Anda di halaman 1dari 24

Harga Sebuah Lukisan (Baharudin A.

Manan) KOMSAS Ting 3


Sinopsis
Kamal Hijaz akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya. Dia seorang
pelajar yang berbakat dalam lukisan. Dua minggu sebelum berpindah, dia menyertai
pertandingan melukis. Pada pagi hari pertandingan, Kamal Hijaz didatangi kawannya,
Maryati dan Norlela. Mereka bersarapan bersama-sama di taman mini sekolah. Maryati
mengkhianati Kamal Hijaz dengan menukar kertas lukisannya.Walau bagaimanapun,
Kamal Hijaz berjaya juga memenangi hadiah pertama dalam pertandingan itu. Akhirnya,
Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia meminta
maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi Maryati sebuah lukisan.
Tema
Keluhuran hati dalam persahabatan. Keluhuran hati Kamal Hijaz terserlah apabila dia
bersikap tenang dan memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya. Pada hari
pertandingan, Maryati telah menukar kertas lukisan Kamal Hijaz ketika dia ke kantin untuk
membersihkan bekas makanan.
Persoalan
i.Kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.
Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang
akan dijadikan model dalam pertandingan melukis.
ii.

Keharmonian dalam kehidupan bersahabat.

Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia
didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan dengan berbual mesra.
iii.
baik hati dalam kalangan murid sekolah. Contoh : Maryati mengeluarkan bekas
makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.
iv.
Kekuatan semangat menghadapi cabaran hidup. Contoh : Meskipun menghadapi
kesukaran melukis akibat kertas lukisannya yang disabotaj, Kamal Hijaz masih mampu
bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya.
v.

Keinsafan akibat kesilapan yang dilakukan.

Contoh : Maryati berasa bersalah dan menginsafi kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz
dan seterusnya dia meminta maaf.
vi.
Kemuliaan hati dalam memaafkan seseorang. Contoh : Kamal Hijaz memaafkan
kesalahan Maryati yang mengkhianatinya dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Plot
i.

Permulaan

Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari ilham yang akan
dilukiskan dalam pertandingan melukis yang akan disertainya. Pembaca diperkenalkan
dengan watak Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan di sekolahnya.
ii.

Perkembangan

Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi
oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan usik-mengusik tentang isu yang
berkisar dengan pertandingan melukis yang akan disertai oleh mereka sebentar lagi.
Sejurus kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz
makan bersama-sama mereka. Pada mulanya, Kamal Hijaz agak keberatan dan malu untuk
menerima pelawaan Maryati, tetapi atas permintaan mereka untuk kali yang terakhir, Kamal
Hijaz mengalah. Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk
mencuci pinggan dan gelas.
iii.

Puncak

Pertandingan melukis bermula, Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya telah
disabotaj sehingga sukar untuk diwarna. Dia terpaksa menukar kertas lukisan. Sekali -gus
dia mengubah fikiran, lalu melukis gambaran Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat.
Tatkala itu, fikirannya berkonflik, berfikir tentang kisah sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat.
Pada perhimpunan mingguan di sekolah, dia diumumkan sebagai pemenang Pertandingan
Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua.
iv.

Peleraian

Pada hari terakhir persekolahan, Kamal Hijaz diberi peluang memberikan ucapan
perpisahan. Ucapannya amat menyentuh hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan
kesal. Maryati menemui Kamal Hijaz untuk meminta maaf. Kamal Hijaz memaafkan Maryati
dan menghadiahkan sebuah lukisan.
Teknik Plot
i.

Pemerian

Contoh: Penulis memerihalkan peristiwa ketika Kamal Hijaz yang dicemburui oleh kawankawannya kerana kebolehannya melukis.
ii.

Monolog Dalaman

Contoh: Penulis menggambarkan Kamal Hijaz bermonolog dalaman semasa melukis


gambaran pahlawan sedang bertikam di pertandingan melukis peringkat daerah.
iii.

Dialog

Contoh: Teknik ini digunakan semasa Maryati meminta maaf kerana telah mengkianati
Kamal Hijaz semasa pertandingan melukis.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Kamal Hijaz
i.

Pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

ii.
Berbakat dan berminat dalam lukisan dan
dalam Mata Pelajaran Lukisan.

sentiasa mendapat markah A

iii.
Pelajar yang berusaha dengan gigih. Dia tekun mencari ilham sebagai
persediaan menyertai pertandingan melukis.
iv.

Berjiwa mulia kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi

membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.


v.
Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan
meneruskan lukisannya yang kedua sehingga berjaya.
vi.
Bersikap
mengkhianatinya.

terbuka

dan

pemaaf.

Dia

memaafkan

Maryati

yang

telah

Watak Sampingan
Maryati
i.

Rakan kepada Kamal Hijaz.

ii.
Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan
Norela bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.
iii.
Berjiwa kecil. Dia sanggup menggunakan taktik kotor untuk mengalahkan Kamal
Hijaz dalam pertandingan melukis.

iv.
Mudah insaf dan menyesali kesilapannya. Dia berasa bersalah dan meminta
maaf kepada Kamal Hijaz atas kesalahannya menukar kertas lukisan.
Latar
Latar Masa
i.

Hari Isnin. Hari Perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan


Sirusa.Contoh:Pengetua menyampaikan amanatnya dan mengumumkan
keputusan pertandingan yang diadakan.

ii.

Hari Sabtu. Hari cuti persekolahan. Contoh : Pada hari pertandingan melukis di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sirusa.

iii.

Dua minggu. Contoh : Tempoh antara hari pertandingan melukis dengan pengumuman
keputusan pertandingan diumumkan.

iv.

Tiga hari Contoh : Tempoh Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi
dan gambaran dua pahlawan sedang bertikam.

Latar Tempat
i.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa. Tempat pertandingan melukis
dijalankan.Contoh : Di Sekolah Menengah Kebangsaan itulah akan dilangsungkan
pertandingan melukis itu.
ii.
Taman mini sekolah. Tempat Kamal Hijaz menunggu sebelum pertadingan
dimulakan.
Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar pada bangku simen terazo yang terletak
berhampiran taman mini sekolah.
iii.
Kantin sekolah. Latar tempat yang digunakan watak untuk membersihkan bekas
makanan.Contoh :Kalau sudah begitu kata kamu, terpulanglah. Tapi, Norlela tentu boleh
membantu kamu mencuci pinggan dan gelas di kantin,
Latar Masyarakat
i.
Golongan pendidik. Golongan yang berilmu dan bertanggungjawab
mendidik anak-anak tempatan. Contoh : Cikgu Salina yang memaklumkan kepada pelajar
tentang pertandingan melukis peringkat daerah.
ii.
Golongan pelajar. Sekumpulan anak-anak yang menuntut ilmu secara formal
di sekolah.

Contoh : Kamal Hijaz, Maryati dan Norlela merupakan contoh murid yang bersekolah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.
iii.
Golongan yang gigih berusaha.. Terdapat individu yang berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk berjaya.Contoh : Tiga hari Kamal Hijaz berlatih melukis gambar
pemandangan di sawah padi dan gambaran pahlawan sedang bertikam.
iv.
Golongan yang sanggup mengkhianati orang lain. Terdapat individu yang
sanggup
mengkhianati
kawan
demi
kepentingan
sendiri,
tidak
terkecuali
pelajar.Contoh :Maryati sanggup menukar kertas lukisan Kamal Hijaz sebelum
pertandingan bermula.
Nilai
i.
Nilai persahabatan. Contoh : Meskipun Maryati pernah mengkhianati Kamal
Hijaz, mereka tetap bersahabat dan akan terus bertukat-tukar kertas soalan setelah mereka
berpisah nanti.
ii.
Nilai ketabahan. Contoh : Ketabahan Kamal Hijaz sewaktu menghadapi masalah
dengan kertas lukisannya. Dia tetap taba h dan gigih meneruskan lukisan keduanya.
iii.
Nilai kesabaran. Contoh : Kesabaran Kamal Hijaz menerima pengakuan Maryati
yang menukar kertas lukisannya sebelum pertandingan melukis.
iv.
Nilai kegigihan. Contoh : Kamal Hijaz membelek helaian buku lukisan, dan
berlatih tiga hari melukis pemandangan di sawah padi dan pahlawan sedang bertikam.

Pengajaran
i.
Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang
terbaik.Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea
yang akan dilukiskan dalam pertandingan melukis.
iii.
Kita hendaklah berbudi bahasa. Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan
dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.
iii.
Kita hendaklah bersemangat tinggi. Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran
melukis akibat daripada kertas lukisannya yang dikhianati, Kamal Hijaz masih mampu
bertenang dan
meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya.
iv.
Kita hendaklah menginsafi dan mengakui kesilapaan sendiri. Contoh : Maryati
berasa bersalah dan insaf akan kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz dan seterusnya
dia meminta maaf.

v.
Kita hendaklah berhati mulia. Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati
yang telah mengkhianatinya dan menghadiahkan sebuah lukisan.
Gaya Bahasa
i.i.

Peribahasa Contoh : Membulatkan hatinya

iii.

Hiperbola Contoh : Menusuk rongga hidung

iii.

Pengaruh bahasa asing. Contoh : Penggunaan bahasa Inggeris - water colour

iv.

Simile Contoh : macam nenek kebayan

v.
gilir.

Kata ganda Contoh : Kamal Hijaz merenung muka Maryati dan Norlela bergilir-

Novel Mengenang Gelora

Novel ini memaparkan kisah seorang pelajar bernama Badri yang baru
dilantik menjadi pengawas.Perasaan teruja menjadi pengawas wujud dalam dirinya.
Di sekolah dia mempunyai rakan baik bernama Jamil yang berbeza dari segi prinsip
hidupnya. Kehadiran pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi pertelagahan
pendapat antara Badri dan Jamil mengenai perempuan tetapi berakhir dengan
pedamaian.
Peristiwa Badri terserempak dengan Meng Kong dan rakannya di tandas
menyebabkan Badri disiram air semasa di tandas oleh pelajar yang tidak dikenali.
Badri pulang awal dari sekolah untuk menukar pakaian dan meminta keizinan
ibunya untuk ke perpustakaan seterusnya ke rumah Pak alang untuk belajar silat.
Apa yang berlaku tidak melemahkan semangatnya malah berusaha menjejaki
pelajar tersebut dan akhirnya pelajar tersebut dapat ditangkap dan diserahkan
kepada guru disiplin iaitu Cikgu Jalani .
Semasa pulang dari sekolah Badri mendapati nota kecil di poket seluarnya. Nota
tersebut daripada Siew Mei yang ingin menceritakan aktiviti haram Meng Kong serta
penglibatan Jamil . Badri kecewa kerana Jamil merahsiakan darinya dan
hubungannya semakin renggang. Kakak Nadira menegur pakaian yang dipakainya
tetapi Nadira memarahi kakaknya pula. Badri bertemu Nadira di perpustakaan
untuk menceritakan tentang Sharul tetapi tidak dipercayai oleh Nadira.
Tatakala Nadira bersama dengan Shahrul dan rakan-rakan rempitnya,pihak polis
menyerbu kumpulan tersebut dan menahan Nadira dalam ketakutan ditinggalkan
Shahrul, selepas disoal siasat Nadira dihantar pulang dan dia dimarahi pula oleh ibu
dan kakaknya. Nadira menyesali perbuatannya dan ingin berbaik pula dengan
Badri. Hubungan baik antara Badri dan Nadira dicemburui oleh Shahrul malah
menyimpan dendam kepada Badri.
Jamil menceritakan segalanya kepada Badri setelah dia dituduh mencuri telefon
oleh Meng Kong. Badri menasihati Jamil supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti
tersebut kerana beliau adalah anak harapan keluarga .Selain itu Jamil sepatutnya
membantu Meng Kong dan rakan-rakannya supaya tidak terus bergelumang dengan
aktiviti tersebut.
Badri terdengar perbualan Shahrul dan rakan-rakan mengenai jualan telefon
semasa berjoging di tepi tasik. Namun Shahrul ternampak kelibat Badri lalu
menyerangnya tetapi dapat ditangkis oleh Badri. Dendam Shahrul kepada Badri
semakin memuncak dan sentiasa mencari jalan untuk membalas dendam terhadap
Badri.
Melalui CCTV ayah Meng Kong dapat mengesan perbuatan anaknya sendiri mencuri
telefon bimbit dan beliau menyesal menuduh Idham dan Jamil. Ayah Meng Kong
berjumpa pengetua untuk mengenal pasti telefon bimbit yang dirampas pihak
sekolah dan memohon Meng Kong ditempatkan di asrama. Ketiga-tiga pelajar telah
menerima hukuman rotan oleh pihak sekolah.

Meng Kong telah berubah menjadi baik, manakala Shahrul dan Kumar berusaha
supaya Meng Kong dibuang sekolah dengan memasukkan rokok di dalam beg Meng
Kong namun perbuatan Kumar telah dapat dihidu oleh Badri dan akhirnya Kumar
menyesal atas perbuatannya.Hubungan antara Badri dan Siew Mei semakin akrab
dan ini menyebabkan fikiran Nadira terganggu.
Badri pernah ternampak Jamil berbual dengan bernama pemuda Amran dan tiga
rakannya yang mati ditembak oleh polis kerana mengedar dadah. Hal ini
membimbangkan Badri kemungkinan Jamil juga terlibat. Kematian Amran
menyebabkan Shahrul ketakutan kerana rahsianya akan dibongkar oleh Badri. Dia
merancang melanggar Badrul dengan motor,malangnya dia yang cedera parah
kerana terhumban ke longkang. Dia bernasib baik kerana Badrul serta kawankawannya pula segera menghantarnya ke hospital
Tingkah laku Shahrul masih tidak berubah dan tidak disenangi oleh rakanrakannya.Hal ini demikian kerana ibu bapa tidak mempeduli langsung tentang
dirinya. Perbuatannya menyorok telefon di dalam beg Badri akhirnya diketahui oleh
Cikgu Jailani. Oleh sebab ketakutan Shahrul hilang fokus seterusnya terlibat dalam
kemalangan jalan raya.
Setelah tamat peperiksaan SPM Siew Mei ke Jepun kerana menziarah kakaknya .
Kesempatan yang ada memberi peluang Siew Mei mempelajari bahasa Jepun . Badri
dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudaranya di Terengganu. Apabila
keputusan SPM diumumkan Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik
menperoleh 7A
Badri menjadi doktor perubatan di Hospital Besar Kuala Lumpur manakala Siew Mei
menjadi doktor gigi. Jamil menjadi pemilik resort di Terengganu setelah
menamatkan pengajian dalam bidang hotel dan pelancongan. Sharul dan Kumar
mengambil bidang otomotif di politeknik dan mereka berkongsi membuka bengkel
kereta di Kuala Lumpur setelah tamat pengajian, Meng Kong meneruskan
perniagaan ayahnya yang semakin berkembang manakala Nadira berkelulusan
bidang fesyen berkahwin dengan Shahrul dan membuka butik . Jamil berharap
hubungan Badri dan Siew Mei berakhir dengan perkahwinan.Bagi Badri pula dia
berasa puas kerana kawan-kawannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan
yang lalu dan berharap berjaya pula merenang gelora kehidupan mendatang
sehingga akhir hayat.

PLOT, TEKNIK PLOT, WATAK & PERWATAKAN, LATAR, GAYA BAHASA, PENGAJARAN
DAN NILAI
Plot
i.

Permulaan

Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang


jawatan pengawas sekolah.


Pada bahagian ini juga diperkenalkan watak Badrul iaitu adik kepada Badri
yang cuba mengusik abangnya tentang jawatan pengawas yang baru disandang
abangnya. Badri merasakan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakan
tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya.

Pada bahagian ini diperkenalkan watak Jamil yang merupakan rakan baik
Badri tetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup.

Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu perselisihan
pendapat tentang personaliti Nadira antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan
perdamaian.

ii.

Perkembangan

Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan
semangatnya untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang
terbabit dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin.

Siew Mei menceritakan kegiatan negatif Meng Kong menjual telefon bimbit
dan kad prabayar yang dicuri dari kedai ayah Meng Kong kepada pelajar sekolah.
Jamil turut terlibat dalam kegiatan tersebut.

Hubungan Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan


tentang kegiatan penjualan telefon bimbit kepada Badri.

Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh pihak polis ketika
Shahrul keluar dengan Nadira.

Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng
Kong menuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya.

Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang
dipasang di kedai dan di stor milik Encik Tan oleh abang Siew Mei iaitu Ah Meng.


Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil
merahsiakan keberadaan Jamil.

Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu
juga dengan Kumar yang telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya.

Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM
manakala Sahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan.

Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik memperoleh 7A dalam


peperiksaan SPM.

Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan


masalah telefon bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau juga
memohon agar anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin
dan memberikan tumpuan terhadap pelajaran.

Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid


dan guru-guru di sekolah tersebut. Encik Tan juga meminta anaknya, Meng Kong
agar memohon maaf kepada pengetua atas kesalahan yang dilakukan.

iii.

Klimaks

Meng Kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan
hukuman rotan sebanyak tiga sebatan setiap seorang.

Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak
rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong. Tujuannya adalah supaya Meng Kong
dibuang dari asrama.

Peristiwa mengejutkan telah berlaku apabila cikgu Jailani menemui telefon


bimbit di dalam beg Badri.

Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya


tempang sebelah.

iv.

Peleraian


Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan
bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM.

Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan.

Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu.

Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan


kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan
bengkel kereta di Kuala Lumpur.

Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah


butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM.

Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.

Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka


dan berharap berjaya merenang gelora yang akan mendatang.

Teknik Penceritaan

i.

Pemerian

Contoh: Badri tidak mengendahkan usikan adiknya. Dia menyuap nasi lemak dan
mengunyahnya perlahan-lahan.

ii.

Dialog

Contoh: Kalau Badrul buat salah, abang jangan tangkap, usik Badrul lagi.

iii.

Imbas kembali

Contoh: Jamil menjelaskan kehilangannya dari sekolah kerana telah berpindah ke


Sarawak ketika bertemu semula dengan Badri di resort kepunyaan Jamil.

iv.

Imbas Muka

Contoh: Kumar mengandaikan sekiranya Meng Kong mengambil stok baharu telefon
bimbit dari stor ayahnya pasti dia akan memperoleh keuntungan yang lumayan.

v.

Saspens

Contoh: Kehilangan Jamil di sekolah tidak dapat dijejaki oleh Badri dan rakanrakannya walaupun telah bertanya kepada ibu bapa Jamil.

vi.

Kejutan

Contoh: Shahrul dan rakan-rarakannya terkejut apabila Badri tiba-tiba muncul di


pondok tempat mereka berbincang tentang penjualan telefon bimbit.

vii.

Monolog dalaman

Contoh: Shahrul mengucapkan terima kasih kepada Badrul dalam hatinya.

Watak Utama

i.

Badri

Anak sulung kepada Mak Siti.

Mempunyai seorang adik lelaki bernama Badrul.

Berperawakan kemas dan berwibawa dalam menjalankan tanggungjwab


sebagai seorang pengawas.

Pengawas sekolah.
Seorang yang bertanggungjawab.

Contoh: Badri seorang yang bertanggungjawab kerana telah berjaya menyelesaikan


masalah disiplin seperti penjualan telefon bimbit di sekolah.

Seorang yang berdisiplin.

Contoh: Dia tidak pernah melanggar peraturan sekolah sepanjang bergelar pelajar
melalui pengetahuan adiknya.

Seorang yang menepati masa.

Contoh: pada pukul 6.40 pagi Badri tidak pernah terlewat menunggu bas awam
untuk pergi ke sekolah.

Seorang yang setia dalam persahabatan.

Contoh: Badri berkawan baik dengan Jamil walaupun beliau telah mengetahui
bahawa Jamil turut terlibat dalam kes pejualan telefon bimbit di sekolahnya.

Seorang yang berani menghadapi cabaran.

Contoh: Badri bersikap berani menghadapi cabaran dalam menangani masalah


murid yang berlagak ala samseng,dan sengaja melanggar disiplin sekolah.

Seorang yang rajin mengulang kaji pelajaran.

Contoh: Badri mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar.

Seorang yang berpendirian teguh. Contoh, Badri tidak menghiraukan tentang


usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.

Watak Sampingan

i.

Shahrul

Murid dari kelas 5 Cergas.

Bersahabat baik dengan Kumar dan Meng Kong.

Berasal daripada keluarga berada.

Seorang yang ego.

Contoh: Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di
rumah banglo.

Seorang yang materialistik.

Contoh: Shahrul telah terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri
semata-mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan
berjenama.

Seorang yang tidak menepati masa.

Contoh: Shahrul tidak menepati masa dan selalu terlewat ketika berjanji temu
dengan Nadira.

Seorang yang suka berfoya-foya.

Contoh: Shahrul bercampur gaul dengan kumpulan budak-budak motor dan


melepak di kompleks beli-belah.

Seorang yang gemar makan makanan barat.

Contoh: Shahrul sering mengunjungi sebuah restoran barat di pusat beli-belah.

Seorang yang buruk sangka.

Contoh: Shahrul menganggap Badri berlagak menjadi pengawas.

Seorang yang panas baran.

Contoh: Shahrul mencekak kolar baju Kumar semasa memujuk Kumar mengikut
arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.

Seorang remaja yang mudah terpikat dengan gadis cantik.

Contoh: Shahrul berani membawa Nadira keluar bersiar-siar menaiki motosikal.

ii.

Nadira
Seorang pelajar perempuan.

Baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah ke Kuala Lumpur
kerana mengikut ayahnya bertugas di sana.

Merupakan sahabat Badri dan Jamil dalam kelas 5 Bestari.

Seorang yang tidak tegas pendirian.

Contoh: Nadira mudah dipengaruhi oleh Shahrul bahawa Badri turut terlibat dalam
masalah disiplin seperti membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun sebenarnya
Badri telah dianiayai oleh Shahrul.

Seorang yang mengalami kejutan budaya.

Contoh: Setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira
memakai jeans ketat dan baju senteng.

Seorang yang tidak mendengar nasihat.

Contoh: Nadira tidak mendengar nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan
Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah serta
boleh menjejaskan masa depannya.

Seorang yang suka membazirkan masa.

Contoh: Nadira sering membazirkan masa dengan bersiar-siar menaiki motosikal


dan melepak di kompleks beli-belah bersama-sama Shahrul.

Seorang yang tidak menghormati orang lain.

Contoh: Nadira meninggikan suara ketika kakaknya, Nurul Ain menegur tentang
pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata.

iii. Meng Kong

Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.

Sahabat kepada Badri.

Seorang anak yang tidak jujur.

Contoh: Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit dari kedai ayahnya
sendiri lalu dijual kepada murid-murid di sekolahnya.
Seorang yang mata duitan.
Contoh: Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk
mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.

Seorang yang telah insaf akan kesalahan yang dilakukan.

Contoh: Setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV


dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan
itu lagi.

Seorang yang patuh dan taat kepada ibu bapa.

Contoh: Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan
oleh bapanya.

iv. Cikgu Jailani

Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.

Seorang yang tegas.

Contoh: Dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan
masalah disiplin.

Seorang yang adil.

Contoh: Dia mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar


sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang
pengawas dalam satu pasukan.

Seorang yang rasional.

Contoh: Cikgu Jalani menyelidiki kes Badri disimbah air ketika berada di dalam
tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg sekolah Badri.

Seorang yang bertolak ansur.

Contoh: Walaupun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar


memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya Cikgu
Jailani tidak menggantung persekolahannya.

Latar
Latar Tempat
Tepi tasik
Contoh: Badri berjoging pada waktu pagi.

Pondok kecil
Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong duduk berbincang tentang aktiviti menjual
telefon bimbit dan kad prabayar.

Rumah Badri
Contoh: Ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan sarapan.

Tempat menunggu bas


Contoh: Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah.

Blok C bangunan sekolah


Contoh: Tempat Badri bertugas sebagai pengawas sekolah pada hari yang
ditetapkan.

Tandas sekolah
Contoh: Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas.

Kelas 5 Bestari
Contoh: Kelas Jamil dan Badri belajar bersama-sama.

Kedai telefon bimbit Encik Tan


Contoh: Tempat Idham, dan Ah Meng bekerja sebagai pembantu kedai.

Stor dan kedai telefon bimbit Encik Tan


Contoh: Meng Kong mencuri telefon bimbit dan kad prabayar di kedai Encik Tan iaitu
bapanya sendiri. Rumah Pak Alang
Contoh: Badri ke rumah Pak Alang untuk mempelajari ilmu persilatan.

Kompleks beli-belah
Contoh: Tempat kegiatan melepak Shahrul, Kumar dan Meng Kong selepas sesi
persekolahan dan pada hujung minggu.

Resort Jamil
Contoh: Tempat pertemuan semula antara Badri, Jamil dan Taufik selepas masingmasing berjaya menamatkan pelajarannya di universiti dan berjaya dalam kerjaya
masing-masing.

Latar Masa
Pagi
Contoh: Mak Siti memasak nasi lemak dan sambal sotong pada waktu pagi untuk
sarapan mereka sekeluarga.

Waktu selepas rehat


Contoh: Badri sebagai seorang pengawas sekolah, telah dibenarkan makan selepas
waktu rehat kerana telah bertugas pada waktu rehat.

Selepas waktu persekolahan


Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong melepak di kompleks beli-belah selepas
waktu persekolahan.

Hari Sabtu
Contoh: Meng Kong telah membuka kedai dan membantu bapanya berniaga di
kedai telefon bimbit bapanya iaitu Encik Tan.

Pukul 4.00 petang


Contoh: Badri telah sampai ke pasar raya untuk menemui Siew Mei.

Petang
Contoh: Shahrul berkumpul dengan budak-budak motor.

Latar Masyarakat
Masyarakat yang prihatin terhadap anak
Contoh: Encik Tan merelakan Meng Kong tinggal di asrama supaya Meng Kong lebih
berdisiplin dan boleh mengubah perangainya untuk berjaya dalam peperiksaan.

Masyarakat yang bijak menguruskan masa


Contoh: Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi
agar tidak ketinggalan bas.

Masyarakat pelajar yang rajin belajar


Contoh: Badri, Siew Mei dan Taufik bersungguh-sungguh mengulang kkaji pelajaran
untuk menghadapi peperiksaan.

Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas


Contoh: Badri sebagai seorang pengawas melakukan rondaan di kawasan sekolah
pada setiap pagi persekolahan.

Masyarakat guru yang tegas dan adil


Contoh: Cikgu Jailani tegas dan adil dalam menyelesaikan masalah disiplin murid
supaya tidak ada murid yang teraniayai.

vi. Masyarakat pelajar yang terjebak dalam gejala sosial


Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong telah terlibat dalam gejala sosial seperti
melepak di kompleks beli-belah, menjual telefon bimbit yang dicuri dan bercampur
dengan budak-budak motor.

Masyarakat yang bekerjasama menyelesaikan masalah


Contoh: Lokman dan Badri bekerjasama untuk mendapatkan maklumat berkaitan
aktiviti Shahrul dan Kumar agar komplot penjualan telefon bimbit dapat dihapuskan
di sekolah.

Masyarakat yang emosional


Contoh: Shahrul cepat melenting apabila ditegur oleh rakannya-rakannya untuk
kembali ke pangkal jalan.

Gaya Bahasa

Personifikasi
Contoh: Ombak memukul pantai
Peribahasa
Contoh: Macam pinang dibelah dua, Biar pecah di perut jangan pecah di mulut,
Menang jadi arang kalah jadi abu

Pengulangan kata
Contoh: Dia benar-benar bencikan kau. Dia merasakan kau sabagai batu
penghalang kegiatannya. Dia juga menyatakan dalam hati kecilnya, sebenarnya dia
mencemburui kau.

Kata ganda
Contoh: mandi-manda

Simpulan bahasa
Contoh: Buah mulut

Sinkope
Contoh: Kau, Nak

Simile
Contoh: Langkahnya terasa berat seperti sedang memikul beban yang amat besar ,
Antara kau dengan Shahrul macam burung gagak dengan kapal terbang

Hiperbola
Contoh: Seribu penyesalan bertakhta dalam sanubari Badri

Bahasa Asing (bahasa Inggeris)


Contoh: Romeo rupa-rupanya, Understanding daripada kakak,Race

Pengajaran

Kita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah.


Contoh: Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai
seorang pengawas walaupun telah disimbah dengan air sehingga dia berjaya
menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti kes penjualan telefon bimbit.

Kita haruslah mempelajari seni mempertahankan diri untuk menjaga keselamatan


diri.
Contoh: Badri dapat mengelakkan serangan daripada Shahrul secara spontan
kerana mempunyai ilmu persilatan.

Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan


Contoh: Badri dan Siew Mei gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Kita mestilah tegas dan adil ketika menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak
menganiaya orang lain.

Contoh: Cikgu Jailani menyelidik secara terperinci penemuan telefon bimbit di


dalam beg Badri agar Badri tidak teraniayai kerana beliau percaya bahawa Badri
tidak bersalah.

Kita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi sesuatu
masalah.
Contoh: Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan masalah
disiplin murid-murid sehingga terbongkarnya kegiatan penjualan telefon bimbit oleh
Shahrul dan Meng Kong.

Kita janganlah terburu-buru ketika membuat keputusan.


Contoh: Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham iaitu abang Jamil yang
bekerja di kedai telefon bimbitnya setelah mempercayai akan dakwaan Meng Kong
bahawa Idham yang telah mencuri telefon bimbit di kedainya.

Kita haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan.
Contoh: Meng Kong akur dengan tindakan bapanya untuk tinggal di asrama
sekolah.

Kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak terusmenerus mengalami kesusahan.
Contoh: Shahrul telah sedar dan insaf akan segala kesalahannya setelah terlibat
dalam kemalangan dan menyebabkan kakinya tempang sebelah.

Kita hendaklah berbincang secara rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah.


Contoh: Encik Tan telah berbincang dan bersepakat dengan Cikgu Jailani untuk
menempatkan Meng Kong di asrama sekolah bagi mengatasi masalah tersebut
disiplin anaknya.
Nilai

Nilai kasih sayang


Contoh: Demi rasa kasih dan sayang akan anaknya, Encik Tan sanggup
menempatkan anaknya di asrama sekolah agar Meng Kong berubah sikapnya dan
tidak terjebat lagi dengan gejala sosial
Nilai ketabahan

Contoh: Badri seorang yang tabah dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang
pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan,cemuhan, ugutan dan tindakan
yang dihadapi olehnya.
Nilai kegigihan
Contoh: Badri gigih berusaha dan belajar sehingga memperoleh keputusan yang
kecemerlangan iaitu 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Nilai bertanggungjawab
Contoh: Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab kerana telah memasak nasi
lemak dan sambal sotong untuk sarapan anak-anaknya.

Nilai Prihatin
Contoh: Badri seorang yang amat prihatin kepada rakannya, beliau tetap
meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira walaupun
mengetahui bahawa Nadira pasti tidak akan mempercayainya demi saying akan
masa depan Nadira.

Nilai cinta akan seni warisan bangsa


Contoh: Badri mempelajari seni mempertahankan diri iaitu silat dengan Pak
Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada.

Nilai keberanian
Contoh: Badri seorang yang berani kerana tetap ingin berjumpa dengan seseorang
yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang terdapat di dalam poketnya demi
mendapatkan maklumat dan menyelesaikan masalah sosial rakan-rakan di
sekolahnya.

Nilai persahabatan
Contoh: Walaupun Badri, Jamil, Shahrul, Meng Kong, dan Siew Mei telah ada
kehidupan masing-masing namun ingatan persahabatan tetap kekal di sanubari
masing-masing.

Soalan
Nyatakan tema novel Merenang Gelora Karya Ruslan Ngah.
Jelaskan tiga nilai yang terdapat dalam novel Merenang Gelora Karya Ruslan Ngah

Jawapan

Tema novel Merenang Gelora ialah ketabahan seorang pelajar dalam menghadapi
cabaran hidup. Tema ini diserlahkan melalui watak utama, Badri yang menempuh
pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas di sekolah yang
belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya.

Tiga nilai dalam novel Merenang Gelora karya Ruslan Ngah ialah nilai ketabahan.
Contohnya, Badri tetap tabah dengan tugasnya sebagai pengawas walaupun
berbagai-bagai dugaan,cemuhan,ugutan dan tindakan dihadapi. Nilai prihatin
contohnya, En Tan berusaha mendapatkan tempat di asrama untuk anaknya Meng
Kong supaya anaknya berubah dan tidak terjebak dengan gejala sosial. Ketiga nilai
sayang akan seni bangsa contohnya, Badri mempelajari seni pertahanan diri iaitu
silat dengan Pak Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia
berada.

Anda mungkin juga menyukai