Anda di halaman 1dari 2

[AINAA NAJIHA BINTI KAMARUDIN]

AMBILAN JANUARI
2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS


PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
JURNAL REFLEKTIF
MINGGU KESEMBILAN
(5 APRIL 9 APRIL 2015)

MASALAH:
Setelah sembilan minggu saya menjalani praktikum, saya menghadapi masalah
yang agak serius. Saya berhadapan dengan murid-murid yang terlampau aktif
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini dapat dilihat
melalui tingkah laku murid-murid semasa guru sedang mengajar di hadapan kelas.
Murid-murid bermain dengan rakan-rakannya semasa guru mengajar di hadapan
kelas.

ANALISIS:
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:
1) Faktor pemakanan. Murid-murid sering diberikan minuman berkarbonat dan
makanan yang tidak berkhasiat. Keadaan ini menjadikan murid-murid
terlampau aktif.
2) Latar belakang murid. Keluarga murid-murid terlampau sibuk sehingga tidak
mempunyai masa yang lapang untuk berkomunikasi dengan anak-anaknya.
Keadaan ini menyebabkan murid-murid banyak meluahkan perasaannya
semasa di sekolah.
3) Kurang kesedaran terhadap pendidikan

[AINAA NAJIHA BINTI KAMARUDIN]

AMBILAN JANUARI
2012

Sekiranya masalah ini tidak di atasi, murid saya besar kemungkinan akan
ketinggalan dalam pelajaran. Hal ini disebabkan murid-murid tidak menumpukan
perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh guru.

CADANGAN :
1) Menggunakan sistem token bagi merangsang minat murid-murid terhadap
proses pembelajaran.
2) Memberikan murid-murid masa untuk mereka bermain dengan rakanrakannya ataupun guru.
3) Menggunakan peraturan Feeze and water untuk menarik perhatian muridmurid.

TEMPOH MASA:
Saya akan mula melaksanakan penambahbaikan pada 12 April 2015 sehingga 30
April 2015

TINDAKAN SUSULAN:
Saya akan menggunakan sistem token dan peraturan Freeze and water untuk
menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap proses pembelajaran.

PENILAIAN KEJAYAAN:
Penilai kejayaan ini dapat dilihat melalui tingakah laku dan disiplin murid sepanjang
proses pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai