saya
telah berpindah ke sebuah sekolah di daerah Kapit. Sekarang, saya
mengajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu (SKBB) (nama samaran)
di daerah Betong. Saya mengajar Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran
utama dan Kemahiran Hidup (KH) sebagai mata pelajaran sampingan.
Sepanjang tempoh mengajar, saya telah mendapat banyak pengalaman
mengajar tetapi lebih kepada mata pelajaran Bahasa Melayu.
Semasa mengajar tajuk memasang kit model kereta KH Tahun 5 Hukma,
saya telah membuat persediaan yang sesuai untuk mengajar tajuk ini. Saya
mengajar berpandukan buku teks dan Buku Panduan Guru. Pada akhir sesi
pengajaran dan pembelajaran (p&p), saya rasa kecewa kerana murid-murid
gagal menyiapkan kit model tersebut dengan betul. Tidak ada satu
kumpulan pun yang dapat siap memasang kit model tersebut dan dengan
betul.
Isu Keperihatinan
Saya telah mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid
semasa proses p&p tersebut. Saya juga mengesan kelemahan saya sendiri
dalam proses p&p tersebut. Teknik dan kaedah yang saya gunakan untuk
proses pengajaran tajuk tersebut tidak sesuai menyebabkan murid tidak
dapat memasang kit model kereta yang nampak agak mudah untuk
disiapkan. Antara kelamahan yang terdapat dalam proses p&p tersebut
ialah:
kesilapan murid-murid memasang komponen kit model kereta,
murid tidak dapat siap memasang kit model kereta dan dengan betul,
dan
kelemahan saya sendiri menyampaikan isi pelajaran.
Saya perlu mendedahkan murid-murid tentang komponen-kompenen kit
model kereta. Selain itu, murid-murid perlu memahami maklumat dalam
manual pemasangan kit model kereta tersebut. Seterusnya kelemahan saya
dalam menyampaikan isi pelajaran perlu diatasi dengan menggunakan
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28.

17

Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima

kaedah dan teknik yang lebih sesuai supaya murid-murid dapat memahami
dan mengetahui bagaimana memasang kit model tersebut dengan betul.
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk:
membantu murid-murid Tahun 5 Hukma memasang kit model kereta
dengan betul menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual, dan
menambah baik amalan pengajaran kendiri memasang kit model kereta
melalui kaedah demonstrasi dan kad manual dalam mata pelajaran KH
Tahun Lima.
Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.
Apakahkah kesan kaedah demonstrasi dan kad manual terhadap tiga
orang murid Tahun 5 Hukma dalam memasang kit model kereta?
Bagaimanakah penggunaan kaedah demonstrasi dan kad manual
dapat meningkatkan mutu pengajaran saya dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta Tahun Lima?
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Saya menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual (bahan bantu
mengajar) untuk tindakan PT ini. Koh Boh Boon (1985) dalam buku
Pedagogi Asas Pendidikan menjelaskan bahawa pengajaran adalah satu
proses yang kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur, termasuk kualiti
pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran
sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap murid itu. Oleh itu, untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid, pelbagai strategi dan kaedah
boleh digunakan. Antaranya ialah dengan menggunakan kaedah
demonstrasi. Che Hafizie Che Hassan (2006) menyatakan penggunaan
bahan bantu mengajar (BBM) dapat meningkatkan dan mengukuhkan
kefahaman pelajar terhadap kandungan pembelajaran. Saya telah
menyediakan ancangan tindakan dan menjalankan tindakan.
Saya membuat rancangan persediaan mengajar untuk sesi p&p
menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual sebagai tindakan
dalam PT ini. Untuk itu saya telah menyediakan alat dan bahan yang
berkaitan. Saya juga turut menyediakan borang senarai semak sebagai
instrument pemerhatian.
METODOLOGI
Peserta Kajian
Tujuan PT ini adalah untuk menambah baik amalan pengajaran saya.
Kemmis dan McTaggart (1988) menyatakan PT ialah inkuiri yang berbentuk
refleksi kendiri dan dilakukan secara kolaboratif oleh peserta dalam situasi
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28.

18

Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima

sosial yang bertujuan untuk memperbaiki amalan sosial dan pendidikan


mereka sendiri secara rasional dan adil serta pemahaman terhadap amalan
tersebut dan situasi di mana amalan tersebut dilakukan.
McNiff (1988) menjelaskan PT merupakan satu pendedahan untuk
memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang
menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,
menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah
amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan
secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif. Justeru,
saya adalah merupakan peserta dalam kajian ini untuk menambah baik
amalan kendiri saya sebagai seorang guru.
Melalui data awal yang saya peroleh, saya telah memilih tiga orang murid
Tahun 5 Hukma yang terdiri daripada Johan, Zizan dan Nabil (nama
samaran) sebagai peserta kajian. Jadual 1 menunjukkan komponen yang
tidak dapat dipasang oleh Johan, Zizan dan Nabil dalam tinjauan awal yang
saya laksanakan dalam mengenal pasti peserta kajian ini.
Jadual 1
Masalah Komponen yang Tidak Dapat Dipasang (X)
Bil

Komponen/ Perkara

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Roda
Gandar
Suis
Gear
Motor
Pemegang bateri
Badan kereta
Bateri
Kit model kereta siap dipasang
Kereta model kereta bergerak dengan betul

Johan

Peserta Kajian
Zizan
Nabil

Jum X

X
X
X

X
X
X

X
X
X

3
3
3

X
X

X
X

X
X

3
3

Etika Penyelidikan
Sebelum saya menjalankan penyelidikan ini saya telah mendapatkan
kebenaran daripada Guru Besar SKBB. Saya telah mengemukakan surat
kebenaran kepada Guru Besar untuk menjalankan kajian ini. Saya juga
telah memaklumkan Guru Besar tentang surat yang dikeluarkan oleh IPG
KBL bagi memohon kebenaran menjalankan PT. Selain itu, saya juga telah
memaklumkan kepada Guru Besar siapa yang terlibat dalam kajian ini.
Saya juga telah mendapatkan kebenaran dan persetujuan daripada muridmurid yang terlibat dalam penyelidikan ini. Untuk itu, saya telah
menyediakan surat persetujuan pernyertaan dalam PT. Saya juga telah
menjelaskan tentang penyertaan mereka dan tujuan penyelidikan ini
dijalankan.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28.

19

Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima

Cara Mengumpul Data


Saya menggunakan empat cara mengumpul data dalam kajian ini. Empat
cara tersebut ialah borang maklum balas dan borang senarai semak,
pemerhatian, temu bual dan gambar.
Borang maklum balas
Saya menggunakan borang maklum balas mengumpul data. Saya
menggunakan borang tersebut untuk mendapatkan maklumat tentang
masalah yang mereka hadapi semasa memasang kit model kereta. Saya
telah mengedar borang maklum balas kepada tiga orang peserta kajian
saya. Melalui borang maklum balas ini juga, saya dapat mengetahui
komponen mana yang sukar dipasang oleh murid-murid. Berpandukan kit
model kereta yang dipasang oleh murid saya dapat membuat analisis
kelemahan dan pencapaian murid-murid. Rajah 1 menunjukkan borang
maklum balas yang saya gunakan untuk mengumpul maklumat.
BORANG MAKLUM BALAS
PEMASANGAN KIT MODEL KERETA
Tandakan jika komponen dapat dipasang dengan betul dan
X jika tidak atau salah pasang.
Nama:...
Bil
Komponen/ Perkara
/X
1.
Roda
2.
Gandar
3.
Suis
4.
Gear
5.
Motor
6.
Pemegang bateri
7.
Badan kereta
8.
Bateri
9.
Kit model kereta siap dipasang
10.
Kereta model kereta bergerak dengan betul
Catatan:

Rajah 1. Contoh borang maklum balas.


Pemerhatian
Pemerhatian juga merupakan cara pengumpulan data kajian ini selain soal
selidik dan temu bual. Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk
mengkaji dan memahami proses yang berlaku sepanjang peroses p&p
dalam bilik darjah. Pemerhatian ini melibatkan kemahiran murid, kelemahan
murid, proses kerja, dan hasil kerja mereka. Saya telah membuat catatan
hasil daripada pemerhatian saya itu dalam borang catatan pemerhatian dan
borang senarai semak.
Temu bual
Saya juga menggunakan kaedah temu bual untuk mengumpul data bagi PT
yang saya jalankan. Temu bual adalah satu teknik yang amat berkesan
untuk meninjau persepsi seseorang, termasuk pemikiran, sikap, nilai dan
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28.

20

Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima

pendapatnya. Temu bual melibatkan perbualan antara saya dengan guru


dan peserta kajian bagi mendapatkan maklumat yang relevan dengan
penyelidikan ini. Menurut Chuah Kim Hwa (2007), temu bual merupakan
satu kaedah yang membolehkan sesorang penyelidik mendapat maklumat
kajian secara mendalam kerana melibatkan hubungan bersua muka secara
berlangsung face-to-face dengan peserta kajian.
Gambar
Saya juga talah mengambil gambar untuk mengumpul data kajian ini. Saya
telah mengambil gambar sepanjang proses kajian dijalankan. Rajah 2
menunjukkan gambar peserta kajian sedang memasang kit model kereta
pada 17 Julai 2012.

Kad Manual

Rajah 2. Peserta kajian sedang memasang kit model kereta


berpandukan kad manual pada 17 Julai 2012.
Cara Menganalisis Data
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan empat cara untuk mendapatkan
data. Saya telah meneliti dan membuat analisis kandungan terhadap borang
catatan pemerhatian, hasil temu bual, borang maklum balas dan gambar
bagi mendapatkan maklumat untuk kajian saya. Saya menganalisis data
untuk mengenal pasti masalah serta kesan tindakan terhadap murid-murid.
Selain itu, saya menggunakan analisis pola persamaan dan perbezaan
untuk mengenal pasti kekerapan kelemahan memasang komponen tertentu.
Berdasarkan analisis ini, saya telah mengetahui komponen manakah yang
dikuasai dan tidak dikuasai oleh murid-murid.
Cara Menyemak Data
Dalam PT ini saya menggunakan dua jenis triangulasi iaitu triangulasi
antara kaedah dan sumber bagi menyemak data yang saya peroleh. Bagi
triangulasi antara kaedah, saya telah mengumpul maklumat yang diperoleh
daripada pemerhatian. analisis maklum balas dan temu bual. Maklumat
tersebut membolehkan saya membuat perbandingan kesan tindakan
terhadap tiga orang murid sebelum dan selepas menggunakan kaedah
demonstrasi dan kad manual diperkenalkan.
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28.

21

Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima

Saya memilih triangulasi sumber kerana bimbang data yang saya semak
tidak tepat dan kesahannya dipertikaikan kerana berasaskan pandangan
saya sahaja. Justeru, triangulasi sumber saya gunakan untuk mendapatkan
pandangan daripada guru panitia KH yang berpengalaman dan yang
memang pengkhususan dalam mata pelajaran ini bagi memastikan kesahan
data yang saya telah kumpul.
DAPATAN

Apakah kesan kaedah demonstrasi dan penggunaan kad manual


terhadap tiga orang murid Tahun 5 Hukma dalam memasang kit
model kereta?

Pada 17 Julai 2012, saya telah melaksanakan rancangan tindakan saya.


Dalam sesi p&p pada hari tersebut, saya telah menggunakan kaedah
demonstrasi dan kad manual. Saya memulakan proses p&p dengan set
induksi tayangan video tentang kereta mainan. Ternyata tayangan tersebut
mendapat perhatian murid-murid. Langkah kedua pengajaran ialah saya
meminta perhatian murid ketika saya membuka dan memasang kit model
kereta. Semasa membuka kit model tersebut, saya menerangkan satu
persatu tentang komponen kit model kereta tersebut. Dalam langkah ketiga
pula, saya mendemonstrasikan pemasangan kit model kereta tersebut.
Langkah seterusnya, saya meminta murid-murid memasang semula kit
model kereta berdasarkan demonstrasi tersebut dan kad manual yang saya
sediakan. Sebelum itu, saya menerangkan cara-cara menggunakan kad
manual.
Saya mendapati murid-murid seronok memasang semula kit model. Walau
pun sebelum ini mereka gagal untuk memasang dan menyiapkan kit kereta
model tetapi hari ini mereka begitu yakin. Saya juga dapat melihat mereka
merujuk kepada kad manual setiap kali hendak memasang komponenkomponen kit model kereta. Di samping kaedah demonstrasi yang
dijalankan, kad manual turut sangat membantu mereka dalam memasang
kit model kereta. Kad manual menjadi panduan bagi mereka terutamanya
memasang bahagian yang agak sukar iaitu bahagian motor dan gear.
Berpandukan kad manual, mereka dapat melihat dengan jelas bagaimana
komponen-komponen tersebut dicantum dan dipasangkan.
Peserta kajian dapat memasang kit model kereta dengan betul dalam masa
yang telah ditetapkan. Kit model kereta yang siap dipasang telah diuji dan
kit model kereta yang dipasang itu dapat bergerak. Ketiga-tiga peserta
kajian saya telah berjaya memasang kit model kereta tersebut. Berdasarkan
borang senarai semak dan pemerhatian seperti yang ditunjukkan pada
Jadual 2, didapati murid-murid telah berjaya memasang kit model kereta
dengan betul dan apabila diuji kit model kereta berkenaan, model kereta
tersebut dapat bergerak.
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28.

22

Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima

Jadual 2
Analisis Senarai Semak Pemasangan Kit Model Kereta
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Komponen/ Perkara
Roda
Gandar
Suis
Gear
Motor
Pemegang bateri
Badan kereta
Bateri
Kit model kereta siap dipasang
Kereta model kereta bergerak dengan betul

Kekerapan
Johan
Zizan

Nabil

Jum
3
3
3
3
3
3
3
3
3
3

Saya telah menemu bual peserta kajian untuk mendapat maklumat tentang
penggunaan kaedah demonstrasi dan kad manual. Rajah 3 hingga Rajah 5
menunjukkan transkrip temu bual antara saya dengan para peserta kajian
pada 17 Julai 2012.
Saya
Johan
Saya
Johan
Saya
Johan
Saya
Johan

: Apa perasaan awak selepas berjaya memasang kit model kereta sebentar tadi?
: Seronok , cikgu.
: Mengapa sebelum ini awak tidak dapat memasang kit model kereta ini?
: Tidak pandai cikgu.
: Kenapa hari ini awak pandai?
: Cikgu tunjuk cara pasang, cikgu.
: Kalau cikgu tunjuk cara mesti dapatlah?
: Tidak juga, cikgu. Tadi cikgu bagi kad manual. Senang sikit cikgu.

Rajah 3. Transkrip temu bual antara saya dengan Johan(17 Julai 2012).
Saya
Zizan
Saya
Zizan
Saya
Zizan
Saya
Zizan

: Apa perasaan awak selepas berjaya memasang kit model kereta sebentar tadi?
: Sangat seronok , cikgu.
: Mengapa sebelum ini awak tidak dapat memasang kit model kereta ini?
: Susah cikgu.
: Apa yang susah? Kenapa hari ini awak pandai?
: Hari tu guna buku teks saja cikgu tapi hari ini cikgu tunjuk cara pasang.
: Kalau tak guna kad manual boleh kah?
: Boleh, tapi susah cikgu.

Rajah 4. Transkrip temu bual antara saya dengan Zizan (17 Julai 2012).
Saya
Nabil
Saya
Nabil
Saya
Nabil
Saya
Nabil

: Apa perasaan awak selepas berjaya memasang kit model kereta sebentar tadi?
: Gembira, cikgu.
: Mengapa sebelum ini awak tidak dapat memasang kit model kereta ini?
: Susah nak pasang bahagian gear dan motor cikgu.
: Kenapa hari ini awak pandai?
: Sebab cikgu buat demonstrasi.
: Dapat ingat langkah-langkah demonstrasi yang saya buat?
: Dapat cikgu. Ada kad manual sebagai panduan.

Rajah 5. Transkrip temu bual antara saya dengan Nabil (17 Julai 2012).
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28.

23

Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima

Daripada temu bual tersebut, peserta kajian didapati telah berjaya


memasang kit model kereta kerana kaedah demonstrasi dan bantuan kad
manual. Ketiga-tiga peserta kajian mengatakan demonstrasi atau pun tunjuk
cara yang dilakukan oleh guru memudahkan mereka memahami dan
memasang kit model kereta. Tugas mereka menjadi lebih mudah dengan
menggunakan kad manual.
Hasil kerja, analisis senarai semak dan temu bual menunjukkan bahawa
Johan, Zizan dan Nabil telah berjaya memasang kit model kereta dengan
betul dalam masa yang telah ditetapkan. Mereka kelihatan lebih yakin
semasa memasang kit model kereta berbanding sebelum ini. Secara
keseluruhannya, kaedah demonstrasi dan penggunaan kad manual dapat
membantu peserta kajian ini memasang kit model kereta.

Bagaimanakah penggunaan kaedah demonstrasi dan kad manual


dapat meningkatkan mutu pengajaran saya dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima?

Sebagai seorang guru, saya mengetahuai beberapa kaedah dan teknik p&p
secara teori dan pengalaman. Saya pernah mengaplikasikan kaedahkaedah ini dalam proses p&p seharian tetapi kadang-kadang saya
mengambil mudah pelajaran yang saya ajar. Semasa mengajar muird-murid
tajuk memasang kit model kereta, saya beranggapan tajuk ini adalah mudah
dan murid akan dapat memasang kit model kereta tersebut tanpa masalah.
Tetapi apabila masa tamat, semua murid didapati tidak dapat menyiapkan
tugasan tersebut. Oleh itu, saya memperkenalkan kaedah demonstrasi dan
penggunaan kad manual dalam kajian ke atas murid-muird saya supaya
mereka dapat memasang kit model kereta dengan betul, di samping
menambah baik amalan pengajaran saya saya sebagai seorang guru KH.
Menurut Chuah Kim Hwa (2010), penyelidikan tindakan membolehkan
seseorang penyelidik itu pada dasarnya mengkaji amalan kendiri untuk
tujuan menambah baik atau membaiki amalan kendiri (ms 93).
Saya telah menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual untuk
membantu murid-murid memasang semula kit model kereta. Saya telah
membuat rujukan tentang penggunaan kaedah demonstrasi dan alat bantu
mengajar melalui tinjauan literatur. Berdasarkan tinjauan ini, saya telah
merancang dan melaksanakan kajian ini. Kaedah demonstrasi ini bukan
sesuatu yang baharu bagi murid-murid saya. Kaedah ini juga sering
digunakan untuk pengajaran tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran KH.
Bezanya dalam kajian ini, saya menggunakan kad manual untuk membantu
murid-murid memasang semula kit model kereta selepas demonstrasi yang
saya buat.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28.

24

Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima

Sebelum ini saya sering mengajar tajuk ini dengan berpandukan buku teks
dan Buku Panduan Guru sahaja. Andaian yang saya buat menyebabkan
saya mengambil mudah pengajaran tajuk ini. Setelah menggunakan kaedah
demonstrasi dan kad manual, saya lebih yakin dan aktiviti pengajaran
dilaksanakan secara lebih sistematik. Murid-murid juga menunjukkan
keseronokan dan kesungguhan mereka semasa memasang kit model. Jika
terdapat masalah memasang komponen tertentu, mereka akan merujuk kad
manual. Jadual 3 menunjukkan analisis borang maklum balas peserta kajian
tentang penggunaan kaedah demonstrasi dan kad manual.
Jadual 3
Analisis Maklum Balas Penggunaan Kaedah Demonstrasi dan Kad Manual
Nama
Soalan/ Respon
1
2
3
4
5
6
7
8
Jumlah
Peratus

Johan
Ya
Tidak

8
100%

Zizan
Ya
Tidak

8
100%

Nabil
Ya

8
100%

Tidak

Berdasarkan analisis borang maklum balas dan temu bual yang dijalankan,
penggunaan kaedah demonstrasi dan pengenalan kad manual ini telah
berjaya membantu murid-murid memasang kit model kereta dengan betul.
Data tersebut telah menunjukkan saya telah menambah baik amalan kendiri
sebagai seorang guru KH dalam mengajar tajuk memasang kit model
kereta. Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh peserta kajian,
mereka sangat bersetuju dengan kaedah demonstrasi dan kad manual yang
saya gunakan semasa mengajar mereka memasang kit model kereta.
Pemilihan kaedah demonstrasi dan penggunaan kad manual dapat
membantu peserta kajian saya memasang kit model kereta dan menambah
baik amalan saya semasa mengajar memasang kit model kereta dalam
mata pelajaran KH. Daripada kajian ini, saya mendapat pengajaran bahawa
sebagai seorang guru, saya perlu lebih prihatin akan permasalahan yang
dihadapi oleh murid-murid. Di samping itu, saya perlu menggunakan kaedah
dan bahan bantu yang sesuai untuk memastikan anak didik saya dapat
mencapai objektif yang digariskan serta disasarkan.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28.

25

Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima

REFLEKSI, PEMBELAJARAN KENDIRI DAN CADANGAN


KAJIAN LANJUTAN KITARAN SELANJUTNYA
Refleksi
Refleksi adalah suatu proses berfikir secara penuh sedar dalam membuat
pemeriksaan dan penilaian terhadap sesuatu kepercayaan atau pegangan
diri, meneroka kekuatan dan kelemahan diri serta mencari kebenaran dalam
tindakan atau amalan untuk memperbaiki diri sendiri. Refleksi juga dapat
dilihat sebagai suatu respons pemikiran terhadap pengalaman dalam
amalan seseorang untuk mendapatkan makna dan kefahaman yang
mendalam mengenai amalan itu bagi tujuan mengambil tindakan untuk
memperbaiki dan meningkatkan kualiti kendiri. Refleksi sering digunakan
secara intensif di dalam proses p&p. Refleksi dianggap sebagai kompenen
penting dalam meningkatkan profesionalisme seorang guru dan refleksi
dibuat dari segi kesan ke atas peserta kajian, amalan kendiri dan kesan ke
atas kurikulum sekolah.
Kesan ke atas peserta kajian
Hasil dapatan kajian menunjukkan kaedah demonstrasi dan penggunaan
kad manual adalah berkesan dalam membantu murid-murid memasang kit
model kereta. Hasil analisis senarai semak dan pemerhatian menunjukkan
murid-murid memahami dengan lebih jelas apa yang diajar oleh saya selaku
guru berbanding dengan menggunakan kaedah konvensional iaitu
menggunakan buku teks, kapur dan papan tulis. Murid-murid lebih teruja
mengikuti perkembangan isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh saya.
Dengan menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual, murid-murid
dapat memasang kit model kereta dengan betul dalam masa yang telah
ditetapkan.
Kesan ke atas amalan kendiri
Sebagai seorang guru, pelbagai kaedah dan teknik pengajaran perlu
diaplikasikan mengikut kesesuaian supaya murid-murid mendapat impak
yang sewajarnya dalam sesuatu proses p&p. Saya selaku guru juga perlu
mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran bagi meningkatkan amalan
kendiri sebagai seorang guru. Saya telah berjaya meningkatkan amalan
kendiri dalam menjalankan PT di SKKB. Penyelidikan ini telah memberi
implikasi yang positif kepada amalan pengajaran saya. Sebelum ini, saya
tidak mengambil berat terhadap permasalahan yang dihadapi oleh muridmurid saya. Kesan daripada PT ini ialah menjadi lebih prihatin terhadap
murid-murid dan lebih bertanggungjawab. Penyelidikan yang telah
dijalankan ini juga telah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya
sebagai seorang guru.
Kesan ke atas kurikulum sekolah
Penyelidikan ini telah mendatangkan kesan positif kepada kurikulum
sekolah dari segi menghasilkan idea baharu untuk membantu murid-murid
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28.

26

Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima

menguasai kemahiran berkaitan dengan pemasangan kit model kereta.


Kaedah demonstrasi dan penggunaan kad manual dapat membantu muridmurid menguasai kemahiran memasang kit model kereta dengan lebih
cepat, betul dan menarik. Melalui PT, saya selaku seorang guru dapat
mempelbagaikan kaedah p&p di samping mewujudkan suasana bilik darjah
dan proses p&p yang kondusif. Kaedah demonstrasi perlu diperluaskan
penggunaannya bagi membantu murid-murid menguasai kemahiran dan
menambah baik amalan kendiri selaku seorang guru.
Pembelajaran Kendiri
Penyelidikan ini telah membantu saya dalam meningkatkan amalan saya
sebagai seorang guru dari pelbagai aspek. Terdapat tiga aspek
pembelajaran kendiri iaitu amalan profesional sebagai seorang guru,
amalan profesional sebagai guru KH dan amalan profesional sebagai
penyelidik.
Amalan profesional guru
Melalui PT yang telah dilaksanakan, saya mendapati murid lebih mudah
memahami dan menguasai kemahiran apabila saya menggunakan
pendekatan dan kaedah yang sesuai dengan tajuk yang diajar. Bagi tajuk
yang melibatkan aktiviti amali seperti memasang kit model kereta, kaedah
demonstrasi dan penggunaan kad manual adalah sangat sesuai.
Amalan profesional sebagai guru Kemahiran Hidup
Secara tidak langsung, PT yang dijalankan telah membantu saya dalam
menambah baik amalan kendiri sebagai seorang guru KH. Saya juga telah
mempelajari kaedah baharu dalam p&p KH bagi tajuk memasang kit model
kereta dengan menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual. Kaedah
ini menunjukkan kesan yang positif berbanding hanya dengan
menggunakan buku teks sebagai panduan. Oleh itu, saya akan
mengaplikasikan kaedah ini mengikut kesesuaian tajuk yang akan diajar.
Amalan profesional sebagai seorang penyelidik
Ini adalah merupakan julung kalinya saya melakukan PT. Walau pun saya
mempunyai banyak pengalaman mengajar tetapi saya tidak mahir
menjalankan PT. Berpandukan pengetahuan dan pengalaman yang
diperoleh pada Semester 7, saya telah menjalankan PT dengan jayanya.
Sebelum menjalankan penyelidikan ini, saya telah memperoleh kebenaran
dan persetujuan dari pihak yang terlibat. Saya juga memastikan diri saya
menguasai kemahiran sebagai seorang penyelidik bagi memastikan
kelancaran pelaksanaan PT ini. Walau pun dibebani pelbagai tugasan
sebagai seorang guru di sekolah, saya sedaya upaya melaksanakan PT ini
tanpa menjejaskan tugas saya sebagai seorang guru di SKBB.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28.

27

Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima

Cadangan tindakan susulan untuk kitaran seterusnya


Berdasarkan dapatan daripada kajian yang telah dijalankan, saya
bercadang kajian ini diteruskan dengan kajian ke atas tajuk yang lain
menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam p&p yang
bersesuaian. Terdapat banyak tajuk lain yang boleh menggunakan kaedah
ini semasa mengajar mata KH seperti tajuk Reka Bentuk dan Penghasilan
Projek, Jahitan dan Menyediakan Barang Jualan. Selain itu, kaedah
demonstrasi ini juga boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran lain
seperti Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan
Sains. Untuk penambahbaikan PT seterusnya, saya akan menggunakan
kaedah demonstrasi dengan menggabungkan penggunaan tayangan video
atau Power Point dan kad manual.
RUJUKAN
Che Hafizie Che Hassan. (2006). Keberkesanan penggunaan ABM dan
BBM sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah.
Tanjung Malim, Perak: Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Chuah Kim Hwa. (2007). Teknik pengumpulan data kualitatif penyelidikan
tindakan. Bahan Kursus/ Bengkel Penyelidikan Tindakan Peringkat
Asas (Fasa II) Tahun 2007 di bawah Kursus Pendek Kelolaan
Institut, Institut Perguruan Batu Lintang, 9 11 Mei 2007 di Pusat
Kegiatan Guru, Sri Aman.
Chuah Kim Hwa. (2010). Satu, empat atau 42?: Menyingkap isu peserta
kajian dalam pelaksanaan penyelidikan tindakan. Jurnal
Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, 85-108.
Kamsul Rosli. (2012). Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam
pengajaran pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima. Tesis
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang belum
diterbitkan. Kuching, Sarawak: IPG Kampus Batu Lintang.
Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Victoria,
Australia: Deakin University Press.
Koh Boh Boon. (1985). Pedagogi asas pendidikan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.
McNiff, J. (1988). Action research: Principles and practice. London:
Routledge.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28.

28

Simbah Andrew/ Kesan penggunaan STAD dalam membantu pelajar Tingkatan


Dua membuat lakaran bebas tiga dimensi

KESAN PENGGUNAAN STAD TERHADAP PELAJAR


TINGKATAN DUA DALAM MEMBUAT
LAKARAN BEBAS TIGA DIMENSI
Oleh
Simbah anak Andrew
simbah.andrew@gmail.com
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji kesan
pembelajaran koperatif melalui teknik Students TeamsAchievement Divisons (STAD) terhadap pelajar Tingkatan Dua
yang menghadapi masalah dalam menguasai Lakaran Bebas Tiga
Dimensi (3D). Selain itu, kajian ini dijalankan adalah untuk
menambah baik amalan pengajaran saya berkaitan dengan
penghasilan lakaran 3D yang betul dan tepat. Seramai 18 orang
pelajar Tingkatan Dua yang menghadapi masalah dalam
menghasilkan lakaran 3D telah dipilih sebagai peserta dalam kajian
ini. Data telah diperolehi melalui pemerhatian, temu bual dan soal
selidik. Data kemudian dianalisis menggunakan analisis kandungan
dan pola. Data kemudian disemak menggunakan triangulasi
sumber. Analisis data mendapati STAD berjaya meningkatkan
kemahiran peserta kajian dalam menghasilkan lakaran bebas tiga
dimensi (3D) dalam kajian ini. Di samping itu, teknik STAD turut
menambah baik amalan saya dalam pengajaran tajuk Lakaran
Bebas 3D.
Kata kunci: Teknik STAD, pembelajaran koperatif, lakaran bebas
3D, pelajar Tingkatan Dua
ABSTRACT
This action research was carried out to study the effect of Students
Teams-Achievement Divisions (STAD) technique on Form Two
students who faced problems in Three Dimension (3D) sketching
other than improving my teaching practices related to 3D sketching.
The participants for this study were 18 From Two students who
faced problems in skectching correctly and precisely 3D. The data
were obtained through observation, interviews and questionnaires.
Data were analyzed using content and pattern analysis. This data
were then checked using sources triangulation. The analysis of
data showed that the STAD technique succeeded in helping the
participants the skills in producing 3D sketching. In addition, STAD
technique improved my teaching practices related to 3D sketching.
Keywords: STAD technique, cooperative learning, 3D sketching,
Form Two students, teaching practices
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 29-40.

29

Simbah Andrew/ Kesan penggunaan STAD dalam membantu pelajar Tingkatan


Dua membuat lakaran bebas tiga dimensi

PENGENALAN
Konteks
Penyelidikan tindakan (PT) ini dilaksanakan pada tahun 2012 iaitu semasa
saya mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) di
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching dalam bidang Reka
Bentuk dan Teknologi (RBT). Pada masa yang sama, saya mengajar di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batang Berjuntai Saratok, Betong
(nama samaran). Ketika PT ini dilaksanakan, saya mengajar mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tingkatan Dua bagi Tingkatan 2 Gigih
dan 2 Ikhlas. Kebanyakan pelajar dalam kelas ini merupakan pelajar yang
lemah dari segi akademik. Pencapaian akademik yang lemah ini secara tak
langsung telah mempengaruhi mereka dalam membuat lakaran bebas 3D.
Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran
Sebelum ini, sewaktu mengajar tajuk Lakaran Bebas 3D, saya selalu
menggunakan kaedah tunjuk cara. Walau bagaimanapun, masih terdapat
pelajar yang tidak menguasai kemahiran membuat 3D dengan betul dan
tepat. Selain itu, apabila saya menggunakan kaedah ini, hanya sebilangan
kecil pelajar yang melibatkan diri secara aktif dan terdapat pelajar yang
mengambil kesempatan ke atas usaha rakan mereka yang lain.
Fokus Kajian
Pada peringkat awal tinjauan saya melalui pemerhatian dan penyemakan
hasil lakaran bebas 3D pelajar, saya mendapati 18 orang pelajar Tingkatan
2 Ikhlas tidak dapat menghasilkan lakaran bebas dengan tepat dan kemas.
Rajah 1 memaparkan salah satu hasil lakaran pelajar yang masih belum
menguasai kemahiran membuat lakaran bebas 3D.

Sudut lukisan
tidak betul. Cara
dimensi salah
dan lakaran
tidak kemas

Rajah 1. Hasil lakaran pelajar yang masih belum


menguasai kemahiran membuat lakaran.
Rajah 1 menunjukkan salah satu masalah pelajar iaitu lakaran yang dibuat
tidak mengikut sudut yang betul, cara dimensi yang salah dan kurang
kemas. Berdasarkan fokus kajian, STAD digunakan untuk mengatasi
masalah kesukaran membuat lakaran bebas 3D.
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 29-40.

30

Simbah Andrew/ Kesan penggunaan STAD dalam membantu pelajar Tingkatan


Dua membuat lakaran bebas tiga dimensi

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:
mengenal pasti bagaimana penggunaan STAD mampu menambah baik
amalan pengajaran saya bagi pengajaran tajuk Lakaran Bebas 3D, dan
meninjau kesan STAD ke atas membuat lakaran bebas 3D pelajar
Tingkatan 2 Ikhlas.
Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut.
Bagaimanakah STAD menambah baik amalan pengajaran saya dalam
mata pelajaran KHB Tingkatan Dua berkaitan tajuk Lakaran Bebas 3D?
Apakah kesan STAD ke atas kemahiran membuat lakaran bebas 3D
pelajar-pelajar Tingkatan 2 Ikhlas?
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan
Setelah mengenal pasti punca masalah yang dihadapi pelajar melalui
tinjauan awal, saya telah merancang tindakan yang sesuai untuk diguna
pakai dalam menyelesaikan masalah tersebut. Antara langkah tersebut
adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1.
Jadual 1
Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan
Tindakan
1
2

Pelaksanaan
Melakar lakaran 3D pada kad manila
Melakar di atas kertas isogrid dan kertas A4

Tarikh
21 Jun 2012
28 Jun 2012

Tindakan 1: Melakar pada kad manila


Sesi pengajaran pertama telah dilaksanakan pada 21 Jun 2012. Dalam sesi
ini, pelajar diagihkan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada empat
hingga lima orang bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki
menghasilkan lakaran bebas 3D pada kad manila. Rajah 2 memaparkan
ahli salah satu kumpulan membuat lakaran 3D pada kad manila.

Rajah 2. Ahli kumpulan menghasilkan lakaran


pada kad manila.
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 29-40.

31

Simbah Andrew/ Kesan penggunaan STAD dalam membantu pelajar Tingkatan


Dua membuat lakaran bebas tiga dimensi

Pada akhir sesi pengajaran, setiap kumpulan membentangkan hasil kerja di


depan kelas. Pembentangan ini dilakukan selama 10 minit untuk setiap
kumpulan. Tujuan pembentangan dilakukan adalah bagi membolehkan
pelajar memberi penerangan dengan lebih menyeluruh berkaitan lakaran
terpilih.
Selesai sesi pembentangan, sesi soal jawab diadakan dan masa yang
diperuntukkan hanya lima minit untuk sesi tersebut bagi setiap kumpulan.
Sesi ini bertujuan mendapatkan komen membina daripada rakan serta
membuat penambahbaikan lakaran yang dihasilkan. Rajah 3 menunjukkan
wakil salah satu kumpulan membuat pembentangan.

Rajah 3. Wakil kumpulan membentang


hasil yang telah dibuat.
Tindakan 2: Melakar di atas kertas isogrid
Dalam sesi pengajaran yang kedua, pelajar masih berada dalam kumpulan
asal tetapi pelajar secara individu membuat lakaran bebas 3D pada kertas
isogrid. Saya juga mengajar pelajar melukis lakaran pada kertas isogrid
mengikut kriteria yang betul. Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan
aktiviti ini adalah 20 minit sahaja. Aktiviti ini dilakukan supaya pelajar dapat
melukis lakaran 3D mengikut sudut yang betul, kemas dan memudahkan
mereka membuat garisan dimensi. Rajah 4 menunjukkan pelajar melakar
lakaran 3D pada kertas isogrid.

Rajah 4. Salah seorang pelajar melakar


pada kertas isogrid.
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 29-40.

32

Simbah Andrew/ Kesan penggunaan STAD dalam membantu pelajar Tingkatan


Dua membuat lakaran bebas tiga dimensi

Setelah pelajar dapat melakar dengan baik pada kertas isogrid, pelajar
dikehendaki melakar semula dengan lebih baik dan kemas pada kerta A4.
Ini bertujuan untuk memudahkan saya membuat penilaian yang lebih
sistematik ke atas hasil kerja pelajar. Rajah 5 memaparkan salah seorang
pelajar melakar lakaran 3D di atas kertas A4.

Rajah 5. Pelajar melakar di atas kertas A4.


METODOLOGI
Peserta Kajian
Saya merupakan salah seorang peserta dalam kajian ini untuk menambah
baik amalan pengajaran saya dalam tajuk Lakaran Bebas 3D. Peserta
kajian saya pula melibatkan semua pelajar dalam Tingkatan 2 Ikhlas yang
berjumlah 18 orang. Mereka dipilih berdasarkan pengumpulan data awal
yang menunjukkan keperluan penglibatan aktif mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta kerisauan saya terhadap mereka
yang kurang mahir membuat lakaran bebas 3D.
Etika Penyelidikan
Sebelum memulakan PT ini, saya terlebih dahulu memaklumkan kepada
pihak pentadbir sekolah tentang PT yang akan dibuat. Setelah mendapat
kebenaran daripada Pengetua sekolah berkenaan, peserta yang terlibat
dalam kajian ini diberitahu bahawa mereka dijadikan peserta dalam PT ini.
Saya telah memberitahu mereka tentang tujuan, matlamat dan kaedah yang
digunakan dalam kajian ini. Saya juga berjanji menjaga hak kerahsian
mereka.
Teknik Mengumpul Data
Untuk melaksanakan PT ini, saya telah menggunakan dua kaedah
pengumpulan data iaitu pemerhatian dan temu bual.
Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan sepanjang PT ini terhadap peserta kajian yang
terlibat. Pemerhatian ini telah dilakukan terhadap cara pelajar membuat
sudut lakaran bebas, cara membuat dimensi, aktiviti yang berlaku, tingkah
laku pelajar dan perkara yang berlaku di luar jangkaan yang mempengaruhi
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 29-40.

33

Simbah Andrew/ Kesan penggunaan STAD dalam membantu pelajar Tingkatan


Dua membuat lakaran bebas tiga dimensi

pelaksanaan PT. Data pemerhatian telah direkod dalam dua bentuk iaitu
janaan sendiri dan janaan orang lain. Data janaan sendiri melibatkan
penggunaan nota lapangan manakala data janaan orang lain ialah melalui
rakaman gambar. Data tersebut dijadikan sebagai bahan sokongan yang
amat kukuh bagi menunjukkan data tentang kesan teknik STAD dalam P&P
lakaran bebas 3D.
Temu bual
Menurut Roselan Baki (2003), kaedah temu bual boleh digunakan untuk
memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan dan
kehendak orang yang ditemu bual mengikut keperluan persoalan kajian.
Saya telah menggunakan kaedah temu bual separa struktur untuk menemu
bual semua peserta kajian. Contoh soalan temu bual yang digunakan
adalah seperti berikut.
Adakah teknik ini dapat membantu anda dalam membuat lakaran
bebas 3D? Mengapa?
Sukakah anda menggunakan teknik STAD yang telah
diperkenalkan? Kenapa?
Yakinkah anda membuat lakaran bebas 3D sekarang? Mengapa?
Apakah pandangan anda tentang teknik STAD?
Teknik Menganalisis Data
Kaedah analisis kandungan dan analisis pola telah digunakan dalam kajian
ini. Saya menggunakan kaedah analisis kandungan dalam menganalisis
nota lapangan. Semasa saya menganalisis kandungan nota lapangan, saya
menandakan perkara-perkara yang dianggap penting dan yang berhubung
dengan persoalan-persoalan kajian ini. Setelah menganalisis kesemua nota
lapangan yang saya janakan sepanjang pelaksanaan PT, saya merujuk
semula perkara-perkara yang ditandakan dan menentukan kategori yang
sesuai untuk dijadikan tema. Contoh kategori tema ialah Berminat,
Faham dan Seronok. Kemudian, saya menghasilkan satu jadual untuk
menyusunkan data-data mengikut kategori supaya jelas kelihatan seperti
ditunjukkan pada Jadual 2.
Jadual 2
Kategori Tema
Nombor
catatan nota
lapangan
1

Tarikh
catatan nota
lapangan
21 Jun 2012

21 Jun 2012

Berminat

Faham

Bersemangat
menghasilkan
lakaran.
Mereka juga
meminta
pandangan
daripada guru.

Seronok

Pelajar dilihat
melibatkan diri
secara aktif dan
bekerjasama.
Dengan cepat mengatakan
bahawa mereka tidak
menghadapi masalah
sambil menggeleng kepala.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 29-40.

34

Simbah Andrew/ Kesan penggunaan STAD dalam membantu pelajar Tingkatan


Dua membuat lakaran bebas tiga dimensi

Dalam kaedah temu bual pula, saya telah menggunakan kaedah


perbandingan pola persamaan dalam menganalisis data. Pelajar yang
mempunyai jawapan yang sama telah dikategori dan kemudian sebabsebab yang diberikan oleh pelajar turut dianalisis. Maklum balas temu bual
pelajar yang dianalisis secara pola persamaan telah diringkaskan dalam
Jadual 3.
Jadual 3
Analisis Pola Maklum Balas Temu Bual
Soalan

Nama
Ridhuan

Membantu
meningkatkan
kemahiran
membuat lakaran
bebas 3D.
Ya, kerana rakanrakan bersedia
membantu saya
yang kurang
pandai.

Berminat

Yakin membuat
lakaran bebas 3D

Pandangan
tentang
teknik
STAD.

Saya menyukai,
kerana saya lebih
memahami
daripada
menggunakan
kaedah lain.

Ya, kerana sudah


mempelajari cara
membuat lakaran
ini daripada rakanrakan saya.

Kaedah ini
mengajar
pelajar
berinteraksi,
bantumembantu
dan hormati
sesama rakan.

Teknik Menyemak Data


Cara yang telah digunakan untuk menyemak data adalah triangulasi
sumber. Dalam triangulasi sumber, saya telah mendapat bantuan daripada
seorang rakan kolaborasi untuk menyemak data. Saya meminta beliau
memberi keterangan mengenai proses P&P berdasarkan gambar yang
diambil. Ini bertujuan mendapat keselarasan maklumat. Rajah 6
menunjukkan keterangan rakan kolaborasi dan saya berkaitan dengan
proses P&P tersebut.
Gambar

Keterangan saya

Keterangan rakan kolaborasi

Ahli kumpulan berbincang semasa


membuat tugasan.

Pelajar-pelajar berbincang dalam


kumpulan.

Pelajar meminta pendapat guru tentang


lakaran yang dihasilkan.

Guru menerangkan cara-cara


yang betul kepada pelajar.

Rajah 6. Keterangan proses P&P.


Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 29-40.

35

Simbah Andrew/ Kesan penggunaan STAD dalam membantu pelajar Tingkatan


Dua membuat lakaran bebas tiga dimensi

Berdasarkan Rajah 6, saya dan rakan kolaborasi memberi keterangan


bahawa pelajar memberi perhatian, berbincang, bekerjasama dan guru
adalah sebagai pemudah cara sepanjang proses P&P.
Dalam triangulasi sumber juga, saya meminta kerjasama dan pandangan
daripada Encik Jam (nama samaran) untuk menyemak 10 hasil lakaran
pelajar. Penyemakan dan pandangan daripada beliau bertujuan
memastikan keselarasan dari segi semakan lakaran. Rajah 7 memaparkan
keselarasan semakan lakaran tersebut.
Lakaran

Komen saya

Komen Encik Jam

-Kemas dan baik


-Anak panah dimensi tidak
dibuat.

-Ada kreativiti
-Anak panah dimensi mesti
dibuat.

Rajah 7. Keselarasan semakan lakaran bebas 3D.


Berdasarkan Rajah 7, Encik Jam dan saya memberi keterangan bahawa
pelajar telah dapat menghasilkan lakaran dengan baik, kemas serta
menunjukkan kreativiti dalam menghasilkan lakaran.
REFLEKSI
Refleksi Dapatan
Bagaimanakah STAD dapat menambah baik amalan pengajaran
saya dalam mata pelajaran KHB Tingkatan Dua berkaitan tajuk
Lakaran Bebas 3D?
Pelaksanaan pengajaran menggunakan teknik STAD mewujudkan suasana
P&P yang menyeronokkan. Pernyataan ini selaras dengan catatan nota
lapangan 1 (21 Jun 2012) saya.
Pelajar kelihatan begitu seronok, mereka juga ketawa dan tersenyum melihat
gelagat rakan mereka semasa membentangkan hasil kerja. Setelah selesai
membuat pembentangan, pelajar lain telah memberi tepukan sebagai tanda
sokongan serta penghargaan kawan-kawannya terhadap kejayaan sesi
pembentangan.

(Catatan nota lapangan 1, 21 Jun 2012)


Dapatan daripada nota lapangan 1 (21 Jun 2012) saya menyokong
pandangan Lie (2004) bahawa STAD mewujudkan suasana P&P yang
menyeronokkan.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 29-40.

36

Simbah Andrew/ Kesan penggunaan STAD dalam membantu pelajar Tingkatan


Dua membuat lakaran bebas tiga dimensi

Selain mewujudkan suasana P&P yang menyeronokkan, teknik ini juga


dapat memupuk hubungan erat sata dengan pelajar. Hubungan yang erat
akan melahirkan perasaan kasih sayang yang merupakan salah satu nilai
murni yang ditekankan dalam KBSM. Rajah 8 menunjukkan saya selaku
guru memberi bimbingan kepada pelajar.

Rajah 8. Guru membimbing pelajar.


Rajah 8 menyokong kata-kata Duren dan Cherrington (1992) tentang STAD
mewujudkan interaksi antara pelajar dengan guru.
Pengajaran menggunakan teknik STAD juga menggalakkan penglibatan
aktif pelajar dalam kumpulan. Ini adalah selari dengan catatan nota
lapangan 2 (21 Jun 2012) saya dan situasi yang ditunjukkan pada Rajah 9.
Pelajar dilihat melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama membuat lakaran
pada kad manila serta bersemangat menghasilkan lakaran.

(Catatan nota lapangan 2, 21 Jun 2012)

Rajah 9. Pelajar berbincang dalam kumpulan.


Dapatan daripada nota lapangan 2 (21 Jun 2012) saya dan pemerhatian
pada Rajah 9 menyokong pandangan Shahabuddin Hashim (2007) tentang
STAD mewujudkan penglibatan pelajar dalam P&P.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 29-40.

37

Simbah Andrew/ Kesan penggunaan STAD dalam membantu pelajar Tingkatan


Dua membuat lakaran bebas tiga dimensi

Apakah kesan STAD ke atas kemahiran membuat lakaran bebas 3D


pelajar Tingkatan 2 Ikhlas?

Sesi P&P menggunakan teknik STAD meningkatkan kemahiran membuat


lakaran bebas 3D. Daripada kesemua transkrip temu bual yang diperoleh,
didapati bahawa semua pelajar menyatakan bahawa teknik STAD yang
dilaksanakan menolong mereka meningkatkan kemahiran membuat
lakaran. Pernyataan ini menyokong kata-kata Slavin (1987) tentang STAD
meningkatkan kemahiran membuat lakaran bebas 3D pelajar.
Temu bual juga menunjukkan sembilan daripada 10 orang pelajar
menyatakan bahawa mereka telah yakin membuat lakaran bebas setelah
menggunakan teknik STAD dalam P&P. Keyakinan ini membantu pelajar
menghasilkan lakaran dengan betul. Keterangan ini menyokong pandangan
Allport (1954) tentang STAD mewujudkan keyakinan pelajar menghasilkan
lakaran bebas 3D.
Apabila ditanya sama ada mereka berminat terhadap penggunaan teknik
STAD dalam sesi P&P, seramai 10 orang pelajar masing-masing
menyatakan Ya. Nurzati (nama samaran), salah seorang pelajar tersebut,
berpendapat bahawa dia lebih faham diajar oleh rakan. Ini selari dengan
kata-kata Slavin (1996) STAD mewujudkan minat pelajar dalam P&P.
Pembelajaran menggunakan teknik STAD juga mewujudkan idea kreatif
pelajar menghasilkan lakaran bebas 3D. Ini disokong berdasarkan
keterangan semakan lakaran En. Jam dan saya yang menyatakan bahawa
lakaran baik dan ada kreativiti seperti yang ditunjukkan pada Jadual 4.
Jadual 4
Hasil Lakaran Pelajar
Lakaran

Komen saya

Komen Encik Jam

-Kreatif
-Baik

-Ada kreativiti
-Kemas dan baik

Dapatan ini adalah selaras dengan pandangan Halimah Harun (1992)


tentang STAD mewujudkan idea kreatif pelajar menghasilkan lakaran.
Refleksi Penilaian Tindakan
Para peserta kajian ini telah menunjukkan kemajuan dalam menghasilkan
lakaran bebas 3D seperti yang dijelaskan lebih awal. Selain itu, suasana
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 29-40.

38

Simbah Andrew/ Kesan penggunaan STAD dalam membantu pelajar Tingkatan


Dua membuat lakaran bebas tiga dimensi

pembelajaran yang menyeronokkan telah menimbul minat pelajar untuk


kekal aktif mengikuti pembelajaran KHB yang dijalankan.
Saya memperoleh gambaran tentang teknik pengajaran yang berkesan
dalam tajuk Lakaran Bebas 3D. PT ini turut mewujudkan hubungan sosial
yang positif di antara pelajar dengan saya. Pelajar lebih berani bertanya
soalan serta mendapat pandangan daripada saya.
Melalui penggunaan STAD, pelajar dapat membuat lakaran, memilih
lakaran yang paling sesuai berpandukan faktor reka bentuk dan memberi
ukuran pada reka bentuk yang dipilh seperti yang disarankan dalam Huraian
Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan Dua (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2002).
Refleksi Pembelajaran Kendiri
Saya belajar menjadi lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh
pelajar membuat lakaran. Saya juga belajar mencuba teknik baharu dalam
pengajaran yang sebelum ini tidak pernah saya guna dalam pengajaran
Lakaran Bebas 3D.
PT ini telah membantu saya dalam menambah baik amalan pengajaran
saya sebagai seorang guru KHB. Saya telah mengetahui teknik yang sesuai
malah mampu membantu pelajar menghasilkan lakaran bebas. Saya telah
mempelajari banyak pengetahuan baharu terutamanya cara mengendalikan
PT dan cara menulis laporan PT.
CADANGAN TINDAKAN UNTUK KITARAN SETERUSNYA
Saya mencadangkan agar dalam kajian yang seterusnya, saya akan
memberi ganjaran kepada kumpulan yang menunjukkan peningkatan yang
ketara dalam menghasilkan lakaran. Saya juga bercadang untuk
menggunakan teknik yang sama untuk mengajar topik yang berlainan dalam
mata pelajaran KHB.
RUJUKAN
Allport, G. (1954). The nature of prejudice. Cambridge, MA: AddisonWesley.
Duren, P.E., & Cherrington, A. (1992). The effects of cooperative group
work versus independent practice on the learning of some problemsolving strategies. School Science and Mathematics, 92 (2), 80-83.
Halimah Harun. (1992). Sikap dan pencapaian dalam perakaunan dan
faktor-faktor yang mempengaruhinya. Tesis Ijazah Sarjana yang
belum diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 29-40.

39

Simbah Andrew/ Kesan penggunaan STAD dalam membantu pelajar Tingkatan


Dua membuat lakaran bebas tiga dimensi

Lie, A. (2004). Cooperative learning: Paradigms of college teaching.


Surabaya, Indonesia: Petra Christian University.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Roselan Baki. (2003). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Shah Alam: Karisma Publication.
Shahabuddin Hashim. (2007). Strategi dan teknik mengajar dengan
berkesan. Kuala Kumpur: Professional Publishing.
Simbah Andrew. (2012). Kesan penggunaan STAD dalam membantu
pelajar Tingkatan Dua membuat lakaran bebas tiga dimensi. Tesis
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang belum
diterbitkan. Kuching, Sarawak: IPG Kampus Batu Lintang.
Slavin, R. E. (1989). Research on cooperative: An international perspective.
Scandinavian Journal of Educational Research, 33,(4), 231-243.
Slavin, R.E. (1996). Research on cooperative learning and achievement:
What we khow, what we need to know. Contemporary Educational
Psychological, 21, 69-433.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 29-40.

40

They Peo Then/ Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan kekemasan


jahitan asas pelajar Tingkatan Satu

PENGGUNAAN JALUR GEMILANG DALAM MENINGKATKAN


KEKEMASAN JAHITAN ASAS PELAJAR TINGKATAN SATU
Oleh
They Peo Then
theypeothen69@yahoo.com.
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk meninjau kesan
penggunaan Jalur Gemilang dalam membantu tiga orang pelajar
Tingkatan 1L dalam menghasilkan jahitan asas yang kemas dan
teliti. Di samping itu, penyelidikan ini memberi ruang kepada saya
untuk menambah baik amalan pengajaran saya melalui
penggunaan Jalur Gemilang. Selain itu, kaedah pengajaran dengan
cara demontrasi oleh saya sebagai guru KHB dan pembelajaran
koperatif Model STAD dengan pengajaran rakan sekumpulan turut
dilaksanakan. Data penyelidikan ini dikumpul melalui kaedah
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data kemudian
dianalisis kandungan dan polanya. Penyemakan data dilakukan
dengan menggunakan triangulasi kaedah, masa dan sumber. Hasil
kajian mendapati kaedah penggunaan Jalur Gemilang, kaedah
pengajaran demontrasi dan koperatif Model STAD mendatangkan
kesan yang positif terhadap pencapaian dan penghasilan tugasan
jahitan asas tiga orang pelajar Tingkatan 1L selain menambah baik
amalan pengajaran saya.
Kata kunci: Penggunaan Jalur Gemilang, pembelajaran koperatif,
model STAD, pelajar Tingkatan Satu
ABSTRACT
This research was conducted to explore the effect of a particular
stitching technique called Jalur Gemilang on three Form 1L
students in producing basic and need needlework. This research
also provided me an opportunity to improve my teaching practices.
Other than that, teachers demonstration and cooperative learning
through STAD where peer teaching among students were also
implemented. Data for this study were collected using observation,
interview and document analysis. The data were then analyzed
through content and pattern analysis. The data were then checked
using method, time and sources triangulation. The application of
the Jalur Gemilang technique, demonstration and cooperative
learning through STAD have postive effect on the three Form 1L
students in terms of their performance and producing basic
needlework other than improving my teaching practices.
Key words: Jalur Gemilang technique, cooperative learning,
STAD model, Form One students
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 41-57.

41

They Peo Then/ Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan kekemasan


jahitan asas pelajar Tingkatan Satu

PENGENALAN
Konteks
Saya merupakan seorang guru dalam pengkhususan Kemahiran Hidup
Bersepadu bagi pilihan Ekonomi Rumahtangga. Saya telah berkhidmat
selama lebih kurang 19 tahun. Pada masa ini, saya mengajar di salah
sebuah sekolah menengah di daerah Padawan. Ini merupakan sekolah
yang ketiga di mana saya telah berkhidmat sebagai seorang pendidik. Saya
telah diamanahkan untuk mengajar subjek Pendidikan Moral bagi Tingkatan
Satu dan Tingkatan Dua; subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
bagi Tingkatan Dua; serta subjek Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan
Perdagangan Dan Keusahawanan (KHB-PK) bagi Tingkatan Satu. Pada
tahun ini, saya telah diberi peluang mengajar subjek KHB-PK, itupun atas
permintaan saya kerana memenuhi permintaan kerja kursus Penyelidikan
Tindakan (PT).
Kelas yang dipertanggungjawabkan kepada saya kali ini adalah kelas
Tingkatan 1L yang terdiri daripada 15 orang pelajar perempuan dan 21
orang pelajar lelaki. Tahap pencapaian akademik pelajar Tingkatan 1L
adalah sederhana dan terdapat beberapa orang pelajar adalah dari kelas
Peralihan tahun lepas. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelajarpelajar Tingkatan 1L menghadapi masalah dalam subjek KHB. Daripada
tinjauan awal yang saya buat, ada dalam kalangan mereka yang
menyatakan bahawa mereka tidak pernah diajar jahitan asas semasa
sekolah rendah sedangkan kemahiran ini terkandung dalam sukatan
pelajaran Tahun Lima. Selain itu, ada pelajar hanya belajar secara teori dan
ada juga menyatakan bahawa mereka tahu menjahit kerana mereka diajar
teori dan praktikal. Daripada hasil kerja yang mereka telah laksanakan,
didapati ramai pelajar Tingkatan 1L tidak menjahit jahitan asas dengan
kemas dan tidak ketinggalan juga terdapat segelintir daripada mereka
langsung tidak tahu menjahit jahitan asas. Rajah 1 dan Rajah 2
menunjukkan contoh kesilapan yang pelajar lakukan.

Jahitan kia yang kurang kemas


Jahitan silang pangkah yang salah
Jahitan insang pari yang salah

Rajah 1. Hasil tinjauan awal Catherine (22 Februari 2012).

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 41-57.

42

They Peo Then/ Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan kekemasan


jahitan asas pelajar Tingkatan Satu

Tidak tahu langsung menjahit


jahitan asas.
Hasil kerja Amer, Intan dan
Lai Mei Ling,

Rajah 2. Hasil tinjauan awal Amer, Intan dan Lai Mei Ling (22 Februari
2012).
Memandangkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakan
pelajar Tingkatan 1L, maka saya mengambil peluang ini untuk mengajar
mereka dengan menggunakan Jalur Gemilang serta dibantu dengan
kaedah pembelajaran koperatif agar mereka dapat menghasilkan jahitan
asas yang berkualiti, kemas dan tepat.
Fokus Kajian
Hasil maklum balas melalui borang senarai semak (17 Februari 2012)
mendapati pelajar-pelajar Tingkatan 1L tidak mengetahui cara menjahit
jahitan asas dan tidak mengenali jahitan berkenaan berdasarkan kain kapas
yang diberikan kepada mereka untuk menjahit jahitan asas pada 22
Februari 2012. Daripada hasil jahitan mereka, didapati ramai yang tidak
boleh menjahit dengan kemas dan ada yang langsung tidak tahu cara
menjahit jahitan berkenaan. Rajah 3 menunjukkan pelajar-pelajar 1L sedang
menjawab soalan-soalan dalam borang senarai semak yang diberikan untuk
membuat tinjauan awal bagi mengenal pasti sama ada pelajar tahu menjahit
jahitan asas atau sebaliknya.

Pelajar-pelajar 1L
menjawab borang
senarai semak yang
diberikan

Rajah 3. Tinjauan awal kelas Tingkatan 1L (17 Februari 2012).


Tinjauan awal juga menggunakan borang senarai semak seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 4.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 41-57.

43

They Peo Then/ Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan kekemasan


jahitan asas pelajar Tingkatan Satu

Rajah 3. Contoh borang senarai semak.


Uuntuk mengesan sama ada pelajar-pelajar Tingkatan 1L tahu menjahit
jahitan asas atau sebaliknya, saya telah menemu bual mereka dan berikut
merupakan salah satu transkrip temu bual berkenaan.
Saya: Adakah anda tahu menjahit jahitan asas?
Amer: Tidak tahu.
Saya: Adakah anda telah mempelajari cara menjahit jahitan asas semasa di
bangku sekolah rendah?
Amer: Tidak. Kami tidak diajar kerana masa KHB digunakan untuk mata pelajaran
UPSR seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Saya: Sebutkan 3 jenis jahitan asas yang anda telah pelajari semasa Tahun 5?
Amer: Ehmmtidak tahu.
Saya: Adakah anda berminat menjahit menggunakan tangan?
Amer: . ( Amer diam seketika dan menjawab tidak berminat ).
Saya: Apakah perasaan anda semasa menjahit jahitan asas pada Rabu, 22
Februari 2012 yang lepas?
Amer: Benci dan tidak berminat.
Saya: Pernahkah anda memperbaiki kelepet yang meretas dengan menggunakan
jahitan asas seperti jahitan silang pangkah?
Amer: Tidak pernah kerana ibu saya yang akan menolong menjahit untuk saya.
(TB01 Amer 25.2.2012)

Berdasarkan makluman tinjauan awal ini, maka saya telah mengambil


peluang menggunakan Jalur Gemilang untuk mengatasi masalah pelajar
tidak tahu dan tidak dapat menjahit jahitan asas dengan kemas. Selain itu,
saya juga menggunakan pembelajaran koperatif dan dibantu dengan
demontrasi untuk menambah baik amalan pengajaran saya.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 41-57.

44

They Peo Then/ Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan kekemasan


jahitan asas pelajar Tingkatan Satu

Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:
menambah baik amalan pengajaran saya melalui penggunaan Jalur
Gemilang untuk membantu pelajar-pelajar Tingkatan 1L dalam menjahit
jahitan asas dengan kemas, dan
membantu pelajar-pelajar Tingkatan 1L menjahit jahitan asas dengan
kemas dan teliti melalui penggunaan Jalur Gemilang.
Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.
Bagaimanakah Jalur Gemilang dapat menambah baik amalan kendiri
sebagai guru KHB dalam pengajaran jahitan asas?
Apakah kesan Jalur Gemilang terhadap pelajar-pelajar Tingkatan 1L
dalam menghasilkan jahitan asas yang kemas dan teliti?
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Perancangan Tindakan
Jalur Gemilang ialah sejenis kain bergaris melintang dengan pelbagai
warna. Ia digunakan oleh saya dengan bertujuan untuk membantu pelajarpelajar Tingkatan 1L menyelesaikan masalah hasil tugasan jahitan asas
yang tidak kemas. Alat bantu mengajar ini pula dilaksanakan semasa
pembelajaran koperatif dilaksanakan.
Pembelajaran koperatif pula merupakan cara yang dikatakan berkesan yang
membolehkan pelajar menggunakan strategi kognitif yang sesuai untuk
memberi motivasi, lebih idea dan pemahaman yang cepat terhadap sesuatu
pembelajaran. Pelajar boleh mempelajari sesuatu mata pelajaran
menggunakan pengetahuan sedia ada dan dengan menggunakan
pengalaman sedia ada (Joyce & Weil, 1972). Sistem pembelajaran yang
berpusatkan guru perlu diolah bagi membolehkan pengajaran dan
pembelajaran tersebut berubah dan berpusatkan kepada pelajar (Slavin,
1982).
Menurut Rogers dan Freiberg (1994), para guru seharusnya ingat bahawa
kadangkala pelajar-pelajar juga ingin berkongsi pendapat, idea dan
pengetahuan dengan rakan-rakan dan guru-guru. Apalah salahnya jika para
guru menggalakkan mereka mengajar sesama sendiri. Setiap ahli
mempunyai tugas dan tanggungjawab kepada kumpulan masing-masing.
Walau pun terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam
pembelajaran koperatif, saya telah memilih STAD dalam pelaksanaan
penyelidikan tindakan ini. Strategi Pembelajaran Koperatif Model STAD
merupakan satu proses pembelajaran yang melibatkan pelajar belajar
secara dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada pelbagai kebolehan,
kecerdasan dan ras serta latar belakang. Pelajar yang berkebolehan dalam
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 41-57.

45

They Peo Then/ Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan kekemasan


jahitan asas pelajar Tingkatan Satu

kumpulan tersebut akan menjadi ketua mahupun pembimbing kepada


pelajar-pelajar lain yang lemah atau sederhana. Dengan adanya strategi ini,
maka tidak boleh dinafikan berlakunya proses interaksi antara ahli
kumpulan. Oleh yang demikian, pengajaran akan berpusatkan kepada
pelajar, bukan lagi berpusatkan guru. Jadi tugasan saya adalah sebagai
pemudah cara dalam melaksanakan strategi pembelajaran koperatif Model
STAD.
Saya telah mengambil beberapa aspek penting dalam penggunaan model
ini dalam pengajaran saya iaitu seperti berikut.
Bahan pengajaran sesuai dengan kaedah dan strategi pembelajaran
yang dijalankan.
Menyediakan bahan pengajaran yang terancang bersesuaian dengan
kecerdasan pelbagai pelajar.
Mengenal pasti tajuk yang dipilih dapat membantu saya dan mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran saya.
Pelaksanaan Tindakan
Pada mulanya, saya telah mendapatkan kebenaran daripada ketiga-tiga
peserta kajian saya untuk melibatkan diri dalam kajian ini. Saya kemudian
memperkenalkan Jalur Gemilang dalam pengajaran saya pada 18 April
2012 dan 25 April 2012.
Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Pertama
Pelajar-pelajar Tingkatan 1L telah diajar menjahit jahitan asas dengan
penggunaan Jalur Gemilang. Ia memudahan pelajar-pelajar menjahit jahitan
asas di atas garisan melintang berkenaan. Rajah 4 menunjukkan contoh
Jalur Gemilang.

Jalur Gemilang yang mempunyai


garisan melintang serta berwarnawarni memudahkan pelajar senang
menjahit di atas garisan berkenaan.

Rajah 4. Jalur Gemilang.


Jahitan asas yang mereka laksanakan ialah jahitan insang pari dan jahitan
silang pangkah. Selain menggunakan Jalur Gemilang, saya juga
memperkenalkan pembelajaran koperatif STAD yang mana beberapa orang
pelajar telah dilantik untuk menjalankan aktiviti ini. Tambahan pula, saya
sebagai guru KHB memainkan peranan dalam mendemontrasikan cara
menjahit jahitan asas. Bahan bantu mengajar juga diguna pakai pada masa
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 41-57.

46

They Peo Then/ Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan kekemasan


jahitan asas pelajar Tingkatan Satu

itu. Setelah pelajar-pelajar Tingkatan 1L menggunakan Jalur Gemilang, dan


digabungjalinkan kaedah dan bahan bantu mengajar, didapati hasil jahitan
para pelajar kemas berbanding hasil jahitan pertama mereka (waktu
tinjauan awal).
Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Kedua
Sesi pengajaran dan pembelajaran juga diteruskan pada 25 April 2012.
Pelaksanaan tindakan adalah sama seperti sesi pengajaran dan
pembelajaran yang pertama. Namun, jahitan asas yang diperkenalkan ialah
jahitan kia. Hasil kerja pelajar-pelajar Tingkatan 1L memang menunjukkan
peningkatan dari segi kekemasan dan ketelitian. Ini termasuk ketiga-tiga
peserta kajian saya iaitu Amer, Intan dan Lai Mei Ling (nama samaran).
Selepas menyiapkan jahitan asas iaitu jahitan kia, pelajar-pelajar Tingkatan
1L dikehendaki menjawab lembaran kerja yang diberikan pada 25 April
2012. Pada awal bulan Februari 2012, kebanyakan pelajar tidak mengenali
nama jahitan asas. Namun, setelah sesi pengajaran dan pembelaran yang
pertama dan kedua, didapati ramai yang boleh mengenali nama-nama
jahitan asas dan contohnya adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.

Peserta kajian
(Amer)dapat
menjawab soalansoalan yang
dikemukakan.

Rajah 5. Lembaran kerja salah seorang pelajar yang dapat menjawab serta
mengenali jahitan asas.
METODOLOGI
Peserta Kajian
Saya juga merupakan salah seorang peserta dalam kajian ini untuk
menambah baik amalan pengajaran saya dalam tajuk jahitan melalui
penggunaan Jalur Gemilang.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 41-57.

47

They Peo Then/ Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan kekemasan


jahitan asas pelajar Tingkatan Satu

Tiga orang pelajar dari Tingkatan 1L, iaitu Amer, Intan dan Lai Mei Ling turut
menyertai kajian ini. Mereka dipilih berdasarkan data awal yang telah
menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kerja menjahit jahitan asas
yang lemah.
Etika Penyelidikan
Saya pada mulanya memohon kebenaran secara formal daripada pihak
sekolah. Seterusnya saya telah mendapatkan kebenaran daripada pelajarpelajar Tingkatan 1L secara bertulis. Saya telah memberitahu mereka
tentang tujuan, matlamat dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.
Saya juga berjanji menjaga kerahsiaan identiti mereka.
Kaedah Mengumpul Data
Kaedah pemerhatian, data berbentuk dokumen, analisis dokumen, dan
temu bual telah digunakan untuk mengumpul data kajian ini dalam
menjawab persoalan-peroalan kajian.
Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan sepanjang penyelidikan tindakan ini. Pemerhatian
telah dilakukan terhadap hasil kerja jahitan asas bagi Amer, Intan dan Lai
Mei Ling sebelum dan selepas saya memperkenalkan Jalur Gemilang
kepada mereka. Saya mengambil gambar ketika mereka menjawab
lembaran kerja yang diberikan serta ketika mereka menjahit jahitan asas.
Dengan ini, saya dapat membuat pemerhatian yang lebih mendalam
mengenai peserta kajian melalui data sokongan tersebut. Rajah 6
menunjukkan contoh data pemerhatian saya yang berbentuk gambar.

Rajah 6. Gambar diambil semasa penggunaan Jalur Gemilang.


Saya juga merekodkan data pemerhatian saya dalam bentuk nota lapangan
dengan mencatatkan perasaan, reaksi dan tingkah laku peserta.
Temu bual
Temu bual ialah satu kaedah kajian yang dapat membantu penyelidik
meneroka dan mendapat maklumat kajian secara mendalam kerana kaedah
ini melibatkan hubungan bersua muka secara langsung atau face-to-face
dengan peserta. Saya telah memilih temu bual separa berstruktur dalam
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 41-57.

48

They Peo Then/ Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan kekemasan


jahitan asas pelajar Tingkatan Satu

penyelidikan ini dan contoh soalan temu bual yang saya kemukakan adalah
seperti berikut.

Adakah anda sudah mula berminat dengan menjahit jahitan asas iaitu
jahitan insang pari, jahitan silang pangkah dan jahitan kia?
Apakah perasaan anda apabila mempelajari jahitan asas?
Adakah hasil tugasan lebih kemas jika menjahit jahitan asas dengan
bantuan jalur gemilang berbanding dengan kain yang biasa?

Analisis dokumen
Analisis dokumen berbentuk lembaran kerja digunakan dalam kajian ini.
Peserta kajian menjawab lembaran kerja tersebut selepas sesi pengajaran
dan pembelajaran yang kedua pada 25 April 2012.
Kaedah Menganalisis Data
Analisis data merupakan proses sistematik mencari dan menyusun
maklumat yang dikumpul oleh penyelidik untuk memahami dan
membenarkan penyelidik mempersembahkan data kepada orang lain. Saya
menggunakan analisis kandungan dan analisis pola dalam kajian ini. Saya
menggunakan analisis kandungan dalam menganalisis lembaran kerja
untuk mengenal pasti bilangan soalan yang dijawab dengan betul atau
sebaliknya yang kemudian menentukan pencapaian dari segi tahap
penguasaan peserta kajian. Pencapaian tiga orang peserta kemudian
dikategorikan dari segi gred seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1.
Jadual 1
Pencapaian Peserta
Nama Peserta
Amer
Intan
Lai Mei Ling

Bilangan
soalan betul
8
8
8

Markah ( %)

Gred

89
89
89

A
A
A

Berdasarkan Jadual 1, saya dapat menganalisis pola persamaan antara tiga


orang peserta kajian sama ada boleh mengenali dan dapat menjawab
soalan-soalan dalam lembaran kerja yang diberikan. Formula untuk mengira
markah adalah seperti berikut.
Bilangan soalan yang betul
9

x 100% =

Gred ditentukan berdasarkan markah yang dikira dan ini adalah


berpandukan pada penentuan gred sekolah seperti yang ditunjukkan pada
Jadual 2.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 41-57.

49

They Peo Then/ Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan kekemasan


jahitan asas pelajar Tingkatan Satu

Jadual 2
Panduan Penentuan Gred dan Interpretasinya
Markah
80 - 100
65 - 79
51 64
40 50
0 39

Gred
A
B
C
D
E

Interpretasi
Sangat baik
Baik
Memuaskan
Lemah
Sangat lemah

Analisis kandungan turut dibuat dengan menandakan perkara yang


dianggap penting dalam nota lapangan saya untuk tujuan
mengkategorikannya. Rajah 7 menunjukkan cara saya menanda perkara
penting dan mengkategorikannya dalam nota lapangan saya.
NOTA LAPANGAN
Tarikh/Hari
: 25.4.2012 ( Rabu ) Masa
: 2.35 3.45 petang.
Aktiviti
: Menjahit jahitan kia. Kehadiran : 36 orang pelajar.
Huraian latar : Suasana dalam makmal lama agak bising dan pelajar
sibuk menjahit.
Tindakan yang dilaksanakan
Ketiga-tiga pelajar yang dikenalpasti lambat menyiapkan jahitan kia kali ini namun mereka menunjukkan
minat untuk menjahit jahitan kia tersebut.
Tingkah laku peserta
Pada mulanya, pelajar yang bernama Amer,Intan dan Lai Mei Ling ( nama bukan sebenar ) nampaknya
mereka agak sukar untuk menjahit jahitan kia tetapi setelah diajar oleh saya dan melalui pembelajaran
koperatif, mereka telah boleh menyiapkan jahitan kia dengan bantuan Jalur Gemilang.
Refleksi kendiri
Mereka berasa gembira dan berpuas hati dengan hasil kerja mereka berbanding dengan yang lepas iaitu
langsung tidak tahu menjahit.

Rajah 7. Cara menanda atau membulatkan perkara penting untuk tujuan


mengkategori.
Saya juga menganalisis kandungan transkrip temu bual dengan mengenal
pasti perkara-perkara penting yang berkaitan dengan persoalan
penyelidikan. Salah satu contoh analisis kandungan transkrip temu bual
dengan Amer pada 25 April 2012 adalah seperti yang ditunjukkan berikut.
Saya:

(menunjukkan Jalur Gemilang) Apakah perbezaan penggunaan kain


berwarna dan Jalur Gemilang dalam kerja menjahit jahitan asas ini?
Amer: Penggunaan Jalur Gemilang lebih membantu saya dalam menghasilkan
jahitan asas yang kemas, teliti dan baik berbanding dengan kain berwarna.
Jahitan yang dihasilkan di atas kain berwarna kelihatan tidak
kemas langsung pun.
Saya: Adakah kamu suka menggunakan Jalur Gemilang ini? Adakah senang
digunakan ?
Amer: Suka dan senang digunakan.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 41-57.

50

They Peo Then/ Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan kekemasan


jahitan asas pelajar Tingkatan Satu
Analisis pola persamaan bagi ketiga-tiga orang peserta kajian ditunjukkan

pada Jadual 3.
Jadual 3
Analisis Pola
Peserta

Amer
Intan
Lai Mei Ling

Minat Menjahit

Kebolehan
menjahit

Perasaan
(puas hati)

Kaedah Menyemak Data


Cara yang telah digunakan untuk menyemak data adalah triangulasi
kaedah, triangulasi masa dan triangulasi sumber.
Untuk triangulasi kaedah, triangulasi antara kaedah telah digunakan dalam
penyelidikan ini. Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dan kaedah
temu bual untuk menyokong dapatan serta interpretasi kajian bahawa
peserta suka dan senang menggunakan Jalur Gemilang. Rajah 9
menunjukkan triangulasi antara kaedah tersebut.

Hasil jahitan
Amer

Gambar yang menunjukkan Amer menggunakan Jalur Gemilang


dengan baik pada 18 April 2012 dan 25 April 2012.
Saya : Adakah kamu suka menggunakan Jalur Gemilang ini ?
Amer : Suka dan senang digunakan. ( Transkrip temu bual
antara saya dengan Amer pada 26 April 2012)

Rajah 9. Contoh triangulasi antara kaedah pemerhatian dan temu bual.


Triangulasi masa merupakan salah satu lagi teknik penyemakan data ke
atas data yang dikumpul dan diinterpretasi yang dilakukan dalam suatu
tempoh atau jangka masa yang panjang. Di samping itu, semakan data turut
dilakukan oleh Puan Doly (nama samaran), salah seorang guru KH. Rajah
10 menunjukkan triangulasi masa dan sumber yang dilaksanakan dalam
kajian ini.
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 41-57.

51

They Peo Then/ Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan kekemasan


jahitan asas pelajar Tingkatan Satu

Hasil kerja jahitan asas yang dijahit oleh Amer, Intan dan Lai Mei Ling pada
sesi pengajaran dan pembelajaran kali pertama dan kedua. Hasil tersebut
disemak oleh Puan Doly (guru KHB)iaitu boleh menghasilkan hasil kerja
yang kemas dan teliti.

Semakan Puan Doly terhadap hasil kerja kali ketiga para peserta kajian iaitu
boleh menghasilkan hasil kerja yang kemas dan teliti.

Rajah 10. Triangulasi masa dan sumber kajian ini.


Selepas meminta Puan Doly menyemak, saya dapat merumuskan
bahawa walaupun mereka sudah menjahit pada kali ketiga, hasil jahitan
menunjukkan mereka masih dapat menjahit dengan kemas berpandukan
Jalur Gemilang yang diberikan.
REFLEKSI
Refleksi Dapatan
Bagaimanakah Jalur Gemilang dapat menambah baik amalan
kendiri sebagai guru KHB dalam pengajaran jahitan asas?
Pengenalan kaedah penggunaan Jalur Gemilang telah menambah baik
amalan saya dalam mengajar bidang jahitan ini. Sebelum itu, saya tidak
pernah menggunakan Jalur Gemilang semasa menjadi guru KHB pilihan
Ekonomi Rumah Tangga (KHB-ERT) di sekolah ini serta semasa saya
mengajar di daerah Marudi dan Lundu.
Melalui penggunaan Jalur Gemilang, saya juga mendapati kaedah
pembelajaran koperatif berupaya menunjukkan perkembangan yang positif
dari segi penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif dalam menjahit jahitan asas dan
ini termasuk ketiga-tiga peserta kajian saya. Ini menyokong kajian yang
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 41-57.

52

They Peo Then/ Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan kekemasan


jahitan asas pelajar Tingkatan Satu

dilakukan oleh Gan Teck Hock (1999) yang mendapati pelaksanaan


pembelajaran koperatif telah membawa hasil yang menggalakkan dalam
kalangan peserta kajiannya. Kebanyakan peserta kajian ini turut suka
bekerja dalam kumpulan.
Di samping itu, Zainun lsmaon (2004) dalam kajian beliau meninjau
keberkesanan koperatif model STAD ke atas sikap murid dalam Matematik
KBSR. Hasil kajiannya menunjukkan hampir kesemua muridnya
mempunyai persepsi positif terhadap pembelajaran STAD. Johnson dan
Johnson (1989) membandingkan lebih 500 kajian tentang kaedah
pembelajaran koperatif dan menyimpulkan bahawa kaedah STAD adalah
strategi pengajaran yang efektif. Kajian Artz dan Newman (1997) (dalam
Slavin, 1995) mendapati penggunaan pembelajaran koperatif boleh
meningkatkan pencapaian pelajar, pemikiran kreatif dan kritikal, kemahiran
sosial dan interaksi kumpulan serta menyebabkan pelajar berkeyakinan
dan saling menghormati. Rajah11 menunjukkan penglibatan aktif pelajarpelajar Tingkatan 1L pada 18 April 2012 yang menyokong dapatan kajian
tersebut.
Penglibatan aktif pelajar dalam usaha
menjahit jahitan asas yang diajar.
Pembelajaran koperatif berlaku yang
mana pelajar yang dipilih telah mengajar
rakannya dalam kumpulan dan ini
termasuk pemupukan kemahiran sosial.

Rajah 11. Penglibatan aktif pelajar Tingkatan 1L (18 April 2012).

Apakah kesan Jalur Gemilang terhadap pelajar-pelajar Tingkatan 1L


dalam menghasilkan jahitan asas yang kemas dan teliti?

Penggunaan Jalur Gemilang memang mendatangkan kesan yang positif


terhadap pelajar-pelajar Tingkatan 1L dalam menghasilkan jahitan asas
yang kemas dan teliti. Transkrip temu bual antara saya dengan salah
seorang peserta kajian pada 26 April 2012 seperti yang dinyatakan berikut
menunjukkan Intan sangat berpuas hati dengan hasil kerja jahitan kia yang
menggunakan Jalur Gemilang semasa pembelajaran koperatif STAD.
Saya : Adakah anda berpuas hati dengan hasil kerja jahitan kia yang anda jahit
ini ?
Intan : Ya. Saya sangat berpuas hati.

Selain itu, tindakan yang saya laksanakan dalam kajian ini boleh dikatakan
berjaya yang mana ketiga-tiga peserta kajian saya telah menguasai namaJurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 41-57.

53

They Peo Then/ Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan kekemasan


jahitan asas pelajar Tingkatan Satu

nama jahitan asas seperti jahitan insang pari, jahitan silang pangkah dan
jahitan kia selain boleh dan dapat menjahit jahitan asas berkenaan dengan
kemas dan teliti seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1, Jadual 3 dan Rajah
10.
Refleksi Penilaian Tindakan
Refleksi sering digunakan secara intensif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Refleksi dianggap sebagai komponen penting dalam
meningkatkan profesionalisme guru. Dewey (1933) merupakan pemikir
pertama yang memperluaskan konsep refleksi dalam pendidikan dan
refleksi penilaian tindakan diterangkan dari segi kesan ke atas peserta
kajian, kesan terhadap amalan kendiri, serta kesan terhadap kurikulum dan
sekolah.
Kesan ke atas peserta kajian
Penyelidikan tindakan ini telah mendatangkan kesan positif terhadap ketigatiga peserta kajian ini. Mereka telah menunjukkan kemajuan mahupun
peningkatan dalam menghasilkan tugasan jahitan yang kemas dan teliti.
Daripada tidak tahu dan kurang tahu, mereka kini telah berjaya
menghasilkan tugasan jahitan yang kemas, baik dan teliti.
Dalam tempoh pelaksanaan penyelidikan tindakan ini, didapati pelajarpelajar Tingkatan 1L lebih seronok menjahit jahitan asas. Dengan itu,
pembelajaran KHB menjadi pembelajaran yang menyeronokkan melalui
penggunaan Jalur Gemilang. Tambahan pula, aktiviti hands on tidak
membosankan pelajar berbanding dengan pembelajaran secara teori
sahaja.
Kesan terhadap amalan kendiri
Penyelidikan ini membolehkan saya lebih memahami kesilapan dan
kelemahan diri dalam mengajar menjahit jahitan asas sekiranya
berpandukan kain berwarna. Penggunaan Jalur Gemilang kepada peserta
kajian ini telah membuka minda saya agar lebih prihatin terhadap keperluan
pelajar saya.
Penyelidikan ini turut memberi peluang kepada saya untuk berinteraksi
dengan warga sekolah melalui perbincangan dan perkongsian maklumat
atau idea. Daripada perbincangan dan perkongsian tersebut, saya turut
menimba ilmu pengetahuan daripada guru yang berpengalaman berpuluhpuluh tahun dalam bidang KH. Di samping itu, saya turut berpeluang
menambah baik kemahiran komunikasi saya. Berkomunikasi dengan
pelajar-pelajar mempunyai teknik yang tertentu memandangkan dalam
sesebuah kelas, pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai bangsa yang
menggunakan pelbagai bahasa pertuturan.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 41-57.

54

They Peo Then/ Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan kekemasan


jahitan asas pelajar Tingkatan Satu

Saya amat gembira melihat perubahan yang begitu ketara berlaku dalam
kalangan pelajar saya. Dengan bantuan Jalur Gemilang semasa
pembelajaran koperatif STAD, kebanyakan pelajar dalam Tingkatan 1L
dapat menghasilkan jahitan asas yang kemas dan teliti dan ini termasuk
Amer, Intan dan Lai Mei Ling, peserta kajian ini.
Kesan terhadap kurikulum dan sekolah
Secara keseluruhannya, pengenalan penggunaan Jalur Gemilang berjaya
membantu tiga orang pelajar Tingkatan 1L menguasai kemahiran menjahit
pada tahap yang memuaskan. Dengan ini, saya boleh meneruskan
pengajaran dan pembelajaran berpandukan sukatan pelajaran dengan
lancar. Pelajar-pelajar dapat memanipulasi, memperoleh pengalaman dan
menghubungkan pengalaman tersebut ke dalam suatu kemahiran
manipulatif yang membawa faedah untuk masa depan mereka kelak.
Pelajar-pelajar telah mengalami sendiri kemahiran menjahit iaitu melalui
aktiviti hands on dan mereka lebih mengingati langkah-langkah menjahit
dari awal sehingga tamatnya sesuatu jahitan asas. Dengan adanya
kemahiran ini, pelajar-pelajar juga boleh membantu pihak sekolah
menghasilkan artikel-artikel jahitan lain seperti kain langsir dan alas meja
untuk kegunaan sekolah jika diperlukan nanti. Secara langsung, kemahiran
menjahit jahitan asas akan turut membantu dalam meningkatkan keputusan
sekolah sekiranya pelajar masih kekal mengambil ERT semasa berada di
Tingkatan Empat nanti.
Refleksi Pembelajaran Kendiri
Penyelidikan tindakan ini turut menggalakkan pembelajaran kendiri dari
aspek sebagai pendidik, sebagai guru KHB dan penyelidik.
Sebagai pendidik
Melalui penyelidikan tindakan ini, saya memahami bahawa kaedah
demontrasi sangat membantu saya dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti Jalur Gemilang
tidak boleh diabaikan. Begitu juga dengan pelaksanaan pembelajaran
koperatif Model STAD yang telah membawa kesan yang positif terhadap
pelajar-pelajar Tingkatan 1L termasuk tiga orang peserta kajian ini.
Sebagai guru KHB
Melalui penyelidikan ini, amalan profesional saya sebagai guru KHB turut
ditingkatkan. Sebagai guru KHB, saya mengetahui kepentingan jahitan asas
ini kepada pelajar-pelajar dalam kehidupan seharian mereka di samping
berkait rapat dengan sukatan pelajaran bagi subjek KHB. Oleh yang
demikian, saya telah merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran
kepentingan jahiran asas semasa memperkenalkan penggunaan Jalur
Gemilang kepada pelajar.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 41-57.

55

They Peo Then/ Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan kekemasan


jahitan asas pelajar Tingkatan Satu

Sebagai penyelidik
Ini merupakan kali pertama saya terdedah dengan penyelidikan tindakan.
Banyak kebaikan yang diperoleh dalam amalan profesional saya khususnya
amalan sebagai seorang penyelidik. Melalui penyelidikan ini, saya telah
mempelajari etika yang harus diamalkan oleh seseorang penyelidik.
Penyelidikan ini mengingatkan saya agar sentiasa mematuhi etika
penyelidikan agar dipercayai oleh orang ramai tidak kira pelajar, guru lain
mahupun masyarakat. Setiap tindakan yang diambil perlu terlebih dahulu
mendapatkan kebenaran dan persetujuan daripada pihak yang terlibat.
Saya telah berusaha untuk menjadi contoh kepada penyelidik lain dan
berharap hasil penyelidikan saya memberi sumbangan dalam
perkembangan ilmu dan kemahiran berkaitan dengan pedagogi KHB
sekolah menengah.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN KITARAN SETERUSNYA
Penyelidikan tindakan ini boleh dikatakan berjaya kerana ia teleh
mendatangkan kesan positif yang jelas kepada tiga orang peserta kajian ini.
Penggunaan Jalur Gemilang telah berjaya membantu mereka dalam
menghasilkan jahitan asas yang kemas, baik dan teliti selain menambah
baik amalan pengajaran saya untuk jahitan asas.
Saya ingin melanjutkan tindakan saya ke kitaran seterusnya atas sebab
pelajar dapat menjahit jahitan asas dengan kemas berpandukan
penggunaan Jalur Gemilang yang diperkenalkan oleh saya. Sekiranya saya
masih mengajar subjek KHB pada masa akan datang, saya akan
mengekalkan pembelajaran koperatif Model STAD, kaedah demontrasi,
penggunaan bahan bantu mengajar seperti Jalur Gemilang.
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim Hamdan & Mohd Zawawi Ismail. (2011). Kesesuaian isi
kandungan, masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara
(demontrasi) dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal dari
perspektif guru-guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah di
Daerah Kuala Krai, Kelantan. Journal of Technical, Vocational &
Engineering Education, 3, 14-32.
Asmah Hj Ahmad. (1990). Pedagogi 1. Petaling Jaya: Longman Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). (2002). Sukatan Pendidikan KH
Kurikulum Bersepadu Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur:
PPK.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 41-57.

56

They Peo Then/ Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan kekemasan


jahitan asas pelajar Tingkatan Satu

PPK. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 1, 2 dan 3: Kemahiran


Hidup Bersepadu (Semakan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Slavin, R.E. (1982). Student motivating to excel: Cooperative incentives,
cooperative tasks and students achievements. The Elementary
School Journal, 85 (1), 53-56.
Slavin, R.E. (1990). Cooperative learning: Theory, research and practice.
Englework Cliffs, NJ.: Prentice Hall.
Tan Swee Sim, Zainal Shaari & Zainul Abidin Mohd. Isa. (2003). Kemahiran
Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Percetakan Rina.
They Peo Then. (2012). Penggunaan Jalur Gemilang dalam meningkatkan
kekemasan jahitan asas pelajar Tingkatan Satu. Tesis Ijazah
Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang belum diterbitkan.
Kuching, Sarawak: IPG Kampus Batu Lintang.
Vygotsky, L.S. (1978). Mind in society: The development of higher
psychological processes. Cambridge: Harvard University Press.
Zahara Aziz & Suzela Bustam.(2011). Kesan strategi pembelajaran
koperatif terhadap pencapaian Geografi Tingkatan Satu - Topik
Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 36 (1), 1-10.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 41-57.

57

Chuah Kim Hwa & Raymond Kho/ Reflection on the involvement of PISMP preservice teachers in using e-AR portal: A case study

REFLECTION ON THE INVOLVEMENT OF PISMP


PRE-SERVICE TEACHERS IN USING e-AR PORTAL:
A CASE STUDY
By
Chuah Kim Hwa
chuahkim_hwa@yahoo.com
Raymond Kho
raymondkho@gmail.com
ABSTRACT
This paper discusses the involvement of two groups of semester 7
PISMP pre-service teachers from a teacher education institute in
using the e-AR (electronic action research) portal (Phase I) that
was built and administered by the researchers. The portal using
Moodle software was created based on an action research (AR)
method to assist and support the pre-service teachers in producing
their AR proposal through learning and obtaining materials online.
It was also created to provide opportunities for collaborative
learning through discussion forum among the users. The data in
this study were collected based on the users information form,
posting on Discussion Forum (Sesi Perbincangan Forum/SPF)
and portal feedback forms. The data were then analyzed based on
the number of users and frequency of SPF posting. Establishing
trustworthiness of data was carried out through member checking
and investigator triangulation. The findings showed that the
number of users decreased from 17 (SPF1) to two users (SPF5).
Among the reasons identified for the trend were the usage of e-AR
was not compulsory, the number of forms to be filled or answered,
the language used in the portal, and the preference of the users to
be lurkers in the portal. Improvement to the portal were also
suggested and incorporated into the Phase II e-AR portal.
Key words: PISMP pre-service teachers, e-AR portal, action
research proposal, discussion forum, lurkers in portal
ABSTRAK
Kertas kerja ini membincangkan tentang penglibatan dua
kumpulan guru praperkhidmatan PISMP dari sebuah institut
pendidikan guru dalam penggunaan portal e-AR (electronic action
research)(Fasa I) yang dibina dan ditadbir oleh para penyelidik.
Portal tersebut menggunakan Moodle software yang dibina
berpandukan kaedah penyelidikan tindakan (PT) untuk membantu
dan menyokong para guru praperkhidmatan dalam menghasilkan
kertas cadangan PT melalui pembelajaran dan perolehan bahan
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 58-67.

58

Chuah Kim Hwa & Raymond Kho/ Reflection on the involvement of PISMP preservice teachers in using e-AR portal: A case study
secara online. Portal ini juga dicipta untuk memberi peluang
pembelajaran secara kolaboratif melalui forum perbincangan
dalam kalangan pengguna. Data kajian dikumpul berdasarkan
maklumat pengguna, posting oada Sesi Perbincangan
Forum/SPF) and maklum balas portal. Data kemudian dianalisis
berdasarkan bilangan pengguna dan kekerapan pada posting
SPF. Data disemak dari segi trustworthiness melalui member
checking dan triangulasi penyelidik. Dapatan kajian menunjukkan
bilangan pengguna berkurangan daripada 17 (SPF1) kepada dua
orang pengguna (SPF5). Antara sebab yang dikenal pasti untuk
trenda ini ialah penggunaan portal e-AR tidak diwajibkan, bilangan
borang yang perlu diisi atau dijawab, bahasa yang digunakan pada
portal serta kecenderungan pengguna menjadi lurkers pada
portal. Cadangan penambahbaikan telah diambil kira dan
diintegrasikan pada portal e-AR Fasa II.
Kata kunci: Guru praperkhidmatan PISMP, portal e-AR, kertas
cadangan penyelidikan tindakan, perbincangan forum, lurkers
pada portal

INTRODUCTION
This paper discusses part of the findings of a larger and ongoing action
research (AR) project related to the learning and producing of AR proposal
using e-AR (electronic AR) portal among Semester 7 pre-service teachers
from Bachelor of Teaching Programme (PISMP) at Teacher Education
Institute Batu Lintang Campus (IPG KBL). The AR course with the code
3113 was introduced in 2010 and all Semester 7 pre-service teachers for
the said programme are required to take this course as one of their core
major subjects. And at IPG KBL, the course was introduced to Chinese
Language and Mathematics pre-service teachers in 2011 (BPG, 2009a;
BPG, 2009b).
The introduction of this core major subject is considered a wise step towards
inculcating research culture among pre-service and future in-service
teachers. What was of main concern for the researchers was the challenges
faced by the researchers when implementing the course in Semester 7 as
proposed in the Pro Forma. Based on the issues and challenges faced
when delivery AR course in 2010 by one of the researchers, both the
researchers embarked in a three years project by building the e-AR portal in
2010 not only to address those challenges but to improve on the delivery of
the AR course among Semester 7 pre-service teachers at IPGK BL.
Specifically, the portal provided opportunities for collaborative learning
through discussion forum among the users and at the same time assisted
and supported the pre-service teachers in producing their AR proposal
through learning and obtaining materials online during Phase III Practicum.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 58-67.

59

Chuah Kim Hwa & Raymond Kho/ Reflection on the involvement of PISMP preservice teachers in using e-AR portal: A case study

e-AR PORTAL
The e-AR portal was created as a catalyst in introducing e-learning and
collaborative learning approaches using discussion forum among Semester
7 pre-service teachers and the AR Content Moderator or Moderator for e-AR.
The portal was built and administered by the researchers using Moodle
software created by Dougiamas (1999) (in Vighnarajah, Wong Su Luan &
Kamariah Abu Bakar, 2006) and at the same time utilizing the existing
learning management system at IPG KBL. Asynchronous platform through
online discussion forum was chosen to promote collaborative learning
among the pre-service teachers taking into consideration that the preservice teachers attended Phase III Practicum and the operation of the
portal was during that period. Thus, online discussion forum would facilitate
interaction among them about what they have learned during the first four
weeks of January before Practicum and the situation in their respective
classroom in order to produce their respective AR proposal. For Aworuwa
(2004), online discussion board or forum facilitates students constructive
social learning because it allows them to reflect on what they are learning
and through communication of that with others may lead to conceptual
change (p. 280). This learning would be further enhanced with expert
scaffolding through selection of activities that promote students
engagement. Here, the AR Content or e-AR Moderator playED an important
role.
The development of e-AR portal was designed based on an AR method and
consisted of two cycles as shown in Figure 1.

Building and Developing


AR Materials
Cycle 1:
Year 2010
& Year 2011

Cycle 2:
Year 2012

Implement Phase I e-AR:


2 groups of pre-service teachers
(44 pre-service teachers)
(Collect & Analyze Data,
Improvize/ Modify)

Implement Phase II e-AR:


6 groups of pre-service teachers
(114 pre-service teachers)
(Collect & Analyze Data,
Improvize/ Modify)

Figure 1. e-AR Project (Year 2010 2012).


Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 58-67.

60

Chuah Kim Hwa & Raymond Kho/ Reflection on the involvement of PISMP preservice teachers in using e-AR portal: A case study

Cycle 1 consisted of two stages, namely, the pre-implementation stage of


Phase I e-AR and the implementation stage of Phase I e-AR. The preimplementation stage involved the development of the portal, the building
and developing of e-AR materials, such as instruction for portal users,
instruction on involvement in discussion forum, guidelines in using e-AR,
reading materials and the integration of the said materials into the portal. At
the same time, instruments to evaluate the effect of e-AR were also
produced. The pre-implementation stage was from April 2010 until July 2010
whereas the implementation stage of Phase I e-AR began started on 25
January 2011 and ended in May 2011.
As for the AR content, the portal generally contained eight courses, such as,
Introduction and Preparation, Context, Research Focus and other
courses based on elements in AR proposal as shown in Figure 2 whereas
each course has its own page as shown in Figure 3.

Figure 2. Main page of e-AR portal.


Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 58-67.

61

Chuah Kim Hwa & Raymond Kho/ Reflection on the involvement of PISMP preservice teachers in using e-AR portal: A case study

Figure 3. Course page for Introduction and Early Preparation.


Every course was designed and developed based on topics required in
producing an AR proposal. The developmental approach based on the AR
topics was used to deliver and learn about each course in the portal. Every
course also contained sessions related to discussion forum (Sesi
Perbincangan Forum/ SPF). Each course has its own SPF activity and there
were a total of seven SPF (SPF1 till SPF 7) but only five SPF were with
posting or occurence of discussion forum upon implementation of the
Phase I e-AR portal. The implementation of e-AR involved two phases (see
Figure 1) but this paper discusses partially the findings of Phase I e-AR,
focusing on the involvement of Semester 7 pre-service teachers from
January 2008 intake in the discussion forum.
METHODOLOGY
Participants
Phase I e-AR portal was implemented in January 2011 among Semester 7
PISMP pre-service teachers (PISMP January 2008 intake) for Mathematics
and Chinese Language. A total of 41 pre-service teacher uploaded their
Users Information Forms through the portal and log-in as users even
though 44 pre-service teachers agreed to participate voluntarily as portal
users during briefing.
Instruments
Among the instruments used in data collection for this study were the
Users Information Form (Cycle 1), posting on Discussion Forum (SPF)
and e-AR Portal Feedback Forms. The Users Information Form were
uploaded through the portal after briefing by the participants. The forms
were then downloaded by the researchers for analysis. The Overall Portal
Feedback Forms administered after SPF5 were similarly obtained by the
researchers but through e-mails as the portal was temporally closed down
for data collection and analysis purposes.
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 58-67.

62

Chuah Kim Hwa & Raymond Kho/ Reflection on the involvement of PISMP preservice teachers in using e-AR portal: A case study

Data analysis
The data were then analyzed based on the number of users and frequency
of SPF posting. Content and pattern analysis based on groups, types of
discussion and feedback regarding e-AR portal from users were also carried
out.
Establishing trustworthiness of data
Establishing trustworthiness of data was carried out through member
checking and investigator triangulation. Member checking was carried out
by showing the pre-service teachers their data generated from the portal
other than the interpretation. Investigator triangulation was also carried out
by cross checking the interpretation of data by both researchers.
FINDINGS AND REFLECTION
Among the findings found in this study were the number of SPF users
decreased from 17 (SPF1) to two users (SPF5); the number of participation
in SPF among Mathematics pre-service teachers were more than the
Chinese Language pre-service teachers; and the number of postings
during SPF2 were the highest among the five SPF posting as shown in
Table 1.
Table 1
Number of Users, Posting and Feedback on SPF based on Groups of Users
SPF

No.
of
Users

Group of
Users

No. of
No. of SPF
No. of
No. of SPF
Users
Posting
Posting
Feedback
Based on
Based on
Uploaded
Group
Group
1
17
MT
11
18
11
16
BC
5
5
2
CKH
1
2
2
14
MT
12
56
26
11
BC
1
2
1
CKH
1
28
3
8
MT
6
28
15
1
BC
1
1
CKH
1
12
4
3
MT
2
8
4
0
BC
0
0
0
CKH
1
4
5
2
MT
1
2
1
0
BC
0
0
0
CKH
1
1
Note: MT= Mathematics; BC= Chinese Language; CKH=AR Content Moderator

The findings showed that the number of SPF users decreased from 17
users (SPF1) to two users (SPF5). Among the reasons identified for the
decreased in numbers of SPF users were: the usage of e-AR was not made
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 58-67.

63

Chuah Kim Hwa & Raymond Kho/ Reflection on the involvement of PISMP preservice teachers in using e-AR portal: A case study

compulsory; the number of forms to be filled or answered and uploaded, the


language used in the portal, and the preference of the users to be lurkers
in the portal. Lurkers have been identified by Amelia Abdullah, Mohamad
Amin Embi, Rosseni Din and Muhammad Husin (2006) as non contributors
and who do not post anything from beginning until the end, stay invincible,
only reading and digesting the others contribution (p. 77). Lurkers among
e-AR portal users were found to be comprising of pre-service teachers who
did not share in contributing or constructing AR proposal knowledge or skills
through SPF as described by Amelia Abdullah et al. but also of those who
were more interested in downloading online materials made available at
each course.
The number of forms to be downloaded, filled and uploaded by each user of
the portal were numerous, such as, Self Evaluation Questions 1 and 2
(before and after course); Reflective Learning Forms (before and after
course); and PMI Forms (Portal e-AR Feedback Forms for content and
technical purposes). The forms were created not only for research purposes
but to encourage the users to do further references on theories in AR and
pedagogy that they learned earlier. Indirectly, they were encourage to
participate actively through discussion and Q&A session. The portal users
were informed about the forms earlier during briefing. They were also
required to upload the answered forms through the portal before being
allowed to move to the subsequent course. This condition was set to
prevent lurkers as they are seen to be of negative influence to a learning
community (Barnes, 2003 in Amelia Abdullah et al., 2006).
From this study, it was also found that the number of users among
Mathematics pre-service teachers were more than Chinese Language preservice teachers and that included for each SPF. There were 11 users for
SPF1 among Mathematics pre-service teachers compared to 5 users for
Chinese Language pre-service teachers; and subsequently 12 users
(Mathematics) compared to 1 user (Chinese Language) for SPF2; 6 users
(Mathematics) compared to 1 user (Chinese Language) for SPF3; 2 users
(Mathematics) compared to no user (Chinese Language) for SPF4 and 1
user (Mathematics) compared to no user (Chinese Language) for SPF5.
The number of users were small and none for the last two SPF among the
Chinese Language pre-service teachers. Based on the analysis of the
Overall Portal Feedback Forms, the said pre-service teachers mentioned
that they did not login to the portal due to the language used. They
mentioned that the instructions for the courses and materials available
online in the portal were not in the language that they used in preparing their
AR proposal and they had to translate the materials. The portal users were
mostly Mathematics pre-service teachers and one contributing factor was
that the AR Content and e-AR Moderator was also the lecturer for the
Mathematics AR course.
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 58-67.

64

Chuah Kim Hwa & Raymond Kho/ Reflection on the involvement of PISMP preservice teachers in using e-AR portal: A case study

The number of posting were 18 times for SPF1 compared to 56 times for
SPF2, 28 times for SPF3 and decreased to 8 and 2 times respectively for
SPF4 and SPF5. The number of posting based on the groups of users and
Content Moderator, it was found that the number of posting among the
users were 16 times compared to 2 times by the Content Moderator. The
posting made by the Content Moderator was mainly as a starter to each
SPF. This was also a strategy to encourage active participation among the
users and proven to be a success in a way. It was of hope that the role of
the Content Moderator as a teacher become less directive and more
facilitative(Oliver & McLoughlin, 2001, p. 149).
Nevertheless, upon analysis on the types of posting for SPF1, it was found
that there were no discussion or questions posed on the users postings as
the researchers hope. The users posting for SPF1 were mainly describing
the definition as asked by the Content Moderator and all the postings were
a one-way postings. The users mentioned that they were not comfortable
in giving opinions, commenting or asking other users about their postings
as they were from the same programme. The Content Moderator had
constantly reminded the portal users to provide their own context when they
do postings at SPF. Other than that, the users were also encouraged to
ask or give suggestions to other users posting. The portal users were
frequently given encouragement and motivation to post during SPF. But
alas, the effort fell on deaf ears and as a result, another additional
approach towards learning was used by the Content Moderator. The
Content Moderator added in explanation of course content for SPF1 in order
to encourage the users in providing context to their postings and
subsequent courses and SPF. In addition to that, graphic organizers (GOs)
in the form of tables were used too for each course to guide the users write
their answers and AR proposal based on the SPF discussed.
The number of posting for SPF2 increased drastically to 56 times
compared to 18 times for SPF1. The main reason was that the Content
Moderator gave comments, suggestions or even seek clarification from the
users who posted. An interesting finding in this study was that a two-way
communication between the Content Moderator and the users who posted
occured. This two-way communication was more prevalent during SPF2
rather than during SPF1. There were users who made five postings to
answer the questions posed by the Content Moderator or to seek further
clarification from the Content Moderator. Discussion among pre-service
teacher users occured only once, that was, between two users on matters
related to errors written in the postings by one of the users.
There were only two posting for SPF5 that was posted by the Content
Moderator and one Mathematic pre-service teacher who wanted to find out
more about the sixth AR Course. The pre-service teachers cited reasons,
such as, being busy preparing for supervisions during Practicum, the ending
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 58-67.

65

Chuah Kim Hwa & Raymond Kho/ Reflection on the involvement of PISMP preservice teachers in using e-AR portal: A case study

of Phase III Practicum during the implementation of SPF4 and SPF5 for not
being users at the later stage of SPF or AR course. Futhermore, they were
busy completing their assignments given to them for other courses.
SUGGESTIONS FOR IMPROVEMENT OF E-AR PORTAL
Suggestions were also obtained from the users to improve the
implementation of Phase II e-AR portal among Semester 7 PISMP preservice teachers for the year 2012. Among the suggestions given to the
researchers were reducing the number of forms to be downloaded, filled and
uploaded. Upon reflection, improvement and modification of the forms could
be done by building into the portal itself.
Marks could be awarded too based on the types of participation in the
discussion forum, such as, in terms of discussion, giving comments, ideas
or asking questions. This would be a form of positive enforcement towards
active participation among portal and SPF users. Not only that, structured
guidance from the Content Moderator using the developmental approach
should be continued but with the usage of GOs as tools to assist the users
in writing the drafts of their AR proposal. The GOs would also serve as tools
to guide the users in following the overall course structure of e-AR portal.
FURTHER REFLECTION
From the findings described earlier, it could be generalized that the Phase I
e-AR portal achieved its objective in assisting and supporting users who
login for such purpose. The creation and developing of the portal itself
provided opportunities for the delivery and obtaining materials of the AR
course related to producing AR proposal through online learning.
Opportunities for collaborative learning through discussion forum among
users have been provided for but the types of participation in discussion
forum were not as expected. It could be said that the involvement of PISMP
pre-service teachers for the year 2011 was not that encouraging due to
various reasons described earlier. Nevertheless, the portal was further
developed based on the suggestions given.
The implementation of Cycle 2 e-AR portal began in middle of January 2012.
The portal still maintained the structured guidance and discussion forum
using the developmental approach with the help of GOs as tools to assist
the users in writing their AR proposal. Other than that, feedback forms were
also limited to before (SPF1) and after (SPF9) all the courses were
implemented. The users for Cycle 2 e-AR portal were limited to two groups
of Semester 7 PISMP pre-service teachers, namely, the Malay Language
and Remedial Education group. It is noticed that the participation in terms
of number of postings and types of postings during SPF has been very
encouraging.
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 58-67.

66

Chuah Kim Hwa & Raymond Kho/ Reflection on the involvement of PISMP preservice teachers in using e-AR portal: A case study

REFERENCES
Amelia Abdullah, Mohamad Amin Embi, Rosseni Din & Muhammad Husin.
(2006). The development of a collaborative learning community
through N-learning: Initial findings. In Norizan Abdul Razak,
Mohamed Amin Embi, Siti Rahayah Ariffin, Abd. Ghafur Ahmad &
Zamri Murah (Eds), Prosiding Seminar e-Pembelajaran 2006 (pp.
60-80). Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aworuwa, B. (2004). Instructional potential of online discussion tool.
Academic Exchange, 280-285.
Bahagian Pendidikan Guru (BPG). (2009a). Pro forma kursus BCN3113:
Penyelidikan Tindakan I - Bahasa Cina Pendidikan Rendah
(Kaedah). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
BPG. (2009b). Pro forma kursus MTE3113: Penyelidikan Tindakan I
Matematik Pendidikan Rendah (Kaedah). Putrajaya: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Chuah Kim Hwa & Raymond Kho. (2011). e-AR Phase I Progressive Report.
(Unpublished report). Kuching, Sarawak: Teacher Education Institute,
Batu Lintang Campus.
Oliver, R. & McLoughlin, C. (2001). Using networking tools to support online
learning. In F.Lockwood & A. Gooley, Innovation in Open and
Distance Learning (Eds.), (pp. 148-159). London: Kogan Page.
Vighnarajah, Wong Su Luan, & Kamariah Abu Bakar. (2006). Using Moodle
as an open source tool to create an interactive online learning
community (iELC): An attempt at Malaysian National Schools. In
Norizan Abdul Razak, Mohamed Amin Embi, Siti Rahayah Ariffin,
Abd. Ghafur Ahmad & Zamri Murah (Eds), Prosiding Seminar ePembelajaran 2006 (pp. 186-195). Bangi, Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 58-67.

67