Anda di halaman 1dari 2

SEBAB-SEBAB JADI MISKIN

Seseorang, satu kaum atau satu bangsa itu menjadi miskin kerana beberapa faktor. Di
antaranya ialah:
1. Kemiskinan yang diwarisi dari ibu bapa yang miskin, kaum atau bangsa yang miskin, yang
mungkin sudah berlarutan berpuluh-puluh atau beratus-ratus tahun. Lahir-lahir sahaja telah
menjadi miskin. Dengan kemudahan-kemudahan dan aset-aset yang mereka warisi daripada ibu
bapa atau generasi sebelumnya, amat sulit sekali untuk mereka membuat perubahan daripada
miskin kepada kaya.
2. Disebabkan malas. Mungkin sesetengah kaum atau bangsa itu bersifat pemalas. Sifat malas
itu telah diwarisi daripada datuk nenek mereka sebelumnya hingga sifat malas itu disambung
oleh generasi kemudiannya. Akhirnya menjadi budaya hidup. Kalau telah menjadi budaya, bukan
senang hendak disedarkan atau diubah agar menjadi kaum atau bangsa yang rajin supaya
kemiskinan cepat dapat diatasi.
3. Sesetengah orang, kaum atau bangsa tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan
belum lagi terbuka kepada mereka. Sedangkan ilmu adalah antara faktor yang penting untuk
mendapat kekayaan kerana mencari kekayaan memerlukan ilmu dan pengalaman yang luas.
4. Sesetengah orang ditakdirkan oleh Allah SWT dalam keadaan tubuh badan yang cacat.
Sudahlah begitu, dia lahir di dalam keluarga yang miskin pula. Justeru itu dia tidak dapat
bergerak cergas untuk aktif mencari kekayaan.
5. Oleh kerana penjajahan ke atas sesuatu bangsa atau kaum. Memang sudah menjadi dasar
setiap penjajah agar anak jajahannya tidak mampu bangun untuk membebaskan diri dan tanah
airnya. Ataupun kalau suatu hari nanti mereka merdeka, mereka tetap perlu bersandar dengan
bekas tuan penjajahnya. Maka penjajah membuat satu sistem dan dasar agar penduduk asli dan
penduduk tempatan menjadi miskin dengan tidak diberi peluang yang mudah untuk menjadi
senang. Penjajah juga menjalankan dasar pintu terbuka untuk kemasukan orang luar yang
kemudiannya diberi kemudahan untuk hidup. Dengan itu anak pribuminya terdesak dan
terpinggir lalu menjadi papa kedana. Kemiskinan itu kemudiannya diwarisi beratus tahun oleh
anak cucunya.
6. Adakalanya di sebuah negara itu kerajaannya zalim, menindas dan berlaku diskriminasi.
Pemerintahnya mementingkan diri, keluarga dan kroni-kroni sendiri. Kemudahan-kemudahan
hidup hanya untuk mereka sahaja. Orang lain yang bukan kawan, bukan keluarga dan bukan ahli
parti tidak diberi kemudahan. Rakyat umum juga dibiarkan maka ramailah rakyat yang miskin.
7. Sesetengah negara-negara yang berideologikan komunis atau negara sosialis tidak
memberikan hak dan kebebasan yang cukup kepada rakyatnya untuk hidup mencari kekayaan.
Mereka tidak diberi hak milik. Segala-galanya untuk negara sehingga rakyat menjadi miskin. Dari
pengalaman saya dahulu sebelum saya ditangkap, saya berpeluang ber ada di luar negeri
selama tiga tahun. Di kebanyakan negara-negara komunis atau sosialis yang saya lawati, ratarata rakyatnya miskin.
8. Ada sesetengah orang atau sesetengah kaum, Allah Taala jadikan watak semula jadi tidak
suka bersusah payah. Mereka bekerja sekadar untuk hidup. Walaupun ada peluang untuk
senang namun mereka tidak mahu mengambil peluang itu. Mereka cukup sekadar apa yang
ada.
9. Ada setengah umat Islam suka hidup secara miskin kerana kalau menjadi kaya ditakuti tidak
boleh bersyukur dan tidak dapat menunaikan kewajipan sepertimana yang diperintahkan
oleh Allah Taala. Jika susah, mereka tidak pula meminta-minta dan menyusahkan orang lain.
Mereka sanggup hidup ala kadar. Bahkan orang ini di waktu-waktu berlebih-lebihan hartanya
atau makan minumnya mereka tidak akan menyimpan. Di masa itu juga mereka akan memberi
kepada mereka yang mustahak menerimanya. Sikap itu memang dibenarkan oleh Allah Taala.
Sebenarnya miskin cara ini tidak ramai. Yang ramai miskin secara lain seperti telah disebutkan
tadi.
10. Ada setengah orang terpaksa menjadi miskin disebabkan keluarganya besar. Walaupun
pendapatannya lumayan atau agak besar tetapi orang yang hendak ditanggungnya ramai seperti
ramai anak dan isteri. Di samping itu ada pula anak yatim yang hendak dijaga dan diurus.
11. Ada sesetengah umat Islam, jadi miskin kerana suka khidmat dan menolong orang. Tidak
boleh melihat orang susah, mesti ditolongnya. Siapa sahaja meminta akan diberinya. Selalu
sahaja menderma dan mewakafkan hartanya untuk kebajikan umum. Kalau dia tahu ada orang

Islam yang berhutang, lebih-lebih lagi kawannya, dia mesti membayar hutang kawannya itu.
Bahkan orang ini sanggup berhutang kerana berkhidmat dan menolong orang. Di akhir zaman
ini umat Islam yang miskin cara ini hampir sudah tidak wujud lagi.
12. Ada sesetengah orang, untuk kehidupannya, seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal
dan lain-lain lagi adalah hasil daripada usaha pertanian atau perniagaan. Kemudian dengan
takdir Allah SWT kebunnya diserang oleh musuh tanaman atau datang banjir melanda atau
perniagaannya jatuh bankrap. Maka jadilah mereka orang miskin.
13. Ada setengah orang jadi miskin kerana dibuang kerja. Dibuang kerja itu tentulah berbagaibagai sebab pula. Tidak perlulah disebutkan di sini.
14. Ada setengah orang, jatuh miskin kerana ditimpa sakit yang teruk dan berpanjangan pula
hingga tidak dapat lagi berusaha untuk mencari rezeki.
15. Ada setengah orang jatuh miskin disebabkan kematian suami atau ayah atau anak yang
mana selama ini mereka itulah yang berusaha mencari rezeki untuk keluarganya.
16. Ada setengah orang atau satu kaum menjadi miskin kerana negaranya ditimpa zaman
kemelesetan seperti jatuh nilai matawang, barang pula naik harga, gaji dipotong atau
sesetengahnya dibuang kerja. Setengah yang lainnya pula terpaksa menjadi muflis.

Anda mungkin juga menyukai