Anda di halaman 1dari 3

Sebagai seorang guru, bincangkan simptom kanak-kanak yang berkemungkinan

menghadapi masalah dalam pembelajaran.


Tuntutan dalam mengejar kecemerlangan akademik kadang kala telah menyebabkan
para ibu bapa meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap kejayaan anak masingmasing. Terdapat sesetengahnya, terlalu mudah menyalahkan pihak sekolah dengan
dakwaan bahawa guru kurang berpengalaman, tidak mahir, teknik mengajar tidak
berkesan, pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada pelajar. Ada juga di
kalangan mereka yang tidak menyedari bahawa anak-anak mereka sebenarnya
menghadapi masalah dalam pembelajaran. Menurut Clements (1966) terdapat sepuluh
ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang telah dikenalpasti iaitu :

Hiperaktif

Perceptual impairment

Emosi yang tidak stabil

Disorder of attention

Impulsivity

Disorder of memory and thinking

Masalah yang spesifik dalam membaca, menulis, mengeja dan mengira.

Disorder of speech and language

Equivocal neurological signs and electro encephalograhic irregulation

Sebagai individu yang rapat dengan murid-murid, peranan guru sememangnya amat
diharapkan

untuk

menyedari

murid-murid

yang

menghadapi

masalah

dalam

pembelajaran. Antara yang perlu diberikan perhatian adalah apabila murid-murid kita
menunjukkan simptom mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca.
Murid dalam kategori ini, ada di antaranya boleh membaca, tetapi tidak faham apa yang
dibaca. Kadangkala, terdapat kanak-kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan
sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya, tetapi apabila disoal, dia tidak dapat
memberikan jawapan yang memuaskan. Tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia
tidak membaca secara aktif. Kadang kala, mereka tidak faham apa yang dibaca kerana

kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Kadangkala pula mereka memang


tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulangi berkali-kali.
Seorang kanak-kanak berkemungkinan mempunyai masalah hiperaktif jika mereka
mula menunjukkan simptom tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat,
sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Mereka tidak mengendahkan arahan guru
dan menunjukan kedegilannya serta susah dikawal dan didisplinkan. Mereka juga suka
merayau-merayau, tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.
Kanak-kanak dalam kategori ini adakalanya juga mempamerkan ciri-ciri perkembangan
bahasa yang lambat.
Guru juga harus berhati-hati jika ada di kalangan murid yang menunjukkan simptom
kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis dengan cepat. Ini menyebabkan
mereka lambat menghabiskan latihan-latihan menulis yang diberikan. Tatkala kanakkanak lain sudah boleh menulis ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula
terlalu lambat kerana masih belum cekap mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari
ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini boleh meletihkan mentalnya dan
mengakibatkan tulisannya sukar dibaca.
Guru juga harus peka terhadap murid yang menunjukkan simptom gangguan emosi.
Gangguan emosi sebenarnya boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak tidak dapat
menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti
sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya.
Gangguan emosi

juga boleh berlaku akibat tekanan akibat masalah peribadi dan

masalah keluarga. Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal


pasti supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah
emosinya.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran adalah kanak-kanak
yang perlu dibantu. Sikap simpati dan juga empati yang ada pada seorang guru akan
dapat membantu untuk mengenalpasti, jika mereka tergolong dalam kategori kanakkanak berkeperluan khas. Sesetengah kanak-kanak memang dilahirkan dengan
kecacatan tetapi mereka juga ada pelbagai bakat dan kemahiran tersembunyi dalam

diri mereka. Potensi diri mereka ini harus dikembangkan supaya mereka dapat berdikari
dan menguruskan diri mereka tanpa bantuan orang lain.
Sekian.