Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 1

Soalan 1: Cadangkan cara kepimpinan instruksional yang boleh diamalkan oleh Cikgu
Norman dalam usaha meningkatkan lagi prestasi sekolahnya.
Di sekolah, kepimpinan adalah satu aspek tingkahlaku dan juga sejenis pengaruh ( Ramaiah
1999 ). Dalam konteks pendidikan, Campbell ( 1983 ) menyatakan kepimpinan ialah proses
bagi seorang pengetua mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah penyempurnaan matlamat
tertentu. Kepimpinan menurut Islam pula berteraskan konsep khalifah iaitu setiap manusia
adalah pemimpin dirinya, keluarga dan ahli-ahli di bawahnya. Oleh itu seorang pentadbir di
sekolah harus mempunyai suatu hala tuju untuk mencapai matlamat melalui sebarang cara
ataupun semua cara usaha yang dilakukan.
Dari segi konteks jenis kepimpinan instruksional, Hussein (1989) mendefinasikan ianya adalah
usaha usaha yang diambil oleh pemimpin sekolahuntuk menyediakan inovasi kurikulum dan
untuk memperkembangkan proses P & P dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah.
Mengikut Richardson (1989), seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin kearah
pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan
mestilah mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan. Blas ( 1998 ) menyatakan
kepimpinan instruksional adalah gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan
kurikulum.
Model Kepimpinan Instruksional mengikut Hallinger & Murphy ( 1985 ) terbahagi kepada tiga
domain iaitu domain mendefinisikan matlamat sekolah, mengurus program instruksional dan
mewujudkan iklim pembelajaran positif. Di bawah tiga bidang domain tersebut mengandungi 11
elemen peranan pemimpin yang sangat wajar untuk diikuti dan dicontohi oleh Cikgu Norman
dalam usaha meningkatkan prestasi sekolahnya. Ini kerana 11 elemen yang terkandung dalam
kepimpinan instruksional sangat menyeluruh khususnya dari segi aspek pembangunan prestasi
bersesuaian dengan hasrat kerajaan berdasarkan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2015.

Elemen-elemen tersebut dapat kita perincikan mengikut bidang domain nya

dan difahami

berdasarkan huraian di bawah.


Domain Mendefinisikan Matlamat Sekolah
Elemen 1: Merangka Matlamat S=ekolah.
Matlamat sesebuah sekolah haruslah dirangka berpandukan visi ataupun misi yang dibuat dan
ingin dicapai. Sebagai seorang pemimpin di sekolah, guru besar memainkan peranan yang
penting untuk menetapkan hala tuju pencapaian sekolah. Hal ini haruslah dirancang dengan
melihat tahap yang ada disekolah dan diperbaiki melalui perancangan strategik sekolah.
Contohnya dengan mendapat data melalui analisa pencapaian dalam bidang pentadbiran,
kurikulum mahupun ko-kurikulum, menyusun tarikh aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan rapi di
dalam takwim sekolah dan melantik guru yang bertanggungjawab dalam membantu pemimpin
untuk membuat perancangan strategiknya. Namun begitu segala matlamat dan program
mestilah senang untuk dilaksanakan dan mudah dijadikan objektif pengajaran dan
pembelajaran guru.
Elemen 2 : Menghebahkan Matlamat Sekolah.
Visi dan misi yang telah ditetapkan hendaklah diperjelaskan dan dihebahkan kepada semua
pihak yang terlibat dengan pendidikan anak-anak . Hal ini adalah sangat penting kerana
masyarakat di luar perlu tahu matlamat sekolah dan dapat bersama-sama memberi sokongan
dengan mengembeling tenaga demi peningkatan prestasi sekolah. Pelbagai cara boleh
digunakan oleh guru besar untuk menghebahkan matlamat sekolah. Contohnya pada hari
pendaftaran murid, mesyuarat PIBG, perjumpaan waris penyerahan kad pelaporan peperiksaan
dan apa sahaja aktiviti yang membabitkan kehadiran ibu bapa ataupun komuniti setempat. Apa
yang menjadi keutamaan adalah perancangan strategik sekolah dapat direalisasikan.
Domain ( B ) Mengurus Program Instruksional
Elemen 3 : Penyeliaan dan Penilaian Pengajaran.
Penyeliaan dan penilaian adalah sangat penting untuk melihat sejauh mana kekuatan dan
kelemahan kerja guru atau akademik murid. Contohnya dengan melakukan pemantauan dan
penyeliaan pengurusan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan tugas penyeliaan klinikal
dengan berkesan, membantu menyelia kerja-kerja guru dan merancang program budaya
sekolah. Untuk memastikan keberkesanan penyeliaan dan penilaian, guru besar perlu

menyelaraskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru, membuat perbincangan, memberi


maklum balas tentang kekuatan dan kelemahan guru dalam proses pengajaran dan
menyediakan kemudahan sumber pengajaran yang boleh digunakan oleh guru.
Elemen 4: Menyelaras Kurikulum .
Penyelarasan kurikulum merupakan aspek penting yang dapat membantu meningkatkan proses
pengajaran guru dan pencapaian pelajar dalam ujian. Guru besar seharusnya menyelaras
segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. Contohnya program peringkat sekolah, Guru
besar hendaklah memastikan perjalanan panitia mata pelajaran mengikut pekeliling ikhtisas,
membantu menyediakan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel,
menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan, menyusun
jadual waktu kelas dan guru, membantu menentukan beban tugas guru dan staf sokongan
sekolah serta menyelaras pengurusan dan perjalanan bimbingan dan pemulihan. Kesemua
antara tugas-tugas di atas adalah diharapkan dapat diikuti dan diterjemahkan ke dalam objektif
kurikulum. Rumusnya Guru besar melibatkan diri secara aktif dalam pemilihan, perancangan
dan penyediaan bahan kurikulum.
Elemen 5 : Memantau Kemajuan Pelajar.
Kemajuan dalam prestasi akedemik pencapaian murid merupakan faktor terbesar bagi
sesebuah sekolah lebih dikenali dan disegani. Untuk mendapatkan pencapaian terbaik ini, Guru
besar haruslah sentiasa memantau pencapaian pelajar dengan berjumpa guru dan berbincang
dari semasa ke semasa. Melalui proses perbincangan dan pemantauan Guru besar akan dapat
mengenalpasti keperluan-keperluan yang dikehendaki bagi memantapkan lagi pencapaian
akedemik pelajar. Contohnya mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar, menentukan
jenis instrument/rekod/maklumat pencapaian pelajar dan melihat perkembangan pelajar,
memastikan modus operandi pemantauan kemajuan pelajar dilaksanakan dengan berterusan
dan memastikan pemantauan kerja murid dilaksanakan dengan berkesan dalam melihat proses
pencapaian akedemik. Keputusan pencapaian sekolah hendaklah disebarkan kepada guru,
pelajar dan ibu bapa dalam bentuk lisan, edaran mahupun bertulis agar kemajuan itu dikongsi
bersama dan dapat memotivasikan diri untuk lebih maju.

Domain ( C ) Mengurus Program Instruksional


Elemen 6 : Melindungi/Mengawal Waktu Pengajaran
Waktu pengajaran yang terhad akan lebih berkesan jika waktu yang diperuntukan itu dapat
digunakan dan dimanfaatkan dengan bermakna. Ini bermaksud setiap waktu itu adalah sangat
penting dan harus dipandang secara sirius oleh Guru besar. Contohnya, mengurangkan serta
mengatasi gangguan waktu intraksi seperti pengumuman pelajar diminta ke pejabat atas urusan
disiplin, guru keluar/ meninggalkan kelas untuk aktiviti lain akan mengganggu masa pelajaran
yang akan meninggalkan kesan terhadap pembelajaran pelajar. Bagi memastikan kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, masa guru mengajar tidak sepatutnya
diganggu. Oleh itu Guru besar hendaklah menyediakan program guru ganti bagi melindungi
waktu intraksi di samping memastikan kaedah strategik yang disediakan dijalankan dengan
berkesan.

Elemen 7 : Mengekalkan Ketampakan ( Visibility )


Segala aktiviti atau program yang dijalankan di sekolah akan lebih sempurna jika Guru besar
sentiasa dapat menghadirkan diri. Guru besar yang hebat dan bertanggungjawab akan
berusaha berada di sekolah walaupun terdapat kekangan masa seperti menghadiri pelbagai
jenis mesyuarat, seminar atau perjumpaan. Contohnya Guru besar meluangkan masa
berinteraksi dengan guru dan pelajar, melawat kelas- kelas, sentiasa mengambil tahu tentang
isu-isu sekolah, melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum dan aktiviti tambahan yang lain.
Tindakan menampakkan diri ini, memberi semangat dan rasa hormat dikalangan para guru dan
pelajar kerana merasakan usaha mereka mendapat sokongan dan secara tidak langsung akan
memberi kesan positif terhadap guru dan pelajar untuk lebih maju dan memberi komitmen yang
tinggi. Selain daripada itu implikasi ketampakkan diri Guru besar akan memudahkan sesuatu
masalah itu diselesaikan kerana keputusan cepat dicapai dan tindakan dapat dibuat dengan
segera.
Elemen 8 : Membudayakan Perkembangan Profesional
Mewujud dan mengamalkan budaya yang boleh meningkatkan kerja profesion guru amat
membantu kearah meningkatkan prestasi sekolah. Pelajar yang cemerlang lahir daripada guru

yang membuat kerjanya dengan cemerlang. Sekolah yang cemerlang adalah daripada guru dan
pelajar yang cemerlang. Antara budaya profesion yang boleh dilakasanakan oleh Cikgu Norman
ialah melaksanakan program perkembangan profesional, membantu serta membimbing dalam
latihan mengajar dan tugas bagi guru baru dan guru ganti serta membantu menyelaras hal
ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan staf sokongan.
Manakala bagi membudayakan kecemerlangan pelajar dan sekolah, budaya membaca
dipertingkatkan, menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah, memberi
sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukan dan mewujudkan
hubungan dua hala antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
Elemen 9 : Menyediakan Ganjaran Kepada Guru
Kualiti guru merupakan salah satu peramal pencapaian pelajar dan ini merupakan salah satu
aspek utama dalam penambahbaikkan kualiti pendidikan di sekolah ( Peter Trabert Goff 2012 ).
Oleh itu adalah layak dan sepatutnya jika guru-guru ini diberi ganjaran atas usaha-usahanya
dalam meningkatkan prestasi sekolah. Contohnya, Guru besar memberi pujian secara peribadi,
pengiktirafan secara terbuka, pemberian sijil ataupun hadiah. Para guru akan merasa
terangsang, teruja dan lebih bermotivasi dengan tindakan, perhatian dan pengiktirafan yang
diberikan oleh Guru besar.
Elemen 10 : Penguatkuasaan Standard Akademik
Greenfield (1987) menjelaskan bahawa kepimpinan instruksional adalah merujuk kepada
tindakan-tindakan yang diambil oleh Guru besar/pengetua yang memberi perhatian terhadap
usaha mengembangkan persekitaran kerja guru yang produktif. Oleh itu Guru besar hendaklah
memastikan standard akademik sekolahnya dengan memperuntukan bilangan waktu setiap
mata pelajaran mematuhi Akta Pendidikan 1996, memastikan guru-guru mematuhi sukatan
mata pelajaran, mematuhi masa P&P dan memastikan setiap guru mempunyai standard
pengajaran yang tinggi.
Di samping itu, pengurusan sesebuah sekolah memerlukan kemahiran seorang pemimpin yang
celik data dalam menyedia dan menganalisis data kuantitatif dan kualitatif. Contohnya Guru
besar memastikan head count dibuat dengan telus mengikut proses yang betul, memastikan
proses yang dirancang dilaksanakan untuk mencapai ETR ( expected target ) serta memastikan
kutipan data/maklumat pencapaian pelajar adalah betul. Kelancaran dalam bidang ini
membantu Guru besar mengkaji, merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan

penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan kearah meningkatkan


prestasi sekolah.
Elemen 11 : Menyediakan Insentif Kepada Pelajar.
Guru besar hendaklah sentiasa bekerjasama dengan guru-gurunya bagi menyokong
pencapaian tinggi pelajar-pelajarnya. Pelajar-pelajar yang berpencapaian tinggi dan
menunjukkan kemajuan perlu mendapat pengiktirafan dan diberi nganjaran, anugerah atau
hadiah. Adalah tanggungjawab Guru besar dengan bantuan guru-guru untuk mengenalpasti
pelajar-pelajar yang perlu diberi insentif dan ganjaran dan menyediakan insentif dan ganjaran
tersebut mengikut keperluan pelajar. Dengan amalan tersebut pelajar akan lebih bermotivasi
untuk meningkatkan lagi prestasi mereka bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam
domain-domain yang lain.
Rumusnya, mengikut Davis dan Thomas (1989) melaporkan bahawa pengetua di sekolahsekolah berkesan mempunyai visi yang jelas, iaitu memfokuskan kepada pencapaian dan
keperluan murid. Disamping itu pengetua-pengetua ini juga mewujudkan iklim sekolah yang
menyokong pencapaian matlamat yang ditetapkan. Ringkasnya pengetua-pengetua disekolah
berkesan mempamerkan gaya kepimpinan instruksional.

Anda mungkin juga menyukai