Anda di halaman 1dari 2

Falsafah dan Dasar

Forum 2 :
Keruntuhan akhlak remaja kini disebabkan guru-guru
gagal

menterjemahkan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.

Bincangkan.

Baru-baru ini, masyarakat Malaysia digemparkan dengan berita serta isu


hangat berkaitan salah laku remaja perempuan yang lari dari rumah
kerana mengikut pujukan kekasih. Berita ini menjadi semakin sensasi
apabila mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar dan media
elektronik. Dalam usia terlalu muda, remaja kita sebenarnya telah
terjebak dengan pelbagai salah laku negatif termasuk penyalahgunaan
dadah, lumba haram, kes ragut, gengsterisme dan isu-isu salah laku
seksual. Ianya kini telah semakin menular samada di kawasan bandar
maupun di kawasan luar bandar.
Falsafah Pedidikan Kebangsaan (FPK) dengan jelas mengungkapkan
bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan

potensi

individu

secara

menyeluruh

dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari


segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Dalam konteks menangani isu salah laku,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan jelasnya menghuraikan
bahawa proses pendidikan di Malaysia disasar untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis yang memiliki dan menghayati ilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan
yang teguh kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram,

tubuh badan yang sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan
orang lain.
Dari segi penghayatan rohani pula, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
berperanan sebagai panduan untuk menerapkan nilai-nilai menyedari
dan

menginsafi

pemberian

adanya

Pencipta,

Pencipta,

menyedari

menghargai

dan

menginsafi

dan

mensyukuri

tanggungjawab,

memupuk dan membina disiplin kendiri serta membentuk akhlak mulia.


Justeru, berdasarkan huraian di atas, mungkin ada kebenarannya
pendapat bahawa

punca berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan

remaja adalah disebabkan oleh kegagalan guru-guru menterjemahkan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pelaksanaan tanggungjawab
mereka. Jika para guru benar-benar menghayati Falsafah Pendidikan
Kebangsaan sebagai panduan dalam pelaksanaan proses pendidikan di
sekolah, masalah ini mungkin boleh di atasi.
Namun begitu, janganlah pula kita lupa bahawa dalam dunia yang
semakin maju dan canggih ini, para remaja kita sebenarnya lebih
terdedah dengan pelbagai ancaman dan pengaruh negatif yang lebih
hebat di luar lingkungan pendidikan mereka di sekolah. Penyalahgunaan
internet,

pengaruh

television

dan

majalah

umpamanya

terbukti

mempunyai kesan yang lebih kuat berbanding penerapan nilai-nilai


menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hakikatnya, proses pendidikan seharusnya merupakan usaha bersama
oleh segenap lapisan masyarakat. Tidak akan sempurna usaha
pendidikan jika penerapan nilai-nilai murni tidak dilaksanakan secara
selari serta bersepadu samada di sekolah atau di luar sekolah.
Janganlah sampai terjadi umpama,Di sekolah murid diajar kencing
berdiri sebaliknya di luar sekolah pula mereka di ajar kencing berlari .