Anda di halaman 1dari 11

TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAHLAKU

Albert Ellis
Kerjaya bermula sebagai kaunselor keluarga kemudian

berubah kepada psikoanalisis

Kecewa dengan perubahan yang lambat dan minima pada

diri klien berubah minat kepada teori tingkah laku dan


kemudian menjadi pengasas kepada REBT

Teori berasaskan andaian bahawa individu mempunyai

keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahu


pun tidak rasional

Ellis melihat manusia pada dua sudut iaitu individu yang

sihat yang dianggap rasional dan individu yang tidak sihat


yang dianggap tidak rasional

Perkembangan teori
1950 an awalnya dikenali sebagai Rational

Therapy (RT)
1970 an teori diubahsuai dan dikenali
sebagai Rational Emotive Therapy (RET)
1990 an teori dimantapkan dan dikenali
sebagai Rational Emotive Behaviour
Therapy (REBT)

Pandangan Terhadap Manusia


Fikiran dan emosi manusia adalah berhubung kait
Manusia secara semulajadi adalah rational and irrational;

sensible and crazy


Manusia mudah dipengaruhi oleh perkara negatif &
menyusahkan

Pemikiran adalah punca masalah atau kejayaan manusia.


Manusia menghadapi masalah bukan akibat daripada peristiwa

tetapi lebih kepada apa yang mereka fikirkan terhadap


peristiwa itu

Manusia mempunyai pilihan untuk mengawal pemikiran,

perasaan dan tingkah laku mereka

Andaian tentang sifat asas manusia


REBT percaya manusia berkecenderungan mereka-reka

kepercayaan yang menyebabkan diri terganggu. Ellis berpendapat


penyebab utama gangguan emosi ialah diri individu sendiri dan
bukannya apa yang berlaku ke atasnya

Pemikiran yang tidak rasional dan tidak logik mengakibatkan

gangguan emosi atau psikologi yang kemudiannya membawa


kepada tingkah laku neurotik

Pemikiran tidak rasional diperolehi -ibu bapa, keluarga dan budaya


Gangguan emosi yang berterusan ditentukan oleh persepsi dan

sikap terhadap peristiwa yang terjalin melalui pengucapan kendiri


(auto suggestion). Gangguan tersebut bukanlah hasil dari peristiwa
luaran.

Pemikiran dan emosi negatif serta sikap mengalah (self-defeating

behaviour) mesti disusun semula menjadi logik dan rasional

Caragaya Pemikiran
Pemikiran Rasional
Manusia bertanggungjawab ke atas gangguan emosi yang
dirasai, mempunyai unsur kreatif dan sensual, mampu dan
berjaya berkomunikasi dengan orang lain dengan jelas dan
bebas, boleh belajar dari kesilapan yang dilakukan, fleksibel,
penerimaan kendiri, berani ambil risiko, dan mempunyai
matlamat jelas
Tingkahlaku rasional ialah sesuatu hasil yang berbentuk positif
Pemikiran Tidak Rasional
Cenderung untuk memusnahkan diri (self destructive),
mengelak memikirkan tentang sesuatu perkara, mengulangi
sesuatu kesilapan, menyalahkan diri sendiri, tidak mempunyai
daya toleransi, percaya kepada kuasa ghaib (superstitious),
merasa diri terlalu sempurna, dan mengelakkan diri dari
menuju penyempurnaan kendiri
Tingkahlaku yang berbentuk negatif dan tidak menguntungkan
diri

11 Pemikiran Tidak Rasional


Saya mesti diterima dan disayangi oleh orang rapat/ signifikan

dalam hidup saya kerana ini sangat penting bagi saya

Saya percaya bahawa semua masalah mesti ada jawapannya,

dan jika saya tidak mendapat jawapannya bererti saya tidak


bagus/ berguna

Saya mesti dapat apa yang saya harapkan, dan jika gagal

mendapatkannya, ianya adalah satu keadaan yang


mengecewakan, teruk

Saya percaya bahawa masalah orang lain mesti menjadi

masalah saya dan saya bertanggungjawab

Lari dari masalah adalah lebih baik dari menghadapinya

Saya hanya berguna, bagus jika saya . dan jika tidak, saya

adalah teruk, tidak berguna dan orang lain mungkin tidak


menerima saya jika saya pamerkan kekurangan (perceived
perfectionism)

Saya percaya bahawa orang jahat, tidak adil, kejam dan

lain-lain mesti dipersalahkan dan diambil tindakan/dihukum

Saya mesti bergantung kepada orang lain


Saya mesti ingatkan bahaya selalu
Saya tidak boleh berubah. Masa lampau yang mencorakkan

saya.

Kebahagiaan saya adalah dari orang lain atau di luar diri

saya dan saya tiada kuasa untuk mengawalnya.

Objektif REBT
Meminimakan perasaan salah diri klien dan

mewujudkan falsafah kehidupan yang lebih


realistik, toleransi, dan rasional

Mengajar klien untuk menilai semula peristiwa

lepas dan falsafah yang dipegang supaya dia lebih


realistik dan logik dari segi pemikiran, emosi dan
tingkah laku

Mengajar klien menjadi lebih independen dan

berani memberi peneguhan positif terhadap


dirinya

Konsep REBT
A Activating event
B Belief system
C Consequence
D Defence
E - New Emotion

Peranan Kaunselor
Mengajar kemahiran baru; membimbing
Memberi maklumat / tugasan
Mencabar pemikiran tidak rasional

Anda mungkin juga menyukai