Anda di halaman 1dari 5

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada

kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah
pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat,
justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan
mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang,
pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan
pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru
secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang
memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan
sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran
pendidikan dalam arus globalisasi.
Program bina insan guru kali ini adalah diadakan selama dua hari.
Hari pertama telah disampaikan taklimat oleh Encik Hishamuddin Abdul
Rahman tentang Surat Pekeliling Ikhtisas dan fungsi dan peranan PPD.
Daripada taklimat yang diberikan barulah saya sedar bahawa Surat Pekeliling
Ikhtisas merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Ia juga
merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu
tugasan dan perkhidmatan. Surat ini juga merupakan satu punca kuasa yang
perlu dipatuhi oleh penjawat awam. Manakala fungsi dan peranan PPD pula
adalah bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penenmpatan muridmurid sekolah di dalam daerah. Selain itu, PPD juga bertanggungjawab
mengenai keperluan pelajaran dari segi pengambilan tanah, pembangunan
fizikal, kemudahan sekolah, rumah guru dan asrama di peringkat daerah dan
sebagainya. Semua ilmu ini disampaikan kepada guru pelatih adalah amat
berguna pada masa depan apabila di tempatkan di sekolah kelak. Semua ini
juga merupakan ilmu yang mesti diketahui untuk melindungi sendiri sebagai
penjawat awam.
Manakala pada hari yang kedua pula kami telah mengadakan satu
lawatan penanda aras ke sekolah. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi
memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan
sekolah, penerapan budaya-budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk
dijadikan panduan semasa mengajar di sekolah kemudian hari.

Sekolah berprestasi tinggi sebagai penanda aras yang telah dipilih


adalah Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak. Kemudahan di sekolah ini
amat lengkap dan selesa diguna oleh pelajar. Sebagai contohnya kemudahan
yang paling menarik perhatian saya adalah bilik komputer. Sekiranya guru
hendak pelajar hands-on learning, setiap pelajar akan dipinjamkan sebuah
komputer riba untuk menghasilkan hasil kerja yang diminta oleh guru.
Komputer riba tersebut adalah khas kepada pelajar dan saiz tersebut juga
lebih kecil. Setelah pelajar telah menyelesaikan tugasan, guru akan
mengumpul balik semua komputer riba dan dikunci di rak yang telah
disediakan. Ini merupakan salah satu kemudahan yang amat menarik
perhatian saya. Saya berpendapat bahawa apabila pelajar sendiri hands-on
akan lebih memahami apa yang telah dipelajari.
Selain itu, kemudahan kelas pendidikan khas juga amat lengkap. Kelas
pendidikan khas adalah cukup banyak kepada pelajar. Apa sahaja
kumudahan yang diperlukan oleh guru pendidikan khas untuk mengajar
pelajar adalah telah disediakan. Sebagai contohnya, papan tulis yang cukup
besar. Tulisan guru boleh ditulis dengan cukup besar agar pelajar dapat dilihat
dengan jelas. Selain itu, pelajar juga turut boleh mencuba tulis di papan tulis.
Tambahan pula, saya juga mendapati bahawa terdapat beberapa kelas
adalah telah disediakan television. Guru menggunakan television untuk
menarik perhatian pelajar dan menjadikan proses p&p lebih menarik. Sebagai
contohnya menyanyi sambil belajar, agar pelajar pendidikan khas akan lebih
mudah untuk belajar.
Manakala dari segi persekitaran sekolah juga amat menarik dan
kreatif. Di dalam konsep saya adalah sekolah yang berada di bandar adalah
hanya dipenuhi bangunan kelas. Walaubagaimanapun, saya amat minat
dengan persekitaran sekolah ini. Pihak sekolah menggunakan sudut-sudut
yang lapang untuk menghias agar kelihatan lebih cantik. Sebagai contohnya
terdapat beberapa sudut yang khas kepada Persatuan Pengakap, Persatuan
Bulan Sabit Merah, pondok membaca, Rock Garden dan sebagainya.

Sebagai contoh sudut bagi Persatuan Pengakap mempunyai pelbagai


jenis ikatan tali yang dipamaerkan. Manakala Rock Garden pula adalah
tanam pelbagai jenis bunga menggunakan kasut yang telah dibuang. Ini
merupakan salah satu aktiviti kitar semula. Tambahan pula, salah satu
perkara yang telah saya memerhatikan adalah pihak sekolah menghiaskan
kipas yang telah rosak dan letak berhampiran dengan kantin dan Rock
Garden. Selepas kipas tersebut dihias adalah amat menarik. Saya berasa
perkara ini semua guru pelatih boleh mempelajari agar tahu bagaimana
hendak menyelesaikan kipas yang telah rosak apabila ditempatkan di sekolah
pada masa kelak.
Salah satu tempat yang menarik semua guru pelatih adalah tempat
memelihara ayam dan iguana. Manakala iguana dan telur iguana adalah lebih
menarik pehatian semua guru pelatih. Saya turut mendapat pengalaman yang
baru untuk melihat iguana dan mengetahui ciri-cirinya dari pekebun sekolah
yang memelihari iguana tersebut. Saya berasa pelajar di sekolah ini adalah
amat bertuah kerana persekitarannya adalah begitu selesa dan persekitaran
yang disediakan adalah penuh manfaat kepada pelajar.
Manakala dari aspek guru pula, guru Sekolah Kebangsaan Taman Seri
Gombak adalah amat komited. Guru berkomited adalah untuk kepentingan
murid, dan mempunyai niat yang suci. Manakala guru besar pula akan
sentiasa suburkan tapak hati setiap gru supaya dapat membuahkan pelajar
yang berpotensi. Sebagai contohnya, guru-guru sanggup berada di sekolah
untuk mengurus semua program kepada murid sehingga pukul 4 pagi. Saya
percaya bukan semua guru dapat memberi komited yang sedemikian. Oleh
itu, saya berasa hormat dan kagum kepada guru-guru yang berada di
Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak.
Selain itu, saya juga mendapat tahu bahawa mempunyai salah
seorang guru yang sanggup datang sekolah pada awal pagi untuk mengajar
murid belajar di pondok belajar. Ini adalah kerana terdapat ibu bapa yang
hendak bekerja awal dan mengelakkan kesesakan jalan raya, oleh itu
menghantar anaknya ke sekolah dengan lebih awal. Demi murid, guru juga
awal datang ke sekolah untuk memberi murid menimba ilmu yang baru

daripada murid bermain-bermain di persekitaran sekolah yang masih gelap


pada awal pagi.
Dari segi protokol Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak pula
adalah amat baik. Pihak sekolah dengan begitu mesranya menyambut kami
setelah tiba di sekolah. Pertama sekali, pihak sekolah menyediakan sarapan
kepada semua guru pelatih. Kemudian dimulakan dengan ucapan wakil PIBG
ucapan guru besar dan seterusnya guru cemerlang. Guru cemerlang adalah
memperkenalkan persekitaran sekolah tersebut kepada guru pelatih.
Kemudian diikuti dengan melawat persekitaran sekolah. Ini juga diiringi
dan sambil dijelaskan oleh guru pengiring. Manakala pihak sekolah turut
menyediakan makan tengahari, kuih-muih dan cenderamata kepada semua
guru pelatih. Di sini semua guru pelatih berasa amat berterima-kasih kepada
pihak sekolah kerana begitu ambil berat dengan guru pelatih. Segala acara
adalah berjalan dengan amat lancar.
Semua guru pelatih mengetahui bahawa Sekolah Kebangsaan Taman
Seri Gombak adalah berwatak sebagai sekolah dalam pusat sumber. Ini juga
dapat dilihat apabila melawat di sekitar persekitaran sekolah. Di sekeliling
sekolah seperti tiang, papan kenyataan, setiap aras kelas sehingga tandas
juga terdapat informasi yang pelajar boleh perolehi. Dengan kata yang lain,
pelajar boleh memperolehi ilmu pengetahuan tidak kira berada di mana
sahaja ataupun boleh dikatakan dapat memperolehi ilmu pengetahuan dari
semasa ke semasa.
Selain itu, kami juga mengetahui bahawa salah satu kekuatan sekolah
tersebut adalah pencapian akademik dan pencapaian kokurikulum adalah
seimbang. Secara kasarnya ini dapat dilihat dari segi sijil-sijil yang
dipamerkan di papan kenyataan. Walaubagaimanapun ini adalah komited dari
pelbagai aspek seperi guru, pengurusan dan pihak PIBG barulah mendapat
hasil yang begitu puas hati.

Walaubagaimanapun, terdapat serba sedikit kelemahan yang dapat


dilihat. Sebagai contohnya, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak adalah

berwatak sebagai sekolah dalam pusat sumber dan tidak dinafikan bahawa
informasi boleh diperolehi dari pelbagai sudut. Tetapi dari pemerhatian ramai
guru pelatih, tidak ramai murid yang akan mengambil masa untuk tengok
informasi yang telah disediakan. Ini menyebabkan seperti informasi yang
telah disediakan tidak berfungsi dengan baik.
Oleh itu, saya berasa pihak sekolah harus mengambil jalan
penyelesaian yang lebih baik agar informasi-informasi yang telah disediakan
dapat berfungsi dengan baik dan juga manfaat kepada pelajar. Sebagai
contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan program Promosi Sekolah.
Pelajar-pelajar harus mencari jalan yang terbaik untuk mempromosikan
sekolah. Oleh itu, pelajar-pelajar akan memerhatikan persekitaran sekolah
perkara yang berbaloi untuk mempromosikan.
Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa
5 ini telah berjaya dicapai. Dengan adanya program seperti BIG inilah
diharap akan sedikit sebanyak akan membantu saya dalam proses untuk
menimba ilmu untuk mempelajari sesuatu yang baru. Bak kata pepatah,
menuntut ilmu biarlah sampai ke liang lahad. Program-program seumpama
ini juga mampu memberikan impak yang besar kepada semua bakal guru
khususnya kepada diri saya pengetahuan saya dalam bidang keguruan bukan
sekadar ala kadar sahaja.