Anda di halaman 1dari 1

Sepanjang menggunakan myVLE saya dapati ia sememangnya membantu dalam

mempertingkatkan pembelajaran saya. Dalam myVLE terdapat pautan Kemahiran Belajar


Untuk Pelajar Jarak Jauh (OUMH1103) . Terdapat aspek Penilaian Kendiri, Bahan Kursus
dan Rujukan, Komunikasi dan Kolaborasi Pembelajaran, dan Perkongsian Sumber dan
Maklumat.
Melalui Penilaian Kendiri, kita boleh menilai sendiri pra-pembelajaran dan
pengetahuan pembelajaran lepas dengan menggunakan soalan penilaian ( self assessment )
yang trerdapat dalam penilaian kendiri. Saya boleh menguji prestasi diri sebeberapa kerap,
keselesaan dan masa yang diinginkan.
Melalui Kandungan Kursus dan Tugasan, saya dapat mengakses maklumat kandungan
kursus yang terkini, tepat, boleh dipercayai dan menepati masa. Saya juga boleh mengakses
maklumat kandungan kursus yang terkini, tepat,boleh dipercayai dan menepati masa. Ini
memudahkan saya mendapat maklumat yang sentiasa dikemaskini dan terbaharu .
Melalui Komunikasi dan Kolaborasi Pembelajaran saya dapat berhubung dengan tutor
dan rakan-rakan melalui e-mel dan forum. Ini amat membantu dalam pelajaran saya kerana,
segala kemusykilan dalam mata pelajaran juga dapat dibincangkan secara terus melalui laman
forum walau di mana kita berada.
Perkongsian sumber dan maklumat melalui myVLE membolehkan saya dan pelajar
lain berkongsi maklumat dengan memuat turun dan memuat naik nota dan kerja kursus dalam
talian myCourse. Ini amat membantu para pelajar dalam mendapatkan bahan-bahan ilmiah
mata pelajaran masing-masing.
Secara kesimpulannya, myVLE memainkan peranan penting dalam membantu dalam
mempertingkatkan pembelajaran saya.

Anda mungkin juga menyukai