Anda di halaman 1dari 5

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation (WHO)

telah mendefinisikan kesihatan sebagai a state of complete physical,


mental and social well-being and not merely the absence of disease an
infirmity (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005). Definisi ini menjelaskan
bahawa kesihatan adalah keadaan individu yang bukan sahaja tidak mempunyai sebarang
penyakit, tetapi juga individu tersebut sejahtera dari
sudut fizikal, mental dan sosial. Kesihatan bagi WHO bukan hanya diukur
melalui kefungsian dan struktur tubuh, malah merangkumi perasaan, nilai
dan pemikiran. Kesihatan juga meliputi interaksi individu dengan
persekitaran serta hubungan interpersonal (Arulrajah, 2000). Kesihatan juga memainkan
peranan yang penting dalam menggerakkan
individu untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang menyumbang
ke arah perkembangan dan pertumbuhan individu pada setiap tahap
kehidupan. Di samping itu, kesihatan juga menyediakan sumber dalaman
dan luaran untuk individu melibatkan diri serta membina pertumbuhan dan
perkembangan kehidupan yang sempurna (Donatelle, 2000). kesejahteraan merangkumi
tujuh dimensi iaitu kesejahteraan psikologi, sosial, intelektual, fizikal,
spiritual, pekerjaan dan persekitaran (Stuart, Biddle, Kenneth & Stephen,
2000). Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) telah mendefinisikan
kesejahteraan psikologi sebagai kemampuan individu untuk menanganistres, mengelakkan
konflik, meningkatkan ketenangan, merangsang
motivasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan.
Kesejahteraan sosial pula dikaitkan dengan kemampuan untuk
berinteraksi dengan komuniti dan mampu untuk memenuhi tanggungjawab
sebagai ahli masyarakat, menerima perbezaan bangsa, budaya,
kepercayaan, adat resam dan gender serta menjadikan individu saling
menyokong dan menghargai antara satu sama lain juga menyumbang
bakat tenaga dan idea. Kesejahteraan sosial yang optimum akan
menjadikan individu seorang anggota masyarakat yang dapat memainkan
peranan

yang

pelbagai

dengan

baik.

Istilah

dan

pengtakrifan

kesihatan

dan

kesejahteraan sering digunakan silih berganti, tetapi ianya mempunyai makna yang
sedikit berbeza. Kesihatan adalah lebih menjurus kepada istilah yang berkait rapat
dengan perubatan dan menerangkan keadaan fizikal dan mental seseorang. Ia
biasanya menandakan kekurangan penyakit atau keabnormalan. Kesejahteraan pula

ditakrifkan sebagai proses keseluruhan mengekalkan keadaan umum kesihatan


yang baik. Kesejahteraan melibatkan keputusan yang secara sedar pada sesaorang
individu, sedangkan kesihatan hanya menggambarkan keadaan seseorang. Dalam
penggunaan yang lebih dinamik dan meluas, bagaimanapun, gabungan frasa
"kesihatan dan kesejahteraan" membawa pengertian konsep usaha mendapatkan
kesihatan keseluruhan yang mecakupi komponen fizikal, mental, emosi dan sosial.
Istilah ini sering digunakan dalam pelbagai konteks, yang semua nya bertujuan
untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih baik.

2. Banyak faktor yang telah menyumbang kepada peningkatan kesedaran awam terhadap
kesihatan dan kesejahteraan. Kadar penyakit jantung yang semakin tinggi, peningkatan dalam
statistik kanser, pertambahan kepada populasi obes, dan pelbagai ancaman kesihatan yang lain
semua telah menarik perhatian kepada keperluan untuk pilihan gaya hidup yang sihat. Selain
itu, teknologi perubatan moden telah berkembang, Pengetahuan doktor dan saintis keatas
tubuh manusia telah banyak berkembang, mendedahkan banyak risiko kesihatan yang sebelum
ini tidak diketahui.

Manfaat kesihatan kesan dari aktiviti fizikal kini telah banyak

didokumentasikan. The Surgeon General's Report on Physical Activity and Health menyediakan
ringkasan yang paling muktamad tentang kesihatan gaya hidup yang aktif dan bermanfaat.
Tujuan Utama Mencapai Kesihatan Optimum
i. Menikmati hidup dengan lebih sempurna ('life to your years').
ii. Panjang umur ('years to your life').
iii. Minda, tubuh dan rohani yang sihat.
iv. Meningkatkan keyakinan diri.
v. Lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan yang sempurna.
vi. Lebih ceria dan periang.

vii.

3. 6 dimensi kesihatan
Kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berikut:
a. Kesihatan Fizikal: Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai ketahanan
terhadap sebarang penyakit yang boleh menjejaskan fungsi tubuh. Organ tubuhnya pula dapat

berfungsi dengan baik. Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai tahap
kecergasan yang optimum dan berupaya melakukan aktiviti
seharian dengan baik dan berkesan. Deria tubuhnya pula mempunyai ketajaman untuk
berfungsi dengan baik.

b. Kesihatan Sosial: Kesihatan sosial secara kebiasaannya merujuk kepada keupayaan


individu untuk memenuhi hubungan interpersonal. Ini bermakna beliau dapat berinteraksi
dengan individu lain, keluarga dan masyarakat dengan baik. Di samping itu juga, individu yang
mencapai tahap kesihatan sosial berupaya untuk mengadaptasi situasi-situasi sosial yang
dialaminya dalam kehidupan seharian.
c. Kesihatan Mental: Kesihatan mental merujuk kepada tahap keupayaan intelektual
seseorang. Individu yang mencapai tahap kesihatan mental yang baik berupaya untuk belajar
dan berfikir secara rasional.
d. Kesihataan emosi: Kesihatan emosi melibatkan keupayaan individu untuk mengawal
emosinya. Individu yang mempunyai tahap kesejahteraan emosi yang baik berupaya
menangani dan menghadapi pelbagai tekanan hidup seharian dengan tenang dan bersahaja.
e. Kesihatan Persekitaran: Individu yang mencapai tahap kesihatan persekitaran mempunyai
apresiasi yang baik terhadap persekitaran luaran. Individu berupaya untuk memainkan peranan
yang baik dan berkesan demi melindungi serta mempertingkatkan keadaan persekitaran.

f. Kesihatan Rohani: Kesihatan rohani biasanya dikaitkan dengan aspek-aspek kerohanian


seperti falsafah hidup, kepercayaan dan keyakinan diri. Individu yang mencapai tahap kesihatan
rohani ini mempunyai kesedaran dan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip hidup yang positif.
Individu yang benar-benar sihat bukan sahaja bebas daripada penyakit atau cacat cedera
malah beliau juga sihat dari segi fizikal, sosial, mental, emosi, persekitaran dan rohani. Inilah
yang dikatakan konsep kesihatan menyeluruh. Apabila individu telah mencapai tahap kesihatan
menyeluruh maka ia seterusnya akan mencapai kesejahteraan hidup.
4. Bagaimana membentuk generasi muda yang sihat

Dalam usaha membentuk generasi muda yang sihat, terdapat beberapa


faktor yang perlu dipertimbangkan seperti:
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KESIHATAN INDIVIDU
Dalam usaha individu untuk mencapai tahap kesihatan yang menyeluruh dan optimum, terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaiannya. Faktor-faktor tersebut adalah:
a. Pengaruh Individu: Gaya hidup atau tabiat tingkah laku kesihatan, baka, kesihatan mental
merupakan antara elemen-elemen kesihatan yang mempengaruhi tahap kesihatan individu.
Individu yang mengamalkan gaya hidup atau tabiat kesihatan yang buruk seperti merokok,
ketagihan arak dan dadah akan mendapati tahap kesihatan mereka semakin merosot dari masa
ke semasa. Individu yang mewarisi penyakit-penyakit keturunan seperti diabetes, lelah dan
sakit mental juga akan mengalami kemerosotan tahap kesihatan sekiranya tidak mengawal
tabiat dan tekanan perasaan yang mereka alami.

b. Pengaruh Interpersonal, Sosial dan Kerjaya: Hubungan, gaya berkomunikasi, kepuasan


kerja, sokongan sosial dan interaksi kekeluargaan mempengaruhi tahap kesihatan individu.
Individu yang dapat berkomunikasi dengan baik serta dapat menjalinkan hubungan positif
dengan orang lain akan dapat mencapai tahap kesihatan yang baik. Mereka yang memperoleh
sokongan sosial daripada keluarga, rakan sebaya dan masyarakat akan membentuk imej
kendiri yang positif di samping memperoleh kepuasan dalam kerjaya mereka. Individu yang
tidak mempunyai gaya berkomunikasi yang baik serta sokongan sosial mendapati diri mereka
sukar untuk menangani cabaran dan tekanan hidup seharian. Mereka akan sentiasa kelihatan
murung, stress dan gagal memperoleh tahap kesihatan mental, emosi dan sosial yang baik.
c. Pengaruh Persekitaran: Persekitaran alam, tempat tinggal dan persekitaran kerja yang
bersih, selesa, aman dan tidak tercemar meningkatkan tahap kesihatan individu. Pencemaran
persekitaran mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Alam sekitar dan persekitaran yang
kotor dan tercemar mengundang kepada bahaya toksik dan penularan wabak penyakit yang
akan menggugat tahap kesihatan.
d. Pengaruh Penjagaan: Kesihatan rutin penjagaan kesihatan yang sistematik dan berkala
menjadikan individu sentiasa dalam keadaan sihat. Perkembangan teknologi terkini dalam
bidang perubatan dan penjagaan kesihatan juga membantu meningkatkan taraf kesihatan.

e. Pengaruh Komuniti: Kemudahan perkhidmatan kesihatan komuniti yang berkesan dan


sistematik juga mempengaruhi tahap kesihatan individu. Kemudahan
perkhidmatan kesihatan komuniti seperti klinik, hospital, dan pusat-pusat penjagaan membantu
meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan individu. Melalui pusat dan kemudahan kesihatan
ini, program serta polisi berkenaan kesihatan komuniti dapat dijalankan dengan berkesan dan
sistematik bagi meningkatkan tahap kesihatan