Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Nama Program
Tarikh

: Program Transisi Minda Pelajar Tingkatan 6

: 30 Januari 2011 (Ahad)

Masa

: 8.00 pagi 1.10 tengahari

Tempat

: Bilik Gemilang

Objektif

1. Pelajar-pelajar dapat menyesuaikan diri dengan peralihan sesi persekolahan yang


baru dengan mendapat pendedahan awal memasuki tingkatan yang baru.
2. Pelajar-pelajar dapat memperoleh informasi tentang bidang disiplin dan
pembentukan sahsiah yang sempurna sesuai dengan perkembangan mereka agar
teras kecemerlangan pelajar adalah berdasarkan sahsiah yang cemerlang.
3. Pelajar-pelajar dapat menyediakan fizikal, mental dan emosi yang membina
sebagai persediaan menghadapi peperiksaan STPM dengan cemerlang.
4. Meningkatkan tahap motivasi pencapaian akademik dan sahsiah pelajar-pelajar.
5. Membantu pelajar-pelajar menghadapi tekanan dan cabaran alam persekolahan
yang baru dan kian mencabar.
Kumpulan Sasaran

: Semua pelajar Tingkatan 6 (75 pelajar)

Perbelanjaan

: Tiada

Guru bertanggungjawab

: Guru-guru Bimbingan & Kaunseling


1. Cik Nor Afiti Bt Mohd Basri
2. Pn.Roslina Bt Che Noor
3. En.Sukiman B Haron
4. Penyelia Tingkatan 6
5. Guru-guru Tingkatan 6

Pengisian

: Taklimat daripada Penolong Kanan Kurikulum, Penolong


Kanan HEM dan kaunselor berkaitan ceramah disiplin,
tanggungjawab sebagai pelajar, hasrat dan visi sekolah dan
motivasi demi mencapai kecemerlangan

Laporan Pelaksanaan Program:


Program Transisi Minda Pelajar yang dijalankan bertujuan untuk memberi
pendedahan tentang penyesuaian untuk persediaan pelajar menghadapi peperiksaan
STPM. Selain itu, suntikan motivasi diberi agar pelajar-pelajar lebih bersemangat dan
bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan STPM yang akan datang. Manakala
slot ruang guru-guru dan pelajar-pelajar bebas bersuara dilaksanakan bertujuan agar
setiap

pihak

dapat

mengetahui

keperluan

dan

kehendak

dalam

memastikan

kecemerlangan STPM. Matlama STPM pada tahun 2011 adalah melahirkan lebih ramai
pelajar yang mendapat 4 Prinsipal A. Perkongsi idea dan pandangan dengan pelajarpelajar tentang tips-tips kejayaan cemerlang turut disampaikan dengan memberi
pendedahan tentang cara belajar yang berkesan dan tanggungjawab sebagai pelajar dalam
usaha mencapai kecemerlangan dengan keputusan terbaik pada tahun ini.
Sepanjang program ini dijalankan, semua peserta tidak mengikuti jadual waktu
P&P dan berada di Bilik Gemilang sehingga tamat waktu persekolahan sesi pagi.
Masalah yang Dihadapi:
Masalah yang timbul dari pelaksanaan program ini ialah masa yang
diperuntukkan terlalu singkat. Slot bersama Pengetua seperti yang dirancang tidak dapat
dijalankan kerana ada perkara yang tidak mengizinkan. Segelintir pelajar ada yang masih
terawang-awang dan tidak serius semasa program dijalankan kemungkinan masih tiada
matlamat.
Kesimpulan dan Cadangan Penambahbaikan

Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama


semua pihak. Walau bagaimanapun, pelaksanaan program seperti ini pada masa akan
datang perlu diisi dengan slot-slot yang lebih memberi informasi kepada pelajar dan
peruntukan masa perlu dipanjangkan lagi.

Disediakan oleh:

( NOR AFITI BT MOHD BASRI )

Disahkan oleh: