Anda di halaman 1dari 8

i.

Cari gali
: Syarikat Petronas sedang melakukan cari gali di perairan Sarawak
kerana dipercayai kawasan itu kaya dengan sumber gas asli.
ii.
Jati diri
: Generasi muda perlu memiliki akhlak mulia dan jati diri supaya
menjadi modal insan yang berkelas pertama.
iii.
Ruang legar
: Para pelancong sedang berehat di ruang legar hotel lima bintang itu
sementara menunggu giliran mereka untuk berdaftar tentang penginapan mereka.
iv.
Ulasan selari
: Juruulas itu sedang membuat ulasan selari ketika perlawanan bola
sepak itu sedang berlangsung.
v.
Ulang tayang
: Walaupun filem itu adalah ulang tayang, banyak penonton masih
minat terhadap filem itu.
vi.
Temu ramah
: Wartawan itu sedang membuat temu ramah dengan menteri itu
tentang isu kenaikan harga barangan.
Sarawak Zon C
i.
Baik
: Projek itu dilakukan dengan baik dan tidak terdapat sebarang
kecacatan.
ii.
Baik-baik
: Jagalah diri kamu dengan baik-baik ketika berada di perantauan,
pesan emak kepada saya.
iii.
Jarang
: Tidak elok kamu memakai baju yang jarang ke majlis rasmi,
kata Mak Jah kepada anaknya.
iv.
Jarang-jarang
: Sejak berpindah ke Bandar, dia jarang-jarang pulang ke kampung.
v.
Suka
: Saya tidak suka makan durian kerana benci akan baunya .
vi.
Suka-suka
: Mereka melakukan kerja itu sekadar suka-suka sahaja dan tidak
serius.
Sarawak Zon A
i.
Daya
: Kaum remaja memiliki daya ingin tahu yang kuat sehingga mereka
ingin mencuba sesuatu yang baru.
ii.
Daya saing
: Malaysia perlu meningkatkan daya saing supaya dapat bertanding
dengan negara maju dalam pelbagai bidang.
iii.
Ulang
: Kita perlu sentiasa membuat ulang kaji tentang pelajaran kita
supaya dapat mencapai keputusan yang cemerlang.
iv.
Ulang tahun
: Mereka sedang membuat persediaan tentang perayaan ulang tahun
sekolah yang ke-100 .
v.
Ambil
: Tolong ambil segelas air kepada datuk, kata emak kepada saya.
vi.
Ambil berat
: Isu tersebut perlu kita ambil berat dan tidak patut bersikap sambil
lewa sahaja.
Melaka
i.
Latar
: Para pelajar sedang menghias latar pentas itu untuk meraikan
perayaan Hari Guru.
ii.
Latar belakang : Sebelum menerima seseorang anggota keselamatan, pihak berkuasa
perlu menyiasat latar belakang mereka terlebih dahulu demi keselamatan negara.
iii.
Pusat
: Putrajaya kini telah menjadi pusat pentadbiran negara kita kerana
segala urusan persekutuan akan dijalankan di situ.
iv.
Pusat serenti
: Kebanyakan bekas penagih dadah yang keluar dari pusat serenti telah
pulih semula setelah menjalani rawatan dan latihan fizikal di situ.
v.
Jangka
: Jangka masa yang diperuntukkan kepada setiap pelajar untuk
menghabiskan projek sains tersebut ialah dua minggu.

vi.
Jangka hayat
: jangka hayat bagi bateri itu hanya setahun sahaja dan tidak tahan
lama.
Perak
i.
Lebih kurang
: Jumlah penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak itu lebih
kurang 50 rubu orang.
ii.
Baik buruk
: Sebelum bertindak, kita perlu mengkaji baik buruk kesannya supaya
tidak menyesal kelak.
iii.
Tinggi rendah
: Tinggi rendah gaji pekerja syarikat kami adalah bergantung pada
kelulusan dan kerajinan mereka.
iv.
Susah senang
: Setiap insan akan mengharungi susah senang dalam kehidupan
v.
Tua muda
: Kami tidak mengambil kira tua muda peserta tetapi mereka perlu
memiliki fizikal yang sihat.
vi.
Maju mundur
: Maju mundur sesebuah negara bergantung pada perpaduan negara
itu.
MRSM
i.
Reda
:Setelah ribut taufan reda, pasukan penyelamat berjaya
menyelamatkan semua mangsa dalam feri itu.
ii.
Redah
: Hutan yang tebal itu telah kami redah setelah mengambil masa 3
hari.
iii.
Paras
: Setelah hujan yang turun secara mencurah-curah, air sungai telah
mencapai paras yang berbahaya.
iv.
Parau
: Penyanyi yang tua itu bersuara parau dan kedengaran nada yang
sedih.
v.
Kerat
: Dia telah menyediakan beberapa kerat daging untuk memasak
gulai.
vi.
Kelat
: Rasanya pisang itu kelat kerana masih belum masak lagi.
Pulau Pinang
i.
Menjahit
: Ibu telah menjahit sehelai baju kurung kepada kakak sempena hari
jadinya.
ii.
Menyulam
: Gadis itu telah menyulam bunga-bungaan pada kain itu.
iii.
Menganyam
: Orang tua itu menganyam tikar mengkuang itu di halaman
rumahnya.
iv.
Mengait
: Kakak sedang mengait buah rambut dengan sebatang galah.
v.
Memilin
: Pekerja memilin tali itu daripada batang pisang yang telah
dikeringkan.
vi.
menyirat
: Ketika musim tengkujuh, para nelayan sedang menyirat jala.
Kelantan
i.
Nama
: Nama negara kita akan masyhur setelah berjaya menganjurkan
pelbagai pertandingan sukan antarabangsa.
ii.
Bernama
: Pensyarah yang bernama Dr. Aziz Ibrahim itu memang terkenal
dalam bidang bioteknologi.
iii.
Ternama
: yang ternama dan terpopular di Indonesia itu telah mengadakan
konsep di Stadium Shah Alam.
iv.
Menamakan
: Baginda pun menanamkan Raja Besar kepada anakanda baginda
./ Jawatankuasa parti politik itu hendak menamakan Datuk Kassim sebagai calon kerusi parlimen
Air Keruh.

v.
Kenamaan
: Orang kenamaan dan dif-dif terhormat di kawasan itu telah
diundangkan untuk meraikan majlis itu.
vi.
Penamaan
: Penamaan calon pilihan raya kecil akan diadakan pada hari Isnin
ini.
Selangor
i.
soal siasat
: Pihak polis telah mengadakan soal siasat terhadap seorang ahli
politik yang terlibat dalam kes rasuah.
ii.
soal jawab
: Sesi soal jawab akan diadakan setelah forum itu supaya para
penonton dapat mengetahui isu itu secara mendalam.
iii.
temu duga
: Banyak siswazah gagal mendapat pekerjaan kerana tidak dapat
berinteraksi dengan bahasa Inggeris dalam temu duga itu.
iv.
temu bual
: Kami telah mengadakan temu bual dengan seorang pakar motivasi
tentang isu membunuh diri.
v.
lemah lembut : Kita perlu bersikap lemah lembut ketika bertutur dengan ibu bapa.
vi.
lemah lesu
: Setelah bermandi peluh di sawah, dia kelihatan lemah lesu dan
sangat letih.
Wilayah Persekutuan
i.
peperiksaan
: Semua calon SPM akan menduduki peperiksaan tersebut bermula
dari 14 November ini.
ii.
Pemeriksaan
: Pegawai Jabatan Kesihatan sedang membuat pemeriksaan terhadap
kantin sekolah kerana beberapa orang pelajar telah keracunan makanan semalam.
iii.
persatuan
: Semua persatuan dan pertubuhan diminta berdaftar kepada pihak
berkenaan sebelum akhir tahun ini.
iv.
Penyatuan
: Proses penyatuan rakyat yang berbilang bangsa itu memerlukan
asimilasi secara anjakan paradigma selama ratusan tahun.
v.
penemuan
: Surat khabar telah menyiarkan penemuan vaksin yang baru untuk
mengubati penyakit berjangkit itu.
vi.
Pertemuan
: Dalam pertemuan itu, mereka telah berkenalan sehingga jatuh cinta.
Johor
i.
Seniman
: P. Ramli merupakan seorang seniman yang teragung di Malaysia
kerana beliau bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi juga seorang pelakon yang tersohor.
ii.
Budiman
: Bapa Norliza seorang budiman kerana beliau sentiasa berbudi
bahasa dan bersikap lemah lembut terhadap semua orang.
iii.
Hartawan
: Hartawan yang telah meninggal itu memiliki harta benda yang
bernilai sebilion ringgit.
iv.
Karyawan
: Sebagai seorang karyawan, beliau banyak menghasilkan karya
sastera dan lukisan yang terunggul.
v.
Peragawati
: Peragawati yang jelitawan itu sedang memperagakan fesyen yang
terbaru di pentas itu.
1. hemat - Pada hemat saya, mesyuarat hari ini amat perlu ditangguhkan dahulu.
....hemah - pelajar itu memiliki hemah yang terpuji.
2. kerangka - Kerangka bangunan itu hampir siap dibina dengan menggunakan kayu.
....rangka - Mereka menemui rangka manusia di tepi sungai itu.

3. perap - "Jangan perap daging ayam itu terlalu lama", kata ibu kepadaku.
....perah - "Tolong perah kain basah itu sebelum dijemur", kata emak kepada kakak.
4. melarik - Saya melarik buluh itu dengan pisau supaya licin dan kemas.
....melirik - Gadis itu melirik sambil tersenyum kepada Encik Santosh.
5. mentaksir - Pegawai itu mentaksir pendapatannya pada setiap tahun.
....mentafsir - Saya cuba mentafsir kata-kata yang diucapkan kepada saya tadi.
6. menjurus - Soalan itu menjurus pada soalan bentuk pilihan.
....menjirus - Hayati menjirus badannya dengan air untuk menghilangkan panas.
7. mengubah - Lin Cheng Heng mengubah meja itu ke belakang kelas.
....menggubah - Ajila Ajijul menggubah lagu untuk ibunya yang tersayang.
8. menghembuskan - Yow Weng Fei menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam.
....menghemburkan - Pemuda itu menghemburkan kata-kata kesat kepada pemandu bas.
9. menatap - Hamreesh menatap muka gurunya yang bengis itu.
....meratap - Jibon meratap dengan sedih apabila bapanya meninggal dunia.
10. meraung - Hak Le meraung kesakitan apabila kakinya tersepak batu.
......melaung - Mathew melaung dengan kuat sambil memanggil nama Jibon.
11. menyumpah - Peter menyumpah pelajar yang suka berludah di atas lantai itu.
......menyampah - Cikgu menyampah melihat pelajar yang suka berbual di dalam kelas.
12. rencam - Dia melakukan tugas-tugas rencam di pejabat pada setiap hari.
......rencah - Suka duka merupakan rencah kehidupan manusia di muka bumi ini.
13. diharap - Santoshlah yang diharap mewakili sekolah dalam acara badminton.
......digarap - Puisi itu digarap dengan penuh teliti dan kreatif.
14. laksana - Mukanya berseri-seri laksana bunga mawar yang sedang berkembang.
......laksamana - Hang Tuah menjadi laksamana semasa pemerintahan Sultan Muzaffar.
15. sering - Peter sering ponteng sekolah kerana berkunjung ke kafe siber.
......seiring - Tong Mang Kok berlari seiring dengan pelumba dari Johor itu.
16. menghidap - Yow Weng Fei menghidap selesema H1N1 sejak minggu lepas.
......menghadap - Dia menghadap ke tingkap sambil memerhatikan burung berkicau.
17. secocok - Pasangan pengantin baru itu sungguh secocok.
......secucuk - Santosh makan secucuk sate yang dibelinya di kedai Pak Mat.
18. sasaran - Tendangan penalti pemain Mancister itu menepati sasaran.
......sesaran - Proses mampatan akan menghasilkan sesaran pada lapisan bumi.
19. tergolong - Malaysia tergolong dalam kumpulan negara sedang membangun.
......tergulung - Semasa saya tiba, tikar getah itu masih tergulung dengan rapi.
20. sepadan - Pasangan kekasih di atas kerusi itu amat sepadan.

......sempadan - Sungai Muar menjadi sempadan di antara Johor dengan Melaka.


21. persatuan - "Kamu mesti menghadiri aktiviti persatuan pada petang ini", katanya.
......penyatuan - Penyatuan masyarakat hanya akan terbentuk jika ada sikap menghormati.
22. menembuk - Cik Mat menembuk kertas itu dengan menggunakan jarum.
......menembok - Pihak sekolah akan menembok kawasan tepi sekolah dengan tembok batu.
23. sembang - "Buat kerja kamu dan jangan sembang sahaja", kata Encik Kulasingam.
......sumbang - "Suara nyanyian kamu tadi amat sumbang sekali", kata pengadil itu.
24. menyeluruh - Kemajuan di kampung ini akan dilaksanakan secara menyeluruh.
......menyeloroh - Sikapnya yang suka menyeloroh membuat kami tidak kering gusi.
25. belot - "Kami telah menangkap mereka yang belot itu", kata ketua tentera itu.
......belut - Pak Kasim berjaya menangkap tiga ekor belut di tepi sungai tersebut.
26. mengindahkan - Pihak kerajaan telah mengindahkan kawasan bandar bagi menarik
pelancong.
......mengendahkan - Yow Meng Thoi tidak mengendahkan nasihat yang diberi oleh ibunya.
27. menyerap - Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap gas Karbon Dioksida.
......mencerap - Pengetua sedang mencerap pelajar di kelas 5 Sains 2.
28. mengabaikan - Kita tidak boleh mengabaikan pelajaran kita.
......mengaibkan - Perbuatan buruknya itu telah mengaibkan keluarganya sendiri.
29. tapak - Tapak bangunan lama itu akan dimajukan sebagai pusat pelancongan.
......tepak - Encik Gundu memberi tiga biji tepak berisi sireh kepada tetamunya.
30. menyuraikan - Encik Chew telah menyuraikan pelajar yang berkumpul di kantin.
......menyuarakan - Dia menyuarakan kekesalannya kerana tidak dapat hadir semalam.
31. bertitah - Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana.
......bertatah - Rantai leher yang dipakainya bertatah berlian dan permata.
32. gumpal - Kami menemui tiga gumpal wang kertas lama di dalam gua itu.
......gempal - Badannya kelihatan agak gempal dan kulitnya keputih-putihan.
33. mencolek - Adik mencolek sedikit kek itu dengan jarinya.
......menculik - Penjahat itu menculik anak Encik Tong untuk mendapatkan tebusan.
34. memerah - Hamreesh sedang memerah susu kambing di belakang rumahnya.
......memeras - "Jangan cuba untuk memeras pelajar yang lemah", kata Encik Chew.
35. melencong - Pagi itu dia tidak ke sekolah tetapi melencong ke tempat lain.
......melancong - Pada cuti penggal pertama dia melancong ke Bangkok.
36. bertelur - Penyu itu sedang bertelur di tepi pantai.
......bertelor - Pemuda itu bertutur dengan bertelor Kelantan.
37. berkenan - Ibu amat berkenan dengan baju yang bercorak batik itu.

......berkenaan - Ceramah itu adalah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah.


38. menempa - Ahli sukan itu telah menempa nama dalam bidang karate.
......menempah - Puan Chong menempah makanan daripada pekerja di kantin itu.
39. menyurut - Air banjir di kampung itu semakin menyurut sejak semalam.
......menyorot - Pada waktu lapang, dia suka menyorot sajak-sajak di buku lama itu.
40. melagakan - Dialah yang telah melagakan Ah Chong dengan Ayapan sehingga bergaduh.
......melegakan - Air kelapa itu dapat melegakan tekak yang kering.
41. melayukan - Cuaca panas itu melayukan sayur-sayuran yang ditanamnya.
......melayurkan - Ibu melayurkan ulam-ulaman itu ke dalam air yang sedang mendidih.
42. mengibas - Chong Jun Nam mengibas habuk di badannya dengan menggunakan tuala.
......mengimbas - Hilmi mengimbas kembali kenangan manisnya ketika bersama Hayati.
43. pedalaman - Kawasan pedalaman di Sabah akan dilengkapi dengan jalan raya.
......pendalaman - Kerja pendalaman sungai itu menelan belanja yang amat tinggi.
44. merimaskan - Cuaca yang panas ini amat merimaskan para pelajar.
......meramaskan - beliau meramaskan limau itu kedalam air lalu digunakan sebagai air mandian.
45. benteng - Pasukan Chalsi membina benteng untuk menyekat kemaraan penyerang pasukan
Mancister.
......beting - Beting di tepi pantai itu terhakis apabila dilanda ombak besar.
46. menuntun - Ibu menuntun tangan adik ketika melintas jalan.
......menonton - Setiap malam, dia akan menonton rancangan berita di televisyen.
47. pujuk - Budak yang sedang menangis itu telah kami pujuk.
......pojok - Di pojok bilik itu terdapat sebuah kerusi dan sebuah meja lama.
48. beradat - Hidup kita mestilah beradat agar dihormati oleh orang lain.
......beradab - Hong Wei seorang pelajar yang tidak beradab dan sombong.
49. hempas - Gelas itu saya hempas ke lantai sehingga pecah.
......hampas - Semua hampas kelapa itu boleh dijadikan makanan ternakan.
50. lengan - Lengan Foo Siow Wooi luka kerana terkena kaca.
......lengang - Pada Hari raya, jalan raya di bandar raya itu amat lengang.
51. tabik - Tentera itu memberi tabik ketika diperiksa oleh ketuanya.
......tabib - Dia bertemu tabib untuk mengubati penyakitnya.
52. resmi - Sudah menjadi resmi manusia, suka berbelanja apabila banyak duit.
......rasmi - Majlis hari ini ialah majlis yang rasmi dan kita mesti berpakaian kemas.
53. padan - Baju yang dipakainya itu amat padan dengan bentuk tubuhnya.
......pandan - Mereka menggunakan pandan supaya makanan itu bertambah harum.vi.
Olahragawati
: Gadis yang kecil molek itu merupakan seorang olahragawati yang disegani
kerana berjaya memenangi banyak acara lumba lari di peringkat antarabangsa.

Negeri Sembilan
i.
Bela
: Jangan bela ayam di kawasan perumahan kami kerana berbau
busuk,kata ketua
ii.
Bela
: Pertahanan negara perlu kita bela untuk mengekalkan kedaulatan
negara.
iii.
Reda
: Ombak yang bergelora itu telah reda dan nelayan pun selamat
pulang ke kampung.
iv.
Reda
: Kemarahannya telah reda setelah melihat keinsafan mereka.
v.
Perang
: Perang telah berlaku antara dua buah negara itu akibat perebutan
sungai di sempadan itu.
vi.
Perang
: Orang yang memakai baju yang berwarna perang itu ialah datuk
Zain.
Terengganu
i.
Bekalan :
Kami telah membawa bekalan ke sekolah supaya menjimatkan
perbelanjaan.
ii.
Pembekal
: Pembekal barangan keperluan di kawasan itu telah ditahan oleh
pihak berkuasa kerana telah menyorot barangan itu untuk menaikkan harga.
iii.
Membekalkan
:Ibu yang tua itu hanya membekalkan nasihat dan pesanan kepada
anaknya yang ingin berhijrah ke kota.
iv.
Menaiki
: Dia menaiki bas ke sekolah setiap hari.
v.
Kenaikan
: Kita perlu berjimat cermat untuk menghadapi kenaikan harga
barangan keperluan.
vi.
Penaikan
: Usaha penaikan taraf kehidupan di kawasan luar bandar sedang
dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan di situ.
Sabah
i.
Rancang
: Segala pembangunan perlu kita rancang dengan teratur supaya
benar-benar membawa kebaikan kepada kita bersama.
ii.
Merancang
: Pihak kerajaan telah merancang projek itu supaya industri
penternakan dapat dijalankan di dalam ladang kelapa sawit.
iii.
Terancang
: Pembangunan yang terancang dapat menjamin perkembangan
negara yang mesra alam sekitar.
iv.
Rancangan
: Rancangan penternakan ikan tawar akan dijalankan di kawasan
bekas lombong itu.
v.
Perancangan
: Perancanganpembangunan bandar itu perlu mengambil kira semua
aspek sosial kita.
Kedah
i.
Bergerigi
: Gadis itu menggunakan gunting yang bergerigi itu untuk
menggunting kertas itu supaya kertas itu kelihatan cantik.
ii.
Bergeletar
: Mangsa rogol itu asyik bergeletar ketika berada di balai polis.
iii.
bergerodak
: Peti itu bergerodak setelah digoyang kerana terdapat batu di
dalamnya.
iv.
Bergemerlap
: Permata itu bergemerlap dan berkilat-kilat ketika dipamerkan di
dalam kotak kaca itu.
v.
Bersemerbak
: Bunga-bunga di taman itu bersemerbak dan berbau harum sekali.
vi.
Berkeruping
: Luka di tangannya telah berkeruping setelah diubati.

SBP
i.
gamat
: Keadaan di kelas itu gamat dan riuh sekali setelah cikgu pergi ke
pejabat.
ii.
Gamat
: Gamat ialah sejenis hidupan laut yang berkhasiat kepada kesihatan
manusia.
iii.
diam
: Dia hanya diam sahaja ketika dimarahi oleh cikgu.
iv.
Diam
: Mereka diam di tebing sungai itu sejak berpindah dari bandar.
v.
bidang
: Setiap orang perlu mempunyai kemahiran dalam bidang yang
diceburi.
vi.
bidang
: Bapa Chong memiliki beberapa bidang tanah di kampung kami.
YIK
i.
salah faham
: Untuk mengelakkan salah faham antara kaum, kita perlu sentiasa
ziarah-menziarahi dan faham- memahami.
ii.
salah guna
: Jangan salah guna kebebasan yang diberikan sehingga terlibat
dalam kes juvenil,kata emak kepada saya.
iii.
sara hidup
: Sayamenanam sayur-sayuran sebagai sara hidup sahaja tanpa
sumber nafkah lain, kata orang tua itu.
iv.
senarai hitam
: Pemaju yang tidak bertanggungjawab telah dimasukkan dalam
senarai hitam oleh pihak kerajaan dan mereka tidak layak mendapat sebarang kontrak kerajaan.
v.
serba salah
: Mereka berasa serba salah setelah permohonan pinjam itu ditolak
oleh pihak bank.
vi.
soal siasat
: Pihak polis akan melakukan soal siasat terhadap pemuda yang
menyebar khabar angin dalam internat itu.

Anda mungkin juga menyukai