Anda di halaman 1dari 2

[AINAA NAJIHA BINTI KAMARUDIN]

AMBILAN JANUARI
2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS


PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
JURNAL REFLEKTIF
MINGGU KESEPULUH
(12 APRIL 16 APRIL 2015)

MASALAH:
Setelah sepuluh minggu saya menjalani praktikum, saya menghadapi masalah yang
agak serius. Saya berhadapan dengan murid-murid yang mempunyai sikap
pergantungan berlebihan kepada guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Hal ini dapat dilihat melalui tingkah laku murid-murid semasa guru
sedang mengajar di hadapan kelas. Murid-murid terlalu bergantung kepada guru
untuk melaksanakan sesuatu tugasan semasa sesuatu aktiviti dilaksanakan.

ANALISIS:
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:
1) Sikap ibu bapa. Ibu bapa murid-murid terlampau mengongkong murid-murid
sehingga murid-murid tidak diberi kebebasan untuk melakukan sesuatu.
Keadaan ini menyebabkan murid-murid terlalu bergantung kepada ibu bapa
mereka.
2) Latar belakang murid. Murid-murid terlalu dimanjakan di rumah. Keadaan ini
menyebabkan semua benda dilakukan oleh ibu bapa mereka.
3) Kurang kesedaran terhadap pendidikan

Sekiranya masalah ini tidak di atasi, murid saya besar kemungkinan akan
ketinggalan dalam pelajaran. Hal ini disebabkan murid-murid tidak mahu melakukan

[AINAA NAJIHA BINTI KAMARUDIN]

AMBILAN JANUARI
2012

sendiri sesuatu tugasan dan hanya mengharapkan guru untuk melakukan tugasan
tersebut.

CADANGAN :
1) Menggunakan

sistem

token

bagi

menggalakkan

murid-murid

untuk

melakukan sendiri sesuatu tugasan semasa di dalam proses pembelajaran.


2) Memberitahu kebaikan melakukan sendiri sesuatu tugasan kepada muridmurid.

TEMPOH MASA:
Saya akan mula melaksanakan penambahbaikan pada 19 April 2015 sehingga 30
April 2015

TINDAKAN SUSULAN:
Saya akan menggunakan sistem token untuk menggalakkan murid-murid untuk
melakukan sendiri sesuatu tugasan semasa di dalam proses pembelajaran.

PENILAIAN KEJAYAAN:
Penilai kejayaan ini dapat dilihat melalui tingkah laku murid sepanjang proses
pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai