Anda di halaman 1dari 2

INTERAKSI 2 : TAKSONOMI DAN

DOMAIN
TAKSONOMI BLOOM (TAHAP-TAHAP
KOGNITIF BLOOM )
Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan
mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut
Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh
dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu:
Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis,
Sintesis dan Penilaian.

Jawapan dapat ditentukan dengan mudah


sama ada salah atau betul.

Aras Kefahaman
Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member
huraian atau makna sesuatu perkara. Aras
kefahaman ini terbahagi kepada tiga:
Penterjemahan
Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa
mengubah makna asal.
Mentafsir (Interpretasi)
Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.
Menerangkan idea dalam ayat sendiri.

Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956)


Aras Pengetahuan
Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar
untuk mengingat kembali fakta atau
pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga
peringkat dalam aras pengetahuan ini :
1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan
istilah berbentuk perkataan atau symbol.
2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan
sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang
proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan,
teknik atau prosedur tertentu dalam
menyelesaikan masalah.
3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat
sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang.
Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi,
senaraikan, dan nyatakan.
Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:
Pelajar perlu menggunakan proses mental.
Pengetahuan yang diminta hendaklah sama
dengan pebgajaran guru.
Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah
pengetahuan dalam bentuk baru.

Ekstrapolasi
Membuat inferens tentang apa yang akan
berlaku pada masa hadapan berdasarkan
maklumat yang diberikan/ terima.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan
bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan,
huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan,
nyatakan, dan kelaskan.
Ciri-ciri soalan aras kefahaman
Proses mental
Maklumat asas telah diajar
Perlu bahan atau alat komunikasi
Pelajar menyatakan kefahaman mereka
sendiri.
Aras Aplikasi
Aras ini menguji keupayaan pelajar
menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan
prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benarbenar memahami segala konsep, teori, hukum,
untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang
sering digunakan dalam soalan bagi aras
aplikasi antaranya kirakan, selesaikan,
susunkan, dan gunakan.
Ciri-ciri soalan aras aplikasi
Menggunakan proses mental aplikasi

Soalan melibatkan tiga frasa iaitu


Masalah situasi yang baru tidak dengan
masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

Situasi, dokumen perlu dianalisis


Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan
mengulang pengetahan yang dipelajari.
Aras Sintesis
Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk
menggabungkan sesuatu struktur kepada yang
lebih jelas.

Aras Analisis
Aras ini mengkehendaki pelajar untuk
memecahkan sesuatu perkara kepada unsurunsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara
unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan
pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur
yang mengaitkan unsur-unsur.
Jenis-jenis aras analisis
1. Analisis unsur memerlukan pelajar
menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu
mencari bukti untuk menyokong unsur yang
sedia ada.
2. Analisis hubungan membuat perkaitan bukti
dengan hipotesis.
3. Analisis prinsip pelajar mengenal pasti
prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk
menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis
tujuan, pandangan dan pendirian.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan
bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah
faktor, buatkan rumusan dan buktikan.
Ciri-ciri soalan aras analisis
Soalan menggunakan proses mental analisis
Situasi masalah berbeza daripada pengalaman
dalam bilik darjah.

Jenis-jenis soalan aras sintesis.


1. Sintesis penyampaian menghurai dan
menarik minat.
2. Sintesis himpunan satu himpunan
perlakuan.
3. Sintesis cadangan cadangan melalui
andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan
bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan,
cadangan, dan apa akan berlaku.

Aras Penilaian
Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai
sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu
diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan
tentang nilao sesuatu idea hasil kerja
penyelesaian bahan, sesuatu idea atau
sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan
piawaian tertentu seperti tepat, berkesan,
memuaskan, baik, buruk dan lain-lain.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan
bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan,
nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.

Anda mungkin juga menyukai