Anda di halaman 1dari 8

16

Tujuan
Menyiasat variasi dari segi ketinggian

Pernyataan masalah
Bagaimanakaah ketinggian para pelajar dalam kelas berbeza?

Hipotesis
Ketinggian para pelajar dalam kelas menunjukkan perbezaan ciri yang tidak jelas.

Pemboleh ubah
(a) Dimanipulasikan: sampel para pelajar
(b) Bergerak balas: ketinggian para pelajar
(c) Dimalarkan: umur dan jantina para pelajar

Radas dan bahan


Pita pengukur, pen marker, sampel para pelajar

Teknik
Ukur dan rekod ketinggian setiap pelajar dengan menggunakan pita pengukur dan
kumpulkan data dalam julat yang berlainan.

Prosedur
1. Ketinggian setiap pelajar dalam kelas diukur. Bilangan pelajar yang terlibat
sekurang-kurangnya 30 orang.
2. Ukuran ketinggian bagi setiap pelajar dicatat dan dikumpulkan dalam julat yang
berlainan.
3. Semua keputusan dicatatkan dalam satu jadual.
4. Graf bilangan pelajar melawan julat ketinggian dalam bentuk histogram diplotkan
5. Titik tengah setiap julat bar ketinggian disambung untuk membentuk satu
lengkungan yang bertaburan normal.
NOTA: Eksperimen yang sama boleh dijalankan untuk berat badan para pelajar tersebut.

Keputusan
Julat
Ketinggi
an
(cm)
Bilanga
n
Pelajar

130134

135139

140144

145149

150154

155159

160164

165169

170174

17

Perbincangan
1.
2.
3.
4.
5.

Julat ketinggian yang paling umum ialah 150-154cm.


Ketinggian pelajar dalam kelas adalah antara 130 cm hingga 174 cm.
Ketinggian para pelajar adalah berbeza-beza tetapi perbezaan ini tidak ketara.
Variasi yang wujud adalah selanjar.
Graf taburan Ketinggian pelajar menunjukkan taburan normal.

Kesimpulan
Hipotesis diterima. Ketinggian para pelajar dalam kelas adalah berbeza-beza tanpa
perbezaan ciri yang jelas.

Tujuan

18
Menyiasat variasi bagi kebolehan menggulung lidah, bentuk cuping telinga dan
kehadiran lesung pipit di kalangan pelajar.

Pernyataan maslah
Bagaimanakah variasi bagi kebolehan menggulung lidah, bentuk cuping telinga dan
kehadiran lesung pipi di kalangan pelajar?

Hipotesis
Pelajar-pelajar dalam kelas mampunyai perbezaan ciri yang jelas dalam kebolehan
menggulung lidah, bentuk cuping telinga dan kehadiran lesung pipi dengan tidak
mempunyai ciri perantaraan.

Pemboleh ubah
(a) Dimanipulasikan: jenis ciri-ciri yang berlainan
(b) Bergerak balas: bIlangan pelajar untuk setiap ciri yang berlainan
(c) Dimalarkan: umur dan jantina para pelajar

Teknik
Kira dan catat bilangan pelajar untuk setiap jenis ciri-ciri.

Prosedur
1. Bilangan pelajar di dalam kelas yang dapat menggulung lidah dan yang tidak
dapat menggulung lidah ditentukan dan dicatatkan dalam satu jadual.
2. Carta bar yang menunjukkan bilangan pelajar melawan ciri dapat menggulung
lidah and ciri tidak dapat menggulung lidah diplotkan.
3. Langkah 1 dan 2 diulangi untuk ciri-ciri yang lain seperti bentuk cuping telinga
dan kehadiran lesung pipit.

Keputusan
Trait
Ciri
Bilangan
pelajar

Kebolehan menggulung
lidah
Boleh
Tidak
boleh
28
12

Bentuk cuping telinga


Melekap

Bebas

10

30

Kehadiran lesung
pipit
Ada
Tiada
6

34

19

Perbincangan
1. Setiap ciri yang dikaji menunjukkan perbezaan yang ketara dan tiada ciri
perantaraan
2. Carta bar tersebut menunjukkan variasi yang dikaji bertaburan diskrit.
3. Peratus pelajar yang boleh menggulung lidah lebih tinggi daripada pelajar
yang tidak boleh.
4. Peratus pelajar dengan cuping telinga bebas adalah lebih tinggi daripada
pelajar dengan cuping telinga melekap.
5. Majoriti pelajar di dalam kelas itu tidak mempunyai lesung pipit.
6. Tiada julat yang berterusan dalam variasi yang dikaji. Ia hanya boleh
ditentukan sama ada ciri tersebut hadir ataupun tidak. Variasi tak selanjar
seperti ini adalah kualitatif. Lazimnya, ciri-ciri ini dikawal oleh gen tunggal
walaupun dua atu lebih alel akan hadir dalam gen tersebut.
Kesimpulan
Hipotesis diterima. Pelajar-pelajar menunjukkan perbezaan ciri yang jelas dengan
tidak mempunyai ciri perantaraan.

20
Tujuan
Menyiasat kumpulan darah di kalangan pelajar

Pernyataan masalah
Bagaimana kumpulan darah berbeza di kalangan pelajar dalam kelas?

Hipotesis
Setiap pelajar dalam kelas tersebut mempunyai salah satu daripada empat kumpulan
darah.

Pemboleh ubah
(a) Dimanipulasikan: Jenis kumpulan darah
(b) Bergerak balas: Bilangan pelajar dalam setiap kumpulan darah
(c) Dimalarkan: Umur dan jantina pelajar

Radas dan bahan


Slaid kaca, serum antibodi A (anti-A), serum antibodi B (anti-B), lanset, pencungkil gigi,
sampel darah pelajar.

Teknik
Kira dan catat bilangan pelajar untuk setiap kumpulan darah dengan menjalankan ujian
darah.

Prosedur
1. Satu slaid kaca dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu A dan B.
2. Setitik serum anti-A dititiskan di bahagian A dan setitik serum anti-B dititiskan di
bahagian B.
3. Dengan menggunakan lanset yang steril, hujung jari dicucuk untuk mendapatkan
sampel darah.
4. Dua titik darah dititiskan pada serum anti-A dan dua titik darah dititiskan pada
serum anti-B.
5. Dengan menggunakan pencungkil gigi yang berasingan, serum anti-A dan serum
anti-B dicampurkan dengan darah pada bahagian slaid masing- masing.
6. Pemerhatian dibuat untuk menentukan sama ada penggumpalan (aglutinasi)
darah berlaku.
7. Kumpulan darah ditentukan mengikut Jadual 6.1
8. Bilangan pelajar dalam setiap jenis kumpulan darah ditentukan dan carta bar
yang sesuai diplotkan.

21

Serum Anti-A
Aglutinasi
Tiada aglutinasi
Aglutinasi
Tiada aglutinasi

Serum Anti-B
Kumpulan darah
Tiada aglutinasi
A
Aglutinasi
B
Aglutinasi
AB
Tiada aglutinasi
O
Jadual 6.1 Cara menentukan kumpulan darah

Keputusan
Kumpulan
darah
A

Bilangan
pelajar
5

12

AB

15

Perbincangan
1. Terdapat perbezaan yang nyata dan jelas antara empat jenis kumpulan darah.
2. Setiap pelajar mempunyai satu jenis kumpulan darah sahaja dan tiada
perantaraan.
3. Taburan kumpulan darah adalah diskrit dan tak selanjar.

Kesimpulan
Hipotesis diterima. Pelajar dalam kelas tersebut mempunyai salah satu daripada empat
jenis kumpulan darah.

22

Tujuan
Mengkaji kesan factor persekitaran yang berbeza ke atastumbuhan

Pernyataan masalah
Apakah kesan factor persekitaran yang berbeza terhadap pertumbuhan pada tumbuhan?

Hipotesis
Pertumbuhan pada tumbuhan dipengaruhi oleh factor persekitaran yang berlainan.

Pemboleh ubah
(a) Dimanipulasikan: Keadaan persekitaraan untuk pertumbuhan tumbuhan
(b) Bergerak balas: Keadaan tumbuhan
(c) Dimalarkan: Jenis batang dan jenis tanah

Radas
Empat pasu bunga

Bahan
Empat keratan pokok bunga raya sepanjang 20 cm dan mempunyai bilangan daun yang
sama, tanah gembur, air dan garam mineral.

Teknik
Perhatikan dan rekodkan keadaan tumbuhan dalam setiap pasu bunga selepas lapan
minggu.

Prosedur
1. Empat pasu bunga yang diisi dengan tanah gembur dan dilabel A, B, C dan D.
2. Empat keratan bunga raya diambil daripada pokok yang sama. Setiap keratan
adalah sama dari segi saiz, ketinggian dan bilangan daun.
3. Satu keratan bunga raya di cucuk ke dalam setiap pasu.
4. Pasu A bertindak sebagai kawalan dan mndapat semua factor persekitaran yang
ikaji iaitu air, garam mineral dan cahaya matahari.
5. Semua pasu disiram air kecuali pasu B.
6. Semua pasu diberikan larutan garam mineral kecuali pasu C.
7. Semua pasu di letakkan di tempat yang bercahaya kecuali pasu D.
8. Pasu bunga ditinggalkan selama lapan minggu.
9. Selepas lapan minggu, keadaan semua pokok itu diperhatikan.
10. Pemerhatian direkodkan dalam satu jadual.

23
Keputusan
Tumbuhan di
dalam
Pasu bunga
A
B

Keadaan persekitaran
Air
Garam
Cahaya
Mineral
matahari
Ada
Ada
Ada
Tiada
Ada
Ada

Ada

Tiada

Ada

Ada

Ada

Tiada

Keadaan tumbuhan
Keadaan
Ketinggian
tumbuhan
batang
Banyak daun
Bertambah
Tiada daun
Tiada
pertubuhan
Beberapa helai
Bertambah
daun
sedikit
Tiada daun
Tiada
prtumbuhan

Perbincangan
1. Keratan batang pada pasu bunga A tumbuh dengan baik kerana semua keadaan
persekitaran yang sesuai untuk tumbuhan hadir.
2. Faktor persekitaran seperti air dan garam mineral boleh mempengaruhi
pertumbuhan tumbuhan.
Kesimpulan
Hipotesis diterima. Pertumbuhan pada tumbuhan dipengaruhi olah faktor persekitaran.