Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SM.

ST ANTHONY
TENOM 2014
BIL AGENDA

TEKS

1.

Ketibaan jemputan dan ibu bapa

Diumumkan ketibaab Yang berhormat Datuk Raimi Unggie,


Ahli Parlimen P 181 Tenom, diiringi yang berusaha tuan
pengetua ke tempat duduk utama. Semua hadirin
dipersilakan berdiri.

Nyanyian lagu Negaraku dan


lagu sekolah

Bagi memulakan acara, marilah sama-sama kita


menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah.
* Semua hadirin di jemput duduk.

2.

Bacaan doa

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah samasama kita mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh
Al-fadhil Ustaz Abdul Jadid Suhairi. Dipersilakan.
*Amin-amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakanmkan
ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3.

Ucapan Alu-aluan Pengacara

Melati kuntum menghias gelas,


Tumbuh melata di tepi kali,
Anugerah Cemerlang 2014,
Pelajar cemerlang kita hargai.
* Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera dan Salam Satu
Malaysia
Yang berusaha, Tuan Pengetua Sekolah Menengah Saint
Anthony Tenom, En. Jack Jatil.
Yang Berhormat, Datuk Raimi Unggi, Ahli Parlimen P. 181
Tenom.
* Yang Berbahagia En.Richard Kok, Pengerusi Lembaga
pengurusan Sekolah.
* Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa da Guru Sekolah, En
Aripin Kulipo
Para jemputan khas,
Guru-guru penolong kanan,
Guru-guru,
AJK PIBG,
Para ibu bapa,

Seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.


* Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi, kerana
dengan limpah Rahmat dan Kurnia-Nya dapat kita samasama berkumpul dalam Majlis hari Anugerha Pelajar
cemerlang Sekolah menengah Saint Anthony Tenom bagi
tahun 2014. Pihak sekolah, mengalu-alukan kedatangan para
Jemputan, ibubapa, dan pelajar ke majlis kita pada hari ini.
*Tujuan majlis Anugerah Pelajar Cemerlang ini diadakan
adalah untuk menghargai pencapaian para pelajar yang
mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang
Akademik dan kokurikulum sepanjang tahun2014 ini.
Diharap agar dengan pengharagaa yang diberikan ini akan
mencetuskan lagi semangat para pelajar untuk lebih
cemerlang dan Berjaya dalam pelbagai bidang pada masamasa akan datang.
4.

Ucapan Tuan Pengetua

Hadirin yang dihormati,


Tak Molek, jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tapi tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,
Yang Berusaha Tuan pengetua Encik Jack Jatil untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan
* Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan
pengetua di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

5.

Ucapan Perasmian Oleh YAB

Pergi ke kota membeli selasih,


Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Untuk tidak melengahkan masa, marilah sama-sama kita
mendengar ucapan perasmian daripada Yang Berhormat
Datuk Raimi Unggi Ahli Parlimen P 181 Tenom.Majlis
dengan Penuh rasa hormat dan takzim-Nya mempersilakan.
* Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis
kita pada pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan atas kesudian Yang Berhormat Datuk
menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.
Untuk itu, dijemput tuan pengetua untuk menyampaikan
cenderakenangan kepada Yang Berhormat Datuk Raimi
Unggi.
Terima kasih di ucapkan kepada Tuan pengetua di atas
pemyampaian cendera kenang-kenangan sebentar tadi.

6.

Persembahan

Bagi meredahkan debaran para penerima Anugerah dan


hadirin sekalian, marilah sama-sama kita menyaksikan
sajian persembahan putera puteri sekolah menengah saint
Anthony tenom melalui garapan idea, Gerak geri dan
alunan bahasa dalam persembahan bahasa berirama yang
bertajuk Sembang Bahasa dan persembahan sketsa pendek
yang bertajuk penghutang
* majlis dengan ini mempersilakan..
* Terima kasih diucapkan kepada putera puteri Sekolah
menengah Saint Anthony Tenom di atas sajian persembahan
sebentar tadi. Persembahan persembahan sebentar atadi
adalah di bawah kelolaan Cik Leona dan Cik Emma Nadia
John.

7.

Penyampaian hadiah / sijil


kategori akademik

Hari Anugerah Pelajar cemerlang bagi tahun 2014 di


mulakan dengan penyampaian hadiah dan sijil bagi kategori
Akademik.
Untuk itu, di jemput yang berbahagia en Richard ko,
pengerusi lembaga pengurusan sekolah dengan diiringi ole
Penolong kanan pentadbiran, cik kipilen tulas bagi
menyampaikan anugerah Akademik bagi cemerlang di
dalam kelas, cemerlang di dalam tingkatan dan
matapelajaran terbaik mengikut tingkatan.
Majlis menjemput dan mempersilakan.
Kita mulakan dengan penerima Anugerah bagi kategori
cemerlang di dalam kelas.
* rujuk buku
Kita teruskan lagi untuk kategori cemerlang di dalam
tingkatan.
* rujuk buku
Seterusnya untuk anugerah matapelajaran terbaik mengikut
tingkatan
*Rujuk buku
Terima kasih diucapkan kepada Enrichard Kok dan cik
Kipilen tulas kerana sudi menyempurnakan penyampaian
hadiah dan sijil sebentar tadi

8.

Penyampaian hadiah dan sijil


kategori HEM

Majlis Anugerah pelajar cemerlang diteruskan lagi


denganpenyampain hadiah dan sijil bagi kategori HAL
EHWAL PELAJAR

Untuk menyempurnakan penyampaian anugerah, di jemput


yang dipertua PIBG sekolah, En Aripin Kulipo dengan di
iringi oleh PEnolong kanan HEM, encik Daut Rugak. Majlis
mempersilakan.
Majlis dimulakkan dengan penerima Anugerah Nilam
* rujuk buku .
Seterusnya anugerahmerit tertinggi bagi menengah rendah
dan menengah atas
* rujuk Buku
Majlis diteruskan lagi dengan anugerah kehadiran terbaik
mengikut tingkatan
* rujuk Buku
Seterusnya Bagi anugerah kebersihan dan keceriaan kelas
2014
* rujuk buku
* Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg
dipertua PIBG dan Penolong kanan Hem kerana sudi
menyempurnakan Penyampaian anugerah sebentar tadi.
9

Penyampaian hadiah dan sijil


bagi kategori Ko-Kurikulum

Anugerah seterusnya ialah anugerah bagi kategori


cemerlang dalam Ko-kurikulum
Bagi menyampaikan anugerah ini, dijemput Yang Berusaha
Tuan Pengetua Encik Jack Jatil dengan di iringi oleh
penolong kanan KOKUM Pn Fatimah BUkang. Majlis
mempersilakan.
Penganugerahan bagi kategori cemerlang Ko-Kurikulum di
mulakan dengan kategori Persatuan Akademik terbaik.
* rujuk buku
Anugerah setersunya ialah anugerah Pasukan Unit
beruniform terbaik..
* rujuk buku
Seterusnya bagi kategori Kelab sukan dan permainan
terbaik..
* rujuk buku
Anugerah terakhir bagi kategori KOKUM ialah, anugerah
Khas Kokurikulum
* rujuk buku

Terima kasih di ucapkan kepada tuan pengetua dan


penolong kanan KOKUM atas penyampaian anugerah
sebentar tadi
10

Penyampaian Anugerah KHAS

Hadirin sekalian,
Sekarang tibalah masa yang kita nanti-nantikan iaitu
penyampain Anugerah KHAS.
Oleh itu, Majlis dengan penuh takzim, menjemput dan
mempersilakan Yang Berhormat datuk Raimi Unggi, Ahli
Parlimen P 181 Tenom, dengan di iringi oleh Yang Berusaha
Tuan pengetua Encik Jack JAtil. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakn.
Anugerah khas ini dimulakan degan
1. Anugerah Terbaik Akadeik bagi tahun 2014
Penerimanya adalah.
2. Anugerha terbaik Ko-kurikulum 2014
3. Anugerah Tokoh pelajar 2014
4. Anugerah pelajar terbaik PMR 2013
5. Anugerah pelajar terbaik SPM 2013
* rujuk buku..
6. Anugerah Penghargaan Panitia
(Anugerah panitia ini adalah merujuk kepada peningkatan
GPMP bagi peperiksaan PMR dan SPM bagi tahun 2012,
dan 2013 )
Penerima Anugerah ini ialah..
1. Panitia BahasaInggeris
2. panitia Pendidikan Islam
3. panitia Sains
4. Panitia Sejarah
5. Panitia Matematik

11.

Persembahan Khas

Baiklah , mArilah sama-sama kita menghayati persembahan


khas iaitu..

12.

Penutupan
Jamuan

Dengan persemabhan sebentar tadi, maka berakhirlah sudah


Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang sekolah Menengah

bersurai

Saint Anthony tenom bagi tahun 2014. Di harap agar,


kecemerlaangan pelajar dapat di mantapakn lagi dari than ke
tahun untuk melahirkan generasi minda pertama yang
cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.
* untuk itu, di jemputa yAng Berhormat datuk, para
jemputan khas, para guru, para ibu bapa, dan para pelajar
unutk menikmatai jamuan yang telah disediakan
Jumpa lagi pada tahun akan datang... sekian dan terima
kasih