Anda di halaman 1dari 12

GARIS PANDUAN SAMBUTAN HKS 2015

(PERINGKAT SEKOLAH)

1. PENGENALAN
Garis panduan Sambutan HKS 2015 ini disediakan sebagai panduan terbaik
kepada pihak pengurusan koperasi sekolah untuk menganjurkan sambutan
HKS dengan lebih mudah dan teratur. Sambutan HKS 2015 telah dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu :
Bahagian A Sambutan Hari Koperasi Sekolah
Bahagian B Projek Komuniti
Bahagian C Persembahan Pengamalan Jatidiri Koperasi
2. PENYERTAAN
Terbuka kepada semua Koperasi Sekolah. ( Koperasi Sekolah yang bukan ahli
ANGKASA hendaklah melampirkan borang permohonan menjadi ahli
ANGKASA bersama sama Borang Sambutan bagi membolehkan menerima
bantuan perbelanjaan yang diberikan oleh ANGKASA)
3. TARIKH DAN TEMA SAMBUTAN
Sambutan akan diadakan pada 13 April - 31 Mei 2015. Koperasi sekolah
boleh memilih salah satu hari atau lebih dalam bulan tersebut untuk
mengadakan sambutan.
Tema sambutan HKS 2015 ialah Koperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat
4. BAHAGIAN A SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH
4.1 AKTIVITI AKTIVITI HKS
Sambutan Hari Koperasi Sekolah hendaklah diadakan dalam tempoh yang
telah ditetapkan. Dua (2) jenis aktiviti hendaklah diadakan di koperasi iaitu
aktiviti wajib dan
aktiviti pilihan
Setiap aktiviti sama ada aktiviti wajib atau pilihan hendaklah dibuat
berdasarkan kreativiti pihak sekolah sendiri dan menepati tema sambutan.

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15

4.1.1 Aktiviti Wajib


Bagi aktiviti wajib, pihak koperasi mesti mengadakan perkara-perkara
berikut:
a. Perhimpunan Khas
Pihak sekolah hendaklah mengumpul kesemua pelajar dalam
satu perhimpunan khas sambutan HKS;
Pengetua atau Pengerusi Koperasi akan memaklumkan
tentang sambutan HKS serta tujuan diadakan; (Maklumat lanjut
tentang HKS boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA;
www.angkasa.coop)
Pengetua atau Pengerusi Koperasi hendaklah menerangkan
kepentingan koperasi di sekolah dan perkembangan terkini
serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di koperasi sekolah mereka;
Lagu Semangat Koperasi (lagu rasmi koperasi) dari ANGKASA
hendaklah dimainkan semasa perhimpunan tersebut. (Lagu ini
boleh
dimuat
turun
dari
laman
web
ANGKASA;
www.angkasa.coop)
Perutusan daripada YB Menteri Pelajaran Malaysia; YB Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;
dan Presiden ANGKASA hendaklah dibaca oleh pelajar semasa
perhimpunan. (ANGKASA akan mengedarkan ketiga-tiga
perutusan ke sekolah-sekolah dua minggu sebelum sambutan
HKS). Perutusan juga boleh dimuat turun dari laman web
ANGKASA; www.angkasa.coop)
4.1.2 Aktiviti Tambahan Semasa Perhimpunan Khas
Pihak koperasi sekolah juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti tambahan
seperti berikut semasa majlis perhimpunan diadakan.

Pengiktirafan koperator terbaik koperasi sekolah


Pihak koperasi bolehlah memberi pengiktirafan kepada manamana koperator yang telah menunjukkan kecemerlangan
sepanjang penglibatan mereka dalam koperasi.
Antara
pengiktirafan yang boleh diberikan ialah Anggota Lembaga
Koperasi Terbaik, JAD Koperasi Terbaik di kalangan guru dan
pelajar, koperator terbanyak berlanggan di kedai koperasi dan
sebagainya. Koperasi sekolah bolehlah menyediakan hadiahhadiah untuk tujuan tersebut jika berkemampuan.

Edaran Tanda Peringatan HKS


Satu tanda peringatan HKS berbentuk buku nota kecil, lencana,
stiker atau lain-lain bentuk cenderahati bolehlah disediakan oleh
pihak koperasi untuk mereka yang terlibat dengan sambutan atau
untuk anggota-anggota di koperasi sekolah mereka sebagai
tanda memperingati HKS.

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15

Aktiviti-aktiviti tambahan dalam perhimpunan khas akan diambilkira


semasa penilaian dibuat oleh Jawatankuasa Penilai.
4.1.3 Aktiviti Pilihan
Bagi aktiviti pilihan, dua kategori aktiviti telah ditetapkan iaitu;
Pendidikan;
Ekonomi / Keusahawanan
Pihak koperasi sekolah hendaklah menjalankan sekurang-kurangnya satu
daripada aktiviti-aktiviti pilihan tersebut. Pemberian markah juga akan
berdasar kepada kuantiti aktiviti yang dijalankan. Jika koperasi sekolah
menjalankan lebih daripada satu aktiviti, tambahan markah akan
diberikan. Kesemua aktiviti yang dijalankan hendaklah mengikut kreativiti
dan inovasi pihak sekolah dan sebagai Badan Penilai, ANGKASA tidak
akan terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Koperasi sekolah digalakkan untuk melibatkan seberapa banyak agensi
samada agensi kerajaan, swasta atau badan-badan NGO sebagai salah
satu usaha mewujudkan aktiviti interaksi koperasi sekolah dengan
masyarakat. Di antara contoh-contoh aktiviti adalah seperti berikut;
a. Aktiviti Pendidikan
Contoh Aktiviti :
Ceramah Koperasi;
Seminar Koperasi;
Bengkel koperasi;
Kuiz koperasi dan
Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi.
b. Aktiviti Ekonomi / Keusahawanan
Contoh Aktiviti :
Karnival Koperasi
Jualan barangan terpakai atau barangan kitar semula;
Bazar Koperasi;
Car-Boot Sale;
Car Wash, dan
Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi.
4.1.4
BANTUAN PERBELANJAAN
Koperasi Sekolah yang melaksanakan Bahagian A akan mendapat
sumbangan bantuan perbelanjaan sebanyak RM1,000.00. (Rujuk lampiran
panduan penyediaan laporan)

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15

5. BAHAGIAN B PROJEK KOMUNITI


Koperasi Sekolah perlu menjalanlankan aktiviti khidmat masyarakat setempat
secara sukarela sesuai dengan tema sambutan HKS 2015 iaitu Koperasi
Berprihatin Terhadap Masyarakat. Projek komuniti ini melibatkan sejumlah
sukarelawan pelajar yang akan menjalakan projek komuniti ini dalam
menyumbang bakti kepada masyarakat yang memerlukan. Antara contoh
projek komuniti yang boleh dijalankan adalah :

1 day charity
Memberi khidmat sosial kepada anakanak yatim dari aspek pelajaran, kerohanian dan kasih sayang
kekeluargaan.
Pelajar masuk kampung
Menjalankan aktiviti gotong
royong membersihkan kawasan kampung /
aktiviti khidmat
masyarakat disamping mengukuhkan hubungan pelajar dan
masyarakat luar.
Mother nature, we care
Memupuk kesedaran pelajar
tentang kepentingan dan keunikan ekosistem yang dihuninya dengan
melakukan pemulihan dan penanaman semula pokok.
Bantuan pasca banjir
Menjalankan aktiviti gotong
royong pembersihan, bantuan kemanusiaan, makanan dan
sebagainya kepada mereka yang terlibat dengan musibah/bencana
alam seperti banjir.
5.1 BANTUAN PERBELANJAAN
Koperasi Sekolah yang melaksanakan Bahagian B akan mendapat
sumbangan bantuan perbelanjaan sebanyak RM500.00. (Rujuk lampiran
panduan penyediaan laporan)

6. BAHAGIAN C PERSEMBAHAN PENGAMALAN JATIDIRI KOPERASI


Persembahan Pengamalan Jatidiri koperasi diadakan bertujuan supaya
pelajar-pelajar dapat menghayati definisi, falsafah, prinsip dan nilai
koperasi.Dengan ini, pelajar lebih memahami dan dapat melibatkan diri
dengan koperasi secara langsung.
Pihak Koperasi Sekolah hendaklah mengadakan persembahan
berkumpulan yang berkaitan dengan pengamalan jatidiri koperasi.
Contoh persembahan adalah seperti sketsa, forum, dikir barat, choral
speaking dan lain-lain. Tema persembahan hendaklah berkisar kepada
tema sambutan Hari Koperasi Sekolah dan mengikut kreativiti masingmasing. Persembahan hendaklah dibuat secara berkumpulan (minimum
2 persembahan) dan durasi setiap persembahan ialah 5-20 minit.
Persembahan hendaklah dipertontonkan kepada warga sekolah dan
setiap persembahan mestilah dinyatakan temanya.

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15

6.1 BANTUAN PERBELANJAAN


Koperasi Sekolah yang melaksanakan Bahagian C akan mendapat
sumbangan bantuan perbelanjaan sebanyak RM500.00.
7. BORANG PENGESAHAN SAMBUTAN DAN LAPORAN SAMBUTAN
Bagi tujuan penyelarasan dan penilaian, pihak koperasi sekolah
hendaklah menghantar:
o

Borang Pengesahan Sambutan (BPS01 HKS/15 ; warna merah jambu)


Borang pengesahan sambutan ini hendaklah dihantar ke ANGKASA
sebulan sebelum tarikh sambutan. Pihak koperasi hendaklah
menyatakan tarikh sambutan HKS yang akan diadakan dan aktivitiaktiviti yang akan dilaksanakan.

Borang Laporan Sambutan (BLS02 HKS/15 ; warna biru)


Bagi tujuan penilaian dan pembayaran sumbangan, Borang Laporan
Sambutan ini hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar ke
ANGKASA dua minggu selepas majlis sambutan HKS. Laporan yang
lengkap hendaklah disertakan dengan gambar-gambar sekitar hari
sambutan dan bukti sambutan. Sila Rujuk Panduan Penyediaan
Laporan. Koperasi sekolah perlu membuat sekurang-kurangnya satu
salinan laporan untuk simpanan koperasi sekolah.
Kedua-dua borang ini bolehlah dimuat turun dari laman web
ANGKASA; www.angkasa.coop.

8. PROSES BAYARAN BANTUAN PERBELANJAAN


Bantuan perbelanjaan ini hanya akan disalurkan kepada koperasi sekolah
setelah pihak ANGKASA menerima Borang Laporan Sambutan (BLS02
HKS/15) dan laporan lengkap bergambar mengenai sambutan yang telah
diadakan.
Proses bayaran sumbangan hanya akan dilaksanakan setelah selesai sesi
penilaian diadakan. ANGKASA berhak untuk tidak memberikan bantuan
perbelanjaan sekiranya pihak koperasi sekolah tidak mematuhi garis
panduan yang ditetapkan seperti berikut :
o
o

Tidak menghantar Borang Laporan Sambutan (BLS02 HKS/15) atau


Hanya menghantar Borang Laporan Sambutan (BLS02 HKS/15) dan
tidak disertakan bersama laporan lengkap bergambar aktiviti HKS
2014.

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15

9. PENILAIAN AKTIVITI
Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada aktiviti di Bahagian A, Bahagian
B dan Bahagian C. Aktiviti akan dinilai mengikut kualiti persembahan,
bilangan aktiviti yang dijalankan, penglibatan pelbagai pihak seperti
koperasi dewasa, PIBG, masyarakat setempat dan lain-lain lagi yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Penilai. Maksimum lima (5) koperasi sekolah
atau lima (5) peratus dari jumlah penyertaan koperasi sekolah akan dipilih
sebagai terbaik dari segi penganjuran setiap negeri dan hadiah akan
diberikan oleh ANGKASA Pusat.
Jawatankuasa Penilai adalah terdiri daripada:
ANGKASA;
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
MARA
Maktab Koperasi Malaysia
Bagi koperasi sekolah yang telah memenangi hadiah utama selama dua (2)
tahun berturut-turut, tidak akan dinilai sambutan mereka bagi tahun yang
ketiga. Penilaian akan dibuat semula pada tahun berikutnya.
Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penilai adalah muktamad.
10. MARKAH BONUS
Pihak penilai akan memberikan markah bonus kepada koperasi sekolah yang
menghasilkan produk produk / perkhidmatan koperasi yang berdaya maju,
mempunyai elemen kreativiti dan innovasi serta memberi kentungan kepada
koperasi. Contoh produk :

Produk pengguna book cover, beg, aksesori, alat tulis, phone cover
Perkhidmatan dobi, pengurusan acara, sewaan, penginapan dan lain
lain.
Pertanian Penanaman tebu, fertigasi, kelapa sawit, cendawan dan lain
lain.
Perikanan Ikan, udang dan lain lain.
Barangan dan produk koperasi hendaklah dihasilkan sendiri oleh pihak
koperasi sekolah dan dijual sepanjang tahun 2014/15.

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15

11. LAWATAN WAKIL KEMENTERIAN, JABATAN DAN AGENSI


Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri,
Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan dan
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri akan membuat lawatan ke
koperasi-koperasi sekolah yang mengadakan sambutan.
Lawatan yang diadakan adalah bertujuan untuk meraikan sambutan yang
dilaksanakan oleh pihak koperasi sekolah dan ianya bukan bertujuan untuk
membuat penilaian ke atas sambutan HKS yang diadakan. Jawatankuasa
Tadbir Kebangsaan dan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri akan
mengisi borang laporan lawatan yang telah disediakan untuk diserahkan
kepada ANGKASA Pusat.
12. PERTANYAAN
Sebarang bentuk pertanyaan yang berkaitan dengan sambutan HKS
bolehlah diutarakan kepada Unit Institusi Pendidikan di talian 03-78008156 /
03-78846497 / 03-78008176. No. faks : 03-78846423 / 03-78061506 / 03-78809244
13. PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN HKS 2015
Koperasi sekolah bolehlah melibatkan masyarakat luar dalam sambutan HKS
bagi mewar warkan kepada koperasi di sekolah dan aktiviti aktiviti yang
dijalankan. Antara pihak pihak yang boleh dilibatkan adalah :
Koperasi Sekolah berdekatan
Koperasi Dewasa
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
Masyarakat setempat
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Pendidikan Negeri
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Dan lain - lain

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15

14. PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN


1. Penyediaan laporan hendaklah mengikut format Borang Laporan
Sambutan (BLS02-HKS/15).
2. Penyediaan laporan hendaklah tidak kurang daripada 20 muka surat dan
tidak melebihi 50 muka surat (termasuk gambar).
3. Empat gambar terhad untuk satu aktiviti sahaja.
4. Satu muka surat bersaiz A4 terhad untuk empat gambar sahaja (1 aktiviti).
5. Koperasi sekolah perlu melampirkan salinan buku / penyata akaun bank
yang tertera nama serta nombor akaun bagi memudahkan pembayaran
sumbangan ANGKASA.
6. Setiap gambar perlu dinyatakan secara ringkas:
a. Apakah aktiviti yang dilaksanakan;
b. Tarikh, masa dan lokasi aktiviti dilaksanakan, dan
c. Penglibatan atau penyertaan, seperti pelajar, guru, kakitangan
sekolah, masyarakat luar atau agensi luar.
d. Nama perasmi majlis atau sambutan, penceramah dan lain-lain
berkaitan hendaklah dinyatakan dalam caption gambar tersebut.
7. Nyatakan secara jelas agensi kerajaan, NGO atau pihak swasta yang
terlibat bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan.
8. Lampirkan aturcara program sambutan HKS 2015.
9. Lampirkan senarai Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana
HKS 2015.
10. Lampirkan ringkasan penyata kewangan sambutan HKS 2015
(untung/rugi)
11. Lampirkan penyata kewangan kedai koperasi bagi penjualan produk
koperasi (markah bonus).
12. TIDAK PERLU melampirkan risalah, pamplet atau bahan bahan bercetak
daripada agensi luar. Sebagai contoh risalah pencegahan jenayah,
derma darah, promosi, peraturan, syarat-syarat dan sebagainya.
13. TIDAK PERLU dilampirkan bahan-bahan atau maklumat yang telah
diberikan oleh ANGKASA kepada koperasi sekolah seperti;
a. Garis Panduan Sambutan HKS
b. Lirik Lagu Semangat Koperasi

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15

16. TIDAK PERLU menghantar album bergambar sebagai laporan.


17. Format penyediaan laporan perlu mengikut font Arial 12.
18. Laporan yang kemas dan lengkap hendaklah diserahkan kepada pihak
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri masing - masing seperti alamat
dibawah pada atau sebelum 19 Jun 2015 (Jumaat) Jam 4.30 petang.
Laporan yang dihantar selepas daripada tarikh dan masa diatas tidak
akan diterima.
a. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Perlis
No. 17 & 19, Jalan Satu. Taman Pertiwi Indah,
Jalan Kangar Alor Setar,
01000 Kangar Perlis.
Tel : 04-979 9004 (P)
Faks : 04-9799007
Email : jpn_perlis@angkasa.coop
b. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah
1571, Jalan Kota, Alor Malai, 05000 Alor Setar, Kedah
Tel : 04-7300378 (P)
Faks : 04-7307717
Email : jpn_kedah@angkasa.coop
c. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang
No. 1-B, Tingkat 1, Lintang Sungai Tiram 5,
Sunway Prima, 11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.
Tel : 04-6447145 (P)
Faks : 04-6463145
Email : jpn_ppinang@angkasa.coop
d. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Perak
No. 24A & 26A, Jalan Bestari B2
Medan Meru Bestari (Zon 5)
Bandar Mru Raya
30020 Ipoh, Perak
Tel : 05-5275589/5263278
Faks: 05-5272034
Email : jpn_perak@angkasa.coop
e. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor
No.C- 105, Blok C, Glomac Business Centre
Jalan Ss 6/1, Kelana Jaya,47301 Petaling Jaya
Selangor
Tel :03-78807270
Faks:03-78807281
Email: jpn_selangor@angkasa.coop

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15

f.

Pejabat Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan


No.16, Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh
50400 Kuala Lumpur
Tel :03-40431995/40432995
Faks : 03-40423995
Email: jpn_wp@angkasa.coop

g. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan


No. 4, Tingkat 1, Jlan Durian Emas, Betaria Business Centre,
Jalan Dato Siamang Gagap
70400 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-7611386
Faks: 06-7630443
Email : jpn_nsembilan@angkasa.coop
h. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka
No.48-1,Jalan KF 4 Kota Fesyen, Hnag Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel : 06-2344682
Faks :06-2347371
Email: jpn_melaka@angkasa.coop
i.

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Johor


No.14-01, Jalan Tun Abdul Razak, Susur 6 Taman Suria Muafakat
80200 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2384457
Faks :07-2354584
Email: jpn_johor@angkasa.coop

j.

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 1


B-268, Tingkat 1, Jalan Darat Makbar
25000 Kuantan, Pahang
Tel :09-5130246
Faks:09-5362241
Email : jpn_pahang1@angkasa.coop

k. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 2


No. 2, Tingkat 1, Jalan Pak Sako
Bandar Semantan
28000 Temerloh, Pahang
Tel : 09-2965524
Faks : 09-2965526
Email : jpn_pahang2@angkasa.coop

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15

10

l.

Pejabat Perhubnagn ANGKASA Negeri Pahang Zon 3


Lot p20, Tingkat 1, Blok A Taman Bentong Prima
28700 Bentong, Pahang
Tel : 09-2234062
Faks :09-2234309
Email : jpn_pahang3@angkasa.coop

m. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Terengganu


Lot 5126, Tingkat 1, Unit C1, Blok C, Dataran Emas, Jalan Sultan
Sulaiman
20200 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel :09-6246703
Faks :09-6316514
Email : jpn_terengganu@angkasa.coop
n. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Kelantan
Lot 321, Tingkat 1, Seksyen 12, Jalan Pengakalan Chepa
15400 kota Bharu, Kelantan
Tel :09-74754772
Faks:09-7437771
Email : jpn_kelantan@angkasa.coop
o. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13, Lorong Grace Square 1, Jlana Pantai Sembulam
88582 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-244543
Faks :088-242542
Email : jpn_sabah@angkasa.coop
p. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Lot 496, Tingkat 1, Seksyen 6
KTLD, Jalan Kulas
93400 Kuching, Sarawak
Tel : 082-239403
Faks :082-237405
Email : jpn_sarawak@angkasa.coop

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15

11

Jika terdapat sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:


ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
WISMA UNGKU A. AZIZ,
JALAN SS 6/3, KELANA JAYA,
47301 PETALING JAYA,
SELANGOR D.E
(U/P: Unit Institusi Pendidikan, Bahagian 4P)
No. Telefon: 03-78008156 / 03-78008176
No. Faks: 03-78846423 / 03-78061506
www.angkasa.coop
Penolong Pengurus Bahagian 4P (Pembangunan)
Ketua Unit Institusi Pendidikan

: 03-78008133
: 03-78846497

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15

12

Anda mungkin juga menyukai