Anda di halaman 1dari 2

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menggantikan


Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah lama
diperkenalkan. KSSR merupakan penambahbaikan dalam aspek
reka bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa,
kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
KSSR juga diperkenalkan untuk menangani isu-isu pendidikan
seperti kepadatan jadual waktu, bilangan mata pelajaran yang
banyak serta keterlaluan penekanan kepada kecemerlangan
akademik. KSSR memberi penekanan kepada pembelajaran
menyeronokkan, pengurangan bilangan mata pelajaran, serta
memberi perhatian kepada pentaksiran berasaskan sekolah.
KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan
pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (selfcontained) yang dinamakan sebagai modul. Tiga elemen nilai
tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan
inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
yang
bertujuan
memenuhi
keperluan
murid
dalam
membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan,
berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta
berkeperibadian mulia.
Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini adalah
langkah pertama kementerian membentuk modal insan yang
berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti
Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru
pada masa hadapan. Justeru, langkah kementerian yang berusaha
menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari
bangku sekolah rendah melalui KSSR adalah tepat kerana bukan
semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah
mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil.
Elemen keusahawanan juga telah diperkenalkan dalam KSSR bagi
memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawan yang
sememangnya mempunyai potensi yang besar untuk diterokai.
Menjadi keperluan sejak di bangku sekolah rendah lagi dipupuk
semangat berniaga di kalangan murid bagi menggalakkan mereka
menceburi bidang ini. Sudah sampai masa untuk negara

melahirkan generasi yang bukan sahaja berkeupayaan dalam


bidang sains dan teknologi tetapi juga berpotensi untuk menjadi
usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan
ekonomi di masa hadapan.
Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi pula
adalah cabaran yang perlu dihadapi generasi pada masa, kini.
Sehubungan itu, setiap modal insan perlu dipersiapkan dengan
cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam, persaingan
global. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan
diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam
perlaksanaan KSSR. Memantapkan kemahiran murid berasaskan
elemen ini juga dilihat mampu membuka ruang kepada mereka
untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan
pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya
berada di dalam bilik darjah sahaja.
Kesimpulannya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
merupakan kurikulum yang dinamik dan digubal bagi memastikan
anak didik di sekolah dibekalkan dengan ilmu yang relevan
dengan keperluan dan cabaran abad ke- 21, ke arah
membangunkan modal insan negara bertaraf dunia.

Anda mungkin juga menyukai