Anda di halaman 1dari 4

PERGERAKAN KREATIF

PERGERAKAN KREATIF
Pergerakan kreatif adalah merupakan interpretasi idea, perasaan serta
tanggapan idea yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Pergerakan
kreatif melibatkan gabungan gerakan-gerakan fizikal anggota badan murid secara
menyeluruh dan dilakukan secara kreatif. Ia memberi penekanan kepada empat
elemen asas, iaitu tubuh badan, ruang, masa dan tenaga yang merupakan
perbendaharaan pergerakan untuk membolehkan kanak-kanak berkomunikasi di
samping meningkatkan potensi-potensi seperti kebebasan menyatakan perasaan
melalui pergerakan, ritma dan kreativiti. Aktiviti pergerakan kreatif berupaya
membantu serta memberi manfaat terhadap perkembangan personaliti kanakkanak di samping meningkatkan sifat-sifat seni dalam diri mereka .

ELEMEN ASAS PERGERAKAN KREATIF

ROSHIZA ABDUL WAHAB

PERGERAKAN KREATIF

Pergerakan kreatif dapat dijadikan sebagai suatu pengalaman untuk


menyalurkan perasaan kanak-kanak. Hakikat ini menjadi kenyataan apabila aspekaspek intelek, emosi dan spritual dipadankan bersama aktiviti-aktiviti yang
melibatkan pergerakan anggota badan. Mereka yang menceburi pergerakan kreatif
biasanya ingin membentuk sifat-sifat fleksibel, mempelajari cara-cara mengawal
pergerakan,

mempertingkatkan

keupayaan

dan

kapasiti

pergerakan

dan

menggunakan anggota dan minda sebagai alat untuk mencapai tahap pergerakan
yang bersifat seni. Pergerakan kreatif memberikan kesempatan yang luas kepada
kanak-kanak untuk melahirkan perasaan dan menyuburkan daya imaginasi mereka.
Ini memberikan kepuasan kepada mereka kerana mereka mulai sedar bahawa
setiap anggota dapat dijadikan alat atau sekurang-kurangnya mempunyai daya
potensi untuk menyalurkan segala tenaga yang berlebihan dan perasaan yang
terpendam. Ini semua dapat membantu perkembangan pemikiran yang kritis, sikap
sosial yang positif serta citarasa yang seni.

Pergerakan kreatif dalam pendidikan adalah bertujuan antara lain untuk


mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bentuk pergerakan yang berunsur seni.
Pendidikan bentuk ini membolehkan kanak-kanak menggunakan gerak geri anggota
badan sebagai media untuk melahirkan perasaan dalaman, mengintegrasikan motor
dengan kognitif, meninjau hubungan antara personaliti dengan pergerakan dan
meneroka batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri dalam proses pendidikan.

ROSHIZA ABDUL WAHAB

PERGERAKAN KREATIF
TUJUAN PERGERAKAN KREATIF
Aktiviti pergerakan kreatif bertujuan untuk:

Memberikan

pengalaman

dalam

melakukan

pergerakan

yang

akan

memperkembangkan daya kreativiti.


Memberikan kebebasan dan kesedaran serta memupuk pengawalan dalam

penggunaan tubuh badan sebagai alat pencurahan perasaan dan idea.


Menanam ciri-ciri pengucapan dan pencurahan perasaan individu serta

semangat berkumpulan dalam pergerakan.


Memperkembangkan imaginasi pergerakan.
Menyuburkan ritma semulajadi sebagai satu daya kreatif.
Mengembangkan perasaan terhadap unsur-unsur pergerakan iaitu daya,

masa, dan ruang.


Memperkembangkan perasaan untuk perkaitan pergerakan kreatif terhadap
ransangan bunyi (muzik, suara) dan visual.

Pergerakan kreatif memberikan kesempatan yang luas kepada kanak-kanak untuk


melahirkan perasaan dan menyuburkan daya imaginasi mereka. Ini memberikan
kepuasan kepada mereka kerana mereka mulai sedar bahawa setiap anggota dapat
dijadikan alat atau sekurang-kurang mempunyai daya potensi untuk menyalurkan
segala tenaga yang berlebihan dan perasaan yang terpendam. Ini semua dapat
membantu perkembangan pemikiran yang kritis, sikap sosial yang positif serta
citarasa berseni.

PENERAPAN NILAI MENERUSI PERGERAKAN KREATIF


ROSHIZA ABDUL WAHAB

PERGERAKAN KREATIF

Pergerakan kreatif akan dapat membantu murid untuk menerapkan nilai-nilai


berikut:

Yakin dalam melakukan sesuatu pergerakan


Gembira dan seronok
Menghormati orang lain
Bekerjasama
Kesyukuran
Menyedari keperluan orang lain
Semangat cintakan keindahan alam sekitar
Kreativiti
Berdisiplin
Perasaan kasih sayang
Kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi
Kejujuran

RUMUSAN
Untuk merealisasikan bidang ini sebagai sebahagian daripada kurikulum
pendidikan, pergerakan kreatif hendaklah dimajukan dan dikembangkan ke arah
maklumat yang jelas. Paling penting dalam melaksanakan matlamat ini ialah ia
hendaklah responsif terhadap keperluan dan minat setiap individu. Atas alasan ini
maka pergerakan kreatif wajar diterapkan ke dalam pendidikan formal pada semua
peringkat umur.

ROSHIZA ABDUL WAHAB