Anda di halaman 1dari 6

TUTORIAL 2:

Pantang larang pelbagai kaum di Malaysia.


A) ORANG MELAYU
1) Pantang Larang Perkahwinan
Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini
kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yang difikirkan sesuai
masih boleh diikuti.Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan, bermakna
bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan
harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi
sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat melayu.
Pantang larang bermula dengan dilarang keluar dengan pasangan selama 40
hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Ia juga
untuk menimbulkan perasaan rindu. Perasaan yang timbul akan membuatkan
wajah pengantin lebih berseri.
Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar ke mana-mana kerana takut
disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi
dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan
perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke
atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir. Akhirnya, pasangan perlu
elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan
tidak berseri pada hari perkahwinan.
Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya
tidak melanggar pantang larang. Pantang larang perlu dipatuhi untuk
mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.
2) Pantang Larang Perayaan
2.1 Pantang Larang Hari Raya Aidilfitri
i.

Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya.


Selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.

ii.

Memakai pakaian bersih, cantik dan juga wangi-wangian.

iii.

Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan menziarahi pusara


mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah
Yasin.

iv.

Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka


bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang lampau.

v.

Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.

vi.

Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa.

vii.

Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka


yang diadakan.

viii.

Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat, lemang,


rendang dan berbagai-bagai lagi.
2.2 Hari Raya Aidiladha

i.

Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan kepada kafir


miskin dan juga orang ramai.

ii.

Memakai pakaian bersih, cantik dan memakai wangi-wangian.

iii.

Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah


pergi.

iv.

Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.

3) Pantang Larang Mengandung


Antara pantang larangnya ialah mereka yang mengandung dilarang
untuk mencaci atau mengumpat. Dilarang untuk memaku atau memahat dan
menggali lubang serta memukul binatang.
Mereka juga dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau
senja serta dilarang untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat
gerhana bulan ataupun matahari.Terdapat juga pantang larang untuk suami
ibu yang mengandung. Antaranya ialah suami di larang meniup sebarang

bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang. Semua


pantang larang ini adalah untuk keselamatan anak yang dikandung.

B) ORANG CINA
1. Pantang-larang Perkahwinan
i. Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian
ii.

selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan.


Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan

iii.

warna putih, biru tua, hitam dan hijau.


Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu

iv.

diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik.


Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. Menurut
keparcayaan orang cina, majlis perkhawinan yang tidak mengikut
protokol yang ditetapkan adalah perkhawinan yang tidak sah.

2) Pantang Larang Tahun Baru Cina


i.

Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih
dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini.Malah, kebanyakan
remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan
supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.Seperti dengan
kaum-kaum lain,bangsa cina mempunyai beberapa pantang larang
sempena perayaan Tahun Baru Cina.

ii.

Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang
Cina mempercayai bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada
hari raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala
keuntungan atau ong yang ada.

iii.

Selain itu, masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan


ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari
sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa
berhati-hati ketika melakukan kerjarumah.

iv.

Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari


Tahun Baru Cina paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan
perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang dapat bersamasama berkumpul bagi merayakannya.Biasanya baga orang tua,mereka
rasa bahawa

walau sesibuk manapun individu terbabit dengan

pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian mereka,


sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan.
v.

Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak


sempena perayaan Tahun Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan
mati,hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan pada masa raya.Kaum
cina mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun
tersebut.

vi.

Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian


tradisional seperti dulu, ini tidak bermakna segala tradisi turut
dilupakan.Kami masih mengenakan pakaian berwarna merah dan
mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika
menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria.Warna hitam
akan membawa buruk bagi orang cina.

vii.

Selain itu, pemberian angpau masih tetap

diamalkan iaitu bagi

pasangan yang sudah berkahwin mereka perlu memberikan angpau


kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin.Malah,
sekiranya individu berkenaan sudah lanjut usia, tetapi masih belum
berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian angpau. Sama ada dia
menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada individu-individu.
viii.

Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan adalah untuk membimbing


perlakuan supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak
beradab.Baginya saya, walaupun zaman semakin moden berbanding
dengan dahulu,perayaan, adat resam dan pantang-larang yang
diperturunkan tidak boleh dipandang rendah.Adat resam yang
diperturunkan patut mengekalkan dan memberi tahu kepada generasi
yang akan datang.

3) Pantang Larang ibu Cina Semasa mengandung

Dilarang makan daging arnab.


o Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir
arnab.

Dilarang makan daging anjing.


o Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang,
terutamanya masa menyusui bayi.

Dilarang makan daging ayam jantan.


o Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.

Dilarang makan ketam.


o Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.

Dilarang

makan

makanan

yang

bersifat

sejuk.

seperti

krim,tembikai.
o Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.

Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku.


o Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.

Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu.


o Ibu tidak mudah mengimbangi diri .

Dilarang tepuk bahu ibu.


o Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.

Dilarang menyidai baju.


o Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.

ais-

C) ORANG INDIA
1) Pantang Larang Semasa Pekahwinan Orang India

Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa


jenis iaitu tamil tirumanam, eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam .
Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india
semasa perkahwinan .

Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling


membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal
pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikutserta
kerana dianggap tidak sopan.

Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan


perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa
kesilapan, jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut
akan tidak dapat dijalankan dengan lancar.

Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran


boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh
dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang
makan daging lembu.

Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga


terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek
moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik
terhadap kaum india .

Anda mungkin juga menyukai