Anda di halaman 1dari 3

Sebagai guru, nyatakan salah satu daripada sepuluh kemahiran

mikropengajaran yang perlu dimiliki oleh seseorang guru agar


pengajarannmya lebih berkesan. Huraikan.
Mikro

pengajaran

ialah

proses

menguasai

setiap

kemahiran

asas

mengajar. Ia merupakan proses yang memberi peluang kepada guru


mengasah kemahiran mengajar mereka dalam situasi yang kurang
mengancam dan mudah dipantau kerana masa mikropengajaran biasanya
singkat iaitu antara 5 hingga 10 minit. Mikropengajaran amat berguna
kepada bakal guru, kerana dapat membantu mereka menguasai setiap
satu kemahiran asas mengajar secara berperingkat. Mengikut Micheel J.
Wallace,

pengajaran

mikro

dimudahkan. Pengertian
pengajaran

yang

dipermudahkan,

itu

telah

mata

adalah

penemuan

membawa

dikurangkan

pelajaran

makna

iaitu

skopnya,

dipendekkan

pengajaran
satu

iaitu

dan

tugas

bilangan

yang
situasi
guru
murid

dikecilkan.
Dari

perspektif

seorang

guru

yang

berpengalaman,

kemahiran

mikropengajaran boleh digunakan secara integrasi serta dilaksanakan


secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku
secara efektif. Terdapat sepuluh kemahiran mikropengajaran yang perlu
dimiliki

oleh

seseorang

guru

agar

pengajarannya

lebih

berkesan.

Kemahiran-kemahiran tersebut adalah kemahiran set induksi, kemahiran


pelbagai

rangsangan,

kemahiran

tunjuk

cara,

kemahiran

menyoal,

kemahiran bercerita, kemahiran menyampai, kemahiran penggunaan


sumber pengajaran, kemahiran penggunaan papan tulis, kemahiran
pengukuhan dan kemahiran penutup.
Kemahiran set induksi umpamanya, adalah cara guru memperkenal atau
memulakan sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran.
Pada setiap episod pengajaran, guru hendaklah menegaskan kepada
muridnya tugasan yang akan dibuat. Guru perlu mengekalkan dan
menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka untuk membuat
aktiviti, berfikir dan belajar. Guru juga memandu muridnya ke arah

manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman


lalu serta pengalaman sedia ada murid. Justeru, melaksanakan set induksi
yang berkesan memerlukan guru menguasai dan mempraktikkan elemenelemen berikut :
1.

Menarik perhatian

Guru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk


menarik perhatian murid kearah pelajaran yang diajar.

Ia juga boleh

menggunakan bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar dan


pelbagai intraksi yang lain.
2.

Menimbulkan pergerakan

Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan


dan menunjukkan semangat serta kesungguhan perkara yang diajarnya.
Guru boleh juga menggerakkan muridnya dengan merangsang naluri ingin
tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau memulakan
aktiviti.
3.

Struktur

Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya,


seperti Tengah hari ini kita akan melihat beberapa keping gambar dan
kemudian kita akan bincangkannya.
akan

menulis

ceritanya.

Guru

Selepas perbincangan itu kamu


menolong

muridnya

dengan

perbezaan,

seperti

mencandangkan beberapa cara menulis cerita itu.


4.
Guru

Membuat perkaitan
boleh

membuat

perbandingan

dan

membandingkan papan tanda berlampu yang terdapat di Semenanjung


Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau Sarawak. Guru merujuk
kepada situasi semasa untuk menarik perhatian.
Rumusannya, set induksi yang berkesan ialah :

a)

Set insuksi yang bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan

b)

dan minat.
Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif

c)

pelajaran.
Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada
murid, belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan
diketuhui.