Anda di halaman 1dari 3

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

Rumusan Hasil Kajian

Kajian ini bertujuan mengkaji Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Dalam Tajuk
Kitaran Air Melalui Gabungan Demonstrasi Dan Carta Alir. Sampel dalam kajian ini ialah 25
orang pelajar Tahun 5 di sebuah sekolah dalam daerah Batu Pahat. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan reka bentuk eksperimen ujian pra dan ujian pasca. Instrumen kajian yang
digunakan ialah ujian pra, ujian pasca, soal selidik, borang maklum balas dan juga tinjauan untuk
mendapatkan maklumbalas sampel pelajar.
Dapatan-dapatan kajian

yang diperolehi menunjukkan bahawa pengajaran dan

pembelajaran menggunakan kaedah inia adalah sesuai dan berkesan digunakan bagi pengajaran
dan pembelajaran sains dalam tajuk Kitaran Air untuk Tahun 5, dan pencapaian Sains dalam
kaedah yang dikaji menampakkan perbezaan yang ketara. Pada hakikatnya, kebanyakan pelajar
menunjukkan minat yang mendalam dalam mempelajari Sains dalam tajuk Kitaran Air dengan
menggunakan kaedah gabungan demonstrasi dan carta alir.

5.3

Implikasi Dapatan Kajian

Kaedah Gabungan Demonstrasi Dan Carta Alir sesuai digunakan untuk membantu guru
dalam membina kefahaman murid terhadap tajuk Kitaran Air Tahun 5. Pembelajaran Sains boleh
dipertingkatkan melalui aktiviti berpusatkan murid yang merangsangkan penggunaan minda dan
mengembangkan kemahiran manipulatif.

Oleh yang demikian, kaedah ini menekankan aktiviti minds-on dan hands-on untuk
membantu pelajar memahami dengan lebih jelas konsep yang disampaikan melalui kaedah
demonstrasi dan carta alir. Melalui kaedah Gabungan Demonstrasi Dan Carta Alir juga dapat
meningkatkan tahap pengajaran secara inkuiri supaya pembelajaran murid menjadi lebih
berkesan khususnya dalam pemahaman konsep sains, penguasaan kemahiran saintifik dan
penerangan sikap dan nilai murni. Kaedah ini juga dapat meningkatkan keberkesanan pelbagai
kaedah pengajaran sains seperti simulasi, demonstrasi mahupun eksperimen.

5.4

Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini merupakan kajian ringkas bagi mengkaji keberkesanan kaedah Gabungan
Demonstrasi Dan Carta Alir dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk tertentu. Hasil kajian
menunjukkan ada peningkatan pencapaian responden. Walaupun keputusan kajian ini bukan
mencerminkan pencapaian kesemua pelajar sekolah ini, namun ia boleh diguna pakai dan
ditokok tambah dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap untuk
meneruskan usaha saya ini bagi mereka bentuk aktiviti yang lebih baik yang boleh diselitkan

bersama kaedah ini bagi tajuk-tajuk lain yang terdapat di dalam sukatan pelajaran khususnya
mata pelajaran Sains ataupun matapelajaran yang lain sekiranya bersesuaian. Penambahan
penggunaan ICT dalam kajian akan dating juga dapat memberikan satu impak keputusan yang
lebih menarik sekiranya gabungan ICT dapat diterapkan pada masa akan dating. Saya juga
bercadang untuk menambah bilangan sampel dari kelas-kelas lain dan meneruskan kajian dalam
bentuk yang lebih berstruktur lagi Insya Allah.

5.5

Rumusan

Berdasarkan dapatan-dapatan

kajian

yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa

pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini adalah agak sesuai digunakan bagi
pengajaran dan pembelajaran sains dalam tajuk Kitaran Air untuk Tahun 5, ini kerana
terdapatnya pencapaian yang besar dalam ujian pra dan pos. Pencapaian yang agak besar ini juga
telah menepati objektif kajian ini. Secara keseluruhannya objektif pengajaran tercapai ,100%
murid berminat terhadap aktiviti Sains yang dijalankan dan memahami
terutamanya di dalam tajuk Kitaran Air.

konsep sains

Anda mungkin juga menyukai