Anda di halaman 1dari 2

Model 1

Pada suatu pagi, kamu telah di sekolah paling awal berbanding dengan
rakan-rakan yang lain. Sementara menanti ketibaan rakan yang lain, telah
berlaku suatu peristiwa yang tadak mungkin kamu lupakan.
Tulis sebuah cerita daripada peristiwa tersebut.

Rangka karangan
Pendahuluan
Ayah menghantar awal ke sekolah.

Jam menunjukkan pukul 6.40 pagi.


Persekitaran begitu gelap.

Idea
1.

Duduk di kantin seorang diri.


Suasana begitu sepi.
Terdengar barang jatuh.
2. Bergerak menuju ke makmal komputer.
Terlihat bayang-bayang manusia.
Bukan bayang-bayang, tetapi manusia.
3. Menjerit apabila terlanggar pasu.
Tiga pencuri menuju ke arah saya.
Saya berlari ke pintu pagar.
4. Sambil berlari saya menjerit.
Pengawal keselamatan mendengar jeritan saya.
Menunjuk ke arah pencuri yang menuju ke arah saya.
Penutup
Pencuri melarikan diri.

Mereka memanjat pintu pagar.


Mengucapkan rasa syukur.

Peristiwa pada suatu pagi.

Oleh sebab ayah cepat ke pejabat, ayah telah menghantar saya awal ke
sekolah. Ketika saya tiba, jam baru menunjukkan pukul 6.40 pagi.
Persekitaran sekolah begitu gelap.
Saya duduk seorang diri di kantin yang diterangi oleh cahaya lampu
elektrik. Suasana begitu sepi. Dalam kesepian itu, tiba-tiba saya terdengar
suatu barang jatuh di makmal komputer.
Seperti ada suatu kuasa yang mendorong saya bangun dan
bergerak ke arah makmal komputer yang terletak 100 meter dari tempat
saya duduk. Saya terlihat seakan-akan bayang manusia sedang bergerak.
Tidak salah lagi, itu bukan bayang-bayang tetapi manusia.

Anda mungkin juga menyukai