Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

APLIKASI TMK DALAM AKTIVITI MELUKIS TAHUN 2 SK PANGALAT TENOM

Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
dapat menarik minat murid terhadap aktiviti melukis. Seramai 5 orang murid tahun 2
dari Sekolah Rendah Kebangsaan Pangalat Tenom dilibatkan sebagai sampel ujian.
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan tiga bentuk instrumen iaitu pemerhatian,
temubual dan analisis dokumen. Dalam instrumen pemerhatian murid mendapat skor
skala 4, manakala dalam temubual murid menunjuk mereka berpuas hati dan sangat
berminat terhadap aplikasi TMK dalam aktiviti melukis. Hasil daripada instrumen
analisis dokumen, menunjukkan aplikasi TMK dalam bidang melukis dapat menarik
minat murid. Ia juga sekaligus dapat meningkatkan penguasaan dan pemahaman murid
dalam aktiviti melukis serta penggunaan aplikasi TMK.

Kanta kunci : aplikasi TMK

Anda mungkin juga menyukai