Anda di halaman 1dari 1

KURA-KURA YANG MAHU TERBANG

Ada seekor kura-kura yang tidak puas dengan kehidupannya. Ia


tinggal di dalam rumput yang segar di tepi kolam di dalam sebuah
hutan. Ia sentiasa merungut.
Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor helang terbang di
udara melintasinya. Cara terbangnya sangat cantik dan mudah. Ia
hendak terbang juga.
Kemudian helang itu hinggap di atas batu di tepi kolam. Kura-kura
pun memuji kehebatan helang itu terbang, lalu ia meminta helang
mengajarnya terbang.
Helang terperanjat dengan kata-kata kura- kura tadi. Helang berkata
pada kura-kura yang ia tidak mempunyai sayap, mustahil ia boleh
terbang
Kura-kura terus merayu kepada helang supaya mengajarnya
terbang. Ia yakin yang ia boleh terbang seperti helang.
Puas kura-kura merayu kepada helang supaya mengajarnya
terbang, akhirnya helang bersetuju untuk mengajar kura-kura terbang.
Ia pun mengangkat kura-kura dengan kukunya lalu terbang tinggi di
udara. Ia menyuruh kura-kura terbang dengan mengibas-ngibas
kakinya.
Helang melepaskan kura-kura. Kura-kura cuba mengibas-ngibaskan
kakinya tetapi ia terjatuh ke tanah.
Ia bernasib baik kerana terjatuh ke dalam semak. Ia tidak tercedera
teruk.
Kawan kawan.tentu kura-kura itu tidak akan belajar terbang
lagi.
MORAL
Jangan minta sesuatu yang mustahil. Nilaikan kebolehan diri
kamu.

Anda mungkin juga menyukai