Anda di halaman 1dari 3

Mikro pengajaran ialah proses menguasai setiap kemahiran asas

mengajar. Ia merupakan proses yang memberi peluang kepada guru


mengasah kemahiran mengajar mereka dalam situasi yang kurang
mengancam dan mudah dipantau kerana masa mikropengajaran
biasanya singkat iaitu antara 5 hingga 10 minit. Mikropengajaran amat
berguna kepada bakal guru,

kerana dapat

membantu

mereka

menguasai setiap satu kemahiran asas mengajar secara berperingkat.


Mengikut Micheel J. Wallace, pengajaran mikro adalah penemuan
pengajaran yang dimudahkan. Pengertian itu membawa makna iaitu
satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas
guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid
dikecilkan.
Dari

perspektif

seorang

guru

yang

berpengalaman,

kemahiran

mikropengajaran boleh digunakan secara integrasi serta dilaksanakan


secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku
secara efektif. Terdapat sepuluh kemahiran mikropengajaran yang perlu
dimiliki oleh seseorang guru agar pengajarannya lebih berkesan.
Kemahiran-kemahiran tersebut adalah kemahiran set induksi, kemahiran
pelbagai rangsangan, kemahiran tunjuk cara, kemahiran menyoal,
kemahiran bercerita, kemahiran menyampai, kemahiran penggunaan
sumber pengajaran, kemahiran penggunaan papan tulis, kemahiran
pengukuhan dan kemahiran penutup.
Kemahiran set induksi umpamanya, adalah cara guru memperkenal
atau memulakan sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu sesuatu
pelajaran. Pada setiap episod pengajaran, guru hendaklah menegaskan
kepada muridnya tugasan yang akan dibuat. Guru perlu mengekalkan
dan menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka untuk
membuat aktiviti, berfikir dan belajar. Guru juga memandu muridnya ke

arah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan


pengalaman

lalu serta

pengalaman

sedia ada

murid.

Justeru,

melaksanakan set induksi yang berkesan memerlukan guru menguasai


dan mempraktikkan elemen-elemen berikut :
1.

Menarik perhatian

Guru boleh menggunakan suara, gerak geri dan pandangan mata untuk
menarik perhatian murid kearah pelajaran yang diajar. Ia juga boleh
menggunakan bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar dan
pelbagai interaksi yang lain.
2.

Menimbulkan pergerakan

Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan


dan menunjukkan semangat serta kesungguhan terhadap perkara yang
ingin diajarnya. Guru perlu merangsang naluri ingin tahu atau menarik
minat mereka dengan bercerita atau memulakan aktiviti.
3.

Struktur

Guru menentukan dengan jelas hal bagi tugasan yang diberikan kepada
muridnya. Contohnya, "hari ini kita akan melihat beberapa keping
gambar

dan

kemudian

kita

akan

bincangkannya".

"Selepas

perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya". Guru menolong


muridnya dengan mencadangkan beberapa cara menulis cerita itu.
4.
Guru

Membuat perkaitan
boleh

membuat

perbandingan

dan

perbezaan,

seperti

membandingkan penglibatan dan pencapaian di antara Datuk Lee

Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David. Guru merujuk kepada situasi
semasa untuk menarik perhatian.
Rumusannya, set induksi yang berkesan ialah :

Set induksi yang bermakna kepada murid dari segi umur,


kebolehan dan minat.

Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif


pelajaran.

Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia


ada murid.

Belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketahui.

Anda mungkin juga menyukai