Anda di halaman 1dari 2

Selamat pagi kepada Tuan Guru Besar yang kacak, guru, dan semua rakan-rakan

yang saya kasihi sekalian. Pertama sekali, saya mahu mengucapkan terima kasih
kerana menjemput saya untuk menretikan sebuah kisah kepada anda. Sebelum
saya meneruskan dengan cerita saya, saya mahu bertanya satu soalan kepada
anda. Adakah anda pernah mendengar peribahasa orang yang jujur akan diberi
ganjaran dan yang tamak selalu rugi? Pinjamkan telinga anda untuk beberapa
minit.

Suatu masa dahulu, terdapat seorang pemotong kayu yang sangat miskin. Suatu
hari, dia menebang pokok berhampiran dengan tebing sungai. Tiba-tiba,
kapaknya terjatuh kedalam sungai. Sungai tersebut sangat dalam. Dia mula
menangis. eiiiiii.. malaikat muncul di hadapannya setelah mendengar dia
menangis. kenapa kamu menangis? Tanya malaikat tersebut. Pemotong kayu
tersebut berkata Kapak kesayangan saya telah jatuh kedalam sungai.
Malaikat tersebut menyelam ke dasar sungai. Dia timbul dari sungai dengan
mambawa kapak emas. Pemotong kayu tersebut berkata Itu bukan kapak
saya. Kemudian malaikat tersebut menyelam sekali lagi ke dalam sungai. Kali
ini dia keluar dengan kapak perak. Pemotong kayu terbut berkata itu pun
bukan saya punya. Kemudian malaikat tersebut menyelam sekali lagi dan
membawa kapak besi.
Pemotong kayu tersebut sangat gembira melihat kapaknya. Dia berkata Inilah
kapak saya. Malaikat tersebut sangat terharu dengan kejujuran pemotong kayu
tersebut. Malaikat tersebut menghadiahkan ketiga-tiga kapak kepada pemotong
kayu tersebut sebagai ganjaran.
Pemotng kayu yang miskin tersebut telah menjadi kaya. Selepas beberapa hari,
dia memberitahu kejadian tersebut kepada jirannya. Tetapi jirannya, Shankar
ialah seorang yang sangat tamak. Suatu hari, Shankar juga talah pergi ke tebing
sungai tersebut dengan membawa sebila kapak besi dan mula memotong pokok.
Tiba-tiba dia melempar kapak tersebut ke dalam sungai dengan sengaja dan dia
mula menangis seperti pemotong kayu yang miskin. Setelah mendengar
tangisannya, malaikat telah muncul di depanya. Malaikat tersebut bertanya
kepada Shankar kenapa dia menangis. Shankar memberitahu malaikat tentang
kapaknya yang hilang dalam sungai.
Malaikat tersebut menyelam ke dalam sungai tersebut. Malaikat tersebut telah
muncul kembali membawa kapak emas. Shankar tidak dapat menahan sifa
tamaknya setelah melihat kapak emas di hadapannya. Secara spontan dia
menjawab Ya, itulah kapak saya. Malaikat tersebut mengetahui bahawa
bahawa Shankar adalah seorang yang tamak dan penipu. Malaikat tersebut
menghilang. Shankar berasa sangat sedih, sebab dia tidak dapat apa-apa dan
telah hilang kapaknya.

Oleh itu, pengajaran daripada cerita ini ialah kita tidak sepatutnya menjadi
tamak. Selalulah ingat bahawa orang yang jujur akan diberi ganjaran dan yang
tamak selalu rugi.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai