Anda di halaman 1dari 54

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan


manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain
untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran,
pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan,
memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993).
Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru
bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid
di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.

Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang


pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan
murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia

(Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan
kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan
pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif
pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.

Oleh itu, guru bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam
menentukan kejayaan murid-murid mereka dalam penguasaan bahasa Melayu.
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim Selamat (1997)
menggariskan empat peranan guru bahasa Melayu iaitu sebagai perancang
pengajaran dan pembelajaran; penggerak dan pendorong pengajaran dan
pembelajaran; pembimbing murid; dan pemupuk semangat dan pembentuk
sahsiah murid.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Sharbi Ali, 2005)


dengan jelas menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa
Melayu. Matlamat yang hendak dicapai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
adalah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai
serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa
perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan
Falsafah Pendidikan Negara.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kementerian


Pendidikan Malaysia [KPM], 1983) telah menjelaskan objektif pengajaran
bahasa Melayu adalah untuk membolehkan kanak-kanak bertutur dan
mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam
pelbagai keadaan perhubungan. Sementara dalam Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah (Sharbi Ali, 2005) juga menggariskan 11 objektif yang
merangkumi beberapa kemahiran berbahasa sebagaimana yang berikut;
i. mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam
kehidupan
sehari-hari;
ii. bertutur dengan petah dan membuah fikiran yang bernas serta menggunakan
bahasa yang sesuai dan bertatasusila;
iii. membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
iv. menjadikan pembacaan sebagai suatu kebiasaan dan amalan bagi
mendapatkan
pengetahuan dan hiburan;
v. menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format
yang betul;
vi. memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;
vii. menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan
puisi;
viii. menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;

ix. menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;
x. memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan
sesuai; dan
xi. menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara
ahli masyarakat yang berbilang keturunan.

Matlamat Pendidikan bahasa Melayu adalah supaya murid dapat


menguasai kemahiran bahasa dan berbahasa. Kemahiran bahasa yang diperoleh
melalui bacaan dapat meningkatkan kebolehan berfikir murid-murid untuk
menjurus kepada pembentukan akal budi yang beradab dan berfikiran terbuka.
Kelemahan murid menguasai bahasa dan berbahasa akan menjejaskan
kemajuan dan peningkatan pengalaman berinteraksi dengan orang lain. Melalui
pendidikan bahasa Melayu diyakini dapat meningkatkan dan mengembangkan
daya intelek dan nilai akhlak mulia murid melalui interaksi pengalaman guru,
murid dan teks yang disepadukan dalam bilik darjah.

1.2 Pernyataan Masalah

Pengajaran dan pembelajaran bahasa dianggap penting dalam proses


melengkapkan keperluan pelajar menguasai bahasa. Bahasa yang begitu
dinamik sifatnya memerlukan cara khusus untuk dikuasai. Dalam pendidikan,

penguasaan bahasa dikaitkan dengan amalan yang dilaksanakan melalui proses


pengajaran dan pembelajaran.

Dalam trend pengajaran dan pembelajaran bahasa kini, guru bukan


sahaja perlu menguasai ilmu bahasa tetapi juga dapat melengkapkannya dengan
kemahiran bahasa ( mendengar, bertutur, membaca dan menulis) dengan baik
dan berkesan. Ini selaras dengan perubahan pesat yang berlaku dalam dunia
pendidikan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran bahasa perlu dihuraikan
berpandukan teori serta diadun dengan strategi pengajaran yang dijangka
mampu membantu guru mengendalikannya di dalam bilik darjah.

Sukatan Pelajaran KBSR disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Ia


bertujuan untuk membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Ia bertujuan untuk membolehkan seseorang murid yang belajar
selama enam tahun di sekolah rendah menggunakan bahasa yang sewajarnya
dengan perkembangan umur mereka dalam perhubungan sehari-hari dan dalam
mempelajari mata pelajaran lain yang terkandung dalam kurikulum sekoah
rendah. Tegasnya, seseorang murid, selama enam tahun berada di sekolah
rendah, dapat menguasai kesemua kemahiran bahasa dari segi lisan, bacaan dan
kefahaman dan gerak kerja bertulis (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994).

Membaca adalah salah satu lagi aspek yang penting dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kemahiran membaca terletak di
bawah kemahiran bahasa termasuk kemahiran mendengar, bertutur dan
menulis. Dalam kemahiran bahasa di sekolah, penekanan kepada kemahiran
tertentu telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran ke arah melahirkan pelajar
yang berketrampilan dalam berbahasa (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan
Omar Hisham Mohd Baharin, 2007). Begitu juga dengan kemahiran membaca
yang perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana membaca ialah proses kompleks yang melibatkan
proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca
(PPK, 2001: 14). Kemahiran membaca membolehkan murid-murid memahami
perkara yang dibaca.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran, didapati bahawa kemahiran


membaca diajar pada semua peringkat pembelajaran iaitu bermula dari Tahun
Satu hingga ke Tahun Enam. Tahap pembacaan Tahun Satu lebih kepada
kebolehan murid membaca dengan lancar dan memahami perkara yang
dibacakan. Manakala, bagi murid Tahun Enam penekanan kepada proses
membaca, memahami dan mengenalpasti isi-isi penting dalam petikan yang
diberi serta sebagai langkah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan
murid sekolah rendah.

Bukti yang memperlihatkan kemahiran membaca itu penting untuk


dikuasai oleh murid adalah melalui objektif pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah itu sendiri. Dalam objektif yang keempat,
adalah diharapkan agar murid dapat membaca pelbagai bahan sastera dan bahan
berunsur pengetahuan dengan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk
memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis. Pada umumnya,
terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh guru-guru untuk mengajar
bacaan pada peringkat awal atau peringkat permulaan. Objektif kelima pula
lebih kepada proses memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah
membina budaya pembelajaran. Menurut Prof. DR. Henry Guntur Tarigan
(1994), untuk meningkatkan minat membaca ini, maka kita perlu menyediakan
waktu untuk membaca dan memilih bahan bacaan yang baik, ditinjau dari
norma-norma kekritisan yang mencakup norma-norma estetik, sastera dan
moral. Hal ini memperlihatkan bahawa kemahiran membaca penting untuk
dikuasai oleh murid sebagai langkah kepada kelangsungan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan seterusnya memupuk
minat murid untuk membaca.

Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap penguasaan kemahiran


berbahasa dalam kalangan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam aspek
penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Tahap 2 di

Sekolah Kebangsaan Pengalat Kecil, Papar. Seramai 70 orang murid Tahap 2


iaitu Tahun 4 dan Tahun 5 terlibat dalam kajian ini. Melalui kajian ini,
penyelidik telah menganalisis data 70 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 secara
rawak .

1.3 Objektif Kajian

i. Kajian ini dapat mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran berbahasa


pelajar khususnya dalam kemahiran membaca.
ii. Kajian ini akan dapat mengenal pasti faktor-faktor signifikan yang
mempengaruhi

tahap

penguasaan

kemahiran

berbahasa

pelajar

khususnya dalam kemahiran membaca.


iii. Hasil daripada tinjauan ini, akan dapat memberikan beberapa alternatif
bagi meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar
khususnya dalam kemahiran membaca .
1.4 Soalan Kajian
1. Adakah tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam
kemahiran membaca mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Bahasa
Melayu ?
2. Apakah faktor-faktor signifikan yang mempengaruhi tahap penguasaan
kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam kemahiran membaca?
3. Apakah terdapat perbezaan min skor mengenai hubungan membaca dalam
meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar?

4. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan


penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam kemahiran
membaca?
5. Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dirancang dan dijalankan oleh guruguru Bahasa Melayu dalam meningkatkan tahap penguasaan berbahasa
pelajar?
1.5 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas di sekolah-sekolah rendah di daerah Papar sahaja dan


untuk memgembangkan di peringkat Negeri Sabah adalah amat rumit dan
perlukan pengurusan dan kos yang besar.

Fokus kajian berdasarkan pemerhatian dan pengamatan guru-guru,


temubual dan soal selidik kepada pelajar-pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 sahaja
yang dipilih secara rawak dan berkebolehan dalam membaca dan menulis.

Di samping itu, bidang kajian adalah bersifat subjektif di samping


terdapatnya batasan masa bagi mendapatkan maklumat dan keperluan kajian.

1.6 Definisi Operasional

Secara amnya, kajian ini berfokus kepada tinjauan tahap penguasaan


kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam kemahiran membaca dalam
9

kalangan pelajar Tahun 4 dan tahun 5 di daerah Papar. Terdapat beberapa istilah
yang perlu dijelaskan untuk kepentingan tinjauan ini.

Tinjauan
Menurut Kamus Dewan (2005:1695) tinjauan bermaksud perbuatan meninjau,
hasil daripada meninjau, pandangan.

Tahap
Menurut Kamus Dewan (2005:1569) tahap bermaksud peringkat, tingkat.

Penguasaan
Penguasaan menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005:835) ialah perihal
menguasai atau menguasakan.

Kemahiran Berbahasa

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3 (1994), kemahiran didefinisikan sebagai


kecekapan dan kepandaian yang diketahui oleh seseorang dalam sesuatu
perkara. Berbahasa pula ialah berhubung atau berkomunikasi atau berinteraksi
sama ada secara lisan, membaca dan menulis.

10

Kemahiran Berbahasa di sini dapatlah dirumuskan sebagai kecekapan atau


kepandaian seseorang di dalam berhubung atau berkomunikasi (secara lisan,
membaca dan menulis) dengan seseorang atau di dalam sesuatu perkara.

Kemahiran Membaca
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3 (1994), membaca bermaksud aktiviti
seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti,
menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi,
menuturkan, berkata, membatang, mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik,
meneliti, melihat dan memerhati. Membaca juga membunyikan huruf-huruf
yang ditulis serta melihat dan memahami apa-apa yang tertulis.

Daripada definisi kemahiran dan membaca, maka kita bolehlah mendefinisikan


kemahiran membaca adalah merujuk kepada keupayaan pelajar membaca
dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan yang
betul perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan
ilmu dan sastera secara kitis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di
samping itu, pelajar berupaya menghayati teks yang dibaca (PPK, 2003).

1.6 Kepentingan Kajian

11

Hasil dapatan kajian ini diharap dapat memberikan gambaran kepada


umum tentang tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam
kemahiran membaca. Selain itu, diharap tinjauan ini akan berguna kepada para
guru untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar dan secara tidak
langsung memberikan alternatif berkesan untuk menarik minat pelajar untuk
belajar Bahasa Melayu seterusnya menguasai kemahiran membaca. Selain itu,
tinjauan ini juga mungkin berguna kepada pihak pentadbir, khasnya guru besar
yang ingin mengetahui faktor-faktor signifikan yang mempengaruhi tahap
penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam kemahiran
membaca dan dapat mencadangkan alternatif untuk kemajuan kemahiran
berbahasa di sekolah.

Di samping itu juga, kajian ini diharap dapat meningkatkan penguasaan pelajar
dalam kemahiran membaca bahasa Melayu secara bersepadu dan menyeluruh.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

12

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang beberapa laporan dan kajian


tentang

penguasaan kemahiran berbahasa di kalangan pelajar-pelajar

sekolah rendah khususnya dalam kemahiran membaca. Selain itu, bab ini
juga menerangkan dapatan kajian tentang kebolehan dan amalan membaca
mengikut umur, pemilihan bahan bacaan, pendekatan dan kaedah
pengajaran kemahiran membaca di samping faktor-faktor signifikan yang
mempengaruhi penguasaan kemahiran berbahasa khususnya kemahiran
membaca dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca.

2.2 Literatur Berkaitan

Menurut Yahya Othman (2006), guru dan pelajar menggunakan


bahasa bagi memahami isi kandungan pelajaran, asas penguasaan bahasa
dimulakan dengan mempelajari kemahiran berbahasa yang dipelajari sejak
di sekolah rendah dan dimantapkan penggunaaannya di dalam kehidupan
seharian. Pembelajaran bahasa perlu berlangsung dalam suasana terancang
dengan pelajar berusaha menguasai kandungan pelajaran gurunya. Pelajar
tentu pernah mengalami proses pembelajaran secara formal atau pun tidak
formal. Bagi mendapatkan hasil pembelajaran yang baik dan berkesan,

13

sebagai guru, kita perlu memahami konsep pembelajaran serta aplikasinya


di dalam bilik darjah.

Menurut Mohd. Hilmi Haji Ismail ( 1982 ), terdapat pelbagai


masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolahsekolah rendah. Masalah-masalah ini berbeza-beza mengikut situasi dan
keadaan yang tertentu. Pakar-pakar dalam pengajaran bahasa berpendapat ,
kejayaan di dalam setiap pengajaran bahasa itu memerlukan kaedah atau
pendekatan pengajaran berdasarkan teori-teori lingusitik.

Selain dari menerima pelajaran Bahasa Melayu secara formal di


sekolah, para pelajar juga terdedah dengan dunia bahasa yang lebih luas di
luar sekolah; di dalam kelompok keluarganya, rakan-rakan sepermainannya,
perkampungannnya dan kedaerahannya. Di samping itu pula para pelajar
juga terdedah kepada bahasa yang terdapat pada alat-alat perhubungan
awam seperti radio dan televisyen, wayang gambar, akhbar-akhbar,
majalah-majalah, buku-buku komik dan iklan-iklan ( yang bukan sahaja
menggunakan pengucapan bahasa yang salah malah menggunakan ejaan
yang tidak mengikut sistem ejaan baharu dan ini juga boleh mengelirukan
para pelajar yang membacanya).

14

Persekitaran di luar sekolah sangat mempengaruhi bahasa pelajar,


tambahan pula di peringkat umur yang masih mentah dan mempunyai
naluri yang pelbagai pula. Kanak-kanak lazimnya mempelajari bahasa
dengan cara meniru apa yang didengar dan dipandangnya. Mereka akan
bertambah keliru lagi dengan masalah fonologi, masalah sintaksis, masalah
semantik, masalah morfologi dan ejaan Bahasa Melayu yang tidak standard
itu. Ciri-ciri ini akan mewujudkan antara lain ialah bahasa pasar dan
bahasa creole.

Bahasa yang standard harus mengikuti hukum-hukum tatabahasa


yang baik. Struktur ayat-ayatnya harus lancar dan dapat menyokong
pendapat yang kompleks yang mempunyai hubungan sebab musabab., isi
kandungan dalam satu huraian itu boleh disampaikan oleh bahasa itu, walau
bagaimana pun kompleks isinya. Ini sesuai dengan konsep bahasa kini yang
menyatakan bahawa bahasa itu keseluruhannya merangkumi aspek-aspek
fonologi, sintaksis dan semantik.

Masalah-masalah di dalam kemahiran berbahasa sangat


mempengaruhi penguasaan murid di dalam satu-satu kemahiran bahasa.
Salah satu kemahiran berbahasa yang penting yang perlu dikuasai oleh
pelajar

ialah

kemahiran

membaca.

Kemahiran

membaca

boleh

dimaksudkan sebagai menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang


bertulis dan memahamkan kandungannya. Mengajar membaca bererti

15

mengajar murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka


memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu.

Tujuan pembaca membaca adalah bagi memahami teks yang dibaca.


Proses pemahaman juga menjadi matlamat utama yang perlu dicapai
semasa membaca bagi memastikan kandungan teks itu memberi makna
kepada pembaca.Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek bacaan
dan pemahaman penting diberikan penekanan kerana kemahiran itu adalah
pemangkin kepada kejayaan penguasaan bahasa serta mata pelajaran yang
lain. Penentuan kejayaan ini juga dapat dilihat dengan menilai sejauh mana
pelajar dapat membaca teks bahasa kedua serta dapat pula memahaminya
dengan baik. Penguasaan kemahiran itu juga dapat membantu pelajar
meneroka khazanah ilmu yang terkandung dalam bahasa itu serta mampu
menjadi pengguna bahasa yang baik.

Sesetengah pakar bahasa berpendapat, membaca adalah kemahiran


pasif. Kenyataan ini tidak tepat terutama apabila membincangkan proses
membaca serta kaitannya dengan aktiviti menaakul dan menganalisis
kandungan teks yang menjadikan pembaca lebih mendapat manfaat
daripada kandungan teks yang dibaca. Membaca sebenarnya melibatkan
aktiviti mencari maklumat secara aktif dengan pembaca menghubungkan
Semasa membaca, pengetahuan pembaca berkaitan bahasa yang dipelajari
membolehkannya mengenal pasti bentuk asas bahasa, makna perkataan dan

16

ayat yang tertera. Dalam masa yang sama, pengetahuan dunia secara umum
dan sesuatu perkara yang lebih terperinci membolehkan pembaca
memahami

perkataan

dan

ayat-ayat

itu

dengan

membandingkan

pengetahuan yang tersimpan dalam ruang skematanya. Skemata adalah


pengetahuan lalu yang dimiliki pembaca dan dapat membantunya
memahami pengetahuan baru yang diperolehnya semasa membaca teks.

Pembaca yang baik membaca bagi mendapatkan makna dan mereka


tidak membazirkan masa mengekodkan setiap huruf ataupun perkataan
yang terdapat dalam teks. Sebaliknya, mereka membaca sebahagian besar
daripada kandungan teks, bergantung pada pengetahuan mereka berkaitan
sesuatu bahasa dan perkara-perkara tertentu bagi membuat jangkaan
perkara yang mungkin menyusul dan membuat tafsiran maknanya.

Semasa membaca dan sekiranya andaian kita sudah dapat


dipastikan, teks itu akan menjadi lebih bermakna. Sekiranya pengetahuan
pembaca tentang sesuatu bahasa mencukupi dan boleh mengaitkan
maklumat dalam teks kepada apa yang sedia ketahui, pembaca sebenarnya
sudah memiliki situasi bacaan yang dianggap sempurna ( Yahya Othman,
2005).

Kebiasaan membaca membantu pembaca mudah menguasai bahasa.


Sebaik sahaja pelajar bersedia hendak memulakan bacaan sendiri, jadikan

17

amalan itu satu tabiat harian. Peruntukan masa sepuluh minit sehari bagi
membaca adalah satu permulaan yang baik. Selepas menguasainya, pelajar
mendapati perlunya peningkatan jumlah muka surat yang dibaca dan tahap
kesukaran teks itu.

2.2.1 Kebolehan dan Amalan Membaca

Kemahiran berbahasa merupakan kemahiran yang wajib ada pada


setiap individu tanpa mengira batas sosial mahupun peringkat usia. Salah
satu cara penguasaan kemahiran berbahasa ialah membaca. Membaca
merupakan satu aktiviti atau kemahiran yang sukar diterjemah kerana
aktiviti ini melibatkan pelbagai proses dalam diri dan minda seseorang
individu itu.

Kumpulan kanak-kanak berumur 5 - 9 tahun terdiri daripada dua


kumpulan yang penting, iaitu mereka yang berumur 5 - 6 tahun dan yang
menghadiri pra-sekolah dan mereka dalam lingkungan umur 7 - 9 tahun
yang merupakan pelajar sekolah rendah. Pada tahun 1996, kanak-kanak
Malaysia berumur 5 - 9 tahun berjumlah 2.4 juta orang. Mereka mewakili
12% daripada jumlah penduduk Malaysia pada tahun tersebut.
Jadual 2.1 menunjukkan kebolehan membaca dan amalan membaca
bagi kanak-kanak berumur 5 - 9 tahun. Kajian ini menunjukkan hampir

18

lapan daripada sepuluh orang kanak-kanak (79 peratus) dalam lingkungan


umur 5 - 9 tahun boleh membaca. Mereka yang mengamal membaca (selain
buku teks tadika dan sekolah) adalah lebih rendah peratusannya, iaitu 56
peratus. Perbezaan 23 peratus ini mungkin disebabkan oleh takrifan
membaca yang agak terhad kepada membaca surat khabar, majalah, bukubuku dan komik. Oleh itu, jika bacaan mereka membaca bahan bercetak di
sekeliling mereka (umpamanya papan iklan dan poster), bahan dari media
elektronik dan barang mainan diambil kira, maka peratusan yang mengamal
bacaan mungkin lebih tinggi.

Dari segi jantina, bolehlah dilihat bahawa tidak ada perbezaan yang
nyata bagi kedua-dua indikator boleh membaca dan amalan membaca antara
lelaki dan perempuan. Dari segi umur pula, kajian ini menunjukkan bahawa
52 peratus kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 - 6 tahun boleh membaca,
sementara hanya 30 peratus mengamal membaca. Ini boleh diterima kerana
meraka adalah pada tahap pra-sekolah dan galakan membaca daripada ibu
bapa tidak menyeluruh. Walau bagaimanapun, bagi mereka dalam kumpulan
umur 7 - 9 tahun yang merupakan pelajar sekolah rendah, hakikat bahawa 93
peratus boleh membaca tetapi hanya 73 peratus mengamal membaca adalah
agak tidak menggalakkan. Walaupun kita mengambil kira media yang
dicakupi oleh kajian ini terhad, dan data dikutip secara proksi, pertimbangan
yang serius perlu diberi kepada perkara ini.

19

Jadual 2.1 Kebolehan membaca dan amalan membaca bagi kanak-kanak


berumur 5 - 9 tahun
Mengikut kajian, mereka dari kawasan bandar didapati lebih tinggi
kadar kebolehan membacanya (81 peratus) berbanding dengan kanak-kanak
d luar bandar (77 peratus). Namun demikian, apabila dilihat kadar amalan
membaca, tidak terdapat perbezaan antara kanak-kanak kawasan bandar dan
luar bandar; bagi kedua-dua kawasan peratusan yang mengamal membaca
ialah 56 peratus. Ini mungkin disebabkan oleh pelbagai kegiatan alternatif
yang terdapat di bandar, yang menarik kanak-kanak daripada menggunakan
masa untuk membaca. Hal ini juga mungkin disebabkan oleh takrifan
pembacaan yang terhad kepada bahan bercetak sedangkan lebih ramai
kanak-kanak di bandar mempunyai akses kepada komputer dan membaca
bahan elektronik.

20

Pada tahun 1996, rakyat Malaysia dalam lingkungan umur 10 tahun dan
ke atas berjumlah 14.9 juta orang, iaitu merupakan lebih daripada 75 peratus
daripada seluruh rakyat Malaysia dalam negara ini. Kumpulan ini
merupakan kumpulan pelbagai sosio-ekonomi yang terdiri daripada mereka
yang masih bersekolah sehinggalah yang telah bersara.

Jadual 2.2 di bawah menunjukkan 93 peratus daripada rakyat


Malaysia berumur 10 tahun dan ke atas boleh membaca, tetapi hanya 87
peratus sahaja mengamal membaca. Oleh itu, terdapat perbezaan sebanyak 6
peratus antara kebolehan membaca dan amalan membaca. Keadaan ini
mungkin disebabkan oleh jenis bahan media yang dipertimbangkan sebagai
bahan bacaan dalam kajian ini, seperti yang dinyatakan sebelum ini. Walau
bagaimanapun, terdapat juga sebab-sebab khusus mengapa rakyat Malaysia
tidak membaca.

Jadual 2.2 menunjukkan bahawa bagi kumpulan ini, golongan lelaki


lebih ramai boleh membaca berbanding dengan golongan perempuan. Data
juga menunjukkan perbezaan antara pengakuan boleh membaca dan amalan
membaca sebenarnya adalah lebih bagi lelaki (96 - 91 = 5) berbanding
dengan perempuan (90 - 83 = 7). Ini menunjukkan lebih ramai lelaki yang

21

boleh membaca sebenarnya mengamal membaca apabila dibandingkan


dengan perempuan.

Jadual 2.2 Kebolehan membaca dan amalan membaca bagi kumpulan


umur 10 tahun dan ke atas

Kajian ini menunjukkan dengan jelas kebolehan membaca


berkurangan mengikut umur. Sebab utama ialah kadar rakyat Malaysia yang
mendapat pendidikan formal juga berkurangan mengikut peningkatan
kumpulan umur. Rakyat Malaysia yang lebih berumur berkemungkinan
lebih ramai yang tidak berpendidikan formal. Isu yang menjadi persoalan
ialah perbezaan ketara antara kebolehan membaca dan amalan membaca. Ini
menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin kurang membaca apabila
mereka lebih berumur,walaupun mempunyai kebolehan membaca. Seperti
yang dijangkakan, kebolehan membaca dan amalan membaca adalah lebih
22

tinggi dalam kalangan penduduk bandar jika dibandingkan dengan penduduk


luar bandar.

2.2.2 Pemilihan bahan bacaan yang sesuai

Pelajar perlu memilih bahan bacaan yang sesuai. Bagi kebanyakan


pelajar bahasa, perkara pertama yang diperkenalkan adalah bahan-bahan
bertulis melalui buku-buku teks yang digunakan di sekolah. Bahan-bahan itu
selalunya ditulis bagi tujuan pembelajaran, sesuai dengan keperluan
kurikulum dan dipermudahkan mengikut tahap kecerdasan pelajar. Penulisan
buku teks bahasa kedua, contonhya Bahasa Inggeris dapat membantu pelajar
menguasai tatabahasa secara sistematik. Ini disebabkan keperluan asas
dalam pembelajaran bahasa adalah menguasai tatabahasa. Tujuannya adalah
memperkenalkan tatabahasa di samping memperkayakan perbendaharaan
kata. Petikan-petikan dalam buku teks selalunya pendek dan ditulis dalam
pelbagai genre yang dapat menimbulkan minat membaca di kalangan
pelajar.

Membaca buku teks juga dapat membantu pelajar menguasai


tatabahasa dengan mengaitkan teks dengan soalan-soalan pemahaman yang
sudah disediakan. Walau bagaimanapun, penggunaan buku teks yang tidak
konsisten dalam pengajaran serta topik yang tidak begitu relevan dengan
23

keadaan semasa boleh mengganggu minat pelajar membaca teks bahasa.


Pergantungan yang terhad kepada teks memberikan kesempatan kepada
pelajar menggunakan cara berbeza bagi mengaplikasikan strategi membaca.

Menurut data Perpustakaan Negara (2006), terdapat beberapa jenis


bahan bacaan yang menjadi pilihan kanak-kanak. Carta 2.1 menunjukkan
jenis bahan bacaan utama yang disukai oleh kanak-kanak berumur 5 - 12
tahun. Komik merupakan pilihan utama bahan bacaan (41 peratus), jauh ke
bawah diikuti oleh buku (26 peratus), surat khabar (10 peratus) dan majalah
(6 peratus).

Carta 2.1 Jenis bahan bacaan yang dibaca

Melalui data yang diperolehi dari kajian Perpustakaan Negara tersebut, tahap
pembacaan peringkat pelajar sekolah rendah meningkat, tetapi peningkatan
itu lebih cenderung ke arah bahan yang berbentuk hiburan. Justeru itu, guru
perlu menggalakkan pelajar-pelajar untuk lebih meminati bahan bacaan yang
berbentuk pengetahuan. Guru bahasa Melayu harus melaksanakan aktiviti

24

membaca di bilik darjah kerana membaca menjadi prasyarat kepada individu


untuk menerokai pelbagai ilmu baharu dan terkini pada zaman teknologi
maklumat.

Hakikat ini telah ditegaskan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia dengan menyatakan Bahasa Melayu Merentas Kurikulum


(BMMK) menekankan tentang penyerapan pelbagai ilmu pengetahuan yang
boleh diterapkan melalui aktiviti

pengajaran dan pembelajaran bahasa

Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, KBSR Jilid 1, Asas KBSR 1,


l992).

Kebanyakan buku-buku teks bahasa kini menggabungkan aplikasi


multimedia iaitu penggunaan cakera padat berbentuk interaktif yang boleh
menimbulkan minat membaca serta dapat meningkatkan tahap pemahaman
membaca dengan lebih baik lagi. Di samping itu, pelajar juga perlu
didedahkan dengan bahan bacaan autentik bagi tujuan menambahkan
petikan yang terdapat di dalam buku teks. Bahan seperti itu bukan menjadi
ukuran menilai aras kecekapan berbahasa pelajar. Oleh itu, guru perlu
membuat pilihan bahan bacaan yang tepat.

2.2.3 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Membaca

25

Terdapat beberapa strategi atau pendekatan yang boleh digunakan bagi


kemahiran membaca seterusnya menguasai kemahiran berbahasa.

(a) Pendekatan Pengalaman Berbahasa (LEA)

Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) adalah berasaskan prinsip


bahawa kemahiran membaca tidak boleh dipecah-pecahkan daripada
kemahiran berbahasa yang lain seperti kemahiran mendengar, bertutur
dan menulis. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini menekankan konsep
dan strukut bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan.
Pada masa yang sama, pendekatan ini akan mengeksploitasi pengalaman
bahasa yang bermakna supaya pelajar boleh menelaah atau mengagak
makna perkataan dan ayat yang dibaca. Oleh itu, pendekatan ini amat
sesuai untuk pengajaran membaca untuk kefahaman.

(b) Pendekatan Komunikatif dan Skemata

Pendekatan berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat komunikasi


yang penting. Justeru bahasa perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya
untuk berkomunikasi. Aspek makna dan kosa kata mempunyai kaitan
dengan situasi komunikasi serta bersesuaian dengan aturan sosiobudaya
bahasa

berkenaan

perlu

diberikan

penekanan.

Pendekatan

ini

mencadangkan pengajaran kemahiran membaca dalam konteks situasi

26

komunikasi sebenar. Aktiviti simulasi dan main peranan sangat sesuai


untuk membolehkan pelajar membaca dalam keadaan komunikasi
sebenar.

Pendekatan Skemata ialah pengajaran kemahiran membaca yang


menekankan skemata untuk memudahkan pelajar menekankan makna
sesuatu perkataan atau ayat. Pembentukan skema bergantung kepada
pengetahuan sedia ada pelajar. Semakin luas pengetahuan sedia ada
pelajar, semakin banyaklah schemata yang boleh membantunya
memahami sesuatu perkataan, ayat dan seterusnya sebuah wacana.

( c ) Pendekatan Cerakinan, Binaan dan Eklektik

Pendekatan cerakinan berasaskan proses analisis bahagian yang besar


atau luas kepada kumpulan-kumpulan kecil. Dalam konteks bacaan,
proses untuk memahami sebuah wacana yang panjang boleh dicerakinkan
secara perenggan demi perenggan. Ssesbuah perenggan pula boleh
dicerakinkan lagi kepada kumpulan ayat-ayat dan seterusnya boleh pula
dicerakinkan kepada perkataan demi perkataan. Dalam pengajaran
membaca permulaan, pendekatan ini memfokuskan pembacaan ayat yang
dicerakinkan mengikut frasa, kata dan abjad atau fonem.
Pendekatan binaan adalah bertentangan dengan pendekatan cerakinan.
Jika pendekatan cerakinan melihat proses pemahaman itu daripada

27

perspektif yang luas kepada yang kecil, pendekatan binaan melihat


daripada yang kecil kepada bentuk yang lebih luas. Tegasnya pemahaman
terhadap sesebuah wacana bermula dengan penganalisisan perkataanperkataan, ayat, perenggan, dan seterusnya wacana. Dalam pengajaran
bacaan permulaan, pendekatan binaan memfokuskan sebutan abjad
terlebih dahulu, diikuti pemahaman atau sebutan perkataan, dan akhiri
dengan membaca dan memahamkan ayat.

Pendekatan eklektik ialah pendekatan pengajaran yang menggabungkan


pendekatan binaan dengan pendekatan cerakinan. Pendekatan ini akan
mengeksploitasi kaedah-kaedah pengajaran terbaik daripada kedua-dua
pendekatan tersebut.

2.2.4 Kaedah Membaca


Dalam pengajaran kemahiran berbahasa pelajar khususnya kemahiran
membaca, terdapat tiga jenis kaedah pengajaran yang digunakan oleh
guru-guru untuk mengajar di peringkat awal atau peringkat permulaan:

(a ) Kaedah Mengeja atau Abjad


Kaedah Abjad dianggap sebagai kaedah mengetahui nama-nama huruf
yang digunakan bagi tulisan Melayu: a, b, c..sampai z. Murid-murid
diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a, b, c, d .z.

28

kadang-kala ada nyanyian dengan menggunakan huruf-huruf ini sebagai


lirik.

Kemudian selepas beberapa minggu barulah dibunyikan huruf-huruf


vokal: a, e, i, o, u. Selepas itu baru dibina suku kata-suku kata ba-tu ,
ka-ki dan sebagainya, dan diikuti pula dengan mengeja perkataan.
Kemudian diberi latihan membaca ayat-ayat pendek.

Kaedah Abjad seumpama ini nyatalah menegaskan hafalan-hafalan yang


agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Pengajaran yang dimulakan
dengan membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan namanama huruf sebenarnya menegaskan sesuatu yang membosankan muridmurid dan saya kira mengambil masa yang agak panjang sebelum muridmurid itu dapat merasa gembira atau puas dari kebolehan membaca
sendiri.

( b ) Kaedah Fonik ( Suku Kata )

Pada dasarnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid


melihat hubungan di antara simbol ( huruf ) dan bunyi

supaya

kemudian mereka dapat membaca ( membunyikan ) sendiri perkataanperkataan baru yang mereka hadapi.

29

Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, tetapi diajar bunyibunyi

huruf. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya.

Misalnya a dibunyikan aa, t tah , s ss, u uu, z


zz , dan sebagainya, setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf
dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya : ba, da, tu, ka,
lu, ini dan sebagainya. Kemudian baru digabungkan suku kata-suku
kata ini menjadi perkataan-perkataan dada, batu, kata, lalu dan
sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat
yang menggunakan perkataan-perkataan ini.

Oleh kerana sistem ejaan Bahasa Melayu kita adalah fonemik


(iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara huruf dan bunyinya)
dan oleh kerana suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas,
maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan
membaca. Kaedah ini adalah munasabah dan mungkin lebih berkesan
dibandingkan dengan kaedah abjad dan kaedah seluruh perkataan.

Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid


menghafalkan bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaan.
Lazimnya masa agak panjang diambil untuk mereka mengenal bunyi
semua huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataanperkataan dan ayat-ayat yang bermakna.
(c) Kaedah Pandang dan Sebut

30

Kaedah Pandang dan Sebut ( Kaedah seluruh perkataan ) ini


boleh dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang
terdapat pada kaedah abjad. Kaedah seluruh perkataan ini lebih
bermakna dari nama tiap-tiap huruf itu. Misalnya batu, rumah,
sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataanperkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna dari
pecahan tiap-tiap hurufnya.

Kaedah seluruh perkataan ( atau pandang dan sebut) ini dijadikan


asas untuk mengajar murid-murid mula membaca. Kerap kali ditunjukkan
seluruh

perkataan-perkataan

seiring

dengan

gambar-gambar

yang

dilambangnya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar


rumah, perkataan pensel di tepi gambar pensel dan sebagainya. Kadang
kala digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan gambar dan
perkataan.

Dalam kaedah Pandang dan Sebut ini murid-murid cuba


mengenal keseluruhan lambang-lambang itu untuk boleh membaca.
Mereka harus mengenal beberapa puluh lambang perkataan sebelum
boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar mengeja tiap-tiap
perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf. Oleh kerana sistem ejaan
Bahasa Melayu adalah lebih bersifat fonemik daripada sistem ejaan Bahasa

31

Inggeris ( satu huruf boleh melambangkan satu bunyi ) maka didapati


kaedah Pandang dan Sebut ini tidak begitu praktikal digunakan di
peringkat permulaan mengajar membaca.

Kaedah ini akan menyukarkan dan melambatkan lagi proses


memperoleh kemahiran membaca pada peringkat awal.

(d) Kaedah Campuran ( Eklektik )

Kaedah ini adalah kaedah campuran, campuran kaedah pandang sebut


dan kaedah suku kata. Mengikut kesesuaian murid, situasi bilik darjah dan
bahan bacaan yang digunakan.

Ada yang berpendapat kaedah eklektik amat praktikal untuk mengajar


membaca bagi kanak-kanak. Jika dikaji secara terperinci, agak ramai guru
yang mengajar secara kurang sistematik. Oleh itu kaedah ini menjadi
kaedah cacamurba , kerana asas-asas gabungan itu kurang jelas
diperhatikan.

Apa yang harus difikirkan bersama adalah mencipta satu kaedah mengajar
eklektif yang sesuai untuk mengajar membaca Bahasa Melayu

yang

mengambil kira dari segi sifat-sifat sistem ejaan Bahasa Melayu, struktur

32

suku katanya dan tatabahasanya dan dari segi situasi pembelajaran muridmurid. Kaedah ini juga haruslah sistematik.

Masalah pertama yang dihadapi oleh guru-guru dan murid-murid dalam


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu khususnya di dalam
kemahiran membaca ialah berhubung dengan ejaan yang tidak sama
dengan sebutan.

Contoh:

saya

[say]

maka

[mak]

bila

[bil]

apa

[ap]

siapa

[siap]

Kaedah ini seolah-olah mahu dirumuskan oleh murid-murid bahawa fonem


a pada akhir kata itu disebut sebagai []. Tetapi hal ini adalah satu
tanggapan yang salah, kerana hal yang demikian tidak mungkin pula
berlaku pada;

bola

[bola]

wanita

[wanita]

jaga

[jaga]

akta

[akta]

33

liga

[liga]

Ada juga ejaan yang dieja mengikut sebutan. Contohnya:

dahulu

dulu

sahaja

saja

kelmarin

mahu

mau

kemarin

Ejaan kata-kata yang dipinjamkan dari Bahasa Inggeris juga jelas


menambahkan masalah yang sedia ada itu. Banyak kekeliruan di dalam
perkara ini.

Contohnya:

klinik

kelinik

traktor

terekter

industri

industeri

Sedangkan ejaan-ejaan kata yang dipinjamkan semestinya dieja mengikut


sebutan kata asalnya dengan hanya mengubah ejaannya sesuai dengan
Bahasa Melayu. Hal ini bertambah serius apabila murid-murid berhadapan
dengan ejaan-ejaan yang diperoleh daripada buku-buku teks, akhbarakhbar, majalah-majalah, papan tanda, dan iklan-iklan di luar sekolah.
Kebanyakan daripada ejaan tersebut masih lagi menggunakan ejaan lama.

34

2.3 Faktor-Faktor Signifikan yang mempengaruhi tahap penguasaan


kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam kemahiran
membaca pelajar

Kemahiran membaca merupakan salah satu komponen penting yang


perlu dikuasai oleh murid bagi meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. Kemahiran membaca menjadi landasan kepada
sekumpulan kemahiran yang perlu untuk menguasai kemahiran belajar.
Bagi membolehkan murid membaca dengan baik, asas membaca yang
kukuh perlu dibina sejak mereka di sekolah rendah lagi. Sehubungan
dengan itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah telah
menyenaraikan sebanyak 124 kemahiran membaca untuk dikuasai oleh
murid dalam tempoh enam tahun persekolahan (Asas kemahiran berbahasa
KBSR, 1994). Selain itu, kemahiran membaca yang tinggi akan
menyebabkan murid menguasai pelbagai aspek bahasa dan penyusunan
idea yang bernas dan teratur. Sebaliknya, murid-murid yang kurang minat
membaca akan menjadikan pengetahuan mereka tidak luas malah akan
menjadikan mereka kekurangan kosa kata (Abu Bakar Yusuf, Abdullah
Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin, 2007).

Mengikut model ASSURE oleh Heinich, Molenda, Russell dan


Smaldino (1996), guru perlu menganalisis ciri-ciri murid sebelum
merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Jika
35

terdapat murid yang belum menguasai kemahiran membaca dengan baik, ia


akan memberi kesan terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah.
Misalnya, guru tidak boleh mengubah pembelajaran dari satu unit ke unit
pembelajaran yang lain jika terdapat ramai murid yang belum menguasai
sesuatu unit itu. Penguasaan unit pembelajaran oleh murid terhadap sesuatu
unit pembelajaran akan bertambah rumit jika kemahiran membaca mereka
adalah lemah. Sebaliknya mereka akan mudah menguasai sesuatu unit
pembelajaran jika mereka dapat menguasai kemahiran membaca.

Guru juga mesti mempelbagaikan kaedah pengajajran mereka agar


potensi murid dapat diperkembangkan semaksimum yang mungkin (Shukri
Zain, 2007). Hal ini kerana, di dalam sesuatu kelas terdapat pelbagai tahap
kemahiran membaca oleh murid. Oleh yang demikian, guru perlu
merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan
berkesan bagi membolehkan semua murid dapat menguasai perkara yang
diajar. Keadaan ini akan menjadikan murid yang lemah dapat menguasai
pembelajaran dengan baik dan murid yang mahir tidak akan bosan dengan
pengajaran yang dilakukan oleh guru. Antara aktiviti yang mesti dibuat
oleh guru seperti aktiviti yang dapat memberi peluang sepenuhnya kepada
murid

untuk

mempraktikkan

kecekapan

berbahasa

yang

boleh

menunjukkan bakat dan mencabar pemikiran. Selain itu, guru juga


hendaklah menyediakan aktiviti yang boleh menyeronokkan murid supaya
mereka tidak berasa bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa

36

seperti berlakon, simulasi dan main peranan (Asas Perkaedahan Mengajar


Bahasa, 1992).

Guru merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi tahap


penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam kemahiran
membaca. Bagi tujuan ini, guru perlu untuk melakukan aktiviti pengayaan.
Aktiviti pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas yang
dijalankan sama ada sekolah ataupun di luar waktu sekolah, daerah, negeri
atau kebangsaaan. Aktiviti ini hendaklah dapat meluaskan pengetahuan dan
pengalaman serta mengukuhkan kemahiran bahasa yang telah dan sedang
dipelajari. Melalui aktivti ini murid mendapat peluang tambahan untuk
mengembangkan minat, daya kreativiti, perasaan ingin tahu, sikap
berdikari dan bakat kepimpinannya. Aktiviti pengayaan ini boleh
dibahagikan kepada dua iaitu pilihan murid atau pilihan guru. Dalam
aktiviti pengayaan pilihan murid, mereka bebas memilih dan menjalankan
sendiri sesuatu aktiviti mengikut minat dan kebolehan masing-masing.
Guru boleh menyediakan beberapa pukal bahasa yang boleh dipilih sendiri
oleh murid. Manakala bagi pilihan guru pula aktiviti ini bertujuan untuk
mengukuhkan lagi kemahiran tertentu. Aktiviti ini dikendali secara formal
mengikut arahan, penentuan atau rancangan guru (Asas Perkaedahan
Mengajar Bahasa, 1992).

37

Murid yang lemah dalam kemahiran membaca boleh menyebabkan proses


pengajaran dan pembelajaran terganggu. Misalnya mereka membuat bising
atau menganggu kawan lain yang hendak belajar. Keadaan ini akan
menyebabkan pengajaran guru tidak berkesan. Oleh yang demikian, aktiviti
pemulihan diperlukan bagi membantu murid yang bermasalah ini. Aktiviti
pemulihan merupakan langkah khas untuk membantu murid-murid
menghadapi masalah pembelajaran dan dijalankan dalam waktu yang
pendek.

2.4 Langkah-Langkah Untuk Meningkatkan Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merupakan kemahiran peringkat tinggi,


kemahiran ini merupakan bukan satu perkara yang mudah untuk dikuasai
terutamanya pada peringkat awal pembacaan. Ramai pelajar sama ada di
peringkat sekolah rendah atau peringkat menengah masih lagi tidak boleh
membaca dengan lancar (Dr. Syukri Abdullah, 2007). Kemahiran membaca
itu bukanlah kemahiran semulajadi. Membaca tidak sama pembentukannya
seperti berjalan atau berlari. Ini bermakna , kemahiran ini perlu dipupuk
dengan cara yang tersusun dan berkesan. Pelbagai kaedah telah digunakan
untuk meningkatkan kemahiran membaca (Noor Fazrina Kamal, 2007).
Antara langkah yang boleh dijalankan untuk meningkatkan kemahiran
membaca ialah:

38

Peranan guru
Guru memainkan peranan yang amat penting bagi meningkatkan kemahiran
membaca dalam kalangan murid sekolah rendah. Kita boleh perhatikan
bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum dapat menguasai
kemahiran membaca dengan lancar. Bagi mengatasi permasalahan ini, guru
boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk meningkatkan kemahiran
membaca. Menurut Azwan Wan Chik (1986), terdapat empat kaedah
mengajar membaca Bahasa Melayu yang biasa dilaksanakan dalam bilik
darjah iaitu kaedah abjad, kaedah seluruh perkataan, kaedah fonik dan
kaedah eklektik. Setiap kaedah mempunyai cara penyampaian yang berbeza
dan guru boleh menggunakan kaedah-kaedah tersebut dalam proses
pengajaran membaca kepada murid. Namun begitu, kaedah eklektik adalah
paling

sesuai

digunakan

untuk

mengajar

membaca

kerana

ia

menggabungkan terus kaedah fonik dan kaedah seluruh perkataan dan ayat
dalam satu pelajaran membaca. Selain penggunaan teknik yang betul dalam
pengajaran membaca, alat bantu mengajar (ABM) juga memainkan peranan
penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu termasuk
mengajar membaca. Setiap pengajaran yang telah dirancang oleh guru
bermula dari set induksi sehinggalah ke penutupnya, seharusnya guru
menyediakan ABM atau media yang paling berkesan supaya objektif
pengajaran tercapai (Syarifah Alwiah Alsagoff, 1984: 349 dalam Marzukhi
Nyak Abdullah, 1994).

39

Penggunaan ABM dapat memudahkan murid-murid memahami atau


membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul. Contohnya,
penggunaan gambar dalam pengajaran membaca dapat membantu dan
merangsang minda murid untuk menyebut dan membacanya. Selain itu,
untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, murid juga perlu menguasai
dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu
membimbing murid untuk menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat
sekolah rendah lagi. Dalam konteks sekolah, murid membaca untuk tujuantujuan seperti untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan
sesuatu tajuk atau perkara, untuk mendapatkan gambaran keseluruhan
tentang sesuatu tajuk atau perkara, untuk memahami sesuatu persoalan atau
menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep dan untuk mengumpul
pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan. Secara umumnya,
seseorang murid perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu membaca
pantas dan membaca kritis. Untuk membaca pantas seseorang boleh
menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca
dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan
SQ3R.

Teknik Membaca KWLH


KWLH adalah singkatan bagi yang berikut iaitu, K (know) Apa yang telah
diketahui (sebelum membaca), W (want) Apa yang hendak diketahui
(sebelum membaca), L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas

40

membaca) dan H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan


yang berkaitan (untuk membaca seterusya). Melalui teknik ini, pembaca
mengingat dahulau apa yang telah diketahui, membayang atau menentukan
apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih),
mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat
pembacaan seterusnya). Teknik pembacaan akan membolehkan murid
mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca,
menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan
apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat
tambahan.

Teknik skimming dan scanning


Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan
yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih
panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan,
kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk
mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam
pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian
tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk
utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat
gambaran umum tentang perkara yang dibaca. Scanning ialah pembacaan
cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat

41

gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh


melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting.
Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah
dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi
tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan
cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming. Dalam
konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama.
Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian
sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita
boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus
yang dicari (Baca, 2007).
Peranan murid
Kejayaan murid dalam bidang pelajaran terletak di tangan mereka sendiri.
Murid perlu rajin dan berusaha untuk memantapkan diri bagi mengatasi
kelemahan yang dimiliki. Bagi meningkatkan kemahiran membaca, murid
perlu memperuntukkan masa yang sesuai untuk membaca. Kebanyakan
individu memberi alasan tidak membaca kerana kesuntukan masa. Memang
tidak dinafikan bahawa terdapat banyak alasan terhadap waktu, tetapi jika
murid berminat pada kemajuan diri dalam kemahiran membaca, maka
mereka perlu mengatur masa dan memperuntukan sedikt masa untuk
membaca dengan baik. Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994) mengatakan
bahawa masa untuk membaca tidak perlu lebih dari 15 hingga 30 minit,
tetapi kesetiaan murid terhadap pembacaan akam meningkatkan kemahiran

42

membaca mereka. Katanya lagi, orang yang tidak ingin maju sahajalah yang
tidak menyediakan masa untuk membaca dalam hidupnya. Usaha yang
paling efisyen untuk mengetahui segala kejadian pening di dunia moden
sekarang ini adalah dengan membaca. Selain itu, menyediakan masa untuk
membaca berhubungan rapat dengan salah satu aspek yang paling penting
dalam membaca kritis iaitu mengetahui apa yang baik dan bermanfaat untuk
dibaca. Memang tidak mungkin murid akan membaca tentang semua
perkara, oleh itu setiap murid perlu mengadakan prinsip-prinsip sendiri yang
dapat membimbing mereka terhadap apa yang harus dibaca dan tidak perlu
dibaca. Dalam buku Azman Wan Chik (1986) ada diselitkan pesanan Sandra
Loch kepada Encik Simkins yang dinukilankan dalam buku Personalized
Reading Instruction oleh Walter R. Barbe de Jerry L. Abbott, terjemahannya
lebih kurang begini:
Saya suka waktu yang tuan tentukan untuk bacaan kerana saya boleh
membaca apa-apa buku yang saya suka dan saya tidak dipaksa membaca
buku yang saya tidak suka, saya juga suka kerana saya diberi masa untuk
membaca. Saya suka menyatakan bahawa sesungguhnya saya seronok
membaca dan saya fikir anda akan belajar bagaimana membaca dengan baik
apabila anda membaca buku-buku yang anda suka, ini akan menarik minat
anda ingin membaca. Saya tulis suatu catatan berkenaan dengan buku-buku
yang saya sudah baca, dengan itu saya boleh memberitahu kepada semua
orang bahawa tidak ada sebuah buku yang baik tentang sebuah buku yang

43

saya sudah baca, ini menjadikan mereka akan berminat membaca bukubuku. Percayalah saya suka membaca.
Daripada pesanan di atas ternyata setiap murid boleh dipupuk minat
membacanya dengan memimpin mereka memilih buku-buku yang
disukainya dan menentukan masa untu membaca.

Peranan sekolah
Peranan pihak sekolah juga penting dalam meningkatkan kemahiran
membaca dalam kalangan murid. Bagi murid yang dikesan mempunyai
kelemahan dalam kemahiran membaca, mereka perlu diberi kelas pemulihan
yang khusus untuk memahirkan mereka dalam bacaan. Kelas pemulihan ini
pula memerlukan guru- guru yang mahir untuk mengajar mereka supaya
mahir membaca. Di samping itu, persekitaran sekolah juga penting untuk
memotivasikan murid agar gemar membaca. Bernard (1965) berpendapat
motivasi ialah penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal
dan mengawal minat (Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004). Contohnya,
pada dinding-dinding sekolah atau tugu perlu diletakkan motto atau
renungan yang berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan amalan membaca.
Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada murid
untuk cuba menghayati dan mengubah diri mereka ke arah suka membaca.
Selain itu, sudut bacaan juga perlu diwujudkan di dalam bilik darjah. Sudut
ini perlu disediakan dengan buku-buku yang sesuai dibaca oleh murid dan

44

sudut ini juga perlulah senyap dan selesa supaya murid dapat menumpukan
perhatian mereka semasa mereka membaca (Nordin Mamat, 2005).

Peranan ibu bapa


Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan persekitaran
rumah dalam pemerolehan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak.
Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap
membaca walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa
faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah
jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa.
Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula
berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak
faedah. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja dapat
meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain
yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat
meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep,
perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran.
Dalam kajiannya, Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor yang
berkaitan dengan persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah terdapat atau
tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah, masa yang diperuntukkan bagi
membaca kepada kanak-kanak, masa yang diperuntukkan bagi membimbing
dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada ibu bapa menjadi
contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak. Keempat-empat faktor itu

45

secara bergabung didapati lebih mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca


daripada secara berasingan. Ibu bapa juga perlu menunjukkan sikap suka
membaca kepada anak-anak. Perkara ini disokong oleh Rohani Rustam dan
Jamiah A.Bakar (1995) menyatakan contoh melalui teladan penting dan
benar kerana sudah menjadi tabii anak-anak suka meniru. Apa yang dibuat
oleh ibu bapa atau orang-orang dewasa yang sentiasa berada dengannya,
maka itulah yang akan cuba ditirunya. Walaupun mereka bukan pembaca
yang serius, namun perbuatan ibu bapa membaca bahan-bahan itu menjadi
contoh kepada anak-anak. Sebagai kesimpulan, faktor peranan ibu bapa dan
persekitaran rumah merupakan faktor utama dalam mempengaruhi sikap
kanak-kanak membaca. Ia merupakan faktor penentu sama ada seseorang
kanak-kanak akan menjadi pembaca yang berjaya atau sebaliknya

2.5 Kajian-Kajian Berkaitan

Pakar-pakar dalam pengajaran bahasa berpendapat, kejayaan di


dalam setiap pengajaran bahasa itu memerlukan kaedah atau metode
pengajaran berdasarkan kepada teori-teori linguistik.

Oller dan rakan-rakan mengemukakan bahawa tujuan utama teori


linguistik adalah memberikan huraian atau deskripsi bahasa sebagai satu
sistem dan memberikan penjelasan tentang bagaimana penutur bahasa

46

berkomunikasi dengan menggunakan bahasa. Politzer pula mengatakan


bahawa linguistik dan psikologi pendidikan seharusnya merupakan alatalat yang dapat digunakan oleh guru-guru bahasa untuk membenarkan
kaedah-kaedah yang digunakan oleh mereka.

Mengikut kajian pakar-pakar bahasa terdahulu mengatakan bahawa


pada umumnya, Bahasa Melayu diajar di sekolah-sekolah menggunakan
perkaedahan ad hoc mengikut pertimbangan dan budi bicara guru
semata-mata. Guru-guru kebanyakannya mengubahsuai pengajarannya
mengikut kebolehan, kemampuan, pengalaman dan cita rasa atau cara guru
itu sendiri mempelajari Bahasa Melayu. Kaedah ad hoc ini menimbulkan
pelbagai ragam dalam pendekatan dan teknik yang sama sekali tidak
berlandaskan kepada prinsip dan teori-teori pengajaran dan pembelajaran
bahasa yang mantap dan dapat dipertanggungjawabkan.

Riechorf (1997) menilai amalan pengajaran pemahaman membaca


dengan mengaitkan model membaca psikologi kognitif. Kajian ini
bertujuan menilai pengajaran membaca kefahaman yang diamalkan
bersesuaian dengan model Dolores Durkin yang dijalankan pada tahun
1978. Kajian itu bertujuan mengenal pasti perubahan dan trend yang
memberikan impak dalam pengajaran pemahaman membaca. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat sedikit perubahan daripada segi pencapaian
yang ditunjukkan dalam pengajaran kemahiran membaca. Di samping itu,

47

kajian juga menunjukkan penguasaan berdasarkan model membaca terkini,


strategi yang digunakan serta aplikasi metakognitif. Rumusan kajian
menunjukkan guru mempunyai pemahaman bercorak sepintas lalu
berkaitan topic dan pelajar sudah biasa dengan strategi yang digunakan
oleh guru.

Menurut kajian Coleman (1995), penggunaan strategi


menggunakan peta semantik dapat memberikan kesan kepada tahap
pemahaman pelajar. Pelajar lebih memahami teks yang dibaca dan dapat
mengekalkan pemahaman. Ini menunjukkan penggunaan strategi membaca
seperti menggunakan alat berfikir yang sesuai dapat meningkatkan
kemahiran membaca.

Aspek kognitif sering mempengaruhi kelancaran membaca.


Kemahiran kognitif dalam bacaan teks membantu pemahaman pelajar
dengan prosedur pembacaan yang lebih sistematik. Kajian yang dilakukan
oleh Oka (1984) melihat aspek pemikiran dan motivasi dalam kemahiran
membaca. Dalam pengajaran, kadang kala wujud masalah pelajar yang
sukar hendak menguasai kemahiran itu, Pemboleh ubah lain yang termasuk
dalam metakognitif dan aspek motivasi ialah kesedaran membaca, sikap
dan persepsi kendiri.

48

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini memuatkan reka bentuk kajian, populasi dan sampel,


instrumen, prosedur pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berupa tinjauan dengan menggunakan kaedah


kuantitatif iaitu menggunakan pendekatan tinjauan sampel tidak nyata..
Matlamat kajian ini ialah untuk mengumpul maklumat mengenai
pembolehubah yang berkaitan dengan keberkesanan kajian ini. Sampel
rawak digunakan bagi mewakili populasi.

49

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Sampel Kajian terdiri daripada pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 SK


Pengalat Kecil Papar. Sejumlah 70 orang pelajar yang akan dijadikan
responden dan 2 orang guru Bahasa Melayu. Kaedah persampelan rawak
mudah digunakan. Sampel diperoleh secara rawak daripada kelas Tahun
4 dan Tahun 5 yang terdapat di sekolah tersebut berdasarkan kebolehan
mereka membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.

Jadual 3.1 Latar belakang demografi responden


Latar belakang
Jantina

Tahun/Kelas
Lelaki
Perempuan
JUMLAH

4
12
20
32

5
19
19
38

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini ialah


borang soal selidik berbentuk objektif dan subjektif. Sebanyak 30 soalan
akan dikemukakan dalam 3 bahagian. Tempoh masa 1 jam akan diberikan
untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Jenis butiran soal selidik
ialah

jenis

jawapan

dibina

dan

jawapan

dipilih.

Jenis

skala

pemeringkatan, skala likert dan jawapan pendek diberikan untuk subjek


memberikan tindakan terhadap soalan yang diberikan.
50

Jenis jawapan dibina ( Bahagian A dan C) akan mengkehendaki


subjek untuk menjawab soalan yang dikemukakan secara bebas. Subjek
akan menjawab soalan yang dikehendaki berdasarkan pemahamannya
terhadap soalan atau rangsangan yang dikemukakan. Jenis jawapan
dipilih (Bahagian B) mengkehendaki subjek memilih satu jawapan yang
paling berkenaan untuk menjawab sesuatu soalan yang dikemukakan di
dalam soal selidik ini.

Pelaksanaan temu bual diadakan kepada beberapa orang guru dan


murid tentang pengetahuan sedia ada terhadap tajuk kajian ini, sebelum
proses menjawab soal selidik dijalankan. Borang soal selidik 1 adalah
untuk pelajar

dan borang soal selidik 2 adalah untuk guru bahasa

Melayu.

3.5 Kaedah pengumpulan data

Data akan dikumpulkan daripada hasil prasoal selidik dan soal


selidik ( borang soal selidik 1 dan 2 ) yang telah dijawab oleh para murid
serta guru bahasa Melayu yang diberikan secara rawak bagi mendapatkan
data yang berkaitan.

51

3.6 Kaedah Penganalisisan data

Data daripada soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan SPSS


Windows. Kaedah Statistik deskriptif dan inferens digunakan untuk
menganalisa data.

Rumusan

Reka bentuk kajian yang khusus digunakan di dalam kajian ini akan
memberikan maklumat dengan menggunakan instrumen temu bual atau
pemerhatian, dan soal selidik. Sampel kajian yang dipilih secara rawak
terdiri daripada 30 orang murid dan 2 orang guru bahasa Melayu. Kajian
ini akan dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu prasoal selidik melalui
temu bual berdasarkan anggapan serta pengalaman murid yang sedia ada
terhadap pengetahuan dan penguasaan kemahiran berbahasa khususnya
dalam kemahiran membaca. Peringkat kedua merupakan proses mengedar
dan memberi kertas soal selidik kepada semua subjek bagi mengetahui
tentang tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya
kemahiran membaca, langkah meningkatkan penguasaan berbahasa
khususnya kemahiran membaca dan faktor signifikan yang berkaitan
dengannya. Borang soal selidik untuk guru juga akan diedarkan pada
waktu yang sama bagi menilai kefahaman dan peranan Panitia Bahasa

52

Melayu dan langkah meningkatkan penguasaan kemahiran membaca


murid di tahap dua sekolah rendah.

BAB 4

53

ANALISIS DATA

1.0

54