Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENGENALAN
Penternakan adalah merupakan satu kegiatan pertanian yang membiak
haiwan-haiwan ternakan. Aktiviti ini telah diamalkan sejak beribu-ribu tahun
dahulu. Pada zaman Neolitik, manusia mula tinggal menetap di satu tempat, ini
menyebabkan kegunaan haiwan ternakan itu diperluaskan kepada kulit dan
bulunya, berbanding pada zaman sebelumnya yang hanya tertumpu hanya
kepada daging untuk dijadikan sebagai makanan. Setelah itu, manusia mula
menternak lembu dan kerbau untuk mendapatkan susu dan kulitnya dan
digunakan untuk membajak tanah bagi membantu kegiatan bercucuk tanam.
Kegiatan ini diperluaskan sehingga meliputi hampir kesemua haiwan dengan
tujuan yang berbeza-beza. Kini, ilmu penternakan boleh dipelajari di pusat-pusat
pengajian di seluruh dunia. Para siswazah boleh mempelajari selok-belok
penternakan

di

dalam

pelbagai

bidang

pengkhususan

seperti

perubatan

veterinar, ilmu pemakanan, baka dan genetik, selain pembiakan. Mereka


kemudiannya boleh mendapat pekerjaan di dalam pelbagai sektor terutamanya
dalam sektor ekonomi.
Oleh yang sedemikian, industri penternakan di Malaysia merupakan salah
satu sektor yang penting dalam pembangunan pertanian di negara ini. Industri ini
melibatkan aktiviti penternakan seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam,
itik

pedaging,

dan

juga

yang

terkini

burung

walit.

Sektor

ini

telah

menyumbangkan berbillion ringgit nilai pengeluaran setahun dan negara


mempunyai bekalan mencukupi untuk bekalan daging ayam, telur ayam dan
burung walet. Namun begitu, aktiviti penternakan lain seperti arnab, rusa, ayam
belanda dan puyuh digalakkan bagi meningkatkan bekalan untuk memenuhi
permintaan pasaran yang semakin meningkat.
Secara umumnya, penternakan rusa ini telah dimulakan oleh Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi tujuan
pemuliharaan dan pembiakan. Namun begitu, penternakan rusa ini mula
berkembang apabila terdapatnya permintaan yang banyak dalam pasaran.
Antara contoh ternakan rusa yang terdapat di Malaysia adalah seperti rusa
sambar, rusa chital atau pun dikenali sebagai rusa bintik dan juga rusa sunda
sambar. Penternakan rusa adalah amat berpotensi untuk dimajukan berbanding
dengan penternakan yang lain. Hal ini kerana, masih ramai yang belum
menceburi penternakan rusa ini jika dibandingkan dengan ternakan lembu dan
kambing.
1

Badan-badan bertanggungjawab seperti PERHILITAN dan Jabatan Pertanian


Malaysia telah memainkan peranan dalam memperluaskan lagi penternakan rusa
dan juga produk berasaskan rusa. Di mana beberapa program telah dilaksanakan
bagi menggalakkan masyarakat melakukan kegiatan penternakan. Programprogram yang dijalankan bukan sahaja untuk menggalakkan penternakan rusa
malah turut menerangkan dan cara penjagaan dan pemasaran rusa sekali gus
dapat

menyelesaikan masalah yang membelenggu pemikiran masyarakat

tentang penternakan rusa seperti cara penjagaan dan penternakan rusa.


Ramai yang tidak menyangka dan masih berpendapat bahawa pekerjaan
sektor pertanian ini tidak menguntungkan dan memerlukan modal serta
perhatian untuk menternak haiwan. Namun sebenarnya, pekerjaan dalam sektor
pertanian ini mendatangkan keuntungan yang besar. Walau pun tidak ramai yang
mahu menceburi sektor penternakan dan pertanian namun sedikit sebanyak
ianya dapat memberi sumbangan kepada pendapatan negara.
Umum mengetahui, peningkatan ekonomi negara bukan sahaja berpunca
daripada sektor perindustrian tetapi sektor pertanian

juga turut memberi

sumbangan dalam meningkatkan ekonomi negara. Hal ini berlaku apabila, sektor
pertanian

membuka

peluang

pekerjaan

yang

banyak

kepada

penduduk.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah mengambil langkah inisiatif dengan
mengadakan kursus penternakan, memberi suntikan modal dan galakan bagi
menggalakkan penduduk untuk melibatkan diri dalam sektor penternakan.

2.0 PENTERNAKAN RUSA


2.1 Kawasan
Penyediaan kawasan bagi penternakan rusa meliputi empat eleman
penting antaranya ialah konsep ladang, tanah, sumber makanan (rumput), dan
pokok serta kolam.
Kawasan merupakan aspek yang amat penting dalam bidang penternakan
oleh itu, pihak pengurusan atau pemilik ladang ternakan hendaklah mempunyai
strategi dan konsep yang difikirkan sesuai bagi mengusahakan peternakannya.
Konsep tersebut haruslah bersesuaian dengan habitat rusa contohnya, rusa
gemarkan kawasan yang sunyi seperti kawasan habitat asalnya dalam hutan.
Oleh itu, persekitaran kawasan bagi ternakan rusa haruslah mengguna pakai
konsep rimbanya yang redup dan sunyi. Pengusaha juga boleh menjadikan
ladang ternakan sebagai taman ala-safari. Ia mampu menarik minat pengunjung
dan menyediakan kawasan ragutan bebas yang lebih luas untuk habitat rusa.
Selain itu, terdapat juga konsep penternakan rusa di dalam kurungan yang
bersaiz kecil. Konsep ini amat terkenal diguna pakai oleh penternak persendirian
bagi tujuan menarik minat pengunjung. Antara kelebihan konsep ini ialah rusa
yang diternak secara kurungan adalah lebih jinak dan mudah didekati. Sistem
pengurusan dan pengendaliannya juga lebih sistematik kerana ia bersaiz kecil.
Selain daripada konsep tersebut, terdapat juga beberapa konsep lain
contohnya konsep feedlot dan konsep tertutup. Contoh bagi konsep ini dapat
dilihat di ladang DParadise Deer Valley yang terletak di bukit beruntung,Rawang
yang mempunyai keluasan 10 hektar. Konsep feedlot yang digunakan adalah
lebih kurang sama dengan konsep rusa diternak secara dalam kurungan
manakala, kaedah konsep tertutup pula adalah dengan menternak rusa dalam
rumah kedai yang telah diubah menjadi kandang. Selain menjadi pusat ternakan,
ladang ini juga menawarkan kelainan di mana ia menawarkan pakej pelancongan
agro yang membolehkan pengunjung memberi makanan dan bermain dengan
3

rusa jinak. Antara ladang ternakan rusa yang terbesar di Malaysia ialah pusat
ternak haiwan lenggong, perak dengan keluasan 200 hektar.
Pemilihan tanah yang sesuai merupakan aspek penting dalam proses
pembangunan ladang ternakan. Para penternak perlulah bijak memilih jenis
tanah yang sesuai bagi menanam rumput tertentu sebagai sumber makanan
rusa. Kerja-kerja

penyediaan tanah yang sesuai melibatkan beberapa proses.

Tahap pertama ialah pembersihan sekeliling yang melibatkan jentera pertanian


seterusnya, proses pembajakan tanah yang bertujuan untuk memecahkan
ketulan tanah disamping menghapuskan rumput yang tidak dikehendaki. Selepas
itu, kerja pembersihan tanah dijalankan dengan membuang benda asing yang
tidak dikehendaki contohnya batu, tunggul kayu serta akar kayu. Selepas
kawasan tersebut dibersihkan baharulah proses penanaman rumput yang
menjadi makanan rusa sesuai untuk ditanam.
Walaupun kajian mendapati bahawa rusa merupakan spesis yang tidak
terlalu memilih jenis makanan dan boleh makan apa sahaja jenis rumput. Namun,
adalah amat penting bagi penternak memikirkan faktor makanan sebagai perkara
yang penting. Hal ini kerana, pemakanan yang sihat menjamin tumbesaran,
pembiakan dan kesihatan ternakan. Antara rumput yang sesuai dijadikan sebagai
sumber makanan bagi rusa ialah rumput pastura, rumput signal, rumput gajah
dan rumput kuda. Rumput-rumput tersebut merupakan sumber makanan yang
paling ideal bagi ternakan rusa. Kawasan yang dipenuhi rumput tersebut juga
sesuai dijadikan sebagai ladang ternakan.
Kawasan ladang juga haruslah mempunyai pokok yang besar dan renek.
Hal ini kerana , pokok-pokok tersebut mampu menjadi pelindung kepada rusa
untuk berteduh dari hujan atau panas. Selain itu, pokok-pokok yang ingin
ditanam di ladang ternakan haruslah dibalut terlebih dahulu sebelum benarbenar matang. Hal ini kerana sifat rusa yang gemar mengigit kulit kayu dan
mengesel tanduk pada batang pokok dan boleh menyebabkan pokok tersebut
mati sebelum mencapai tempoh matang. Selain itu, persekitaran seperti anak
sungai, parit kecil atau kolam kecil adalah amat digalakkan untuk disediakan
kerana rusa gemar berkubang dan berendam dalam air. Infarstruktur asas yang
disediakan kepada rusa juga mampu menyumbang kepada persekitaran ternakan
yang ideal.

Secara keseluruhannya, pemilihan kawasan sebagai tempat untuk aktiviti


penternakan rusa bukan hanya soal keluasan sesuatu kawasan tetapi, ia juga
merangkumi beberapa eleman penting seperti konsep ladang, tanah, sumber
makanan (rumput) dan pokok serta kolam. Keempat-empat eleman tersebut
perlu berada dalam senarai semak pihak pengurusan atau pemilik ladang
sekiranya hendak melakukan pemilihan kawasan ternakan yang sesuai.

2.2 Produk
Penternakan rusa merupakan aktiviti pelaburan yang mampu memberikan
pulangan yang lumayan. Langkah kerajaan memperkenalkannya sebagai haiwan
ternakan komersial sejak tahun 1980-an telah membuka peluang yang luas
kepada penduduk tempatan dalam mengusahakan penternakan rusa. Secara
umumnya, rusa merupakan haiwan liar eksotik yang mudah dijaga, tahan lasak
terhadap penyakit dan tidak cerewet dalam soal pemakanan. Penternakan rusa
juga mampu menghasilkan pelbagai produk yang mampu menyumbang kepada
pembangunan industri negara. Antara produk yang dihasilkan ialah daging rusa,
tanduk rusa, kraftangan serta kulit rusa.
Penyelidikan yang dibuat di ladang ternakan rusa membuktikan bahawa
daging rusa mempunyai peratusan protein yang tinggi tetapi kandungan lemak
dan kalorinya rendah. Seperti yang diketahui umum, daging merupakan hasil
utama penternakan rusa. Ia mempunyai pasaran yang agak luas dan permintaan
tinggi

dari

hotel-hotel

terkemuka

negara,

restoren-restoren,

pemborong

tempatan mahupun luar negara. Namun, bekalan daging rusa keluaran tempatan
yang ada jelas tidak mencukupi untuk menampung permintaan pengguna. Oleh
sebab itu, negara kita juga turut mengimport daging rusa dari negara luar untuk
menampung permintaan pengguna.

Selain daripada daging rusa, tanduk rusa juga mempunyai pasaran yang
istimewa di peringkat tempatan dan antarabangsa. Tanduk muda rusa digunakan
secara meluas dalam bidang perubatan tradisional khususnya ubat tradisi cina
atau lebih dikenali sebagai Velvet. Velvet merupakan serbuk tanduk muda rusa
yang dipercayai mempunyai khasiat yang mampu meyembuhkan pelbagai jenis
penyakit contohnya, mengawal penyakit tekanan darah tinggi, melancarkan
tekanan darah mengatasi masalah kencing tidak lawas dan sebagainya. Ia
mendapat permintaan yang tinggi dari negara Asia dan timur tengah seperti
Jepun, China, Korea, Arab dan Malaysia sendiri. Selain digunakan sebagai
perubatan, tanduk rusa yang agak matang dijadikan sebagai barang perhiasan
terutama dalam menghiasi dinding kediaman contohnya, tempat menyangkut
topi, tongkat, payung, jaket, trofi dan sebagainya. Ia juga boleh dipotong dan
dibentuk menjadi rantai kunci yang unik dan menarik. Pada masa dahulu, tukang
besi turut menggunakan tanduk matang rusa sebagai hulu badik atau hulu pisau.
Kulit rusa juga mempunyai nilai pasaran yang tinggi dalam bidang
pembuatan kraf tangan. lazimnya, kulit rusa yang telah sempurna di awet
dibingkaikan dan dijadikan hiasan dinding atau alas lantai yang menarik. Selain
daripada itu, ia juga boleh diproses untuk dijadikan beg, tas tangan, kasut tali
pinggang dan jaket. Ramai yang tidak mengetahui bahawa kulit rusa juga boleh
dijadikan gendang atau kompang. Terdapat juga sebilangan pengusaha yang
mempelajari teknik yang berasal dari Indonesia dalam memproses kulit rusa
untuk dijadikan keropok yang rangup dan enak.. Pada masa dahulu, dipercayai
kulit rusa ini dijadikan sebagai alas tidur kerana ia baik untuk kesihatan. Bukan
itu sahaja, gigi serta kuku rusa juga mendapat permintaan ramai daripada
pengguna antarabangsa contohnya gigi rusa dieksport ke luar negara seperti
jerman untuk dijadikan sebagai barangan perhiasan yang dikenakan dengan
berlian sebagai cincin, subang dan lain-lain.
Secara keseluruhannya, Produk yang dihasilkan dapat dibahagikan kepada
dua kategori iaitu produk ketara (tangible products) yang merangkumi hasil yang
dapat dipandang contohnya penjualan rusa hidup, daging, kulit, tanduk, kepala
dan sebagainya. Kategori yang kedua ialah produk tidak ketara (intangible
product) pula merangkumi pengalaman, pengetahuan, penyelidikan, peluang
pekerjaan, idea baharu dan sebagainya. Namun, penternakan rusa yang kurang
diminati dan diceburi oleh penduduk tempatan meyebabkan sektor ini dimonopoli
oleh pasaran asing. Hal ini mungkin disebabkan modal yang tinggi pada
6

peringkat

permulaannya,

tetapi

keuntungan

yang

diperolehi

amat

memberangsangkan.

2.3 PROGRAM
2.3.1. Program Pembiakbakaan.
Dasar Pembiakbakaan Ternakan Malaysia berhasrat untuk menjadikan
Malaysia negara peneraju dalam pembiakbakaan tropikal yang dijangka mampu
dicapai melalui pembangunan teknologi pembiakbakaan ternakan yang berkualiti
menggunakan prinsip dan amalan genetik yang baik. Usaha ini perlu bagi
menjamin keperluan ekonomi industri ternakan yang mampan dan memenuhi
permintaan pasaran. Malaysia kini mempunyai pelbagai spesies ternakan dan
baka termasuklah baka asli, baka yang diubah suai dan baka yang diimport
secara berterusan.
Dalam penternakan rusa, Malaysia telah mengimport rusa merah dari New
Zealand bagi tujuan pembiakbakaan rusa komersial untuk penghasilan daging
dan aktiviti rekreasi. Amalan pembiakbakaan semasa bagi ternakan rusa
dilaksanakan melalui beberapa cara seperti rusa diperlihara dalam berbagaibagai situasi berbeza daripada kawasan tertutup yang kecil dalam taman fauna
atau ladang rusa intensif dalam ladang rumput yang besar pada kadar stok
rendah. Rusa juga diternak untuk mendapatkan dagingnya tetapi ada juga
beberapa ladang yang mengambil dan menjual tanduk serta kulit rusa bagi
tujuan perubatan. Terdapat juga taman rusa di negara ini yang membiakkan rusa
untuk

tujuan

agro-pelancongan.

Rusa

Tropika

tidak

mempunyai

waktu

pembiakbakaan yang nyata kenara rusa ini boleh beranak sepanjang tahun.
Pembiakbakaan hanya akan dilakukan secara semulajadi disebabkan oleh
sifatnya yang liar dan di bawah sistem pengawanan yang terhad, rusa jantan
dipisahkan dari rus betina dan disatukan pada musim mengawan.
Pada awalnya ladang kerajaan telah ditubuhkan untuk berfungsi sebagai
stesen pembiakbakaan dan mengagihkan bahan genetik dalam bentuk haiwan
hidup kepada peladang. Seterusnya teknologi diperkenalkan dan diaplikasikan
seperti permainan beradas, penghasilan mani beku, ovulasi berganda dan
program pemindahan embrio. Sektor ternakan mampu mempengaruhi status

sosio-ekonomi

negara

dan

persekitaran

dalam

membangunkan

dasar

pembiakbakaan ternakan yang lengkap dan bersepadu.

2.3.2 Program Pengawasan dan Pengawalan Penyakit


Penternak umumnya telah mengetahui

berkenaan dengan kejadian

penyakit yang berlaku kepada ternakan. Antara penyakit yang penting ialah
Brucelossis, Hawar Berdarah, Penyakit Kuku dan Mulut, kecacingan, penyakit
kulit, Johne's, cirit birit, kembung dan penyakit bawaan vektor. Melalui program
ini, usaha akan dilaksanakan untuk mencapai status negara bebas penyakit Kuku
dan Mulut (FMD) melalui program pemvaksinan dan program penakaian dengan
mewujudkan zon bebas penyakit termasuk kawasan kepungan penyakit akan
diwujudkan untuk mengawal penyakit.
Keberkesanan kawalan penyakit termasuk penyakit rentas sempadan dan
zoonotik

akan

dimantapkan

melalui

pengukuhan

program

pengawasan,

pemvaksinan, diagnosis penyakit dan persediaan awal. Dalam hubungan ini,


khidmat pengembangan akan ditingkatkan selaras dengan perkembangan
industry ternakan rusa. Kerjasama antara jabatan dengan pengamal veterinary
swasta akan digalakkan bagi menyediakan perkhidmatan dalam program
kawalan penyakit. Oleh itu, mekanisme bagi menggalakkan kesihatan rusa akan
diwujudkan.

2.3.3 Rumah Penyembelihan dan Kesihatan Awam Veterinar


Loji penyembelihan berpusat dwujudkan bagi menjamin penyembelihan
yang halal, selamat dan bersih di samping mengurangkan pencemaran di
kawasan bandar. Amalan penyembelihan di pasar basah dan di luar bandar
secara kecil-kecilan akan diberhentikan secara berperingkat. Pihak swasta akan
digalakkan membangunkan dan menguruskan loji penyembelihan mengikut garis
panduan, kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan serta menyediakan
perkhidmatan pemeriksaan daging dan kawan kualiti mengikut piawaian yang
diiktiraf.
Dari segi penguatkuasaan, Jabatan Veterinar menjalankan penyeliaan serta
pemeriksaan daging di rumah-rumah sembelih luar bandar. Kawalan kemasukan
8

ternakan serta daging-daging yang tidak sah dari kawasan luar dan pemeriksaan
bilik-bilik sejuk di kawasan tersebut bagi tujuan pengimportan daging.

2.4 MASALAH DAN USAHA


Pemeliharaan ternakan rusa yang teratur dan berjadual merupakan satu
tugas

mencabar

yang

perlu

dilaksanakan

dengan

baik

oleh

penternak.

Pemeliharaan rusa merangkumi aspek kesihatan, pembiakan dan keselamatan.

2.4.1 Kesihatan
Aspek kesihatan haiwan ternakan hendaklah dijalankan dari masa ke masa
dengan pemberian ubat cacing dilakukan setiap tiga bulan atau empat bulan
sekali. Kawalan kesihatan lazimnya dijalankan melalui pemeriksaan najis haiwan
tersebut dengan bantuan pegawai makmal daripada Jabatan Perkhidmatan
Haiwan.
Rusa yang mengalami luka kecil boleh merawat lukanya sendiri dengan
cara menjilat bahagian yang cedera. Melalui cara ini luka yang dialami oleh rusa
berkenaan

akan

cepat

sembuh.

Tabiat

dan

kebolehan

yang

sebegini

sememangnya dimiliki oleh kebanyakan haiwan liar termasuk rusa sama ada
yang diternak ataupun rusa liar. Penternak seharusnya peka dan mengambil
langkah bijak bagi memastikan ternakan rusa terhindar daripada serangan
penyakit berjangkit. Walaupun rusa di dalam kurungan kurang dijangkiti penyakit
kerana usaha pemantauan yang rapi oleh penternak, namun tiada jaminan
bahawa rusa itu akan sentiasa selamat.
Bagi membasmi serangan cacing, penternak akan memberikan rawatan
cacing kepada rusa setiap tiga bulan sekali. Penyakit yang dibawa oleh parasit
seperti kutu boleh dibasmi dengan semburan antikutu yang dilakukan sebulan
sekali. Bagi penyakit kuku dan mulut pula dapat dicegah dengan memberikan
ubat perlalian. Kebanyakan penyakit ini dipercayai berasal daripada kambing,
biri-biri dan lembu. Oleh itu, penternak tidak seharusnya mencampuradukkan
ternakan rusa dengan haiwan tersebut untuk mengelakkan serangan penyakit ini.
Cara pemeriksaan kesihatan yang lebih rapi ke atas ternakan rusa boleh
dilakukan dengan alat pasungan atau kekunci di dalam rumah gelap. Melalui cara
9

ini, ternakan rusa akan merasa tenang dan tidak bertindak ganas apabila
dirawat. Oleh itu, proses rawatan akan lebih mudah dan rusa boleh pulih dengan
cepat. Keadaan ini membuktikan bahawa rusa yang diternak di dalam kurungan
mampu untuk hidup lebih lama berbanding dengan rusa yang diternak di padang
ragut secara bebas.

2.4.2 Pembiakan
Terdapat beberapa peringkat pembiakan yang perlu dipantau oleh
penternak iaitu pemantauan semasa musim mengawan, pemeliharaan rusa
bunting dan pemeliharaan anak rusa. Rusa menjadi lebih agresif dan garang dan
sering membuat bunyi bising apabila tiba musim mengawan. Rusa jantan akan
bergaduh sesama sendiri dan sekiranya tidak diasingkan boleh menyebabkan
kecederaan. Oleh itu, tindakan memotong tanduk rusa jantan sebelum tiba
musim mengawan adalah satu langkah yang dapat mengelakkan kecederaan
rusa jantan lain.
Selepas mengalami proses mengawan, rusa betina akan bunting selama
enam hingga tujuh bulan. Apabila rusa ini hendak beranak, haiwan ini akan
mengasingkan diri jauh daripada kumpulannya dan ibu rusa perlu dibiarkan
bersendiriaan tanpa gangguan manusia atau haiwan lain. Rusa juga suka
menyembunyikan anaknya di dalam semak dan di kawasan terpencil. Anak rusa
yang baru lahir hendaklah dibiarkan bersama-sama ibunya sekurang-kurangnya
selama 72 jam.
Pemerhatian yang teliti harus dibuat oleh penternak untuk memastikan
anak rusa mendapat susu yang cukup untuk pembesaran serta memastikan
bahagian pusat anak rusa ini terhindar daripada penyakit dan tidak dihurung oleh
semut atau serangga lain. Terdapat juga ibu rusa yang tidak dapat menyusukan
anaknya kerana tidak mempunyai bekalan susu yang mencukupi. Masalah ini
adalah antara faktor yang menjadikan anak rusa tidak dapat membesar dengan
sempurna. Oleh itu, penternak harus mengambil langkah proaktif dengan
menyusukan anak rusa yang terbiar ini menggunakan susu gantian yang
merupakan susu tepung yang halus dan perlu dibancuh. Meskipun begitu, ada
juga anak rusa yang bercerai susu hanya selepas 24 jam dilahirkan dan diberi
susu gantian.

10

2.4.3 Keselamatan
Selain penyakit, aspek keselamatan juga perlu dititikberatkan. Oleh kerana
rusa merupakan haiwan yang berdaging lazat dan istimewa, kemungkinan
berlaku kecurian bukanlah suatu hal yang luar biasa. Pihak yang tidak
bertanggungjawab akan mencuri rusa dewasa yang telah sedia untuk dijual. Di
samping itu, haiwan pemangsa seperti anjing liar, babi hutan dan lain-lain lagi
merupakan ancaman besar ternakan terutamanya anak rusa yang kecil. Oleh itu,
binaan pagar hendaklah selalu diperiksa untuk mengesan sebarang kebocoran
atau kecacatan yang boleh menjejaskan keselamatan ternakan. Menara kawalan
atau bumbun yang dilengkapi teropong boleh digunakan untuk mencegah
kecurian selain dapat mengawasi pergerakan ternakan.
Bunyi salakan yang kuat dan serangan anjing liar boleh menyebabkan rusa
terperanjat dan terlalu takut. Akibatnya, rusa akan berlari dan melompat tanpa
menghiraukan

keselamatan

dirinya.

Kecederaan

mungkin

berlaku

akibat

berlanggar sesama sendiri atau dengan objek lain yang berbahaya. Oleh sebab
itulah keanjalan pagar sangat diutamakan untuk mengatasi masalah ini dengan
membina pagar setinggi dua meter atau tujuh kaki yang mempunyai lapisan
dawai berduri di sebelah bawah dan sebelah atas yang boleh menjadi halangan
kepada haiwan pemangsa atau individu yang ingin mencuri ternakan.
Sebuah ladang ternakan di Selangor pernah kehilangan beberapa ekor rusa
apabila bahagian bawah pagar dirosakkan dan disingkap akibat sondolan babi
hutan. Namun, ancaman babi hutan ini dapat diatasi setelah lapisan dawai
berduri dipasang di bahagian paling bawah pagar.

11

3.0 PENTERNAKAN LAIN YANG DIUSAHAKAN DI MALAYSIA


3.1 Penternakan Arnab
Arnab atau nama saintifiknya 0rytolagus Cuniculus merupakan sejenis
haiwan mamalia yang tergolong dalam keluarga Leporidae yang tergolong dalam
Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus,
gigi kacip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar
berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar
mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber
makanan kepada manusia. Dalam kalangan masyarakat, arnab masih dianggap
sebagai haiwan kesayangan. Namun, sejak kebelakangan ini ramai yang telah
menceburkan diri dalam bidang penternakan arnab yang berpotensi sebagai
sumber daging negara.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar, penternakan arnab di Malaysia
mempunyai peluang yang baik apabila wujudnya peluang pasaran dan kos
pengeluaran yang boleh berdaya saing. Perkara ini menunjukkan bahawa
penternakan arnab dapat di komersialkan dan member keuntungan kepada
penternak. Jika dahulu, arnab hanya dipelihara sebagai haiwan kesayangan,
namun haiwan ini kian menjadi pilihan dalam bidang penternakan. Untuk
memelihara arnab sebagai haiwan ternakan, baka yang sesuai perlu dipilih
kerana tidak semua baka arnab baik untuk diternak. Baka arnab yang terbaik
untuk dijadikan haiwan ternakan adalah seperti baka New Zealand white,
Californian white dan Standard Rex. Angora, Himalayan dan pelbagai lagi.
Kesemua baka ini dapat digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti kulit, bulu,
hobi dan daging.
Baka jenis Crey Flemish Giant dan Standard Rex adalah sesuai untuk
industri kulit dan bulu. Kulit dan bulu arnab boleh dibuat fur tanning untuk
perhiasan di meja, penanda kunci, pakaian, topi dan lain-lain. Bagi industri
pedaging pula baka New Zealand White, Californian white, Carolina, New
12

Simonare dan Sepanyol adalah sesuai diternak. Harga daging arnab bersih di
pasaran tempatan adalah kira-kira RM15.00/kg. Menurut MARDI, 1995 daging
arnab mempunyai kandungan protein yang tinggi, kaya dengan vitamin B12,
kandungan kalori, lemak, kolesterol dan asid urik yang rendah, mempunyai
kandungan air tinggi berbanding dengan ternakan lain seperti ayam, lembu atau
biri-biri. Selain itu, daging arnab juga dapat merawat dan mengubati pelbagai
masalah seperti masalah pencernaan, tekanan darah tinggi dan gout, penyakit
demam malaria, penyakit asma, masalah kencing tidak lawas dan banyak lagi.
Daging arnab juga dapat meningkatkan tenaga, memperbaiki sel-sel dalam
tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak. Ia juga
berkhasiat untuk meningkatkan tenaga batin golongan lelaki dan sekiranya
dimakan hempedunya oleh wanita ia baik untuk kesuburan. Selain itu, najis arnab
juga boleh dibuat sebagai baja untuk pertanian. Kandungan tinjanya merupakan
antara yang terbaik dibuat baja organic sama ada di kompos atau tidak di proses.
Ini menunjukkan bahawa penternakan arnab, mempunyai nilai komoditi yang
dapat dikomersialkan.
Ternakan arnab boleh dilakukan dengan skala kecil atau skala besar.
Ternakan arnab pada permulaannya boleh dijalankan secara kecil-kecilan. Saiz
kumpulan arnab untuk ternakan jenis ini biasanya di antara 50 hingga 100 ekor
arnab dengan pelbagai peringkat umur. Arnab boleh membiak dengan cepat, jika
dibiarkan bebas, arnab mungkin akan beranak sebulan sekali. Untuk tujuan
ternakan dan penjagaan yang baik, arnab betina harus diasingkan daripada
arnab jantan sebaik sahaja ia beranak. Biarkan ia memelihara anaknya sehingga
berumur sebulan sebelum dibenarkan mengawan semula. Dengan kaedah ini
arnab dapat membesarkan anaknya dengan baik dan ia akan beranak sekurangkurangnya 5 kali setahun.
Ternakan secara besar-besaran pula, memerlukan

pengurusan dan

pemilihan baka serta penjagaan kesihatan yang khusus. Oleh sebab penghasilan
anak arnab yang cepat, para penternak seharusnya menentukan jumlah ternakan
yang sesuai berbanding dengan permintaan pasaran. Maklumat mengenai
ternakan arnab secara besar-besaran boleh dibincangkan dengan pegawaipegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak. Dengan cara
ini tidak akan berlaku lebihan arnab di ladang.
Penternakan arnab mempunyai potensi yang luas untuk diusahakan.
Justeru itu,

langkah-langkah yang dapat menyokong perkembangan industry


13

arnab ini haruslah dilaksanakan. Oleh itu, jabatan-jabatan yang berkaitan seperti
Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Pertanian, Peladang, Jabatan Industri
Desa dan Asas Tani dan jabatan-jabatan lain yang bertanggungjawab perlulah
sentiasa mengadakan dan memperbanyakkan lagi kursus ternakan arnab bagi
menarik minat golong-golongan muda untuk berkecimpung di dalam bidang
penternakan arnab yang dapat memberi pulangan yang lumayan kepada
penternak arnab. Di samping itu, penglibatan yang lebih meluas dari pihak
swasta dan pelabur persendirian juga penting supaya industri ini bukan sahaja
boleh menjadi lebih maju malah dapat terus berkembang maju. Penglibatan
golong muda di dalam bidang penternakan arnab ini, harus digalakkan dan diberi
pujian agar mereka lebih bersemangat untuk meneruskan usaha mereka dengan
berkecimpung di dalam bidang penternakan.

3.2 Penternakan Burung Walet


Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat suka meluncur.
Burung ini berwarna coklat tua, terbang pantas dengan ukuran tubuh sedang
atau kecil. Sayapnya berbentuk sabit yang sempit dan runcing. Sayap walet ini
sangat kuat dan kakinya sangat kecil dan lemah sehingga burung jenis ini tidak
pernah hinggap di pohon. Paruhnya sangat kecil.

Dari segi fizikalnya, burung

wallet banyak persamaan dengan burung layang-layang (Hirundinidae), burung


pipit (Passeride) dan burung walet rumah. Burung walet biasanya boleh didapati
di habitat yang berkayu, di pinggir hutan dan kawasan pantai. Burung walet
berasal daripada keluarga Apodidae. Nama saintifiknya apous yang bermakna
tanpa kaki. Burung walet ini mempunyai kaki yang sangat pendek dan tidak
boleh mendarat di atas tanah secara sengaja sebaliknya biasa mendarat
dipermukakan menegak seperti dinding gua atau papan sarang di mana mereka
membuat sarang.
Burung walet menetap di Asia Tenggara, kawasan benua India dan Selatan
China. Ia merupakan burung yang tinggal di dalam gua sama ada gua bukit
mahupun gua pantai dan adakalanya di kawasan terbuka serta pekan.
Kebiasaannya burung walet senang untuk hidup secara berkelompok, suka
14

tolong-menolong dan induknya selalu memerhatikan anaknya. Kadangkala, walet


juga suka menyendiri terutama musim mengawan. Kawasan yang sering menjadi
tumpuan burung walet untuk mencari makannan ialah sekitar kawasan sawah,
padang rumput, hutan dan danau. Ketika musim membuat sarang dan bertelur,
burung ini akan segera pulang ke sarangnya. Istimewanya tentang burung walet
ini, semasa ia memburu cara terbangnya adalah lurus dan sewaktu hendak
pulang ke rumah, ia akan terbang berputar-putar mengelilingi rumah. Saiz lubang
masuk walet yang minimum adalah lebar 15cm.
Untuk

membangunkan

rumah

burung

walet adalah

penting

dalam

mengambil kira beberapa aspek ini seperti membina di tanah pertanian, kawasan
perkilangan ringan atau di dalam kompleks komersial. Kawasan kediaman adalah
harus dielakkan bagi menjamin keselesaan orang ramai. Untuk kedudukan rumah
kedai pula, tingkat bawah tapak kedai tidak patut digunakan untuk penternakan
burung walet kerana semua kedai akan kelihatan seperti ditutup dan ia akan
memberikan imeh buruk terhadap kawasan persekitaran. Menurut Dr. Christopher
Lim (2009; 59) menyatakan terdapat empat kawasan penternakan burung walet
utama di Malaysia berdasarkan rekod oleh Persatuan Peladang Burung Walet di
Malaysia pada Jun 2005 iaitu Johor, Kuantan, Seremban dan Selangor.
Burung walet membuat sarangnya daripada cecair yang dikeluarkan dari
kalenjar yang terdapat bersebelahan dengan kalenjar salivanya. Ia akan menjadi
keras apabila terdedah kepada udara. Ia memberi manfaat dari segi penjagaan
kesihatan selain daripada ia mempunyai harga yang tinggi. Produk berasaskan
sarang burung walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam,
melancarkan

peredaran

darah,

meningkatkan

metabolismem

dan

dapat

menghaluskan kulit selain menjaga kecantikan abadi kerana kologen di dalamnya


yang tinggi. Dipercayai juga pengguna yang sedang hamil apabila menggunakan
produk berasaskan sarang burung walet akan dapat meningkatkan gizi dan
kesihatan secara keseluruhannya untuk ibu dan bayi dalam kandungan .
Mengikut sejarah, sarang burung walet menjadi sumber makanan yang istimewa
semenjang zaman Dinasti Ming (1368-1644). Banyak restoran gaya masakan cina
menyajikan menu istimewa yang menggunakan sarang burung walet sebagai
menu masakan. Misalnya masakan sup sarang burung yan dicampurkan dengan
sirip yu yang mampu mencecah harga raturan ringgit semangkuk. Hidangan
sarang burung walet boleh dinikmati di restoran khususunya sewaktu sarapan,
makan tengahari dan makan malam.
15

Dalam pasaran di Malaysia, terdapat banyak produk yang berasaskan


sarang burung walet semakin mendapat perhatian pengguna. Antara syarikat
pengeluar yang mengeluarkan produk berasaskan sarang burung walet ialah
Walit Gold

dan DNA Global .Dalam usaha mengembangkan sayap peniagaan

yang berasaskan sarang burung walet, syarikat pengeluar Walit Gold turut
mempelbagaikan produk rangkaiannya antaranya Double Nest, GR8 Nest, Q10,
Walit Plus, Femina, LosKiloss dan I-Quit. Produk yang paling mendapat sambutan
dalam Walit Gold ialah Double Nest yang merupakan produk yang mempunyai
tahap kepekatan tertinggi dalam kalangan rangkaian produk Walit Gold yang lain.
Ia digabungkan dengan serbuk mutiara, ekstrak akar lalang, kolegen marin dan
dimasukkan dengan ekstrak ros bagi memberikan aroma serta rasa yang pasti
digemari

ramai.

Sasaran

penggunanya

pula

daripada

pelbagai

lapisan

masyarakat tidak kira daripada bayi hinggalah ke peringkat warga emas. Produk
dalam syarikat pengeluar Walit Gold juga ada menyediakan produk bagi
membantu

mengurangkan

ketahihan

merokok

dan

membantu

dalam

membersihkan sisa tar serta nikotin dalam badan iaitu I-Quit. Berbeza dengan
syarikat pengeluar berasaskan sarang burung walet iaitu DNA Global hanya
memfokuskan kepada dua produknya iaitu Walet Ginseng dan Walit Stevia.
Dari

segi

menjana

pendapatan,

penternak

burung

walet

mampu

membuahkan hasil dan pengusahanya mampu menjadi jutawan senyap dalam


masa yang singkat. Hal ini kerana menurut Dr. Christopher Lim dalam bukunya
Menjadi Jutawan Melalui Penternakan Burung Walet ada menyatakan bahawa kos
operasi bulanan adalah sangat rendah. Berdasarkan pengalaman beliau, bil
utilitinya tidak sampai pada harga RM75 sebulan untuk sebuah tapak kedai dua
tingkat berukuran 20 X 70 kaki selain daripada ia merupakan salah satu
pelaburan di mana boleh mendapatkan kembali wang pelaburan dalam masa tiga
tahun. Selainitu, pendapatan melalui jualan sarang burung yang berjaya juga
boleh mencecah pada paras sekitar RM350 ribu setahun.
Kejayaan menternak burung walet oleh Mohd Razali Abd Rahman
merupakan salah satu bukti kejayaan beliau apabila beliau sekadar mencubacuba untuk berkecimpung dalam industri penternakan burung walet. Kini jumlah
burung walet yang datang berteduh di premis yang diubah suai untuk dijadikan
perumah haiwan tersebut telah mencecah lebih 1000 ekor. Beliau turut
menambah, proses memungut sarang burung walet dilakukan tiga hingga empay

16

kali setahun dan beliau membahagikan sarang burung tersebut kepada gred A
Super, gred AB dan gred C.
Walaupun penternakan sarang burung walet mampu mencecah ribuan
ringgit, namun ianya tetap memberikan masalah kepada pengusaha. Bagi
sesetengah spesies burung walet seperti Chaetura Pelagica mampu memberikan
masalah kepada penternak kerana dengan kehadiran burung spesies ini akan
menyebabkan matlamat mereka untuk menternak sarang burung walet akan
tergendala. Hal ini kerana, burung seperti Chaetura Pelagica secara amnya tidak
merosakan struktur yang dibina oleh pengusaha namun, mereka akan menginap
di kawasan berkenaan pada waktu dan masa yang tidak sesuai di samping
banyak wang yang diperlukan untuk menghalaunya keluar. Menurut Encik Razali,
musuh utama burung walet dalam bangunan ialah burung hantu dan tikus kerana
selain membunuh burung tersebut, ia juga memakannya.

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, sektor penternakan ini merupakan satu bidang pekerjaan
yang baik dan mendatangkan pendapatan yang lumayan jika melakukannya
dengan bersungguh-sungguh. Tambahan pula tidak ramai masyarakat daripada
golongan muda yang sanggup mengambil risiko untuk menceburi bidang ini
17

walaupun

kerajaan

telah

penduduk

menceburi

melakukan

bidang

pelbagai

penternakan

ini.

usaha
Hal

bagi
ini

menggalakkan

kerana,

mereka

berpendapat bahawa pekerjaan dari sektor penternakan ini tidak mendatangkan


pendapatan yang lumayan serta memerlukan tenaga dan perhatian yang
sepenuhnya.

Sebenarnya,

sektor

penternakan

ini

boleh

mendatangkan

pendapatan yang lumayan kerana daripada penternakan seperti penternakan


rusa pelbagai produk dapat dihasilkan seperti tempat menyangkut topi, tongkat,
payung, jaket, trofi dan sebagainya. Setiap bidang pekerjaan mempunyai
masalah yang tersendiri begitu juga dengan sektor penternakan. Namun begitu,
masalah ini dapat diatasi dengan pelbagai usaha yang telah dilakukan. Badanbadan yang bertanggungjawab seperti PERHILITAN dan Jabatan Pertanian Negara
turut memainkan peranan dalam memberi galakan kepada masyarakat untuk
menceburi dalam sektor penternakan ini. Oleh itu, kerajaan memainkan peranan
serta memberi perhatian dalam memajukan sektor penternakan sama ada
penternakan rusa, arnab, burung walet, lembu, kambing, dan penternakan lain
yang terdapat di dalam negara ini. Tambahan pula sektor penternakan ini juga
turut memberi sumbangan kepada pendapatan negara dalam membangunkan
ekonomi negara.

RUJUKAN

18

Animal

Diversity

Web.

Diperoleh

pada

Mac

12,

2014

daripada

http://animaldiversity.ummz.umich.edu/accounts/Chaetura_pelagica/#eco
nomic_importance_negative
DNA

Global.

Diperoleh

pada

Mac

16,

2014

daripada

https://dnaglobal2u.com/products/
Dr. Christopher Lim (2009). Menjadi Jutawan Melalui Penternakan Burung Walet:
Sebuah Panduan Lengkap. Kuala Lumpur: True Wealth Sdn. Bhd.
Harian

Metro:

Agro.

Diperoleh

pada

Mac

12,

2014

daripada

http://www.hmetro.com.my/articles/Inapdesaburungwalet/Article
Jabatan

Perkhidmatan

Veterinar.

Penternakan

Arnab.

Putrajaya:

KementerianPertaniandanIndustriAsasTani
Khairul Azman Arshad (2002). Penternakan Rusa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Harry K. Nugroho & Arief Budiman (2012). Suksess Mengurus Industri Ternak
Burung Walet. Kuala Lumpur: S.A.Majeed & Co. Sdn Bhd.
MARDI (1995). Penternakan Arnab. Selangor.
Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.http://www.dvs.gov.my/
Sinar Harian (2012). Usahawan Muda Arnab. Diperoleh pada Mac 12, 2014
daripada http://www.sinarharian.com.my/rencana/usahawan-muda-arnab
Sinar Harian (2012). Potensi Ternakan Rusa, Mudah dan Jimat. Diperoleh pada
Febuari 8, 2014 daripada
http://www.sinarharian.com.my/rencana/potensi-ternakan-rusa-mudahdan-jimat
Sarang

Walet.

Diperoleh

pada

Mac

12,

2014

daripada

http://artikelsarangwalet.blogspot.com/2010/12/kandungan-nutrisisarang-walet-yang.html
Walit

Gold.

Diperoleh

pada

Mac

16,

2014

daripada

http://www.walit-

gold.com/Laman_Utama.html

19

Anda mungkin juga menyukai