Anda di halaman 1dari 2

[AINAA NAJIHA BINTI KAMARUDIN]

AMBILAN JANUARI
2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS


PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
JURNAL REFLEKTIF
MINGGU KESEBELAS
(19 APRIL 23 APRIL 2015)

MASALAH:
Setelah sebelas minggu saya menjalani praktikum, saya menghadapi masalah yang
agak serius. Saya berhadapan dengan murid-murid yang menghasilkan sesuatu
tugasan dengan tidak kemas. Hal ini dapat dilihat melalui hasil origami kucing muridmurid di mana saya melihat terdapat sesetengah murid yang membuat kerja sambil
lewa asalkan tugasan tersebut siap.
ANALISIS:
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:
1) Sikap ibu bapa. Ibu bapa murid-murid tidak menitikberatkan pendidikan
kanak-kanak. Keadaan ini menyebabkan murid-murid menyiapkan sesuatu
tugasan secara sambil lewa.
2) Latar belakang murid. Murid-murid terlalu dimanjakan di rumah. Keadaan ini
menyebabkan semua benda dilakukan oleh ibu bapa mereka.
3) Kurang kesedaran terhadap pendidikan

Sekiranya masalah ini tidak di atasi, murid saya besar kemungkinan akan
ketinggalan dalam pelajaran. Hal ini disebabkan murid-murid membuat kerja sambil
lewa asalkan tugasan tersebut siap.

[AINAA NAJIHA BINTI KAMARUDIN]

AMBILAN JANUARI
2012

CADANGAN :
1) Menggunakan

sistem

token

bagi

menggalakkan

murid-murid

untuk

melakukan sesuatu tugasan dengan kemas semasa di dalam proses


pembelajaran.
2) Memberitahu kebaikan melakukan sesuatu tugasan dengan kemas kepada
murid-murid.

TEMPOH MASA:
Saya akan mula melaksanakan penambahbaikan pada 26 April 2015 sehingga 30
April 2015

TINDAKAN SUSULAN:
Saya akan memberitahu kebaikan melakukan sesuatu tugasan dengan kemas untuk
menggalakkan murid-murid menyiapkan sesuatu tugasan dengan kemas semasa di
dalam proses pembelajaran.

PENILAIAN KEJAYAAN:
Penilai kejayaan ini dapat dilihat melalui tingkah laku murid sepanjang proses
pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai