Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan
Pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah sering menjadi perbincangan
dikalangan ahli akademik dan masyarakat. Proses pengajaran dan pembelajaran
Sejarah dalam bilik darjah dianggap masih bersifat konservatif, tradisional, tidak aktif
dan gagal mewujudkan suasana attractive dalam pengajaran dan pembelajaran hingga
memberi implikasi dan pengaruh negatif kepada pelajar. Kegagalan proses pengajaran
dan pembelajaran Sejarah menyebabkan matlamat pendidikan Sejarah yang digariskan
tidak dapat dicapai sepenuhnya. Justeru itu pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik
darjah memerlukan satu bentuk transformasi dan inovasi yang baru seiring dengan
perubahan dan perkembangan pendidikan di Malaysia.
Ekoran daripada itu ,kerajaan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran
Malaysia,telah memperkenalkan subjek Sejarah kepada murid tahap dua mulai tahun 4
sebagai mata pelajaran teras di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
mulai 2014.Ini bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah
di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta
kemahiran Sejarah.
1.1 Definisi Sejarah
Berbagai- bagai pengertian telah dikemukakan oleh sejarawan. 1Menurut Bapa
Sejarah Herodotus, Sejarah bermaksud penyelidikan atau penyiasatan terhadap
segala peristiwa silam mahupun sezaman. Pendapat Ibnu Khaldun pula,sejarah ialah
catatan atau maklumat tentang masyarakat dan tamadun dunia dan perubahan yang
berlaku pada masyarakat tersebut.Abdul Rahman Abdullah, sejarah sebagai fakta
memerlukan pemikiran subjektif (interpretasi)sejarahwan yang bertanggungjawab.
1.2 Latar belakang Kurikulum Sejarah

1 Ismail bin Said Phd & Rosadah Nik Ali (2013).Kurikulum Sejarah Sekolah
Rendah.Siri Pendidikan Perguruan.
1

Perkembangan kurikulum Sejarah di Tanah Melayu telah wujud sejak zaman sebelum
merdeka lagi seperti yang ditegaskan oleh Philip Loh, (1975) dalam Aini Hassan (2008).
Namun perkembangannya di zaman pra kemerdekaan agak perlahan dan kurang
diberi perhatian. Kurikulum Sejarah ketika ini dianggap sebagai mata pelajaran
tambahan. dan diajar bertujuan supaya pelajar dapat memahami budaya Melayu
melalui pengalaman kesusasteraan khususnya berbentuk hikayat seperti Sejarah
Melayu dan Hikayat Hang Tuah (Khoo Kay Kim 1992). Malahan pihak British tidak
pernah menekankan kurikulum Sejarah tempatan kerana wujud rasa kebimbangan
tentang kedudukan politik dan ekonomi mereka akan tergugat (Suffean Husin 1996).
Hanya pada tahun 1930an barulah subjek Sejarah diajar di sekolah-sekolah aliran
Melayu. dan ketka ini lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti membaca dan menghafal
fakta-fakta yang terdapat dalam buku teks Sejarah sahaja.
Walau bagaimanapun selepas Perang Dunia ke 2, kurikulum Sejarah mulai
mengalami perubahan. Namun terikat menurut persepsi barat, seperti yang ditegaskan
oleh Abdul Razaq dan Ramli (2007) yang menjelaskan kurikulum Sejarah ketika itu
lebih banyak menceritakan latar belakang masyarakat Eropah dan menggambarkan
matlamat nasional yang jelas. Kurikulum sejarah yang diguna ketika ini dilihat berbezabeza mengikut aliran sekolah vernakular ketika itu. Ini turut diperakui oleh Norrizan
(2003) yang menjelaskan kurikulum Sejarah ketika itu mencerminkan kepentingan dan
propaganda penjajah yang sangat berkesan.
Di sekitar tahun 1950an, perbincangan kurikulum Sejarah mula mendapat
perhatian dalam kalangan sejarawan tempatan. di mana wujud desakan agar kurikulum
Sejarah ditulis dari kaca mata tempatan dan bukannya dilihat dari perspektif barat
semata-mata Beberapa kongres dan forum dilaksanakan seperti 2Seminar Sejarah
Malaysia 1 dan II pada tahun 1973 dan 1974 (Siti Zainun Mat 1988). Hasil,dapatan
seminar telah menggesa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan
pendekatan berpusatkan ke-Malaysiaan dalam menggubal sukatan pelajaran dan
penulisan buku Hasilnya lahir cadangan agar Kementerian Pelajaran Malaysia
mewujudkan kurikulum Sejarah yang lebih bersifat Malaysian Centric.teks Sejarah
(Siti Zainun Mat 1988, 1990). Keadaan ini memperlihatkan bahawa setelah negara
2 Siti Zainun Mat .(1988) Seminar Sejarah Malaysia 1 & 11 tahun 1973 dan 1974
2

mencapai kemerdekaan kesedaran mengenai perlunya menggubal kurikulum yang


lebih bersifat kepada kenegaraan Malaysia semakin meningkat.
Menurut Aminudin Baki terdapat 2 prinsip asas yang perlu wujud dalam kurikulum
Sejarah di sekolah-sekolah Tanah Melayu pada waktu itu iaitu penekanan pengajaran
dan pembelajaran Sejarah harus diberi kepada situasi di Tanah Melayu. Fokus kepada
sejarah sosial dan ekonomi negara untuk menunjukkan kebergantungan budaya antara
masyarakat berbilang kaum di Malaya. Keduanya, Penekanan kepada Sejarah Malaya
dalam konteks hubungannya dengan negara-negara serantau Asia dan dunia. Ini
bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar terhadap sumbangan negara terhadap
peradaban dunia.

Anda mungkin juga menyukai