Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum.

Salam sejahtera.
Salam satu Malaysia.

Senja gemilang bayu berpuput,


Gugur kenanga di celah jerami,
Besarlah hati kami menyambut,
Puan bertamu ke sekolah kami.

Yang Amat Berbahagia,


Dato Seri Cik Puan Muda
Julita Aishah binti Abdul Latif

Diringi oleh

Yang mulia anakanda-anakanda dan keluarga Yang Amat Berbahagia


Dato Seri Cik Puan Muda.

Yang Berusaha,
Puan Siti Mariam binti Sheikh Mohamad,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Kuantan.

Yang Arif
Para hakim dan juri

Yang dihormati,
Para peserta, guru pengiring, jurulatih dan ibu bapa budiman.

Selamat datang ke Pertandingan Nyanyian dan Tarian Karnival


Kokuria Sekolah Berprestasi Tinggi Peringkat Kebangsaan tahun
2015 Anjuran Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Kuantan.

Kehadiran Yang Teramat Mulia Datuk Seri Cik Puan Julita Aishah
serta hadirin sekalian memeriahkan lagi majlis yang gilang gemilang
ini.

Pertandingan pada malam ini akan dimulakan dengan pertandingan


Nyanyian Solo dan seterusnya akan diteruskan dengan Pertandingan
Tarian.

Sebelum kita memulakan acara, izinkan saya membacakan syarat


pertandingan nyanyian solo untuk makluman tuan-tuan dan
puan-puan.

Syarat pertandingan nyanyian solo:

(BACA SYARAT)

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan hakim-hakim


yang akan terlibat mengadili pertandingan pada malam ini:

1. Ketua Hakim
Encik Umran bin Samsudin
Ketua Sektor Muzik,
Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan

2. Shaye Soh Ee Lin,


Guru Muzik
Melody Music House

3. Encik Lim Hong Yong,


Guru Muzik,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Gambang.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Kini tibalah saaat yang dinantikan dengan penuh debaran.

Saya serahkan majlis kepada rakan pengacara saya untuk meneruskan


acara Pertandingan Nyanyian Solo Karnival Kokuria SBT Peringkat
Kebangsaan tahun 2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan.