Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal

: Ke-9

Minggu Praktikum

: Minggu 9

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 06 April HINGGA 10 April 2015


Tajuk Jurnal

: Mewujudkan Pengajaran Berkesan

1. Masalah / Peristiwa
Dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, adalah amat penting untuk guru
menilai bahawa sama ada pengajaran yang dijalankan itu berkesan atau tidak. Maka, untuk
itu, guru haruslah melihat diri dalam beberapa aspek untuk memastikan pengajaran yang
dijalankan adalah berkesan.
Pengajaran berkesan bermaksud seorang pengajar atau guru yang harus memiliki
pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta
mempunyai kemahiran atau teknik profesional yang tinggi (Dunne, R. & Wragg, T., 1994).
Mereka berpendapat yang pengajaran berkesan menuntut guru untuk memahami isi
kandungan sesuatu mata pelajaran dan memiliki ilmu pengetahuan mengenai topik dan
perkara yang hendak diajar serta perlu menyiapkan diri dengan kemahiran tertentu dari
aspek pengurusan kelas, menyoal soalan, penerangan yang jelas dan pemantauan proses
pembelajaran. Manakala menurut menurut Hunter (1995), pengajaran berkesan merupakan
pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar.
Akan tetapi, setelah beberapa minggu praktikum di SK Bandar Baru Putera, saya
berpendapat bahawa pengajaran saya kurang berkesan kerana kurang respon dan objektif
pengajaran sering tidak tercapai.

2. Analisis
Antara kemungkinan atau penyebab berlakunya masalah ini mungkin kerana aktiviti yang
dirancang setiap hari tidak bervariasi.

3. Cadangan Susulan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
Dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran, guru haruslah memainkan peranan
yang penting agar objektif pengajaran yang telah ditetapkan dapat dicapai pada akhir sesi
pengajaran. Menurut Brown, G. & Atkins, M (1988) pengajaran berkesan menuntut kepada
tenaga pengajar untuk mengetahui dan mendalami sesuatu mata pelajaran yang diajar.
Antara ciri-ciri guru berkesan adalah guru yang mempunyai kepakaran dan kecekapan
dalam subjek yang diajar, boleh mempelbagaikan kaedah mengajar, boleh memberi
penerangan yang jelas tentang perkara yang hendak disampaikan dan enthusiasm. Guru
juga perlulah memastikan bahawa proses pengajaran tersebut berlaku dengan melibatkan
interaksi dua atau pelbagai hala dengan pelajar. Oleh itu, penglibatan pelajar dalam
pengajaran perlu ditiitkberatkan. Menurut Slavin (1984), beliau telah memperkenalkan
beberapa elemen dalam model pengajaran berkesan berdasarkan perkara seperti berikut:

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan mengatasi masalah ini sepanjang tempoh praktikum.

5. Keputusan
Rujukan dan kajian masih dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Hasil keputusan
penuh masih belum dapat diperolehi ketika ini.
Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan

Tandatangan

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai