Anda di halaman 1dari 33

Perenggan

Mustakim (1994) - suatu bentuk


pengungkapan idea yang terjalin
dalam rangkaian beberapa kalimat
Smalley& Rueten (1990) - gugusan
ayat yang memperkembangkan satu
idea utama; atau dalam kata lain,
suatu perenggan memperkembangkan
satu judul (topik)

secara umum- merupakan


bahagian-bahagian kecil atau unit
sebuah penulisan
pemerengganan- proses
membentuk bahagian-bahagian kecil
atau memecahkan sesebuah
penulisan berdasarkan perkaraperkara yang dibincangkan

Kepentingan perenggan

Memudahkan penulis menyampaikan idea-idea atau


buah fikirannya secara sistematik.
Perenggan yang baik bermakna penulis menunjukkan
kepada pembacanya bahawa setiap perenggan dalam
penulisannya merupakan satu unit pendapatnya.
Dapat memandu penulis dalam menghasilkan
perenggan yang lain. Ini berlaku apabila penulis dapat
mengawal penyampaian isi karangan secara
sistematik satu demi satu sehingga selesai.
memudahkan pembaca mengikuti idea-idea penulis
dan memahaminya.
perenggan boleh merupakan satu alat yang
dieksploitasi oleh penulis untuk menarik minat
pembaca.

Jenis- jenis perenggan


perenggan pendahuluan/pengenalan
perenggan penutup
perenggan isi
perenggan transisi
perenggan dialog

Perenggan pendahuluan
Perenggan pendahuluan berperanan
untuk memperkenalkan kandungan
sesuatu bahan penulisan, sama ada
bahan yang berbentuk makalah, esei, bab
atau lain-lain.
-Dalam perenggan ini terdapat idea
utama atau tesis yang bakal dibicarakan
dalam sesebuah tulisan.

Apa itu tesis?


Tesis / Pernyataan tesis/ayat tesis
Satu sudut pandangan khusus tentang
1 tajuk tertentu yang menjadi pegangan
penulis dalam penulisannya
Idea inti karangan dan menjadi asas
pengembangan seluruh karangan

Terbina daripada 2 unsur iaitu subjek dan fokus


Subjek-perkara utama yang menjadi
perbincangan
Fokus- hal-hal yang menceritakan subjek itu
Ayat tesis yang berkesan perlu terbatas, tidak
terlalu luas dan dinyatakan dengan bahasa yang
jelas

Contoh:
i. Tesis terlalu umum: pendidikan memainkan
peranan yang penting
subjek

fokus

ii. Tesis terbatas: pendidikan pra sekolah/


memainkan peranan yang amat penting dalam
pembentukan sahsiah anak-anak

Fungsi perenggan pendahuluan

memperkenalkan topik
menyatakan skop/batasan topik
menyatakan susunan/organisasi tulisan
menarik minat/perhatian pembaca

memperkenalkan topik

Cara memperkenalkan topik boleh


dilakukan dengan menyatakan tujuan
penulisan.
Contoh: Perbincangan ini akan memberi
fokus kepada kesan globlisasi terhadap
penggunaan bahasa dalam kalangan
pekerja wanita kilang.

kita juga boleh memperkenalkan topik


dengan membuat pernyataan secara
negatif.
Contoh: Dalam kajian ini, kami tidak akan
membincangkan faktor-faktor yang
mempengaruhi penggunaan bahasa
dalam kalangan pekerja wanita kilang.

menyatakan skop
perenggan pendahuluan seharusnya memberi
fokus yang jelas dan seharusnya membataskan
topik agar dapat diurus dengan baik.
misalnya jika sesuatu penulisan menyatakan
skopnya sebagai saya akan membincangkan
keseluruhan sejarah manusia
adakah kita akan meneruskan pembacaan.
Pasti tidak. Kenapa?

Dalam menulis prenggan pendahuluan, kita


perlu pastikan bahawa kita hanya menyatakan
sesuatu yang kita mampu tulis.
Penyataan skop boleh dilakukan secara implisit
(tersirat) /eksplisit (tersurat).
Kita menggunakan pernyataan eksplisit apabila
sesuatu bahan yang hendak disampaikan sukar
difahami pembaca. Dalam hal ini penulis akan
menyatakan dengan jelas skop penulisannya.

Tujuan pernyataan implisit muncul dari


tulisan itu sendiri. Apabila pembaca
membaca perenggan pendahuluan
tersebut, mereka akan dapat mengetahui
skopnya.

perenggan pendahuluan mestilah


memaparkan satu fokus yang jelas
kepada pembaca
Kepentingannya bukan sahaja kepada
penulis tetapi juga kepada pembaca

penulis-memudahkan penulisan
pembaca-membantu pembaca sama ada
bahan yang hendak dibaca itu benarbenar sesuai dengan kehendak mereka

Menyatakan susunan/organisasi
sudah terdapat gambaran mengenai apa
yang hendak disampaikan oleh penulis.
Apakah aspek-aspek yang hendak
dibincangkan.
penyenaraian bagi beberapa kategori yang
hendak dibincangkan.
Perbincangan ini dibahagikan kpd beberapa
bhg. Bhg.1 ialah, bhg 2 ialah, bhg3.
pula..akhir sekali bhg 5 ialah kesimpulan

menggunakan
klausa pertentangan
misalnya walaupun, meskipun, biarpun
dsb. Daripada penggunaan klausa ini
pembaca akan dapat menjangkakan
bahawa penulis akan melakukan susunan
esei berasaskan kepada perbandingan
dan pertentangan.

Menarik minat pembaca


jika perenggan ini menarik pasti pembaca
akan tertarik untuk terus membaca tulisan
tersebut.
Dengan demikian perenggan
pendahuluan perlu menarik minat
pembaca.Terdapat beberapa cara yang
boleh digunakan untuk menarik minat
pembaca:

Beberapa cara yang boleh digunakan


untuk menarik minat pembaca

1. Menggunakan pernyataan
umum
Mulakan dengan penyataan umum- lebih umum
daripada penyataan tesis
Tetapi berhati-hati jangan menggunakan klise
seperti Dunia moden hari ini, teknologi menjadi
semakin kompleks

Contoh: wanita sangat sinonim dengan


kosmetik dan kecantikan.
Bagi wanita
kecantikan adalah isu utama dalam
menjalani kehidupan di samping kemahiran
sosial dan pendidikan. Lantaran itu modal
utama kepada kecantikan adalah dengan
berpaksikan kepada produk kosmetik untuk
membentuk kecantikan dan keyakinan diri.

2. Menggunakan definisi
Terbaik elak menggunakan definisi kamustelah menjadi sesuatu yang klise bagi
karangan pelajar
Contoh: Jenayah juvana boleh
didefinisikan sebagai jenayah yang
dilakukan oleh golongan remaja di bawah
umur iaitu remaja yang berada dalam
lingkungan umur 13 tahun hingga 18
tahun.

3. Mulakan dengan
Pertanyaan/soalan
Mula dengan soalan khususnya melibatkan
pembaca
Tetapi berhati-hati dengan soalan kerana
mungkin terdapat pembaca yang boleh memberi
jawapan yang kita tidak mahukan.
misalnya Tahukah anda merokok itu
berbahaya, bagi perokok pasti jawapannya
peduli apa

Contoh
Pernahkah anda mendengar iklan yang
berbunyi di mana anak-anak anda? di corong
radio? Jika pernah, sebagai ibu bapa apa
pandangan anda mengenainya?
Sekali
dengar ia mungkin tidak membawa apa-apa
makna kepada anda sebagai ibu bapa jika
anda sendiri tidak memberi perhatian serius
terhadapnya

4. Menggunakan kaedah pengenalan


secara mengejutkan
penulis cuba menyatakan sesuatu yang
memeranjatkan pembaca
-apabila pembaca terperanjat, mereka
akan meneruskan pembacaan untuk
mengetahui kebenarannya.

Contoh: Di dalam buku Doctors, terdapat pendedahan


bahawa seorang doktor mempunyai peluang sebanyak
2.1 kali lebih tinggi daripada bukan doktor untuk
dimasukkan ke dalam wad sakit jiwa; 2.6 kali lebih tinggi
untuk menjadi pemabuk (atau lebih tinggi kerana para
doktor enggan dirawat; 5.3 kali lebih tinggi untuk
menghadapi masalah dadah. Kadar bunuh diri adalah
lebih tinggi daripada orang awam, enam kali lebih tinggi
daripada guru, dan sepuluh kali lebih tinggi daripada
pegawai awam. Kenyataan-kenyataan inilah agaknya
yang menjadi bukti bahawa bidang perubatan dianggap
kerjaya yang menekan perasaan.

Seperti yang diketahui umum, negara


Malaysia terkenal dengan masyarakat
yang hidup dalam keadaan harmoni serta
aman damai. Namun di sebaliknya kita
tidak dapat menolak hakikat bahawa kes
penganiayaan dan keganasan kini semakin
menular. Setiap hari kita menatap berita
yang mendedahkan orang-orang tertentu
yang sanggup melakukan perbuatan ganas
seperti
merompak,
merogol
dan
membunuh.

5. Menggunakan pernyataan provokatif (yang


bersifat menghasut)
boleh dinyatakan dalam bentuk soalan.
Contoh 1: Adakah telefon bimbit penting untuk pelajar
universiti?
-Contoh 2:Kebanyakan pemimpin kini amat mementingkan
kuasa dan kepentingan sendiri sebagai jaminan untuk
kesejahteraan hidup mereka. Mereka akan berjuang
bermati-matian walau pun mereka terpaksa
menggunakan cara kotor untuk mencapai kepentingan
dan kesenangan diri sendiri tanpa memikirkan tentang
orang lain di dalam kelompok mereka. Perkara ini amat
bahaya jika dibiarkan berlarutan

6. Membuat perbandingan masa

gunakan perkataan dahulu, sekarang dsb


Cth: Dulu harga sebungkus garam ialah 6
sen. Sekarang sebungkus garam telah
menjangkau 1 rm.

Bidang pertanian telah mengalami yang pesat


akibat daripada kemajuan teknologi. Kalau
dahulu, petani menggunakan tulang empat
kerat, bergantung sepenuhnya kepada cuaca
dan menggunakan perkhidmatan kerbau. Tetapi
kini ciptaan-ciptaan moden telah mengambil alih
peranan yang dimainkan oleh unsur-unsur
tradisonal itu. Kini alat-alat moden telah
merevolusikan bidang pertanian dan penemuanpenemuan baru telah mengubah corak
kehidupan petani.

7. Melibatkan pembaca
contoh: Kita semua tahu mengenainya
atau kita rasa kita tahu. Dadah ! Sudah
terlalu banyak pihak yang membicangkan
tentang penagihan dadah. Tetapi adakah
cukup bagi kita hanya setakat
membincangkan tanpa mengambil
tindakan yang praktikal

8. menggunakan anekdot
Menggunakan cerita pendek untuk dalam perenggan
pendahuluan untuk menarik minat pembaca.
Adalah penting bagi kita untuk melihat sesuatu perkara
dengan menggunakan perspektif yang betul berdasarkan
konteksnya. Jika kita melihatnya dengan menggunakan
bahagian-bahagian yang terasing, maka akan terhasillah
fikiran yang tidak tepat. Kita tentu teringat kepada cerita
tujuh orang buta yang menemui gajah. Yang memegang
perutnya menyatakan bahawa gajah itu bentuknya seperti
dinding. Seorang yang memegang kakinya beranggapan
gajah itu seperti pokok. Yang memegang ekornya berasa
yakin bahawa gajah itu seperti tali dan seterusnya. Bagi
memuat gambaran yang tepat tentang sesautu kita boleh
melihatnya berdasarkan fragmen-fragmennya.

Anda mungkin juga menyukai