Anda di halaman 1dari 1

T.O.T.A.P.

S adalah satu kaedah membuat penilaian terhadap kecederaan mangsa


T = Talk (Bercakap)
Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan.Bolehkah mangsa itu
bercakap? Tanya mangsa ; Tujuannya mengetahui serba sedikit latar belakang
kemalangan dan keadaan mangsa seperti : Di mana bahagian yg sakit / tempat
tercedera? ..... peringkat kesakitan ! Bagaimana dengan penglihatan (kabur atau
Jelas)? ..... boleh dengar atau tidak !
O = Observe (Melihat Keadaan)
Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di
bahagian kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan) , perubahan suhu
badan serta pernafasan dan denyutan nadi (nomal atau tidak). Perhatikan dan
pastikankan darjah kecederaan mangsa
T = Touch (Sentuh)
Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati. Periksa sebarang
bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat . Beritahu dulu
mangsa sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera, ini mengelakkan
mangsa terkejut dengan sentuhan tersebut.
A = Active Movement (Pergerakan Aktif)
Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yg cedera
seperti tangan, kaki dan kepala; tujuannya mengesan tahap kecederaan. Mangsa
akan melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain.
Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dgn segera
P = Passive Movement (Pergerakan Pasif)
Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian
anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya
untuk menggerakkan anggotanya. Bantu mengerakkan bahagian yang cedera
secara perlahan-lahan ; tujuan untuk memeriksa/menentukan tahap
kecederaan/kesakitan yg diialami. Regangkan otot dan benarkan bermain semula
jika pasti kecederaan tidak serius
S = Skill (Kemahiran)
Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan
melompat sambil melakukan kemahiran permainan yg mudah untuk memastikan
tahap kecederaan yg dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik
untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya
kecederaan yg khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti.