Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pengenalan
Bagi memenuhi jam kredit bagi semester tujuh, mahasiswa dikehendaki menjalani kursus
KPR3028 Latihan Mengajar di sekolah. Jam kredit yang diperuntukkan adalah sebanyak
lapan jam bersamaan dengan 16 minggu persekolahan. Latihan mengajar yang telah
dijalankan bermula pada 14 Julai 2014 sehingga 7 November 2014.
Saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Perdagangan tingkatan 4 dan
subjek Pendidikan Sivik tingkatan 1 dan 4. Sepanjang menjalani latihan mengajar selama
16 minggu di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, pelbagai pengalaman yang telah
diperoleh. Segal pengalaman tersebut amat memberi makna kepada diri saya sebagai
bakal pendidik.. Hakikatnya, pekerjaan sebagai guru mahupun pendidik bukanlah suatu
tanggungjawab yang ringan. Hal ini kerana, tanggungjawab pendidik umumnya dan
sebagai guru pendidikan Islam khususnya adalah mencorak diri pelajar menjadi hamba
Allah yang berguna kepada masyarakat, berbakti pada kedua ibu bapa dan lain-lain
matlamat. Dalam menyampaikan ilmu, guru amat berperanan penting supaya ilmu yang
hendak disampaikan masuk pada hati para pelajar. Pelbagai masalah dan cabaran yang
perlu dihadapi oleh seorang pendidik. Pendidik akan sentiasa behadapan dengan pelbagai
cabaran semasa mendidik dan segala cabaran yang dihadapi perlu diatasi dengan bijak.
Selain itu, berdasarkan pengalaman yang telah dihadapi semasa latihan mengajar,
pelbagai iktibar yang boleh dijadikan panduan dan pengajaran sebagai bekalan apabila
mengajar tetap di sekolah kelak.
Bersama-sama ini, akan diceritakan serba sedikit berkaitan kelemahan dan kekuatan
yang dihadapi sepanjang latihan mengajar yang lepas. Semoga perkongsian yang
dikemukakan akan memberi manfaat bersama kelak demi penambahbaikan apabila
berada di alam pekerjaan sebagai seorang guru dan pendidik yang sebenar kelak.

1.1 Latar belakang sekolah


Saya telah berpraktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib atau
nama ringkasnya SMART, yang merupakan salah sebuah sekolah aliran kebangsaan di
Teluk Intan. Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, adalah sebuah sekolah yang dibina
di kawasan Teluk Intan yang juga dikenali dengan nama asal Sekolah Menengah
Kebangsaan Batu Empat. Sekolah ini terletak di Batu 4, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan
dan tapak ini dibeli sewaktu Tuan Haji Yahya bin Othman memegang jawatan sebagai
Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak. Sekolah ini mula dibina pada tahun 1995 dan siap
menjelang bulan November 1996. Tempoh saya berpraktikum di sekolah ini adalah
selama 16 minggu iaitu bermula dari 14 Julai 2014 dan tamat pada 7 November 2014.

Gambar 1 : Pemandangan sekolah daripada pintu pagar utama.

1.2 Latar belakang kelas dan pelajar


Saya telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk mengajar empat kelas iaitu 4 Sains, 4
Teknik, 4 Kemanusiaan 1, dan 1 Bestari. Saya diminta untuk mengajar subjek major saya
iaitu perdagangan dan subjek tambahan iaitu Pendidikan Sivik. Jumlah semua pelajar
yang saya mengajar ialah seramai 92 orang. Jumlah pelajar di dalam setiap kelas tidak
terlalu ramai. Saya mendapat kelas hadapan dan pertengahan. Pelajar yang berada di
kelas pertama dan kelas kedua tidak mempunyai masalah dari segi pemahaman isi
pembelajaran. Tetapi kelas ketiga mengalami sedikit masalah dari segi pemahaman isi
pembelajaran. Selain itu juga, kelas ketiga mengalami masalah dari segi pembacaan.
Namun begitu, saya dapat mengajar dan membantu pelajar dalam pembelajaran.
Sepanjang menjalankan latihan mengajar, saya tidak mengalami masalah yang besar
dalam mengendalikan PdP di dalam kelas. Hampir kesemua pelajar saya memberi
kerjasama yang baik sepanjang tempoh latihan mengajar.

2.0 Isu atau masalah latihan mengajar


2.1 Isu / masalah 1
ISU / MASALAH
Antara isu yang dihadapi semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di
dalam kelas ialah ketidaksediaan guru pelatih untuk mengajar. Terdapat beberapa komen
daripada pensyarah penyelia dan guru pembimbing mengenai isu ini. Sebagai contoh guru,
kurang berani untuk mengajar dan keyakinan diri guru menurun kerana ketidaksediaan
untuk mengajar.
ANALISIS ISU / MASALAH
Guru kurang persediaan sebelum masuk mengajar. Hal ini berlaku kerana kesuntukkan
masa, kelalaian guru, dan sebagainya. Guru pelatih terbeban dengan kerja-kerja lain hingga
menyebabkan kurang persediaan. Guru juga banyak tertumpu pada satu perkara sahaja
hingga menyebabkan guru kurang bersedia ketika menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Guru kurang bijak dalam meguruskan masa. Hal ini menyebabkan,
guru tidak dapat membuat persediaan yang baik sebelum menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajara (PdP).
CADANGAN
Guru diminta untuk lebih banyak membuat persediaan sebelum mengajar. Guru juga
disarankan untuk banyak membuat ulang kaji agar lebih bersedia apabila berhadapan
dengan pelajar. Guru juga dinasihatkan supaya meningkatkan keyakinan diri dan tidak
terlalu kelihatan gemuruh semasa menjalankan PdP di dalam kelas. Guru juga perlu bijak
dalam menguruskan masa agar guru lebih bersedia dan berkeyakinan dalam melaksanakan
PdP di dalam kelas. Selain itu, guru juga dinasihatkan agar memperbanyakkan aktiviti yang
melibatkan pelajar agar ketidaksediaan guru dapat ditampung oleh aktiviti.

TINDAKAN SUSULAN
Sebelum guru masuk mengajar, guru perlu membuat ulang kaji mengenai tajuk yang akan
diajar. Selain itu juga, guru perlu bersedia dari semua segi seperti bahan bantu mengajar
(bbm), isi pengajaran dan sebagainya. Guru juga perlu memberi peneguhan kepada pelajar
yang membuat penerangan dengan baik. Guru perlu bijak dalam menguruskan masa. Hal
ini kerana, guru dapat membahagikan masa untuk membuat persediaan mengajar. Guru
juga boleh meminta pelajar untuk mengulang kaji terlebih dahulu, agar guru lebih mudah
untuk menyampaika PdP serta pelajar juga akan lebih cepat untuk memahami sesuatu
topik.

2.2 Isu / masalah 2


ISU / MASALAH
Penguasaan isi pembelajaran juga menjadi salah satu isu semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Guru kurang menguasai isi pembelajaran dan menyebabkn guru
hilang fokus sesama sesi pengajaran. Sebagai contoh guru lebih banyak melihat dan
membaca daripada buku semasa menyampaikan isi pembelajaran kepada pelajar.
ANALISIS ISU / MASALAH
Masalah ini berlaku kerana guru kurang mengulang kaji tajuk yang bakal diajar. Guru
terlalu terikat dengan buku teks. Hal ini menyebabkan guru terbatas dalam memberi
penerangan kepada pelajar.
CADANGAN
Guru diminta untuk lebih banyak membaca dan membawa bahan tambahan sepeti buku
rujukan, majalah dan sebagainya. Guru juga disarankan supaya membuat ulang kaji dan
nota ringkas bagi tajuk yang bakal diajar.
TINDAKAN SUSULAN
Guru akan memperbanyak rujukan dan bbm. Selain itu, penguasaan guru terhadap isi
pelajaran dapat dikuatkan apabila guru menulis, membaca dan mengulang apa yang ditulis
semasa menyediakan bahan bantu mengajar (BBM). Guru boleh menulis isi penting di
papan putih, nota kecil dan peta minda.

2.3 Isu / masalah 3

ISU / MASALAH
Guru kurang menggunakan bahan bantu mengajar (bbm) semasa mengedalikan sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru lebih banyak menggunakan pendekatan audio
berbanding visual, kinestetik dan digital. Guru lebih banyak merujuk buku teks dan kurang
menggunkan bahan bantu mengajar yang maksimum
ANALISIS ISU / MASALAH
Bahan bantu mengajar guru terhad kepada papan putih, kertas mahjong dan gambargambar yang dicetak. Pelajar tidak dapat diransang melalui pembentangan menggunakan
komputer dan projektor. Cara pembelajaran menjadi terhad dan lebih bersifat tradisional.
Hal ini menyebabkan guru lebih banyak mengguna pendekatan audio berbanding visual,
kinestetik dan digital.
CADANGAN
Guru disarankan untuk menggunakan banyak bahan bantu mengajar semasa
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru juga perlu mempelbagaikan
bahan bantu mengajar agar lebih menarik. Guru disarankan mengajar menggunakan alat
digital seperti komputer.
TINDAKAN SUSULAN
Guru perlu mempelbagaikan strategi pembelajaran dan tidak hanya tertumpu menggunakan
cara pembelajaran bersifat tradisional. Guru perlu mengubahkan cara pembelajaran agar
lebih menarik dan dapat membantu pelajar dalam memahami isi pembelajaran. Guru juga
perlu menyesuaikan bbm dengan tajuk yang dipelajari. Pelbagai jenis bbm yang boleh
digunakan seperti dam ular, peta minta, peta i-think dan sebagainya. Selain iu juga, guru
juga perlu menggunakan alat digital. Dengan penggunaan alat digital seperti sliad power
point, video dan sebagainya guru lebih mudah untuk menyampaikan PdP.

2.4 Isu / masalah 4


ISU / MASALAH

Guru banyak menggunakan pendekatan berpusatkan guru berbanding pendekatan


berpusatkan guru dan murid. Guru lebih memberi penerangan dan bercakap. Pelajar kurang
diberikan peluang dan ruang untuk melontarkan idea dan pendapat. Sebagai contoh, guru
memberi penerangan mengenai sesuatu pembelajaran tanpa bertanya kepada pelajar.
ANALISIS ISU / MASALAH
Guru kurang keyakinan untuk berinteraksi dengan pelajar. Guru banyak menggunakan
pendekatan berpusatkan guru kerana ingin menghilangkan rasa gementar. Guru takut
sekiranya hilang peranannya sebagai seorang guru.
CADANGAN
Pensyarah menasihati agar guru kurang mengunakan pendekatan berpusatkan guru. Guru
juga diminta untuk lebih menggunakan pendekatan berpusatkan murid. Guru juga perlu
memberi banyak ruang kepada pelajar untuk berkomunikasi di dalam kelas.
TINDAKAN SUSULAN
Guru perlu bijak merancang strategi di dalam kelas. Guru juga perlu menggunakan
pendekatan berpusatkan pelajar. Guru hanya perlu menerangkan secara ringkas dan isi
penting kepada pelajar. Guru perlu lebih banyak bertanya kepada pelajar. Guru
menggunakan interaksi dua hala. Guru merangsang setiap pelajar di dalam kelas untuk
berinteraksi.

2.5 Isu / masalah 5


ISU / MASALAH
Guru turut mengalami masalah dalam mengawal kelas. Guru tidak mengawal kelas dengan
sebaiknya. Hal ini kerana, di dalam kelas terdapat beberapa pelajar yang kurang
mendengar arahan guru. Hal ini menyebabkan kelas tidak dapat dikawal dengan sebaiknya.

Sebagai contoh semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), ada beberapa pelajar tidak
menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. Oleh yang demikian, guru tidak dapat
mengawal kelas dengan sebaiknya
ANALISIS ISU / MASALAH
Hal ini berlaku kerana, di dalam kelas terdapat beberapa pelajar yang kurang berminat
untuk belajar. Selain itu, mereka juga kurang memberi kerjasama dan kurang mendengar
arahan guru semasa sesi PdP berjalan.
CADANGAN
Guru disarankan supaya lebih tegas semasa sesi PdP berjalan. Guru juga perlu
memperbanyakan aktiviti-aktiviti yang menarik. Selain itu, set induksi perlulah unik dan
boleh menarik pelajar untuk memberi tumpuan kepada guru.
TINDAKAN SUSULAN
Guru perlu bijak dalam menarik perhatian semua pelajar di dalam kelas terutamanya
pelajar yang kurang berminat dan kurang memberi kerjasama. Set induksi guru perlu unik
dan berjaya menarik tumpuan pelajar. Guru juga perlu berhikmah dalam menangani pelajar
yang bermasalah. Guru perlu lebih memberi perhatian kepada pelajar yang kurang
berminat untuk belajar.

3.0 Rumusan
Kesimpulannya, segala pengalaman baru yang diperoleh merupakan salah satu ilmu yang
tidak saya perolehi semasa belajar di UPSI. Praktikal merupakan sebahagian daripada
kehidupan sebenar berada dalam bidang pendidikan yang mana memerlukan disiplin,
kawalan, professional, kebijaksanaan, strategi, kreativiti, berdikari dan lain-lain nilai
yang perlu ada pada seorang guru. Segala pengalaman yang diperoleh semasa
berpraktikal sedikit sebanyak telah member gambaran kepada saya berkaitan dunia

10

pendidikan dan kehidupan sebenar bidang pendidikan di sekolah.


Kalau sebelum ini hanya mempelajari teori tapi waktu berpraktikal merupakan
tempat untuk mengaplikasikan segala teori yang dipelajari dengan mempraktikkannya di
sekolah. Praktikum merupakan bidang sebenar bagi membuktikan ilmu, disiplin,
berdikari dan kemahiran yang diperoleh semasa belajar hampir 3 tahun di universiti. Pada
waktu praktikum jugalah guru pelatih didedahkan dan terlibat dengan masyarakat umum
yang mempunyai pelbagai pandangan, ragam, pengalaman yang tidak sama dengan guru
pelatih. Pada waktu tersebut jugalah dapat dilihat bagaimana personaliti sebenar seorang
dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur atau
sebaliknya.
Semasa praktikal merupakan masa yang sesuai untuk menimba sebanyak mungkin
pengalaman, pembelajaran, dan pelbagai jenis ilmu. Segala tunjuk ajar, teguran, nasihat
oleh pensyarah penyelia mahupun semua warga sekolah perlulah dijadikan pedoman dan
batu loncatan untuk menjadi guru yang berdedikasi suatu hari kelak.

4.0 Rujukan
Zaidatol Akmaliah Dan Habibah Ellias (1990) Strategi Pengajaran Kemahiran Hidup
Perdagangan dan Keusahawanan KBSM. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd
Zaidatol Akmaliah Dan Habibah Ellias (2000) Pengajaran-Pembelajaran Perdagangan,
Keusahawanan dan Ekonomi Asas. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia

11

Carol Dalglish And Peter Evans (2008) Teaching In The Global Business Classroom.
United Kingdom : Edward Elgar Publishing Limited

5.0 Lampiran

12

13

Anda mungkin juga menyukai