Anda di halaman 1dari 2

Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda mampu memartabatkan

profesion keguruan?
Profesion keguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab
guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa
pelajar. Demi memartabatkan profesion keguruan, saya berpendapat guru
haruslah membangunkan sahsiah dan keperibadian dirinya untuk menjadi
rujukan dan ikutan murid-murid. Pembangunan sahsiah guru bukan sahaja
dapat meletakkan tahap kemuliaan pada dirinya sendiri, malah ianya juga
akan menjadi antara faktor penentu berhubung apakah yang mampu diubah
dan dibangunkan oleh guru berkenaan terhadap sahsiah murid-muridnya di
sekolah.
Demi memartabatkan profesion keguruan, seorang guru akan meletakkan
kepentingan murid mengatasi semua kepentingan-kepentingan lain. Guru
haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.
Memberi perhatian dan pengajaran kepada mereka tanpa mengira bangsa,
agama atau kepercayaan. Guru yang bertanggungjawab sememangnya
menyedari bahawa pendapat lumayan yang mereka terima untuk kerjaya
guru adalah disebabkan murid. Jika tiada murid maka tiadalah guru.
Demi memartabatkan profesion keguruan juga, guru haruslah bertugas
sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke
arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. Mereka haruslah mendidik
dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tanpa mengira
bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat
asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. Guru haruslah mengesan,
menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing
mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya
cipta dan lain-lain. Guru juga haruslah menghormati hak setiap murid supaya
maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau
agensi yang tidak berkenaan.

Guru yang profesional tidak boleh sama sekali memaksakan kepercayaan,


keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya. Mereka tidak harus
menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat
atau negara. Keutamaan guru adalah menanamkan sikap yang baik terhadap
semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara
yang taat dan berguna.
Guru yang berdedikasi tidak harus menyatakan atau membuat sesuatu yang
boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya. Mereka
tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran
atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti
sekolah melainkan bayaran yang disahkan. Mereka juga tidak seharusnya
mengiklankan diri untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Mereka
tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
Usaha untuk mempertingkatkan laluan kerjaya keguruan perlu dilaksanakan
dengan cara yang bermoral iaitu berdasarkan kecekapan untuk tujuan
kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan. Elakkanlah pengamalan
cara sehingga menjatuhkan nama baik guru lain atau mengiklankan dirinya
dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu
pangkat dalam profesion perguruan.