Anda di halaman 1dari 6

Refleksi Kendiri

Program Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda


telah berlangsung dengan jayanya pada 1 November 2012 hingga 3 November 2012.
Aktiviti perkhemahan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda. Seramai
60 orang pelajar yang terdiri daripada empat unit beruniform telah menyertai
perkhemahan tersebut. Walaupun perkhemahan yang dijalankan ini diringi dengan
hujan lebat pada hari pertama, namun aktiviti tetap dijalankan seperti yang dirancang.
Pendaftaran para peserta dijalankan pada pukul 3 petang bertempat di kantin
sekolah. Saya dapat lihat keseronokan terpapar pada wajah para peserta untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang kerana aktiviti perkhemahan julungjulung kali diadakan di sekolah ini. Sebelum aktiviti bermula, para peserta mendengar
taklimat daripada Kem Komandan tentang peraturan yang harus dipatuhi sepanjang
aktiviti perkhemahan berlangsung. Seterusnya taklimat daripada guru besar yang
mengharapkan para peserta menjaga disiplin dan mematuhi setiap peraturan yang
telah ditetapkan.
Pada jam 5.00 petang, semua peserta perkhemahan diberi taklimat tentang caracara mendirikan khemah. Mengikut perancangan awal, tapak perkhemahan adalah di
kawasan lapang berhampiran padang sekolah. Namun demikian, disebabkan keadaan
cuaca yang tidak mengizinkan, murid-murid terpaksa mendirikan khemah di tempat
letak kereta guru. Khemah didirikan mengikut jantina dan unit beruniform masingmasing. Semasa aktiviti mendirikan khemah, saya dapat lihat beberapa orang murid

kurang mahir mendirikan khemah. Ini disebabkan murid-murid kurang diberi


pendedahan tentang cara-cara mendirikan khemah. Walau bagaimanapun, saya dapat
lihat wujud semangat kerjasama antara ahli pasukan apabila mereka bekerjasama
antara satu sama lain sehingga dapat mendirikan khemah dengan baik. Oleh itu,
melalui aktiviti ini pihak sekolah dapat mendidik murid-murid agar mampu berdikari,
bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain bagi menyelesaikan sesuatu
masalah.
Aktiviti ice-breaking yang dijalankan pada waktu malam memberi peluang
kepada para peserta mengenali rakan-rakan mereka seterusnya merapatkan hubungan
antara para peserta. Begitu juga dengan aktiviti kawad kaki yang banyak memberi
pendedahan tentang cara-cara kawad kaki yang betul. Para peserta bersungguhsungguh semasa menjalani latihan kawad kaki. Slot pertolongan cemas banyak
memberi faedah kepada para peserta kerana melalui slot ini murid-murid berpeluang
mempelajari cara-cara menjalankan CPR, membuat anduh dan merawat luka.
Aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh para peserta ialah slot ikhtiar hidup dan slot
masakan. Walaupun memasak menggunakan kayu api dan peralatan memasak yang
terhad, para peserta menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk bersaing dengan
pasukan lain. Bantuan daripada fasilitator yang terdiri daripada pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda banyak membantu para peserta menjalankan
slot ini. Setiap pasukan bersungguh-sungguh menyiapkan menu yang telah ditetapkann
iaitu nasi putih, masakan berasaskan telur dan minuman petang. Murid-murid dilihat

saling bekerjasama menyiapkan masakan masing-masing. Selain itu, saya juga kagum
melihat kreativiti para peserta dalam penyediaan makanan dan semasa menghidang
makanan.
Murid-murid sebenarnya mempunyai bakat terpendam dalam diri mereka.
Aktiviti persembahan melalui slot Malam Kebudayaan berjaya mencungkil bakat para
peserta apabila mereka dapat menunjukkan persembahan yang menghiburkan pada
malam itu. Secara tidak langsung murid-murid dapat membina keberanian dan
keyakinan dalam diri masing-masing.
Perkhemahan ini memberikan pengalaman yang sungguh bererti kepada para
peserta apabila mereka telah menyertai pelbagai aktiviti yang berguna dan
menyeronokkan sepanjang berlangsungnya aktiviti perkhemahan ini. Pengalaman yang
diperoleh ini amat berguna bagi membantu mereka mengaplikasi apa yang dipelajari
dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, aktiviti perkhemahan ini mengajar
murid-murid hidup berdikari dan bekerjasama serta bertolak-ansur dalam kumpulan
semasa melakukan sesuatu perkara.
Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kekuatan yang dapat
saya lihat terutamanya objektif program ini. Pada setiap aktiviti yang dijalankan wujud
kerjasama antara ahli kumpulan sehingga sesuatu aktiviti dapat dijalankan dengan baik
dan tepat pada masa. Ini secara tidak langsung merapatkan hubungan silaturrahim
antara peserta-peserta dan mereka dapat berinteraksi antara satu sama lain semasa
menjalankan tugasan yang diberikan.

Selain itu, program ini juga menekankan unsur kerohanian di mana tazkirah dan
kuliah maghrib diberikan kepada para peserta selepas waktu Mahgrib serta solat
tahajjud dan menunaikan solat Subuh berjamaah. Ini dapat membina insan yang
berakhlak mulia dan mensyukuri nikmat yang diberi oleh Allah.
Kekuatan program ini seterusnya berjaya membentuk disiplin yang mantap
dalam diri para peserta melalui aktiviti kawad kaki. Aktiviti ini dapat mendisiplin para
peserta dan membentuk mereka menjadi orang yang berguna Di samping itu, melalui
aktiviti ini, murid-murid dididik untuk menjadi pemimpin dalam kumpulan mereka Secara
tidak langsung meningkatkan keyakinan diri dan menghapuskan rasa malu.
Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan menyeronokkan. Semua murid terlibat
dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti tersebut ialah pertolongan cemas,
ikhtiar hidup, memasak, ice-breaking dan malam kebudayaan. Kerjasama yang
ditunjukkan oleh guru-guru semasa aktiviti dijalankan melancarkan aktiviti yang
dirancang.
Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai beberapa
kelemahan. Antara kelemahan yang dapat dilihat adalah dari segi masa apabila setiap
slot diperuntukan hanya satu jam. Masa yang terhad ini menyebabkan terdapat aktiviti
yang dijalankan terpaksa mengambil masa slot lain. Kesannya , masa bagi aktiviti lain
tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang mengikut jadual yang ditetapkan. Selain
itu, aktiviti yang dirancang terlalu padat menyebabkan ada aktiviti yang tidak dapat
dijalankan dengan sempurna. Contohnya solat Asar berjamaah tidak dapat dijalankan

kerana para peserta terpaksa menyelesaikan aktiviti memasak. Para peserta terpaksa
bergilir-gilir dengan ahli kumpulan masing-masing untuk menunaikan solat Asar.
Keadaan cuaca yang kurang baik juga menyebabkan berlaku beberapa
perubahan pada aktiviti yang dijalankan apabila para peserta tidak dapat tidur di dalam
khemah sebagai langkah keselamatan. Semua peserta tidur di kelas-kelas yang telah
ditetapkan.
Oleh yang demikian, sebagai cadangan penambahbaikkan untuk membantu
menyempurnakan sesuatu program, peruntukan masa semasa menjalankan sesuatu
aktiviti perlu diberi perhatian. Antaranya menambah masa selama dua jam bagi setiap
slot agar para peserta dapat menimba ilmu serta kemahiran yang banyak. Contohnya
dalam aktiviti kawad kaki, masa yang diperuntukan selama satu jam tidak mencukupi
kerana aktiviti kawad kaki melibatkan banyak arahan dan aktiviti yang perlu dilakukan.
Pihak sekolah pula perlu merancang tarikh yang sesuai untuk menjalankan
aktiviti perkhemahan iaitu mengelakkan daripada melaksanakan perkhemahan pada
musim hujan. Keadaan cuaca yang baik secara tidak langsung dapat menimbulkan
semangat kepada para peserta.
Secara keseluruhannya, perkhemahan ini berjalan lancar dan mencapai
objektifnya. Diharapkan melalui program yang dirancang ini akan dapat melahirkan
insan yang kental jiwanya dan bersemangat serta mampu berdikari. Apa yan paling
penting adalah kesungguhan para peserta untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang
telah dirancang. Bagi diri saya pula, perkhemahan yang diadakan ini memberikan

satu pengalaman kepada saya dalam mengurus dan melaksanakan sesuatu program
agar setiap perancangan dapat dijalankan seperti yang dirancang.

Anda mungkin juga menyukai