Anda di halaman 1dari 1

1.

0 Pendahuluan
1Bestarinet merupakan salah satu daripada komponen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Projek ini dilaksanakan untuk memberi pembaharuan dan kaedah
pendidikan baru di Malaysia dan merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar.
Di bawah 1Bestarinet, sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan
pengajaran, pembelajaran, kerjasama dan fungsi-fungsi pentadbiran untuk mengambil tempat melalui
Persekitaran Pembelajaran Maya berasaskan internet (Frog VLE) yang boleh diakses di sekolah dan
dari mana-mana tempat lain melalui internet. Bagi merealisasikan projek KPM 1Bestarinet, SMK
Kiaramas mengambil inisiatif dengan melancarkan Frog Buzz Week bagi memberi kesedaran
kepada seluruh warga Kiaramas bahawa Persekitaran Pembelajaran Maya berasaskan internet (Frog
VLE) telahpun sampai ke sekolah dan seluruh warga sekolah perlu berganding bahu bagi
mengoptimumkan penggunaannya dalam sesi pembelajaran dan pengajaran serta kerja-kerja
pentadbiran.
2.0 Objektif Program

Program Frog Buzz Week diadakan adalah bertujuan untuk :


a) Mempromosi penggunaan Frog VLE dalam kalangan seluruh warga Kiaramas sama ada para
pentadbir, guru-guru, para pelajar serta staf sokongan.
b) Melatih seluruh warga Kiaramas mengaplikasi Frog VLE dalam tugasan seharian
c) Memastikan guru-guru dan para pelajar mengaplikasikan Frog VLE dalam PdP
d) Mengedar username dan kata laluan kepada para pelajar dan ibu bapa
3.0 Nama Program : Frog Buzz Week
4.0 Tema : Are You Ready To Be Froggified?
5.0 Tarikh : 18 Mac 2013 hingga 22 Mac 2013
6.0 Tempat : Dewan Kiaramas, Makmal Komputer dan Pusat Sumber Kiaramas
7.0 Kumpulan Sasaran : Pelajar-pelajar, ibu bapa, guru-guru dan staf sokongan SMK Kiaramas

Anda mungkin juga menyukai