Anda di halaman 1dari 36

1.

NORAZAH BT AZIZ
217580
2. CHE NORIZA BT SAMAT
217333
3. EZRI B. AZEMI
217345
4. JAMIL B. MD JUSOH
217403
5. MOHD SHUKRI B. MAT SAAD
217465
6. MOHD RIZAL B. KASA
217488
7. ROSNANI BT LATIF
217671
8. SITI ASLIZA BT ABU
217735
9. ZARINA BT SAMAN
217907
10. MOHD RIZAL B. OSMAN
217489

PENDEKATAN MENGAJAR BACAAN AWAL


Kemahiran membaca merupakan satu proses yang dinamik

dan kompleks. Menguasainya bukanlah satu kerja yang


mudah. Ia melibatkan keupayaan membaca dengan
pantas, memahami dan mengingat fakta dan kebolehan
membuat tafsiran secara bijak dan analitis. Membaca
merupakan percantuman beberapa proses yang kompleks
iaitu proses mengamati, mengingat, mendengar dan
membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas,
menyebut lambang- lambang

uruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan

bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan dan


memindahkan lambang- lambang yang dibaca itu kepada
sistem kognitif untuk difahami dan diterjemah (Smith,
1978). Penguasaan kemahiran ini hanya dapat dilakukan
melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara
formal.

Murid-murid di ajar secara mekanis untuk

menyebut huruf dan kata dengan suara yang


kuat. Bacaan bersuara seperti ini adalah
bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan
dengan menggerakkan alat-alat pertuturan
untuk sebutan yang jelas dan terang dengan
intonasi dan irama mengikut gaya membaca
yang betul

Pendekatan ialah arah atau hala tuju yang

diambil untuk menuju ke sesuatu sasaran.


Pendekatan pengajaran merupakan haluan
atau aspek yang digunakan untuk mendekati
atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi
pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau
kemahiran.
Pendekatan wujud berdasarkan aspek

pengajaran yang ingin diutamakan atau


memberi perhatian yang lebih utama.

Menurut pendapat Edward M. Anthony

( 1963), pendekatan ialah satu set andaian


yang saling berkait dengan proses pengajaran
dan pembelajaran serta mempunyai unsur
aksiomatik. Melalui pendapat ini , dapat
dirumuskan bahawa pendekatan harus
berlandaskan kepada model, prinsip atau teori
pembelajaran. Contohnya:

Konkrit kepada abstrak


Mudah kepada kompleks
Keseluruhan kepada bahagian
Umum kepada spesifik ( deduktif )
Spesifik kepada umum ( induktif )
Dekat kepada jauh
Diketahui kepada belum ketahui

Konsep pendekatan merujuk kepada cara

bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajar


untuk mencapai objektif pengajaran.
Terdapat beberapa pendekatan yang boleh
digunakan dalam kelas semasa mengajar bacaan
awal.Antaranya ialah pendekatan induktif ,guru
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
melibatkan penggunaan deria seperti
penglihatan,pendengaran dan sentuhan.
Penyediaan bahan bantu mengajar adalah penting
semasa mengajar bacaan awal kerana ini akan
membantu memudahkan murid menguasai
kemahiran yang diajar oleh guru.

Semasa proses bacaan,awal guru perlulah

menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal


dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan
dengan aktiviti yang boleh mendorong muridmurid dalam mempertingkatkan ketajaman
penglihatan dan pendengaran.
Bacaan awal perlu dimulakan di peringkat awal
kerana seorang kanak-kanak mampu membaca di
peringkat awal sekiranya diberi pendedahan lebih
awal. Kebanyakan kemahiran bacaan awal
diperolehi oleh kanak-kanak secara tidak langsung
sepanjang tempoh perkembangan mereka.

Pendekatan mengajar bacaan awal terdapat


beberapa peringkat asas yang perlu digunakan
oleh guru.Antaranya ialah:
Guru mengajar dengan kaedah abjad, dalam

konteks ini guru melatih murid untuk


menyebut dan menghafal abjad.
Kaedah suku kata Guru memperkenalkan
kepada murid dari aspek vokal dan
konsonan.Huruf vokal dijadikan satu suku kata
dan suku kata pula terdapat suku kata terbuka
dan suku kata tertutup.
Kaedah fonik pula berkenaan dengan bunyi
huruf bukan nama huruf.Kemudian huruf-huruf
digabung menjadi ayat.

Aktiviti bacaan perlu diterjemahkan kepada

aktiviti yang meliputi pengajaran dan


pembelajaran seperti mengecam persamaan dan
perbezaan bunyi, mendengar dan membezakan
nama huruf, mengecam dan mengajuk
persamaan dan perbezaan bunyi huruf, membina
suku kata, membaca perkataan dan diikuti
dengan membaca ayat mudah dan rangkai kata.
Selain daripada itu, aktiviti permainan huruf,
suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan
lagi kemahiran tersebut.

Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana

sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk


mencapai objektifnya. Setiap pendekatan
hendaklah mencerminkan satu pandangan
atau pendapat tentang hakikat satu matlamat
pelajaran .
Ia bertujuan untuk memudahkan murid
menerima dan memahami isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru.

Memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu

kemahiran membaca itu dengan betul,


terdapat beberapa langkah atau pendekatan
yang boleh digunakan oleh guru untuk
membantu pelajar.
Dalam konteks ini, ia merangkumi beberapa

aspek. Antaranya, pengalaman pelajar, teks


yang digunakan serta kebolehan pelajar

Menurut Yahya Othman (2004), pendekatan

ini meliputi aktiviti mengajar membaca yang


biasa di mana ia menggunakan pelbagai
kemahiran. Antaranya ialah tujuan rekreasi,
mencari maklumat serta bimbingan.

Dalam pendekatan ini juga, ia turut

menekankan tentang kesinambungan


pengulangan dan mengulang kaji perkara
yang diajar sebelumnya. Ia bermaksud
sentiasa membuat latihan terhadap sesuatu
yang telah diajar.

Cara ini ialah satu cara yang berdasarkan

prinsip sintesis atau membina atau dengan


lain perkataan menyusun bahagian-bahagian
yang kecil menjadi satu benda yang besar.
Misalnya dalam mengajarkan ayat;

Contoh ayat

: Nina ada baju merah .


Melalui pendekatan ini guru akan
memperkenalkan huruf abjad terlebih dahulu
kepada murid untuk disebut dan dihafal , ianya
dinamakan kaedah abjad , contoh abjad : a,
b, d, i, j, h, r, u, m, n .
Kemudian guru akan memperkenalkan kepada
pelajar dari aspek vokal dan konsonan. Huruf
konsonan + huruf vokal menjadikan ia satu suku
kata. Dalam suku kata pula terdapat suku kata
terbuka, dan suku kata tertutup. Ini dinamakan
Kaedah Suku kata . Contoh
suku kata : ba,
ni, na, ju, rah, me, da.

Melatih murid menyebut berkenaan dengan bunyi

huruf dan bukannya nama huruf. Kemudian huruf


akan digabungkan menjadi perkataan. Kaedah ini
dinamakan Kaedah fonik. Contoh perkataan :
baju, Nina, ada, merah.
Kemudian guru akan memperkenalkan rangkai
kata : baju merah, Nina ada dan akhir sekali
guru akan memperkenalkan ayat yang akan
disebut oleh murid. Contoh ayat : Nina ada
baju merah. Pada keseluruhannya,cara ini
menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan
kaedah suku kata.

Pendekatan ini berasaskan kepada kaedah

fonik, digabungkan dengan kaedah suku kata


serta dibantu oleh kaedah pandang dan sebut.
Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau

berlawanan prinsipnya dengan cara sintesis.


Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau
mencerakin atau dengan perkataan lain
mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar
kepada bahagian-bahagian yang kecil.
Pendekatan ini mengunakan kaedah ini iaitu :

I.Kaedah perkataan Ia lebih menjurus kepada


memperkenalkan perkataan kepada pelajar
dengan menggunakan kad perkataan. Dalam
erti kata lain, guru boleh menggunakan akronim
bagi memudahkan pelajar untuk mengingat
perkataan-perkataan yang tertentu. Malah,
pendekatan ini juga akan memudahkan pelajar
untuk mengingati makna perkataan tersebut.
II.Kaedah ayat dan cerita Lebih memberi
penekanan kepada ayat sebagai unit yang
bermakna dalam bacaan. Malah ia lebih
menumpukan kepada bahan bacaan yang lebih
berbentuk cerita.

Contoh: 1.

Kaedah Perkataan
Perkataan -> Abang
Suku kata -> A + bang
Ayat
-> Ini

Abang

Contoh 2. Kaedah ayat

Misalnya dalam mengajarkan


ayat Nina ada baju baru.

Nina ada baju merah , Kemudian guru akan

memperkenalkan rangkai kata yang ada pada


ayat
Contohnya : rangkai kata : baju
merah, Nina ada
Seterusnya perkenalkan
perkataan : baju, Nina, ada, merah

Selepas itu perkenalkan suku kata : ba, ni,

na, ju, rah, me, da, a


Akhir sekali perkenalkan huruf : a, b, d, i, j,

h, r, u, m, n

Pendekatan PEBAS iaitu Pendekatan Bacaan


Asas Pusat Perkembangan Kurikulum

Pendekatan Gabungan Bunyi Kata


Ia menekankan aspek pendekatan asas

berdasarkan faktor yang berikut. Antaranya


ialah sistem ejaan bahasa Melayu bersifat
fonemik, kebanyakan suku kata bahasa
Melayu mudah dan jelas serta perkataan yang
mula diperkenalkan sudah difahami
maknanya oleh murid.

Pendekatan ini menekankan pengenalan abjad dan

suku kata kepada murid. ia boleh dilaksanakan


melalui :a) Murid mengenali huruf dan juga hubungannya dengan
bunyi.
b) Huruf konsonan pula digabungkan dengan huruf vokal
menjadikan suku kata
c) Unit-unit kecil vokal juga digabungkan.
d) Pelaksanaan latih tubi sehingga pelajar boleh
mengikuti
kemahiran yang diajar.
e) Pengukuhan juga dilakukan melalui penulisan

Murid-murid tidak perlu diajar semua abjad dalam sistem ejaan Bahasa

Melayu sebelum mereka boleh diajar membaca.

Menggabungkan kemahiran bunyi beberapa abjad, suku kata dan

membaca
perkataan/ frasa/ ayat bermakna dalam satu atau dua pelajaran.

Gabungan dibuat secara sistematik, dan tiap-tiap pelajaran berikutnya

beransur-ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya.

Kad imbasan amat diperlukan untuk aktiviti pengajaran dan

pembelajaran seperti yang disarankan.

Untuk peneguhan kemahiran murid-murid membaca mereka perlu diberi

bahan-bahan bacaan yang berperingkat-peringkat supaya mereka dapat


melatih membaca sendiri. Bahan-bahan bacaan yang sesuai perlu
disediakan untuk murid-muriid sentiasa dekat dengan membaca.

Kaedah Gabungan Bunyi Kata menyenaraikan

beberapan abjad vokal dan konsonan yang


perlu diajar mengikut tertibnya. Huruf vokal
yang mula-mula diajar ialah a i udan
susunan konsonan berikut; b k c s t m n g l j
hyfwqvz

Untuk menjelaskan kaedah ini, Isahak Harun (1979)

menggariskan beberapa langkah berikut;

i. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi tiga huruf

vokal a, i dan u. Dengan menggunakan kad imbasan.


Buat latihan membunyikan huruf itu beberapa kali,
selang seli.

ii. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga

huruf konsonan, misalnya b, dan k. dengan


menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi
beberapa kali supaya murid dapat menyebutkan
bunyi tiap-tiap simbol itu dengan jelas.

iii. Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal

supaya menjadi suku kata. ba bi bu ,da di du


,ka ki ku
seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna;da
da dada, ba ba baba, bu bu bubu
ku ku kuku .Ulang ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua
perkataan menjadi ayat dan latih murid-murid membacanya:
dada baba ,bubu baba ,kuku baba

iv. Perkenalkan gabungan lain;a da ada, a ku aku, ku da


kuda, bu ku buku ,bu ka buka suruh murid-murid
membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di
atas;
baba ada buku ,baba ada kuda ,baba ada bubu ,baba
buka buku .kemudian gantikan baba dengan aku dan ulang
membacanya. Seterusnya baca ayat-ayat berikut;kuda dia
,kuda baba kuda aku/ ku .Gantikan kuda dengan buku,
kuku dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan.

v. Perkenalkan gabungan bunyi lain seterusnya.i bu

ibu,bu di budi, u da uda, budi ibu


budi uda ,da a dia ,ka ki kaki ,kaki di, kaki ibu
,kaki kudasuruh murid membaca ayat-ayat yang
menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta;
ibu buku buku uda ,baba uda bubu ,udaku ada
kuda ,dia kaki kuda

vi. Seterusnya, bolehlah pula diperkenalkan bunyi

konsonan yang lain mengikut susunan yang telah


ditetapkan. Galakkan murid-murid mengenal sendiri
perkataan-perkataan baru dengan membuat latih
tubi.

Memperkenalkan terlebih dahulu vokal dan

konsonan yang kerap digunakan dalam ejaan


Bahasa Melayu,.
Susunan nama-nama huruf dan cara menulis
huruf besar .
Tidak perlu memisah-misahkan dengan jauh

dan jelas antara langkah mengajar bunyi


huruf, bunyi suku kata dan sebutan perkataan

Memerlukan latihan membunyikan dan

memandang huruf, suku kata dan perkataan


tertulis. Dengan itu penggunaan kad imbasan
dan papan hitam amat diperlukan.
Kaedah ini juga cuba untuk mengurangkan

penggunaan gambar kerana mengganggu


tumpuan murid membunyi dan memandang
lambing-lambang bunyi, suku kata dan
perkataan dengan cepat

Latihan dan ulangan yang munasabah dan

beragam amatlah penting untuk


mengukuhkan kemahiran.
Latihan menulis bolehlah dilakukan selepas

tiap-tiap latihan membaca. Latihan menulis


berdasarkan perkataan-perkataan yang
dibaca supaya boleh meneguhkan kemahiran
membaca.

Pendekatan elektik adalah cara mengajar

bacaan dengan menggunakan kaedah


campuran daripada dua cara yang besar iaitu
mengajar bacaan dengan menggunakan cara
membina dan cara cerakinan.
Cara membina mengandungi kaedah bunyi,
kaedah huruf dan kaedah suku kata.
Cara cerakinan pula mengandungi kaedah
perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah
ayat. Semua kaedah ini disebut kaedah
pandang dengar.

Bentuk huruf tidak boleh diajar nama huruf vokal

dan konsonan itu dahulu.Huruf-huruf itu diajar dari


segi bunyinya sahaja. Misalnya:
a ayam
p payung
i ikan
Bentuk bahasa yang digunakan dalam pendekatan
elektik adalah suku kata diajar menerusi perkataan.
Misalnya,suku kata bagi ba diajar dengan
menggunakan perkataan seperti bakul,batu,bawang
dan sebagainya.Pendekatan ini juga menggunakan
warna-warna tertentu seperti menggunakan warna
untuk huruf a (merah), i (hijau), u (biru), e (kuning),
dan o (coklat) dan juga menggunakan gambar.

Pendekatan ini mengikut prinsip psikologi

membaca. Ia juga dapat mengikut kehendak


dan kebolehan murid dan mengikut
situasi.Selain itu, ia juga dapat menggunakan
kaedah yang difikirkan sesuai mengikut
peringkat kesediaan dan kebolehan murid
serta menggabungkan pelbagai kaedah

Terdapat juga kelebihan-kelebihan lain apabila kita

menggunakan pendekatan ini iaitu :


Sesuai dengan sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonik dan suku kata

yang jelas.
Murid-murid tidak terbeban dengan menghafal abjad.

Menarik minat dan tidak menjemukan kerana murid belajar bunyi huruf,
suku kata, perkataan dan frasa dalam pelajaran.

Menekankan aspek bahasa berirama yang menarik minat murid.

Boleh disesuaikan dengan lain-lain kaedah.

Penggunaan ICT boleh digunakan dengan meluas dalam pengajaran.

Membolehkan murid membaca perkataan baharu setelah mereka


mengenal
huruf dan bunyi vokal dan konsonan
Memberikan asas binaan yang kukuh dalam aktiviti membaca.

Murid berasa yakin dan tidak terkeliru.

Pengajaran membaca perlu dilaksanakan dengan


teratur dan mengikut strategi yang pasti akan memberikan
kesan yang positif kepada pelajar. Malah, sebagai guru
hendaklah tidak berputus asa untuk membantu pelajar agar
lebih mahir dalam membaca. Keadaan yang berbeza akan
terjadi apabila guru mengajar pelajar yang mempunyai
kecerdasan yang berbeza. Sama ada mempunyai
kecerdasan yang tinggi atau pun lemah. Malah, faktor umur
juga turut mempengaruhi pendekatan yang perlu
dilaksanakan oleh guru. Seterusnya guru juga boleh
menggunakan pendekatan yang lain untuk membantu
pendekatan yang telah sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai