Anda di halaman 1dari 5

CERITA KANAK-KANAK

Pemotong Kayu Yang Jujur


Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan
miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang
sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban
hari tanpa dikurniakan anak.Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......Pergilah si tua
tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti
kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api.
Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya....
Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah
lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam.
Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun
mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...Maka...bersimpatilah
pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai
orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si paripari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku..."Baiklah..akan
kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si paripari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil
membawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini
bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....Lalu terjunlah
sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua
mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa
pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari
membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya.
Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya
kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan. Pulanglah si tua dengan hati yang gembira.
Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut
bergembira dengan kejujuran suaminya.Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...
Nilai
1.
2.
3.
4.
5.

murni

Bertanggungjawab
mencari
Tabah
dengan
segala
dugaan
dan
Rajin
berusaha
untuk
mencari
kayu
api
di
Jujur
dengan
hak
kepunyaannya
Sabar
walaupun
kapak
kesayangannya
jatuh
ke
dalam

___________________________________________________________
CERITA BINATANG

Pengajaran
rezeki.
cabaran.
hutan.
sendiri.
sungai.

Sumpahan Ulat Tanah


Hampir seminggu Tuan Peladang duduk termenung. Musim kemarau memusnahkan tanaman
diladangnya. Tanah menjadi kering-kontang. Tuan Peladang melihat air simpanannya di
dalam tempayan cuma tinggal separuh sahaja lagi. Dia khuatir jika keadaan kemarau terus
berlarutan, ini akan mengakibatkan dia mati kehausan. Seekor lembu kepunyaan Tuan
Peladang berada di kandang. Sang Lembu gembira kerana tidak perlu bekerja di ladang sejak
musim kemarau melanda. Namun demikian, kegembiraan lembu itu tidak lama kerana musim
kemarau itu menyebabkan rumput-rumput segar yang menjadi makanannya kering dan mati.
Kini sukar bagi Sang Lembu itu mendapatkan rumput yang segar.
Pada suatu hari Sang Lembu mengambil keputusan untuk meninggalkan Tuan Peladang.
Seboleh-bolehnya Sang Lembu ingin membuat sesuatu untuk mengubat kesedihan Tuan
Peladang. Pada suatu malam, Sang Lembu telah keluar meninggalkan kandangnya. Sang
Lembu berjalan untuk mencari sumber air. Setelah jauh berjalan, Sang Lembu terjumpa
dengan sebuah perigi. Sang Lembu berfikir, tentulah perigi itu mempunyai air tetapi sungguh
malang nasibnya kerana tiada air di dalam perigi tersebut. Sang Lembu berasa sedih dan
duduk di tepi perigi buta itu sambil mengenangkan nasib yang bakal manimpa dirinya.
Sewaktu Sang Lembu duduk ditepi perigi itu, dia terdengar satu suara memanggilnya.
Siapa? Sang Lembu bertanya kehairanan. Aku, ulat tanah di dalam perigi buta ini. Buat
apa kamu di dalam perigi ini? soal Sang Lembu lagi. Ini rumahku Sang Lembu. Sudah
lama aku di sini sejak perigi ini kering airnya. Tapi bagaimana kamu boleh hidup tanpa air
di sini? cetus Sang Lembu itu. Aku akan memberitahu kamu kenapa aku boleh hidup di
sini tetapi kamu mestilah berjanji denganku terlebih dahulu. Cakaplah saja dan aku akan
berpegang pada janji-janji kamu itu. Aku tahu kamu dan Tuan Peladang menghadapi
masalah kekurangan air. Aku boleh tolong mengatasi masalah tersebut. Sang Lembu tertawa.
Dia tidak percaya dengan ulat tanah. Dengarlah dulu kata-kata aku ini. Janganlah
mentertawakan aku pula, marah ulat tanah.
Aku minta maaf Sang Ulat. Cakaplah aku bersedia mendengarnya. Sebenarnya tanah di
dalam perigi ini tetap lembap. Kalau digali pasti akan mengeluarkan air. Air perigi ini akan
penuh semula. Justeru itu aku boleh berikan perigi ini kepada kamu dan Tuan Peladang.
Tetapi sebagai ganjaran kamu hendaklah menyuruh Tuan Peladang menanam tanam-tanaman
seperti sayur-sayuran di sekitar perigi ini. Aku dan kawan-kawanku akan berpindah dari
perigi ini tetapi tidak jauh dari kawasan ini juga. Terima kasih atas pertolongan kamu itu
Sang Ulat. Tapi kenapa tuan aku mesti menanam tanaman di kawasan perigi ini? Itu
sebagai ganjaran kepadaku. Kamu hendaklah merahsiakan perkara ini dan tidak memberitahu
sesiapa pun tentang perigi ini. Berjanjilah kamu akan menyuruh Tuan Peladang menanam
sayur-sayuran di sini.

Baiklah. Terima kasih di atas pertolongan kamu itu wahai Sang Ulat. Ah! Perkara biasa
saja. Bukankah kita hidup perlu saling menolong. Sang Lembu pulang dengan hati yang
girang. Didapatinya Tuan Peladang masih duduk termenung. Sang Lembu terus menceritakan
tentang penemuan perigi itu kepada Tuan Peladang. Mendengarkan cerita Sang Lembu, tanpa
berlengah-lengah lagi Tuan Peladang membawa cangkul dan tangga ke perigi yang dikatakan
oleh Sang Lembu. Tuan Peladang turun ke dalam perigi menerusi tangga yang dibawanya dan
terus mencangkul tanah di dalam perigi tersebut. Tidak berapa lama kemudian, mata air mulai
muncul di permukaan tanah.
Hati Tuan Peladang bertambah riang. Air mulai memenuhi perigi itu. Tuan Peladang
menepuk-nepuk belakang Sang Lembu yang berjasa terhadapnya. Walaupun begitu Sang
Lembu tidak memberitahu siapakah yang mengesyorkan agar Tuan Peladang menanam
sayur-sayuran di kawasan perigi itu. Tuan Peladang pula tidak banyak soal dan bersetuju
dengan pendapat Sang Lembu untuk menanam tanam-tanaman di kawasan itu. Ini akan
memudahkan lagi baginya mendapat bekalan air. Beberapa bulan kemudian, sayur-sayuran
tersebut tumbuh dengan suburnya. Tuan Peladang berasa sangat gembira. Di samping itu,
Tuan Peladang juga menperolehi pendapatan daripada hasil menjual air. Semakin bertambah
lumayan pendapatan Tuan Peladang.
Pada suatu hari, Tuan Peladang datang ke kawasan perigi untuk memetik sayur-sayurannya
tetapi alangkah terkejutnya Tuan Peladang apabila mendapati sayur-sayurannya terkorek di
sana-sini. Tuan Peladang menuduh Sang Lembu memakan dan merosakkan tanaman yang
ditanamnya. Sang Lembu tidak mengaku bersalah. Tuan Peladang semakin marah dan
memukul belakang Sang Lembu sekuat-kuat hatinya. Sang Lembu menjerit kesakitan dan
terpaksalah dia berterus-terang. Mendengarkan cerita Sang Lembu, Tuan Peladang rasa
tertipu.
Tuan Peladang tidak mempercayai bahawa ulat tanah boleh membantu memberikan air. Tuan
Peladang mencari ulat tanah di merata-rata tempat. Beberapa kawasan tanah digali oleh Tuan
Peladang. Akhirnya Tuan Peladang berjumpa dengan sekelompok ulat tanah. Tanpa
membuang masa lagi, Tuan Peladang mengambil racun lalu disemburkannya ke arah ulat-ulat
tersebut. Banyaklah ulat tanah yang menjadi korban. Seekor ulat tanah sempat melarikan
diri. Ulat tanah itu tahu Tuan Peladang tidak berhati perut dan mengenang budi. Ulat tanah
bersumpah untuk membalas dendam. Ulat tanah tidak mahu melihat Tuan Peladang dan Sang
Lembu di kawasannya lagi. Sememangnya Sang Ulat Tanah menyimpan kemarahan yang
amat sangat.
Tiba-tiba air perigi menjadi kering kembali. Habis kesemua tanaman Tuan Peladang terkulai
layu. Tuan Peladang tersentak melihat perubahan yang mendadak itu. Dia berasa sangat
menyesal kerana membunuh ulat-ulat tanah. Sang Lembu pun turut bersedih mengenangkan
bencana yang bakal diterimanya nanti. Dari satu arah Sang Lembu terdengar suara Sang Ulat
Tanah berkata sesuatu. Tidak semua orang itu boleh dijadikan kawan. Lebih baik hidup
bersendirian dari berdampingan dengan orang yang tak tahu mengenang budi. Kini Sang
Lembu mengerti tentang kesilapannya. Dialah yang patut disalahkan kerana memberitahu
Tuan Peladang tentang ulat tanah yang tinggal di kawasan itu.
Nilai dan Pengajaran
1. Baik hati, membantu orang yang dalam kesusahan.
2. Janji mesti ditepai.
3. Menghargai jasa dan pengorbanan orang lain.

4. Amanah, tidak membocorkan rahsia.


5. Bersyukur dengan apa yang diberikan.
__________________________________________________________

Harimau Gunung Ledang


Pada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau. Ketika harimau
gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya. Pada suatu hari, harimau itu
turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan kerbau yang dijaga oleh seorang budak habis
dibaham oleh mereka. Orang kaya tuan punya kerbau itu sangat marah. Kamu lalai dan tidak
menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang telah dibaham itu, kata orang
kaya itu dengan marah.
Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung, kini malang
pula menimpa. Dia bermenung dibawah sepohon pokok. Jangan susah hati. Ambil getah ini
dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti, kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba.
Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil upah menjaga
sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya yang lain. Sampai ketikanya, seekor harimau yang
besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada harimau itu.
Kamu pencuri bedebah mesti diajar! kata budak itu dengan berani. Harimau yang besar itu
tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya. Budak itu menyapukan getah
pada mulut harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku
harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya. Budak itu juga
mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya.
Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya. Budak itu juga
mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil semua orang kampung datang.
Orang kampung sangat hairan melihat keberanian budak itu.
Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, Mulai malam ini,
kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung. Harimau itu dibiarkan di situ
sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari memancar, getah itu pun cair. Harimau
melarikan diri kerana ketakutan. Sejak itu tiada lagi harimau datang membaham binatang
ternakan di kawasan itu.
Pengajaran :
1. Jangan menganiaya orang lain.
2. Usaha tangga kejayaan.
3. Jangan mudah putus asa.
_____________________________________________________
Beruk Tunggal

Kononnya, ada sebuah istana terletak di tebing sebatang sungai. Rajanya mempunyai tujuh
orang puteri. Baginda amat sayang kepada Puteri Bongsu. Di tebing sebelah istana ada
sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang perempuan setengah umur. Kerjanya bertani.
Perempuan itu sangat inginkan seorang anak. Pada suatu hari, dia minum air di sebuah
tempurung. Selepas itu dia mengandung lalu melahirkan seekor beruk. Ia dinamakan Beruk
Tunggal.
Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu padi menjadi tetapi
diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus yang menyerang padinya. Kemudian
dia mencari Raja Tikus. Apabila bertemu, Raja Tikus itu diberi amaran. Raja Tikus ketakutan
kerana ia tahu Beruk Tunggal jelmaan seorang anak raja kayangan. Hamba tidak tahu huma
ini kepunyaan tuanku, kata Raja Tikus. Padi aku sudah habis. Apakah tindakan kamu?
Tanya Beruk Tunggal. Hamba akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas, kata
Raja Tikus. Baiklah, aku terima pemberian itu! kata Beruk Tunggal. Kemudian, segala
tikus itu datang membawa butir emas. Banyaklah emas di pondok Beruk Tunggal.
Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja. Emaknya pun pergi ke istana. Raja
terkejut mendengar permohonan perempuan itu. Namun raja menyampaikan juga
permohonan itu kepada ketujuh-tujuh orang puterinya. Kahwin dengan beruk? Tanya
Puteri Sulung. Puteri yang lain turut hairan. Hanya Puteri Bongsu yang bersopan-santun
sahaja yang sanggup menjadi isteri Beruk Tunggal. Raja dan permaisuri kasihan kepada
Puteri Bongsu. Baginda meminta hantaran sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah
perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya.
Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada malam itu, ayahanda
Beruk Tunggal menghantar secupak cincin berlian. Emak Beruk Tunggal pun
mempersembahkan cincin berlian yang secupak itu ke istana. Dia meminta baginda memilih
sebentuk cincin yang sesuai. Raja tidak dapat mengelak. Puteri Bongsu pun dikahwinkan
dengan Beruk Tunggal. Selepas itu baginda tidak mahu mereka tinggal di istana. Puteri
Bongsu mengikut Beruk Tunggal tinggal dipondoknya. Pada malam pertama, Puteri Bongsu
menemui sarung beruk. Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung lagi. Dia bertukar menjadi
seorang pemuda yang kacak.
Kekanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu. Taburkan sedikit
debunya di luar pondok. Pintalah sesuka hati adinda, kata putera Raja Kayangan. Puteri
Bongsu mengikut suruhan putera raja itu. Sebentar itu juga pondoknya bertukar menjadi
istana, lengkap dengan taman yang indah.

Anda mungkin juga menyukai