Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A

( 20 MARKAH )

Jawab semua soalan.

1.
Apakah konsep budaya dalam sistem pendidikan di sekolah pada
masa kini?

(A)
murid

Tanggungjawab guru menerapkan unsur kemanusiaan kepada

(B)
Pembangunan sumber manusia melalui kegiatan kurikulum dan
kokurikulum

(C)
Penerapan budaya dalam kalangan murid haruslah berbeza
mengikut status sekolah yang berkenaan

(D)
Membentuk konsep baru budaya dalam kalangan murid tanpa
mengambil kira kebudayaan asal masing-masing

2.
Kelompok masyarakat ini dikelaskan mempunyai hidung yang
kurang mancung, berbadan kecil, rambut lurus atau kerinting dan
mempunyai mata yang agak kecil.

Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan di atas, apakah kelompok


masyarakat tersebut?

(A)

Negroid

(B)

Austroloid

(C)

Caucasoid

(D)

Mongoloid

3.
Integrasi antara budaya akan berlaku apabila berlakunya
pertembungan antara budaya yang berlainan. Setiap kaum masih
mempunyai hak untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing
walaupun terdapat perbezaan antara budaya.

Berdasarkan kenyataan di atas, apakah proses integrasi budaya tersebut?


(A)

Asimilasi

(B)

Akomodasi

(C)

Pluralisme

(D)

Akulturasi

Masyarakat memburu dan mengumpul hasil hutan

4.

Masyarakat petani

Jadual
di atas

Masyarakat pasca industri


menunjukkan bentuk perkembangan kehidupan masyarakat. Masyarakat
X merujuk kepada
(A)

feudal

(B)

maritim

(C)

industri

(D)

pertanian

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan proses amalgamasi?

(A)

Penyerapan budaya

(B)

Pencantuman dari segi biologi

(C)

Mempertahankan kepelbagaian budaya

(D)

Menyedari nilai dan norma antara satu sama lain

6.
Antara berikut yang manakah tindakan yang sesuai diambil
oleh guru dalam menghadapi kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas.
(A)
Merumuskan hasil pembelajaran mengikut kaca mata budaya
murid sendiri

(B)
Menggunakan bahasa setempat supaya murid selesa untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran

(C)
Membentuk kumpulan yang sama sosio budaya bagi
memudahkan murid berinteraksi secara terbuka di dalam kelas

(D)
Melaksanakan langkah pencegahan bagi menyekat
kemungkinan berlaku aktiviti perkauman yang tidak diingini

7.
Pernyataan berikut adalah benar berkaitan implikasi
kepelbagaian sosio budaya terhadap perkembangan sekolah di negara
inikecuali

(A)

menubuhkan sekolah wawasan yang sesuai untuk semua kaum

(B)
membenarkan Sekolah Jenis Kebangsaan menggunakan bahasa
ibunda sebagai bahasa pengantar

(C)
pembentukan kurikulum untuk membentuk bangsa yang
bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum

(D)
menjadikan sekolah sebagai ruang untuk pendidik menerapkan
kepercayaan dan nilai dalam masyarakat

8.
Antara berikut yang manakah paling tepat menerangkan maksud
mobiliti sosial?
(A)
Pergerakan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial
kepada lapisan sosial yang lain

(B)
Perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial
kepada lapisan sosial yang lain

(C)
Kemasukan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial
kepada lapisan sosial yang lain

(D)
Perpindahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial
kepada lapisan sosial yang lain

9.

Merujuk situasi di atas, apakah jenis tingkah laku yang dimaksudkan?


(A)

Hiperaktif

(B)

Tingkah laku antisosial

(C)

Kecelaruan tingkah laku

(D)

Bermasalah fizikal

10.
Antara pernyataan tentang masyarakat indigenous berikut,
manakah yang boleh menjadi pemangkin kepada kemajuan proses
pendidikan masyarakat ini?
l
ll

Memiliki kepekaan terhadap alam sekitar


Mempertahankan nilai-nilai budaya tradisional

lll
Pengalaman dalam kehidupan berkaitan dengan proses
pendidikan
lV

Tidak mahu menerima perubahan dalam dunia pendidikan

Masyarakat masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar

(A)

l dan ll sahaja

(B)

lV dan V sahaja

(C)

l, ll dan lll sahaja

(D)

lll, lV dan V sahaja

11.
Antara susunan berikut, manakah yang benar menunjukkan lima
perkara utama yang dapat membantu tindakan ke arah memupuk
hubungan etnik?

(A)
Kefahaman akomodasi kesedaran
menghormati

saling

(B)
Akomodasi kesedaran kefahaman
menghormati

saling

(C)

Kesedaran kefahaman akomodasi saling menghormati

(D)
Saling menghormati kesedaran kefahaman
akomodasi

12.
Mengapakah kaedah koperatif dikatakan berkesan semasa
mengajar murid-murid daripada pelbagai budaya?

(A)
boleh

Setiap murid secara individu, berpasangan atau berkumpulan

menampilkan budaya masing-masing

(B)
Menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta ingin tahu
berkenaan budaya yang berbeza

(C)
Murid daripada pelbagai kebolehan, budaya, jantina dan etnik
bekerjasama untuk mencapai matlamat

(D)
Aktiviti dapat dikawal supaya pembelajaran berlaku secara adil,
telus serta ada pengukuhan yang jelas selepas aktiviti dijalankan

13.
Yang manakah benar menjelaskan kesan hasil perhubungan antara
kelompok etnik?
(A)

Memberi impak kepada sektor perindustrian dan perdagangan

(B)
Mengagihkan kekayaan secara saksama dan adil kepada semua
masyarakat
(C)
Melaksanakan konsep 1Malaysia seperti yang diilhamkan dalam
wawasan 2020
(D)
Pembangunan ekonomi dan kestabilan
politik yangseimbang supaya tidak timbul konflik dalam masyarakat

Guru memainkan pelbagai peranan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran di sekolah.
14.

Pilih ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang cekap


dan berkesan.
I
II
III
IV
V

Prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling


Sistematik dalam merancang dan menilai
Cekap dalam melaksanakan urusan rekod
Bijak mengurus masa
Melayan karenah murid

(A)

I, II dan III sahaja

(B)

I ,II dan IV sahaja

(C)

I, III dan IV sahaja

(D)

I,III, dan V sahaja

15.
Pernyataan manakah yang paling tepat menunjukkan keperluan
guru terhadap kemahiran pedagogi yang berkesan semasa mengajar
kelas bercantum?
(A)
Murid daripada pelbagai kebolehan telah dikelompokkan dalam
kumpulan yang dibina

(B)
Kaedah kumpulan membolehkan murid terlibat secara aktif dan
dapat memenuhi keperluan mereka yang mempunyai pelbagai kebolehan

(C)
Ketidaksesuaian menggunakan pendekatan pedagogi akan
menjejaskan minat murid untuk meneruskan proses pembelajaran

(D)
Menyediakan bahan bantu mengajar yang sama untuk semua
murid dalam kelas berkenaan

16
Dari aspek sosiolinguistik, penyataan manakah menunjukkan
kelebihan yang dimiliki oleh guru boleh berinteraksi dengan pelbagai
bahasa?
I

Dapat menerangkan nilai kerjasama antara budaya

II

Penjelasan yang diberikan dapat diterima dan difahami oleh murid

III
Boleh membantu murid berinteraksi dan berkomunikasi dalam
pembelajaran
IV
Kemahiran bahasa merupakan alat perhubungan dan perantaraan
sesuatu budaya

V
Masyarakat Malaysia telah menerima bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris sebagai alat komunikasi dalam pelbagai situasi

(A)

I, II, dan III sahaja

(B)

II, III, dan IV sahaja

(C)

I, II, IV, dan V sahaja

(D)

I, III, IV, dan V sahaja

17.
Antara berikut, manakah bukan merupakan syarat komunikasi
lisan yang berkesan antara guru dengan murid?
(A)

Guru mengambil berat idea yang dikemukakan oleh murid

(B)

Guru menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh

murid
(C)
Pendengar harus bersikap terbuka ketika mendengar maklumat
yang disampaikan
(D)
Guru sentiasa menyampaikan maklumat dengan nada suara yang
tinggi

18.

Berdasarkan petikan di atas, apakah laras bahasa yang digunakan?

(A)

biasa

(B)

sains

(C)

rencana

(D)

akademik

19.
Skim Bantuan Galakan Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
(JHEOA) disediakan bagi membantu murid Orang Asli di peringkat sekolah
rendah dan menengah.

Antara berikut, manakah bantuan yang telah dilaksanakan?


I.

Kokurikulum

II.

Yuran tuisyen

III.

Pembelian basikal

IV.

Pakaian seragam sekolah

V.

Buku tulis, buku kerja dan alat tulis

(A)

I, II dan III sahaja

(B)

I, IV dan V sahaja

(C)

I, II, III dan V sahaja

(D)

II, III, IV dan V sahaja

20.
Apakah program intervensi vokasional murid yang berada di
sekolah pedalaman?

(A)

asrama

(B)

bengkel

(C)

bilik sains

(D)

sekolah vokasional

BAHAGIAN B
(40 markah)
Jawab semua soalan.
1.
Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam
kepelbagaian kelompok manusia.
(a) Jelaskan dua pola budaya tersebut. (4 markah)
(b)
Kelompok yang wujud di dalam masyarakat adalah kesan saling
pergantungan sesama insan.Bincangkan tiga sebab individu saling
bergantung dan bergabung dalam kelompok. (6 markah)

2.
Dalam konteks keperluan hidup bersama, masyarakat
bermaksud manusia yang hidup secara berkumpulan dan mengamalkan
satu budaya yang sama.

(a)

Nyatakan empat ciri utama masyarakat.


(4 markah)

(b) Cerakinkan tiga proses perubahan bahasa berserta contoh yang


sering yang sering berlaku dalam masyarakat. (6 markah)
3.
Murid Berkeperluan Khas merupakan kanak-kanak istimewa, atau
luar biasa dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.

(a) Berikan empat kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan


Program Pendidikan Khas.(4 markah)

(b)
Cerakinkan tiga faktor yang menyebabkan wujudnya
ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. ( 6 markah)
4.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan
kemudahan infrastruktur pendidikan untuk masyarakat luar bandar.

(a)
Nyatakan empat keperluan asas yang telah disediakan di
kawasan pedalaman.
(4
markah)
(b) Antara Objektif Pelan Tindakan Pembangunan masyarakat Orang Asli
adalah untuk menyediakan program dan aktiviti khusus yang berkaitan
dengan keperluan mereka.

Berikan tiga penilaian anda terhadap perubahan pendidikan dalam


kalangan masyarakat Orang Asli di pinggir bandar.( 6 markah )
BAHAGIAN C
(40 markah)

Jawab mana-mana dua soalan sahaja.

1. Kurikulum tersirat berperanan untuk memainkan peranan


membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan
budaya antara kaum. Pelaksanaan kurikulum tersebut telah
menunjukkan kesan mesra budaya dalam kalangan murid.

(a ) Tunjukkan lima cara bagaimana kurikulum tersirat


boleh menyatukan murid
pelbagai kaum. (10 markah)
( b)
Buat analisis terhadap lima ciri kurikulum tersirat yang terdapat
dalam pendidikan masa kini. (10 markah)

2.
Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya akan menjadikan
suasana pembelajaran lebih kondusif. Suasana tersebut akan
menggalakkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid.

( a ) Cadangkan lima cara guru menguruskan persekitaran fizikal


bilik darjah untuk menggalakkan suasana mesra budaya.(10 markah)

( b ) Bincangkan lima strategi pengajaran guru yang releven budaya


untuk menggalakkan murid berinteraksi antara pelbagai kaum.
(10 markah)

3. Komunikasi yang berkesan dalam kelas akan memotivasikan murid


belajar, merangsang minat, memenuhi keperluan dan keyakinan diri
murid.

(a)
Berdasarkan Model Simetri Newcomb, jelaskan cara guru boleh
melaksanakan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah. (10
markah)

(b)
Bincangkan lima masalah komunikasi yang biasa berlaku
dalam bilik darjah serta cara-cara mengatasinya.
(10 markah)

Anda mungkin juga menyukai