Anda di halaman 1dari 3

Laporan pengurusan stor Pendidikan Jasmani

Jejak kaki ke stor Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanau,


sekelip mata sahaja kami telah dapat melihat peralatan-peralatan yang ada di
dalamnya. Stor ini adalah agak kecil bagi sekolah ini, hal ini kerana sekolah
ini merupakan sekolah yang dianggap agar besar bagi Kuala Llipis walaupun
ia berada di kampung.
Berdasarkan hasil temu ramah, kami mengetahui bahawa mempunyai
dua orang guru yang bertanggungjawab untuk menguruskan stor Pendidikan
Jasmani. Seorang guru yang bertanggungjawab dari segi pengurusan stor
dan seorang guru yang bertanggungjawab dari segi stok.
Guru yang bertanggungjawab dari pengurusan stor adalah harus
sentiasa memastikan keadaan stor adalah berada dalam keadaan yang
tersususun,

alatan adalah disimpan dengan tersusun, tidak berselerak

hingga menyebabkan sebarang kemalangan yang akan berlaku di dalam stor


tersebut. Di samping itu, stor tersebut bukan sahaja simpan alatan PJ,
manakala

juga

menyimpan

alatan

olahraga,

cat

dan

sebagainya.

Walaubagaimanapun, stor PJ SMK Kuala Lanau adalah dalam keadaan yang


tersusun. Ini adalah stor tersebut cukup besar dan barang-barang tersebut
tidak mempunyai stor yang boleh disimpan. Selain itu, guru yang
bertanggungjawab

juga

mempunyai

minta

pembersih

sekolah

untuk

membersihkan stor tersebut setiap sekali pada setiap minggu agar setiap kali
murid atau guru masuk stor tersebut tidak akan mempunyai bau habuk yang
terlalu berat alatan juga berada dalam keadaan yang bersih.
Manakala, seorang guru lagi yang bertanggungjawab dari aspek stok
adalah setahun sekali untuk menambahkan alatan PJ. Dari segi peruntukkan
pula adalah diberi dengan berdasarkan bilangan murid yang terdapat di
sekolah. Peruntukan bagi tahun ini adalah RM4700 sahaja. Guru akan
menggunakan wang tersebut untuk membeli atalan yang telah rosak atau
alatan yang telah tidak elok. Wang tersebut bukan sahaja untuk membeli
alatan PJ manakala juga akan membeli alatan kejohanan olahraga tahunan
sekiranya

perlu. Dengan ini, kita boleh mengetahui bahawa

wang

perbelanjaan bagi sekolah ini adalah agak kurang. Hal ini kerana wang yang

diberi bukan hanya untuk kegunaan pendidikan jasmani sahaja malah ia juga
perlu digunakan untuk menampung kos perbelanjawaan sukan. Oleh itu,
semasa menggunakan wang, guru-guru yang berkuasa haruslah berjimat
cermat supaya dapat mengimbangkan wang tersebut.
Dalam stor pendidikan jasmani ini terdapat peralatan seperti bola
jaring, bola tampar, kasut sukan, gelung, hoki, lontar peluru, bola keranjang,
lempar cakera dan lain-lain lagi peralatan yang berkaitan. Dalam stor tersebut
ia juga mempunyai peralatan untuk ujian kecergasan tetapi kesemuanya
nampak sudah lama dan rosak, tidak sesuai lagi digunakan bagi pelajar
menjalani ujian kecergasan. Dengan ini kami beranggapan bahawa sekiranya
pihak sekolah mempunyai wang yang berlebihan bolehlah menggantikan
peralatan-peralatan tersebut dengan yang baru agak dapat bagi murid-murid
untuk menggunakan peralatan yang baik dan sesuai semasa menjalani ujian
kecergasan. Selain itu, stor ini kadang kala juga akan dijadikan sebagai stor
untuk meletak barang seperti cat, berus dan lain-lain barang yang berkaitan
dan tidak berkaitan dengan pendidikan jasmani. Dengan ini fail-fail panitia
yang lama juga akan diletakkan di dalam bilik stor tersebut.
Dari segi sistem pinjaman pula, sekiranya mengikut peraturan yang
telah ditetapkan adalah dikehendaki rekod di buku pinjaman setiap jenis
alatan, bilangan dan nama guru yang meminjam. Tetapi kadang-kala guru
yang mengajar PJ hendak cepat manakala tidak rekod di dalam buku
pinjaman. Guru yang menguruskan stor tersebut juga sedar bahawa dari
aspek ini harus mencari jalan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Walaubagaimanapun sekiranya guru yang mengajar subjek lain
hendak meminjam alatan PJ adalah dibawa dengan atas guru PJ untuk
masuk ke dalam stor dan dikehendaki merekod di buku pinjaman. Rasional
guru subjek lain akan dibawa ke stor atas bimbingan guru PJ adalah kunci
stor tersebut adalah dipegang olehnya.
Cara simpan alatan di dalam stor tersebut adalah mengikut jenis
alatan. Semua alatan adalah disimpan di rak yang telah disediakan. Keadaan
ini dinampak adalah lebih kemas dan senang ambil dan memulangkan balik
alatan.

Sebagai kesimpulannya, kami telah mengetahui pelbagai kekangan


dalam pengurusan stor. Oleh tu, kami hendaklah mencari jalan penyelesaian
yang sesuai pada masa kelak sekira menghadapi masalah yang sama
apabila telah ditempatkan di sekolah.