Anda di halaman 1dari 6

Metodologi Popular Pedagogi Muzik

Adaptasi artikel dari: Indra Aziz


Carl Orff [1895 1982]
Komposer Jerman dan Pedagogi

Orff mulai mengajar di Munich pada tahun 1920-an, yang pada ketika itu, sekolah yang
melatih guru dana gymnastic dan tarian cukup popular. Orff mendirikan Guntherschule
bekerjasama dengan penari Dorothy Gunther dan menggabungkan pelajaran tarian dengan
muzik. Sekolahnya itu musnah ketika perang dunia II. Setelah peperangan selesai, pemerintah
Jerman memerlukan Orff untuk memfokuskan kepada pendidikan muzik, Bermula dengan
pelbagai kelas muzik di Salzburg. kini Institut Orff yang berada di Salzburg mengajar calon
guru muzik, dengan tujuan dapat mendidik anak-anak supaya boleh menciptakan muzik
sendiri.
Matlamat Gaya Pembelajaran Orff
Mengembangkan kemampuan anak dengan bakat muzik
Bermain instrument, improvisasi dan mencipta muzik
Dengan menggunakan instrument yang sederhana
Salah satunya menggunakan instrument Gamelan dari Indonesia
Orff terkenal menggunakan instrument perkusi dalam pengajarannya. Seperti Xylophones,
Metallophones, dsb.
Rumusan:
Perlunya penglibatan yang aktif untuk mengetahui dengan lebih mendalam
Menyanyikan pentatonic scales
Mengerakkan tubuh, bertepuk, snapping.
Integrasi dari menyanyi, menari, dan bermain instrument
Menggunakan instrument muzik yang direkabentuk dengan unik
Mengembangkan kreativiti murid.

Zoltan Kodaly [1882 1967]


Komposer, Muzikologi, dan Pedagogi Hungaria
Kodaly dikenal dengan karya-karya choral dan metodologi pengajaran. Kodaly memiliki
tujuan memajukan pendidikan muzik untuk semua orang Hungaria. Pendidikan muzik utama
dari Kodaly adalah melalui nyanyian/muzik vocal.
Fokus Utama

Meyakini bahwa pendidikan muzik bermula dengan nyanyian


Mengembangkan kemampuan verbal melalui nyanyian
Kaedah menggunakan nyanyian tradisi bangsa sendiri (bahasa ibunda)
Meyakini bahawa pendidikan muzik harus mengikuti perkembangan anak
Asas Falsafah
Literature muzik adalah sesuatu yang dapat dilakukan dan dinikmati semua orang
Menyanyi adalah dasar dari semua pendidikan muzik
Pendidikan muzik harus bermula dari usia muda
Muzik dari kebudayaan tempatan adalah alat terbaik mendidik muzik
Hanya muzik yang mengandungi seni yang tinggi sahaja yang boleh digunakan
Shinichi Suzuki

Suzuki terkenal dengan muzik sejak usia muda. Keluarganya membuat biola, dan Suzuki
dengan saudara-saudara kandungnya membentuk kumpulan violin yang lalu secara aktif
pentas di Jepun.. Setelah perang dunia II, perusahaan violin milik keluarganya hancur, sejak
itu Suzuki mengalihkan perhatiannya kepada pendidikan muzik. Method pendidikan muzik
dari Suzuki sudah terbukti sangat efektif dalam mendidik anak-anak usia muda dalam
bermain violin.
Konsep Asas
Seluruh anggota keluarga dilibatkan dalam proses belajar muzik
Mulai pendidikan sejak dini
Anak memulai pendidikan dengan mengimitasi dari pendengaran
Semua muzik yang dimainkan dihafal, membaca tidak diperhatikan untuk tahap awal
Semua bahan pelajaran dipelajari dengan detail
Asas Kelebihan
Pencapaian aras yang tinggi
Pengenalan muzik yang baik sejak kecil
Anggota keluarga yang ikut bekerjasama
Asas Kecenderungan
Terlalu menekankan pada proses imitasi
Mempelajari notasi muzik dengan terlambat
Perbezaan budaya di dalam keluarga Negara yang berbeza

Kaedah KODALY Dalam PEMBELAJARAN MUZIK


Kaedah Kodlay
Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan muzik yang
menggunakan aktiviti nyanyian dan keupayaan pendengaran dalaman oleh kanakkanak. Kodaly menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat / tempatan menggunakan
bahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Beliau tidak menggunakan sistem
gred seperti yang sering digunakandalam kaedah pengajaran piano atau alat muzik
lain.

Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanak-kanak dalam literasi muzik.
Ini dilakukan dengan penggunaan beberapa pendekatan yang berpusatkan kanakkanak itu sendiri, iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa, latihan
bacaan semerta, latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta
muzik. Kemahiran literasi muzikal turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan
pengalaman ingatan visual. Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam
pembelajaran literasi bahasa, iaitu:
(1) Peringkat AURAL : kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton
semasa mereka bercakap (dalam kemahiran berbahasa).
(2) Peringkat MENULIS : Setiap kali satu perkataan difahami, perkataan dan pic
boleh ditranskripsikan melalui penulisan atau perlambangan.
(3) Peringkat MEMBACA : Kanak-kanak membina keupayaan membaca. Ketiga-tiga
peringkat ini juga turut digunakan dalam kaedah Kodaly.
Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam
muzik. Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan
menggunakan hujung kaki (step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar

bagaimana untuk menepuk irama daripada sukukata, dan berfikir (membayangkan)


sukukata semasa menepuk irama.

ISYARAT TANGAN SOLFA

KAEDAH MENGAJAR LAGU


Jom ajar nyanyi....
Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-kaedah yang
dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning). Melalui kaedah ini,
murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung
kepada daya ingatan aural (aural memory) murid. Kaedah yang lazim digunakan untuk
mengajar lagu adalah:
a) Kaedah keseluruhan lagu
b) Kaedah baris demi baris
c) Kaedah solfege
Kaedah keseluruhan lagu Sesuai untuk mengajar lagu pendek. Langkah-langkah:
a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.
b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik.
c) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau sebutan vokal a,e,i,o,u)
berulang-ulang.
d) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya.
e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.
Kaedah baris demi baris Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan
pengajaran lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti dengan
cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi keseluruhan lagu. Langkahlangkah:
a) Memperdengar keseluruhan lagu.

b) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming.


c) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris demi baris.
d) Mengikut guru menyanyi lirik baris demi bar is.
e) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik.
f) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.
Kaedah Solfege dengan isyarat tangan. Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara
hafalan rote dan bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d) digunakan sebagai
sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem do bergerak (movable do) yang mana pic
do bergantung kepada nada lagu. Misalnya dalam nada C major-minor, pic do ialah not C.
Manakala bagi nada D major-minor, pic do ialah not D. Isyarat tangan dan gaya Kodaly
boleh digunakan untuk membantu pengajaran secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan
isyarat tangan membantu perkembangan inner-hearing sambil melihat notasi muzik. Salah
satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut:
- so mi - la so mi - la so mi re - la so mi re do - la so mi re do la - la so mi re do la so - la so fa mi re do - ti la so fa mi re do - do` ti la so fa mi re do - do re mi fa so la ti do` -

Anda mungkin juga menyukai