Anda di halaman 1dari 6

PENDAHULUAN

Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai


penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak mereka.
Guru boleh diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Namun,
sebagai guru, kita harus peka terhadap perubahan yang berlaku dalam
pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang
yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada
seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa
melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan
sebarang ganjaran (Hamid Fahmy Zarkasyi, 1990, hlm. 67).
Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar membina daya
pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu
yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku di
sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai
kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka.
Justeru, guru harus meningkatkan profesionalisme diri masing-masing.
Profesionalisme diri merupakan hasil daripada suatu proses pemikiran
profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ia suatu proses
di mana guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan komitmen
mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran; mereka
menguasai dan memperkembangkan secara kritikal pengetahuan, kemahiran
serta kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran (Day, 1999). Salah
satu dimensi profesionalisme ialah kerelaan untuk melanjutkan pemahaman
mereka terhadap pengajaran dan menghalusi kesenian mereka. Seorang guru
yang cemerlang harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana
faktor pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan. Istilahistilah baru,
kaedah pengajaran-pembelajaran yang terkini, teknik-teknik pengajaran, inovasi
dan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah beberapa contoh
perubahan yang signifikan dalam pendidikan.
STRATEGI-STRATEGI PENINGKATAN PROFESIONALISME DIRI DAN AMALAN
REFLEKSI
Globalisasi dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia yang menuju ke
arah kemajuan sosio ekonomi pula membuktikan guru perlu meningkatkan
profesionalisme diri untuk seiring dengan ledakan maklumat terkini. Antara
strategi yang membolehkan peningkatan profesionalisme diri termasuk
melibatkan diri dalam latihan dalaman, kursus pendek kelolaan maktab, sistem
pementoran, amalan refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal dan portfolio
pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme berterusan,
perkembangan professional on-line dan aktiviti Pusat Kegiatan Guru.
Peningkatan Profesionalisme Melalui Latihan Dalam Perkhidmatan Dalam era
teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mata
pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agar guru-guru
dilatih semula semasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya dapat
mempertingkat dan memperkukuh profesionalisme diri selain mengembangkan
potensi insan ke tahap yang diingini. Sebagai guru, kita mampu memperkukuh
kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan
pengetahuan profesional kita dalam menguasai dan mengembangkan
kemahiran-kemahiran serta memperjelas nilai-nilai profesional kita.

Guru yang berpandangan progresif mampu memperkaya diri dengan


pengetahuan, kemahiran dan trenda-trenda pengajaran-pembelajaran baru
melalui Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Berkaitan dengan ini, guru yang
telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah
masing-masing agar semua guru dapat memperoleh pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sebaran input-input yang baru seperti
pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya diberi kepada guru akan
meningkatkan kualiti pengajaran guru dari segi inovasi dalam pengajaran.

Amalan Refleksi Dan Penulisan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalisme


Guru
Amalan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan professional. Ia
bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan
tindakan tentang konteks pengajaran. Refleksi yang dikemukakan oleh Dewey
(1933) menjadi batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa membuat
keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan refleksi
memerlukan perkembangan sikap dan kebolehan seperti keterbukaan, kerelaan
untuk menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan dan mengambil
tindakan. Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari
tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat
pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif.
Antara strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan
profesionalisme mereka ialah penulisan jurnal/reflektif. Ia sebagai jentera untuk
mereflek secara sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif. Kajian
menunjukkan aktiviti ini merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong
guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu
pengajaran dan pembelajaran (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner & Liston,
1987). Dalam penulisan reflektif, Schon (1983, 1987) membezakan proses
pemikiran kepada refleksi semasa tindakan di mana seseorang melihat semula
dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami situasi manakala
refleksi ke atas tindakan di mana guru merenung kembali proses pemikirannya
dan menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan. Kedua-dua
refleksi semasa tindakan dan refleksi ke atas tindakan dapat membantu guru
berkembang diri dalam bidang profesionalnya. Penulisan reflektif
menggambarkan secara keseluruhan satu pola pemikiran yang beralih dari
refleksi teknikal ke tahap refleksi kritikal. Penulisan reflektif merupakan satu cara
meninjau teori-teori pengajaran dan perkembangan professional. Pemikiran baru
akan dirangsangkan dan melalui perbincangan dengan rakan sekerja, teori-teori
dan persoalan-persoalan dipertikai dan diperkembangkan. Refleksi menyediakan
satu asas yang kaya dan komprehensif mengenai pengajaran dan pembelajaran.
Ia bukan sahaja membolehkan seseorang guru memperoleh pengertian
mengenai tugasnya tetapi ia memberi pelbagai perspektif terhadap pengajaran
yang boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain (Boon, 2002). Dalam
pada itu, refleksi mempunyai nilai-nilai peribadi yang membawa kepada
kepuasan intrinsik apabila guru dapat menganalisis sesuatu situasi atau
pengalaman dengan sebaik mungkin dan membentuk satu pandangan secara
logik.

Portfolio Pengajaran Trenda Mengenai Pengajaran Dan Refleksi


Berkait rapat dengan penulisan reflektif ialah pembentukan portfolio pengajaran
sebagai cara guru meningkatkan profesionalisme diri. Portfolio pengajaran yang
mengandungi koleksi bahan-bahan seperti artifek dan penulisan reflektif dapat
memperkukuhkan perkembangan diri guru. Ia menggambarkan
kemahirankemahiran, pengetahuan dan falsafah pengajaran peribadi seseorang
itu. Portfolio pengajaran memberi impak yang besar dan membawa manfaat
serta meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam profesionnya. Ini kerana
proses perkembangan portfolio secara berterusan memberi peluang guru
membuat refleksi tentang perkembangan dan perubahan pelajarnya sepanjang
masa. Apabila seseorang guru meneliti amalan pengajaran sendiri, sudah tentu
amalan penelitian pengajaran sendiri meletus penilaian kendiri terhadap
tanggungjawabnya.
Contoh-contoh amalan baik dalam portfolio boleh dikaji dan diguna atau
diadaptasikan dalam bilik darjah. Menurut Shulman (1987), melalui portfolio
pengajaran, guru akan menjadi lebih reflektif tentang apa yang mereka lakukan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia membantu guru mendokumentasi dan
menerangkan tindakan mereka; membuktikan pengetahuan professional mereka
dan membuat refleksi tentang apa, bagaimana dan mengapa mereka melakukan
sesuatu tindakan (Loughran & Corrigan, 1995; Seldin, 1997). Dengan mengimbas
balik pengalaman-pengalaman lepas dalam portfolio, ia menggalakkan mereka
mengenal pasti halangan-halangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan memikirkan penyelesaian. Guru boleh mengubahsuai atau mengubah teknik
pengajaran untuk mencapai matlamat. Portfolio pengajaran dan refleksi
membantu perkembangan pemahaman masalah yang dihadapi kerana proses
refleksi memandu arah untuk meneroka idea-idea dari sumbersumber lain. Pada
hakikatnya, portfolio pengajaran digunakan sebagai satu cara dokumentasi
professional dan refleksi peribadi (Seldin, 1997). Proses membina portfolio
merangsang guru untuk memikirkan semula aktiviti pengajaran, keberkesanan
strategi-strategi pengajaran dan merancang pendekatan baru atau teknik-teknik
untuk masa akan datang. Maka, portfolio pengajaran dapat membekalkan satu
pangkalan data pengetahuan professional dan perkembangan diri yang
bermakna dan komprehensif di kalangan warga guru. Khazanah harian ini
bernilai berlian jika digilap tetapi bagai kaca jika disalut debu atau terbiar
sahaja. Portfolio pengajaran menjadi tempat di mana pemikiran reflektif berlaku
untuk menghalusi pengajaran sendiri. Seseorang guru boleh merekod kaedah
mengetahui, mengumpul maklumat baru, memikirkan sama ada idea itu boleh
diaplikasi atau tidak, mengambilkira sama ada idea baru sesuai atau tidak, dan
menentukan apa yang perlu disimpan dan apa pula yang harus dihapus kira.
Proses ini akan membentuk seorang guru itu mengamal tabiat serta sikap
berfikir dan berikhtiar dalam melaksanakan tugasnya.

Penyelidikan Tindakan Amalan Profesionalisme Yang Efektif


Satu lagi strategi guru mampu meningkatkan profesionalisme diri ialah
menjalankan penyelidikan tindakan tentang semua aspek yang berkaitan dengan
pengajaran. Idea-idea baru tentang kaedah-kaedah mengajar dalam pengajaran

perlu diterokai. Budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk di


kalangan guru untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta
bertindak secara professional. Peningkatan profesionalisme diri merupakan
proses perkembangan peribadi yang memerlukan suatu kesedaran tinggi
tentang whats going on, why things are happening that way dan how are
we going to resolve the problem. Kesedaran tentang keputusan pedagogi dan
tindakan hanya boleh dibentuk dengan penilaian kritikal melalui dialog reflektif,
dokumentasi dan tindakan. Penyelidikan tindakan menyediakan cara untuk
membolehkan proses tersebut berlaku. Untuk meningkatkan profesionalisme diri,
guru wajar menjadikan profesion keguruan a research-based profesion iaitu
profesion yang berasaskan kajian dan amalan pengajaran perlu berasaskan
kajian saintifik dan bukan pendapat.

Amalan Konsep Belajar Seumur Hidup


Dalam perkembangan diri, guru harus mengamalkan konsep belajar seumur
hidup. Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan
memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap
bidang. Ia menajamkan kecekapan serta keyakinannya dan ia akan menjadi
kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran . Guru mampu
memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur hidup. Mereka
perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era
globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini, dan sebagai guru,
kita harus mempertajam kemahiran mengajar melalui ICT, meneroka dan
menukar maklumat dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman. Satu
langkah yang bijak untuk meningkatkan profesionalisme diri ialah membuat
jaringan/networking dengan guru-guru di negara lain sebagai mencerminkan
imej pengantarabangsaan serta berpeluang untuk berkongsi ilmu, dan
kemahiran dengan mereka. Program secara on-line merupakan perkembangan
baru dalam ICT dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang
pengajaran dan pembelajaran secara on-line. Dapatan kajian menunjukkan
guru-guru Bahasa Inggeris memperkembangkan profesionalisme diri melalui
internet adalah menggalakkan. Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher
Education Center) yang dibina dan menjadi satu landasan untuk merangsang
guru dalam perkembangan professional guru Bahasa Inggeris (Mohamed Amin
Embi, Muhammad Kamarul Kabilan & Azmi Abdul Latiff, 2002).

Sistem Pementoran Sebagai Cara Peningkatan Diri


Satu pendekatan untuk mempertingkat tahap professional diri guru ialah sistem
pementoran di sekolah-sekolah. Guru boleh mengadakan perbincangan
intelektual dengan guru yang lebih berpengalaman mengenai pengetahuan baru,
teknik-teknik baru dan bimbingan dalam penilaian seperti pembinaan item
soalan. Melalui sistem pementoran ini, setiap guru akan mempunyai seorang
atau beberapa orang mentor di tempat bertugas bagi memberi nasihat, dan
bimbingan berterusan agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka.
Mengikut Anderson (1987), pementoran merujuk kepada : a nurturing process
in which a more skilled or more experienced person, serving as a role model,
teaches, sponsors, encourages, counsels and befriends a less skilled or less

experienced person for the purpose of promoting the latters professional and/or
personal development. Berdasarkan definisi di atas, ia membawa implikasi
bahawa berlakunya proses perkembangan di mana orang yang mengasuh
mampu untuk mengenal pasti kebolehan, pengalaman dan kematangan
psikologikal seseorang yang sedang diasuh dan boleh memberi aktiviti-aktiviti
yang akan membawa kepada peningkatan profesionalismenya.

Diskusi di Pusat Kegiatan Guru


Akhir sekali, guru boleh meningkatkan profesionalisme diri dengan mengadakan
perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk
membincangkan dan membuat refleksi sesama mereka pengalaman mengajar
topik-topik tertentu di samping mendapat input-input baru daripada fasilitator
yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Guru-guru dapat menilai diri sendiri
tentang pengajaran, memperoleh maklumbalas daripada rakan-rakan, membaca
penulisan reflektif rakan-rakan dan berkongsi maklumat tentang strategi-strategi
pengajaran dan pembelajaran. Apabila mereka mereflek dan membincang
sesama rakan tentang pengalaman pengajaran, mereka akan menjadi more
thoughtful teachers. Dengan cara ini, guru akan dapat menambahkan ilmu,
ketrampilan dan berkongsi pengalaman bagaimana hendak memilih strategi
terbaik untuk menyelesai masalah pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata
pelajaran seperti yang dinyatakan oleh Fullan dan Hargreaves (1993) bahawa
guru perlukan interactive professionalism.

Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan
peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian
Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu
meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang
contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang
khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru
cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek
utama iaitu:
1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan
suasana kecindan atauhumorous (jenaka) dan tegas.
2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang
mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai,
intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan
menyelesaikan masalah secara spontan.

Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian


Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran
(2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan
Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan
dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM,
ms. 173 178): 1. Kecemerlangan Peribadi

Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

Nilai kendiri yang positif

Berakhlak mulia

Adil

Bertimbang rasa

Amanah

Bertanggung jawab

Kreatif

Inovatif

Kemas

Sikap sedia berkongsi

Bersikap terbuka

Bersikap terbuka

Anda mungkin juga menyukai