Anda di halaman 1dari 12

Pertandingan Fotografi Sains

Pertandingan fotografi ini adalah seperti pertandingan fotografi yang lain. Janji gambar
nampak cantik di mata cikgu, maka cikgu dah boleh isytiharkan siapa pemenangnya.
Bagi pertandingan ini, subjek dan temanya mesti lah ada kena mengena dengan Sains.
Sebagai contohnya, tumbuhan berbunga atau tumbuhan tidak berbunga.

Penggunaan kamera bergantung kepada cikgu sendiri, sama ada nak sediakan banyakbanyak kamera, atau pun benarkan pelajar menggunakan kamera sendiri. Pertandingan
ini sebenarnya saya dah kongsikan secara detail dalam entri yang terdahulu.

2. Pameran Sains
Ini adalah aktiviti yang agak biasa dijalankan di mana-mana sekolah. Bezanya mungkin
bergantung kepada apa benda yang nak dipamerkan. Jika ada bahan pameran yang
menarik dan boleh membuatkan pelajar rasa teruja nak melihat dan membelek bahan
pameran anda, maka dipersilakan. Jika bahan pameran adalah biasa-biasa sahaja, maka
saya rasa aktiviti ini agak membosankan.

3. Pertandingan Telur Kebal


Pertandingan Telur Kebal ini adalah pertandingan mencipta bahan sokongan bagi telur,
supaya tak pecah jika dijatuhkan daripada tempat yang tinggi. Kalau tak pecah, maka
kebal lah telur itu. Pelajar boleh menggunakan kaedah masing-masing sekreatif
mungkin, tetapi masih berpandukan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Semakin ketat peraturan yang cikgu tetapkan, maka semakin kreatif lah hasil daripada
pelajar nanti. Aktiviti ini agak menarik dan cukup menghiburkan. Jangan terkejut
dengan kreativiti anak murid cikgu dalam menghasilkan produk mereka!

4. Kuiz Sains (bertulis)

Ini juga adalah aktiviti turun temurun dan menjadi kebiasaan kepada hampir semua
sekolah. Namun, rakan guru boleh mengkreatifkan kuiz ini dalam bentuk yang lebih
terkini. Sebagai contoh, dengan menggunakan Makmal Komputer bagi menjawab
soalan yang sudah diselaraskan. Minta bantuan daripada rakan guru yang mahir dalam
menetapkan penggunaan ICT, inshaAllah aktiviti kuiz ini juga boleh jadi aktiviti yang
menarik.

5. POPKUIZ Sains
Aktiviti kuiz yang berbentuk seperti POPKUIZ ini juga dapat menarik minat pelajar
untuk mengikuti aktiviti Bulan Sains dan Matematik dengan jayanya. Adakan kumpulan
daripada setiap kelas yang terdiri daripada 2 / 3 orang dalam satu kumpulan.

Beberapa pusingan boleh diadakan bergantung kepada kreativiti cikgu. Mungkin


pusingan pertama memberi peluang kepada setiap kumpulan untuk memilih soalan,
diikuti pusingan kedua yang memberi peluang kepada kumpulan yang paling pantas
menjawab soalan.

6. Pertandingan Amali

Pertandingan amali adalah pertandingan yang mengkhususkan kepada kemahiran


menjalankan eksperimen dengan baik. Pemilihan eksperimen adalah bergantung
kepada guru. Lebih susah eksperimen yang dijalankan, lebih mencabar pertandingan
tersebut kepada pelajar.

Pemarkahan boleh dinilai pada hasil akhir eksperimen, kemahiran menjalankan


eksperimen dan perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai semasa menjalankan
eksperimen.

7. Drama Sains
Aktiviti ini juga merupakan aktiviti yang menarik. Ada kelainannya. Setiap kumpulan
diberikan masa 10 minit bagi mempersembahkan drama yang berunsurkan Sains.
Kreativiti adalah bergantung kepada pelajar sama ada mahu menggunakan konsep
sketsa, puisi dan lagu, atau apa-apa seni persembahan lain.

Pemarkahan diberi pada kandungan Sains yang dinyatakan dalam drama, kreativiti dan
penggunaan bahan yang sesuai. Jika ada faktor lain yang boleh dinilai, seperti mutu
lakonan dan persembahan, maka mungkin rakan guru boleh berikan markah bonus.

8. Pertandingan Video

Jika sekolah anda mempunyai budaya 'video' yang bagus, maka saya sarankan diadakan
pertandingan mencipta video berunsurkan Sains. Jika tak ada pun, masih rakan guru
boleh teruskan aktiviti ini dengan seringkas mungkin.

Pelajar menghasilkan video pendek, dalam jangka masa 2 - 5 minit yang menerangkan
mengenai apa-apa yang berkaitan dengan Sains. Video boleh dirakam terus dengan
menggunakan apa jua jenis kamera (termasuk kamera telefon), dan boleh juga dalam
bentuk yang sudah di-edit.

9. Membina model

Pertandingan ini juga dapat membina kreativiti pelajar anda. Guru-guru boleh tetapkan
syarat dan juga peraturan yang perlu dipatuhi pelajar. Sebagai contohnya, wajib
menggunakan bahan terpakai.

Tujuan model dibina juga boleh dipelbagaikan dengan menetapkan tema perhiasan
rumah, tema projek alam sekitar, tema barang pelbagai-guna dan macam-macam lagi.

10. Pertandingan Memasang Model

Pertandingan ini saya dapat idea semasa menjalankan pdp dalam kelas. Pelajar sangat
teruja mahu siapkan memasang model dengan masa yang paling pendek. Maka saya
anjurkan pertandingan memasang model paling cepat.

Model yang cikgu boleh gunakan adalah model manusia dan juga model litar elektrik
(selari dan bersiri). Hati-hati juga. Takut ada yang terlebih excited nak pasang model,
sampai habis rosak model yang ada.

11. Explorace Sains / Saintis Muda

Pertandingan ini dicedok daripada pertandingan Explorace yang popular suatu ketika
dahulu. Konsepnya lebih kurang sama, iaitu ditetapkan beberapa stesyen, dengan setiap
stesyen mempunyai tugasan tertentu yang perlu diselesaikan. Kumpulan yang paling
awal menamatkan cabaran, akan dikira sebagai pemenang.

Bagi setiap stesyen, banyak aktiviti atau tugasan yang boleh ditetapkan. Kalau cikgu
mahu lebih menarik, jalankan aktiviti ini di luar daripada kelas dan juga makmal. Tentu
meriah melihat kumpulan pelajar terkejar-kejar ke sana ke sini bagi mendapatkan
jawapan!

12. G-Math

Ini adalah pertandingan yang mirip kepada permainan sahibba. Bezanya permainan ini
memerlukan kemahiran asas mengira + - / x dalam menghasilkan sesuatu persamaan
matematik itu.

Bagi yang belum pernah mencuba, mungkin agak sukar. Namun jika sudah mula
bermain, G-Math ini pasti menyeronokkan.

13. Pertandingan Sudoku

Tak sahlah kalau permainan ini tak dimasukkan dalam senarai aktiviti bulan Sains dan
Matematik. Permainan Sudoku ini agak menarik dan mencabar kemampuan pelajar
untuk berfikir dengan pantas dan tepat.

Mungkin rakan guru boleh kreatif kan lagi permainan ini dengan mengadakan
perlumbaan siapa yang dapat selesaikan masalah Sudoku ini dengan lebih pantas!
Adakan dalam beberapa pusingan, dengan setiap pusingan menyaksikan sebilangan
pelajar akan tersingkir. Tentu lebih menarik!

14. Pertandingan Teka Berat / Teka Bilangan


Ini juga pertandingan yang agak menarik. Guru boleh meletakkan apa-apa barang
dalam balang besar / akuarium dan kemudiannya menyuruh pelajar untuk meneka
bilangan atau pun berat barang tersebut. Guru-guru boleh gunakan guli, biji kacang
hijau, biji getah dan apa-apa yang difikirkan sesuai.

Sediakan borang kecil yang mencatatkan maklumat peneka dan terus sediakan kotak
pertandingan. Letakkan juga balang besar / akuarium tersebut di tempat laluan yang
strategik. Tentu banyak sambutan. Sekurang-kurangnya pelajar juga dapat
menggunakan kemahiran menganggar dengan logik dan bijak.

15. Pertandingan Sudut Matapelajaran

Setiap kelas di sekolah diminta untuk menghias sudut matapelajaran 'Sains'. Bahan
yang dilekatkan perlulah bahan yang berkualiti dan dengan persembahan yang menarik
dan ceria.

Bagi memudahkan penilaian dari kelas ke kelas, rakan guru boleh menetapkan tema
bagi sudut Sains tersebut. Contohnya, tema angkasa, tema hidupan air, keseimbangan
ekosistem dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan Sains.

16. Pertandingan Artikel Sains

Pertandingan menyediakan artikel Sains dengan maklumat yang menarik. Pelajar


dibenarkan untuk menggunakan sebarang bahan untuk mendapatkan artikel Sains yang
menarik.

Jika ditetapkan penggunaan saiz A4 serta bahan yang digunakan, mungkin juga artikel
Sains yang dihasilkan oleh pelajar dalam pertandingan tersebut dapat di-laminate dan
dijadikan bahan hias sekitar sekolah. Bahan info Sains yang menarik!

17. Buku Skrap

Penghasilan buku skrap Sains juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Tema
yang ditentukan kepada pelajar boleh datang dalam bentuk yang pelbagai. Sebagai
contohnya senarai tumbuhan yang terdapat dalam kawasan sekolah. Bagi
menambahkan lagi cabaran, guru boleh tetapkan juga nama saintifik bagi setiap
tumbuhan yang dimasukkan dalam buku skrap.

Selain daripada cadangan tema di atas, guru juga boleh tetapkan tema lain seperti
senarai tumbuhan berbunga dan tidak berbunga, monokotiledon dan dikotiledon serta

serangga yang wujud dalam kawasan sekolah.

18. Pelancaran Roket Air

Roket air juga merupakan aktiviti Bulan Sains yang boleh memberi kelainan kepada
pelajar. Pertandingan sebegini sudah tentu merangsang kreativiti pelajar dalam
menghasilkan roket air dengan inovasi yang tersendiri.

19. Lawatan ke Agensi / Pusat Sains

Bagi sekolah yang berada berdekatan dengan mana-mana agensi atau pusat Sains, maka
anda bolehlah membuat lawatan sambil belajar ke pusat tersebut. Rancang aktiviti
dengan baik, inshaAllah ini akan jadi pengalaman yang berharga buat pelajar.

Mana tahu dengan lawatan tersebut menyebabkan pelajar akan lebih berminat untuk
mendalami Sains. Selain daripada agensi / Pusat Sains, antara tempat lain yang anda
boleh adakan lawatan sambil belajar adalah institusi seperti universiti, Pusat Kimia,
kilang industri, pusat rawatan air, pusat pelupusan sampah, empangan hidroelektrik
dan apa-apa yang berkaitan dengan Sains.

20. Ceramah / Bengkel


Ini lagi satu aktiviti yang agak membosankan untuk diadakan di Bulan Sains dan
Matematik. Namun aktiviti zaman berzaman ini kalau nak diadakan jugak, boleh
disegarkan dengan ceramah atau bengkel oleh individu yang lebih berpengaruh (artis,
tokoh). Pokok pangkalnya mestilah ceramah atau bengkel yang berkaitan dengan Sains.

Selain daripada individu, pihak sekolah juga boleh memohon pihak universiti atau
mana-mana institusi yang berkaitan dengan Sains untuk datang memberi ceramah di
sekolah. Semoga terhibur.. ;)

21. Mencerap Bintang


Bagi sekolah yang mempunyai peralatan yang mencukupi, pihak sekolah boleh juga
mengadakan sesi mencerap bintang di langit. Saya rasa aktiviti ini menarik dan sangat
bersesuaian dengan bulan Sains dan Matematik.

Walaubagaimanapun beberapa perkara perlu diambil kira. Terutamanya yang berkaitan

dengan perjalanan pelajar pada malam hari serta kesediaan guru untuk meluangkan
masa malam di sekolah bersama pelajar, sambil melihat bintang yang berkerlipan.

Inilah antara beberapa cadangan aktiviti menarik yang boleh dianjurkan sepanjang
Bulan Sains dan Matematik. Hampir kebanyakan daripada aktiviti di atas ada dan
pernah dianjurkan di sekolah saya. Ada yang mendapat sambutan hangat dan ada yang
mendapat sambutan suam-suam kuku. Semuanya bergantung kepada kreativiti cikgu
dalam melaksanakan pertandingan dan aktiviti tersebut.
Jika sekiranya cikgu-cikgu mempunyai cadangan aktiviti lain, boleh lah kongsikan juga
di ruangan komen supaya boleh diambil manfaat oleh rakan guru yang lain. Selamat
mencuba!

Anda mungkin juga menyukai