Anda di halaman 1dari 2

Perniagaan atas talian semakin popular dan mendapat

sambutan hangat daripada masyarakat dalam era globalisasi ini.


Antara perniagaan atas talian yang terkenal dalam kalangan
pengguna di Malaysia ialah Lazada, Murah.my, Lelong dan banyak
lagi. Namun, selain kebaikan ada juga kelemahan yang akan
diperoleh akibat perniagaan atas talian pada masa ini.
Antara faedah perniagaan atas talian kepada kita ialah
urusannya yang lebih mudah dan pantas iaitu hanya perlu
menekan papan kekunci sahaja. Ini kerana, urusan jual beli yang
dilakukan tidak melibatkan pertemuan penjual dan pembeli secara
langsung. Barang yang dipesan pula tidak memerlukan tempoh
masa yang lama untuk sampai kepada pembeli. Bahkan, urusan
pembelian boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana lazimnya
perniagaan atas talian ini beroperasi tanpa had masa.
Selain itu, mereka yang berurus niaga secara atas talian juga
mampu menjimatkan banyak kos. Sebagaimana yang kita sedia
maklum, perniagaan atas talian tidak memerlukan premis
perniagaan yang besar dan kakitangan yang ramai, justeru
peniaga dapat menjimatkan kos sewa premis perniagaan dan kos
gaji pekerja. Manakala bagi pembeli pula, mereka dapat
menjimatkan kos petrol, masa dan tenaga kerana tidak perlu
keluar untuk membeli barang yang dihajati.
Dalam pada itu, perniagaan atas talian juga ada
kelemahannya. Antara kelemahan yang paling membimbangkan
adalah pembeli atau penjual berisiko untuk ditipu kerana mereka
tidak mengenali individu yang berurus niaga dengan mereka.
Sebagai contoh, pembeli tidak menerima barang yang telah
dipesan walaupun pembayaran telah dilakukan atau barang yang
diterima hanyalah indah khabar dari rupa. Keadaan ini
menyebabkan para pembeli hilang keyakinan untuk membuat
pembelian secara atas talian lalu menjejaskan perniagaan peniaga
yang jujur.

Seterusnya, perniagaan atas talian juga boleh menggalakkan


sikap boros akibat pembeli yang asyik membuat pembelian
mengikut nafsu. Ini disebabkan oleh sikap sesetengah masyarakat
yang mudah terpengaruh dengan iklan, tawaran harga murah atau
pujukan rakan sebaya hinggakan tanpa sedar telah membeli
barang bukan keperluan. Natijahnya, keadaan ini akan
menghilangkan budaya menabung dan meningkatkan risiko
berhutang kepada masyarakat Malaysia.
Jelaslah bahawa, perniagaan atas talian mempunyai kelebihan
dan kelemahan yang tertentu. Justeru itu, masyarakat perlulah
bijak memilih dan berhati-hati agar kemudahan yang ada tidak
memudaratkan diri sendiri.